Wednesday, December 31, 2008

KEMBANG KELILING RUMAH


Lanskap rumah kita sebenarnya biasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Mungkin sedikit. Mungkin banyak, walau dalam tempoh masa yang singkat. Itulah resam manusia, suka mengubah-ubah, menukar-nukar. Penghuni rumah pun kadangkala alpa akan apa yang pernah dilakukan pada persekitaran rumahnya. Tambah-tambah yang dulu-dulu! Jika perubahan itu diabadikan dalam gambar, dapatlah dia melihat apa yang tangannya pernah lakukan.

Aku sendiri lupa pada apa yang diubah-ubah pada garden rumah, kecuali kalau baru dilakukan. Bila kubuka My Pictures dalam komputer baru-baru ini, ternampaklah aku gambar-gambar bunga yang pernah kutanam di sekeliling rumah pada tahun 2005. Semuanya bunga-bunga biasa sahaja (seperti yang terpapar). Tapi, itulah bunga-bunga yang tangan sendiri pernah menanamnya. Malah tangan sendiri juga yang menjadi penyebab ketiadaannya sekarang!

Ketiadaan yang lama amat boleh mengetik hati. Kita sentiasa berubah dan mengubah. Dan dalam pada itu, dengan disengajakan atau tidak disedari, kita telah memingggirkan sesuatu yang lama. Sambil mungkin menjulang sesuatu yang baharu. Namun, pada hakikatnya, itu tidak semestinya menghadirkan kebahgiaan.


Kembang-kembang di sekeliling rumah, anda mampu menyingkap hari-hari yang sudah berlalu, dengan ceritera tertentu yang tersendiri. Anda mampu mengajar kehidupan!




2 comments:

WELAS ASIH said...

Blog saudara sangat indah dengan foto berbagai macam bunga.Bunga adalah salah satu yang membuat dunia ini menjadi indah.Berbahagialah orang yang dengan tulus menghargai bunga serta melestarikannya.

Temuk said...

Sewajarnya kita bersyukur kepada Allah kerana bumi kita subur. Dengan keadaan cuaca yang dikurniakan-Nya juga, pelbagai tumbuhan bisa kita tanam, untuk pangan atau hiasan. Sekalipun terhad, tanah di sekeliling rumah, sepatutnya kita manfaati --kita hidupkan dia dengan tumbuhan-tumbuhan. Teringat saya seorang teman di Jogja yang amat gemarkan tanam-tanaman. Insya Allah akan saya paparkan dalam blog akan datang. Salam.