Kata rakan saya, kena pergi pasar Ramadan (PR). Jangan tak pergi, ulangnya. Ke PR bukan maknanya kita ni asyik ingatkan makanan saja. Atau asyik fikir nak puaskan nafsu, beli makanan macam2. Kan puasa itu sendiri juga bermaksud menahan diri daripada makan. Kita sepatutnya dah kebal daripada godaan makanaan.
Memang setujulah aku dengan 'syarahan' dia. Sebenarnya aku pun teruja menengok meriahnya orang kita berniaga dalam bulan mulia ini. Ramadan jadi ruang segolongan kecil orang kita berniaga. Walaupun cuma sebulan, labanya baik. Memang baguslah kerja berniaga. Nabi Muhammad (saw) kita pun ada beritahu, peri hebatnya berniaga sebagai punca rezeki.
Bila ke PR, sambil mendapatkan makanan yang kita hajati, sebenarnya kita juga memberi sokongan kepada mereka yang berniaga. Tentu ada di kalangan sesetengah mereka yang amat memerlukan kerja berniaga 'sementara' itu demi melangsungkan kehidupan keluarga dengan lebih berkualiti.
Bila ke PR, sambil mendapatkan makanan yang kita hajati, sebenarnya kita juga memberi sokongan kepada mereka yang berniaga. Tentu ada di kalangan sesetengah mereka yang amat memerlukan kerja berniaga 'sementara' itu demi melangsungkan kehidupan keluarga dengan lebih berkualiti.
Seronok juga ke PR ni sebab sambil2 kita boleh menonton macam2 keletah, macam2 kerenah orang berjual. Cair hati kita bila lihat peniaga yang tinggi budibahasanya. Pula tu juadahnya sedap. Harga makanannya juga berpatutan. Kita pun doakan dia dalam hati, semoga Allah redhai usaha murninya. Dan esok lusa kita hinggap ke gerainya lagi.
Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 18.8.10
Cucu sapalah si kecik ni . Mungkin dia yang ajak emak abah
ke PR. Botol tak boleh lupa!
Cerita pasal PR, wow .... banyaknya lokasi PR di kawasanku ini, Bandar Baru Bangi. Penentu utama pemilihan lokasi? Mudah parking. Mudah pun, sesak juga! Dalam dah seminggu ni taklah aku keluar hari2. Keluar pun, 'gelagat' membeli, insya Allah terkawal. Terkawal kuantitinya dan macam2nya. Tukang makan di rumah pun dah tinggal 4 orang. Semuanya dalam kategori makan bersukat, dan makan berjaga dari segi jenis dan kandungannya. Anak2 dah berbuka sendiri2, dengan famili masing2.
Seronoknya ke PR macam di BBBangi ni, juga macam di tempat2 lain pastinya, memang banyak betul jenis makanan. Penjualnya juga dari macam2 negeri. Mungkin 'dari Perlis sampai ke Sabah', semua ada. Juga macam2 kelompok dari tanah seberang. Maka amat berbagailah juadah yang di pasarkan, baik kuih muihnya, mahupun lauk pauknya. Malah juga jenis minumannya.
Ini gerai kegemaranku. Lauk pauknya simple. Tapi
sesuai dengan citarasa. Sesuai dengan poket.
Bila hati sudah suka, biasanya kita akan ke situ juga.
Bila ke PR, sebenarnya kita juga beri cuti pada orang rumah. Bukanlah sepanjang 30 hari! Kalau orang rumah termasuk kategori yang blognya cerita resepi tiap2 hari, memang tak payahlah kita beri dia cuti. Tentu dia akan merajuk!
Lagi satu, bila ke PR, bolehlah juga kita tambah bilangan juadah yang orang rumah sempat sediakan. Jadi tak payahlah dia memasak semua juadah yang kita kata kita teringin. Ada masanya kita ni jadi teringin bila ternampak makanan tu di PR. Misalnya, berpuluh tahun tak pernah sentuh tapai ubi. Tapi bila nampak di PR, cantik pula packagingnya, tapai ubi pun jadi bekalan balik.
Terkejut juga lihat tapai ubi RM2, tapai pulut RM1 sepaket. Dulu, terbalik.
Si tapai ubi dulu, malahan, jauh lebih murah berbanding si tapai pulut.
Kalau nak berbuka dengan Italian Food dulu2,
macam pasta atau yang seumpamanya, tentulah kita tak ke PR.
Ke PR ya. Di mana pun. Jangan tak pergi. Itu juga budaya puasa kita yang sebenarnya punyai banyak makna tersurat dan tersirat.

















