Jumaat, 2 April '10, kira-kira jam 07.20 malam. Melalui tingkap yang kubuka kecil, kurekodkan seorang kakitangan Pejabat Kesihatan 'menyembur' nyamuk denggi di kawasan rumahku. Sebelum itu dia menyembur kawasan jiran di depan dan di tepiku.
Sehari sebelum penyemburan itu, seorang anak ahli kariahku meninggal dunia. Dengar ceritanya kerana denggi. Counter-attack dari pihak bertanggungjawab nampaknya pantas sekali.
Sebelum ini, pra-penyemburan, biasanya ada pasukan dalam jeep berpusing-pusing memberitahu kedatangan dan hajat. Kita disuruh menutup pintu dan tingkap. Juga makanan yang terdedah.
Kebelakangan ini dah tak kedengaran pula hebahan. Mungkin kupingku yang dah merudum keupayaannya. Atau memang sekarang ini yang dipentingkan adalah actions, not words! Baguslah.
Kebelakangan ini dah tak kedengaran pula hebahan. Mungkin kupingku yang dah merudum keupayaannya. Atau memang sekarang ini yang dipentingkan adalah actions, not words! Baguslah.
Pada malam selepas counter-attack pihak berautoriti, masih ada juga sang nyamuk mengiang-ngiang dan menggigit. Tak bolehlah diharapkan 100% keberkesanannya. Pasti ada saki baki gang yang menyorok dalam rumah dari entah zaman bila. Pada malam esoknya, lebih pula jumlahnya. Merunsingkan betul!
Semua bekas tanaman berair dalam rumah telah kuisi dengan ubat pembunuh jentik-jentik. Tapi ada bahagian-bahagian longkang awam di depan yang pecah, dan melonggokkan tanah, sampah, serta air. Juga ada pembikin-pembikin rumah di sekeliling yang mungkin mengizinkan sang nyamuk meledakkan populasinya.
Penyemburan kawasan adalah satu kaedah yang baik. Tapi, ada kala yang bukan nyamuk pun mungkin perlu di'sembur'. Sememangnya, satu kaedah yang lebih holistik, efektif dan efisien memerlukan masa, belanja dan tenaga kerja yang banyak serta sokongan padu komuniti sendiri.


