Wednesday, February 8, 2012

DIA DATANG..........

Mungkin ada di kalangan pembaca budiman
yang tahu lagu "Dia Datang".
Juga kenal Fadzil Ahmad dan S. Fauziah yang mendendangkan.
(http://www.youtube.com/watch?v=cx9LOyTx5JA).

Yang tahu, tentulah tahu, tak serupa senikatanya dengan yang di bawah.

Dia datang..... dengan paruh rajinnya.....
Dia datang..... dengan riuh enjinnya.....


Dia datang..... dengan paruh rajinnya.....


Dia datang..... dengan riuh enjinnya.....

 

 Mengapa gerangan datang ke taman?
 Dan siapalah agaknya,
 pemula nyanyian?



Monday, February 6, 2012

ALAHAI "HOYA"..... TAK BOLEH NAK KATA "YAHO" DAH!!


 "YAHO!!!", bila HOYA-HOYA berbunga elok. Tapi sekarang,  3 daripada 4 Hoya yang dibeli di Cameron Highland 3 bulan lepas tu, gering!
 
Pangkalnya kecut. Kekuning-kuningan.

Batangnya pun kecut-kecut. Daun-daunnya berkerekot, menguning, mengering. Dan ada yang jatuh!



Masa dibeli, Hoya-Hoya tu tidaklah subur, tidaklah montok- molek. Tapi nampak "hidup".

Entah pencemaran apalah di tanah tinggi tu, hinggakan kesemua pokok tu kotor daunnya, juga batangnya. Kotor dek balutan lumut hijau, juga daki hitam yang tebal!

Pandai-pandai terus kucuci pula daun-daun Hoya yang menyakitkan mata tu. Dengan batang-batangnya sekali. Cuci perlahan-lahan, dengan air biasa. Tanpa berus, sebab takut melukakan. Nampak bersihlah sikit.

Kesemua Hoya tu kugantung di "wakaf", berbumbung genting, bersebelahan pokok mata kucing yang rendang.

Kusiram ala kadar. Agak-agak tanahnya tak kering. Dan (pandai-pandai?)  kuberi juga sedikit baja organik.

Dalam sebulan, dua daripada Hoya-hoya tu mempamerkan bunga. Merah tua. Satu lagi, putih kemerah-merahan. Seronoknya!






























Sebenarnya semua pokok ada menampakkan tangkai-tangkai kosong semasa dibeli, petanda masing-masing memang pernah berbunga semasa di tanah tinggi.

Jadi, sebab sekarang ni dah tak boleh nak kata "YAHO" bila lihat HOYA dah sakit, kenalah mohon bantuan daripada para pembaca budiman, khususnya yang biasa 'menternak' Hoya.

Macam manalah agaknya boleh dipulihkan Hoya-Hoya yang uzur tu dan dipastikan kesemuanya hidup dengan segar, dengan kepal-kepal bunganya yang molek-bugar.

Mohon, mohon! Didahului dengan terima kasih.

Thursday, February 2, 2012

TAH JATE TAH TINE.....

Tembakan kamera ini kulakukan dari bilik.
Merbukkah ini? Kuanggap merbuklah, sehingga ada yang sudi membantu membetulkan, jika aku tersalah.

Sebulan merbuk di taman (yang amat hebat semak samunnya!), takkan kutahu jantan betinanya.

 

Apa lagi bila ia mundar mandir keseekoran begitu.



Kalau spesisku sendiri, walau dia berjalan keseorangan, sekilas mata memandang, akan kutahu 'lelaki' 'perempuan'nya! Tak kiralah dia bersubang, dari telinga ke keliling pinggang, atau pun tiada.