Tapi kalau pegang kerja tinggi macam dalam gambar di bawah ini, pasti minat si pemegang kerjanya hanya pada kawasan yang bernama Bum Bung!
Ada kerja tinggi yang pulangannya tak semestinya tinggi. Malah yang pasti, risikonya tinggi. Termasuklah kerja macam kawan kita ni - kerja memujuk Bum Bung yang mogok.
Kerja tinggi memang perlukan kemahiran tinggi. Begitu juga dalam kes kerja sahabat kita yang di atas atap genting itu. Kata dia, amat perlu kepintaran mengagak masalahnya di mana.
Hakikatnya, ada kala genting bocor di tempat lain, air darinya menitik atau meluru ke tempat lain. Kerana itu, siling yang punah bukan semestinya petanda ada 'atap' rosak betul-betul di atasnya. Si pemanjat Bum Bung yang mahir sahaja yang lebih pintar membuat perkiraan. Kalau tidak, sepuluh kali tampal pun, sana sini, masalah kebocoran takkan terurai.

Sementara aku mundar mandir 'di ketinggian satu tingkat sahaja' dengan si pemanjat pakar tempoh hari, dan cuba turut mengagak beberapa kawasan di mana si Bum Bung mogok, rupa-rupanya rumah staf TNB di belakang (yang sudah bertahun-tahun mungkin hanya dihuni oleh makhluk halus) secara kebetulan juga kelihatan dibedah Bum Bungnya. Ketara ia mengalami masalah barah yang parah!
Ketinggian Bum Bung TNB itu 'dua tingkat'. Kata si pemanjat di rumahku, yang itu 'dobel bahaya'! (Teringat pula aku akan pasaraya yang mempamerkan label 'dobel diskon' semasa melancong ke Yogya 2 tahun lalu).
Nak cerita apa ya dalam entri ini?
Tiada mesej agung. Cuma, asalnya mahu sebut dan sebut, orang yang kerja tinggi penuh risiko seperti si pembujuk Bum Bung, amat wajar diberi ganjaran yang lebih tinggi. Kedua, bila saja kita kerja tinggi, ayulah andai kita prihatin pada apa yang di bawah dan di sekeliling. Kerdillah pula kita, yang berterusan segak dengan status, hatta selesa dengan pengamalan kuasa yang arah semberononya tidak memanfaati sesiapa.