Baru saja kubaca mengenai pokok Pena (atau Penar, Penai, Mempenai) yang dipaparkan pada 28.5.11 oleh rakan pemblog zul permatang badak (http://zulbahrihussin.blogspot.com). Blog 'Kenali Pokok Sayangi Pokok' Sdra Zul ini memang antara yang amat kuminati.
Cerita mengenai pokok bagiku adalah cerita sejuk. Biasanya, cerita yang mententeramkan. Sesekali kumarahi pokok, dan ada kalanya aku mengumpat pokok. Tapi, rasanya taklah berat sangat beban yang perlu ditanggung berbanding jika kita bercerita mengenai sang orang, apa lagi mengumpatnya. Eh, eh, meleret dan melarat pula!
Sebenarnya, hajatku cuma ingin memaparkan wajah pokok yang tumbuh sendiri di kawasan rumahku (sila lihat di bawah). Terutama Sdra Zul dan Adry mungkin boleh tolong beritahu, pokok Penakah ini? Atau suku sakatnya? (Blog 'Dedaun Alam' Adry yang menumpu kepada tumbuh-tumbuhan - http://adrydaud.blogspot.com - juga amat memeriahkan hatiku).
![]() | ||
| Pokok Pena paparan Sdra zul permatang badak pada 28.5.11 (Mohon izin menggunakan gambar ini ya, Sdra Zul) |
![]() |
| Pokok yang tumbuh di kawasanku |
![]() |
| Pokok yang tumbuh di kawasanku - 2 batang berdekatan. |
Kepada Allah, aku amat bersyukur, kerana mengizinkan pelbagai pokok tumbuh sendiri di kawasan rumahku. Pokok-pokok ini banyak mengajar kita.
Terutamanya, jenis-jenis 'lama' yang pernah menjadi sebahagian dari kehidupan lampauku di kampung, bila muncul tanpa disemai, pastilah lebih menyentak diriku untuk sentiasa ingat kepada akarku, suatu kawasan pendalaman yang kini tiada penghuni. Dan lebih daripada itu, akan kebesaran-Nya.














