kisah di sini. Semoga masih ada teman-teman lama yang
ingat. Teman-teman yang sememangnya
dingati dan dirindui.... coretan mereka.
Sambil kuis-kuis sawang di rumah yang lama ditinggalkan,
kali ini, Temuk cuma ingin cerita antara aktiviti yang
diutamakan sekarang: ingin mudahkan hidup, dengan mengurangkan apa juga unsur di dalam dan
di luar rumah yang menunutut kita kerja lebih.
Yang tergelempang-tergelempang ini memang mencantikkan dan meneduhkan kawasan. Tapi daun dan manggar kering yang digugurkan amat meletihkan badan, pandangan, juga fikiran. |
Teringat pula novel Usman Awang: Tulang2 Berserakan. |
Kalau tak dibantu si pemotong merah, pasti longlailah tangan menyiapkan tugasan ini. |
Hebat "kekerasan" si batang pinang.... yang sebelah luarnya! Tumpul mata rantai gergaji! |
Yang tinggal ini mungkin juga menunggu masa. Terdahulu, lebih 30 batang kerabat sudah dikorbankan. Masa itu kapak dan parang masih mampu dihayun. |
Ketemu lagi, insyaa Allah, dalam paparan akan datang.