Macam-macam kereta, juga motorsikal, dipamerkan
dalam Motor Show 2013 di MATRADE, KL, baru-baru ini.
Pak Temuk pergi pada hari penghabisan, 6.10.13.
Bawa sejumlah wang yang sewajarnya**
Hati berkata, last day, kereta dengan motorsikal mungkin dijual dengan dobel diskon!
Banyak kereta yang dibelek-belek, satu persatu.
Termasuklah yang gambar-gambarnya diterakan di bawah.
Tapi, satu pun tak jadi dibeli. Eh, mengapa terjadi tak jadi?
| Sebab senyum manisnya asyik melebar. Nanti ada pula yang jeles. |
| Hebat, tapi takut pula pada nama dia. Ranggi? |
Motorsikal-motorsikalnya pula....... serupa saja ceritanya,
belek-belek sana sini, tapi tak ada satu pun yang jadi dibeli. Ngapo Jang?
belek-belek sana sini, tapi tak ada satu pun yang jadi dibeli. Ngapo Jang?
| Kata dia, yang jempolan, si kopiah merah! |
| Suka sangat. Tapi satu kebuk, macam mana nak bawa room-mate ronda-ronda? |
| Yang ini..... kalaulah kuningnya lagi tua! |
| Room-mate dah tahu kehebatannya. Kalau beli, mesti dia nak selalu pinjam. |
Cakap pasal motorsikal, yang kat bawah ini pun, dah
bertahun-tahun duduk bertapa. Jarang sangat distart. Apa lagi dibawa makan angin.
Cukai jalannya pun dah berpuluh tahun tak dihidupkan.
![]() |
| Diwarisi dari arwah adik, pada tahun 1983. |
Tak jadi beli kereta, tak jadi beli motorsikal, baiklah cepat-cepat
keluar dari dewan pameran. Tengok kenderaan antik di sebelah luar.
Sangat teruja hati isteri Pak Temuk melihat kereta di bawah ini.
Dia terkenangkan arwah ayahandanya. Pernah memiliki kereta seperti
Dia terkenangkan arwah ayahandanya. Pernah memiliki kereta seperti
itu, semasa menjadi Pegawai Daerah di Kubang Pasu dalam tahun-tahun 50an.
Yang kat bawah ini mengingatkan Pak Temuk sendiri jenis
yang pernah digunakan semasa belajar di Ithaca, NY. 1979-82.
yang pernah digunakan semasa belajar di Ithaca, NY. 1979-82.
| Tapi, versi yang ini nyata lagi antik, lagi menarik! |
| Kalian ada yang pernah naik yang berwarna cerah tu? |
| Belajar memandu tahun 1971 dulu pakai kereta jenis inilah. Ada tingkap 3 segi, depan belakang. |
| Ada yang kenal dan suka kereta London Taxi di atas? |
| Gagah tak? Bukan orang-orangnya! |
| Tak selalu ada peluang begini, kan? |
Tengok motorsikal antik pulalah, ya. Ada yang
kenal motor "cap" apa yang mengapit Pak Temuk?
kenal motor "cap" apa yang mengapit Pak Temuk?
Eh...... jadinya, hari itu jadi beli apa?
Yang di atas meja itulah, apa lagi.
**Jumlah wang sewajarnya yang dibawa pada hari itu,
sebenarnya dan sememangnya, lebih sesuai amaunnya digunakan
untuk meredakan si perut. Yang bunyi tuntutannya melebihi kenyaringan
enjin para kereta dan motor cantik.
sebenarnya dan sememangnya, lebih sesuai amaunnya digunakan
untuk meredakan si perut. Yang bunyi tuntutannya melebihi kenyaringan
enjin para kereta dan motor cantik.
Jumlah yang sewajarnya, jauh beratus-ratus tahun
dari cukup, untuk melangsaikan apa yang
mata seronok lihat + apa yang hati teruja nak bawa balik! Kesian!










