Sunday, July 19, 2009

KEMBANG KELILING RUMAH - 2


Pada bulan Disember 2008 yang lalu, kurakamkan dalam blogku, gambar kembang2 di sekeliling rumah. Pada hari ini, ada yang telahpun tiada. Walau disayangi, ada yang pergi jua! Lumrah alam.
Kembang2 di sekeliling rumah memang mampu mengingatkan kita kepada peristiwa2 hidup kita. Dari mana kembang datang, kapan waktu tibanya, lambat-pantas jengukan tunasnya, subur-kerdil dedaunnya, semerbak-harumnya, juga muram-garang warnanya, semua mampu memberi pengertian tertentu. Mampu menyingkap detik2 kehidupan yang sudah berlalu. Malah juga memberi harapan masa mendatang!

Dalam paparan ini, sengaja kuselerakkan (maaf!) wajah2 kembang yang setakat ini ada di sekelilingku. Mohon ampun ya kembang2 ayu, kerana tidak kucatatkan nama2mu. Yang kutahu, kalian adalah mahkota bagi tamanku yang tidak sepertinya.















































































































































































(Maaf kepada pembaca, kerana aturan gambar yang tidak karuan. Komputernya kok, berstatus warga emas juga. Dan kemahiran penggunanya yang tidak meningkat!)

10 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Temuk,
Wow! Bunga-bunga yang luar biasa 'extraordinary'. Cantik. Colourful. Mesti ada yang berharga.

Matt Kopikarat said...

Cantik..sy nak kenal ler Temuk..

Deen

Temuk said...

Pn Hjh
Terima kasih sudi mampir. Saya yakin semua kembang cantik & berharga. Cuma kekadang, kita sahaja yg "tak tahu atau tak ambil tahu" kecantikan & nilainya. Begitulah jugalah manusia dalam hidup mereka(tak terkecualilah saya!). Sedar2, bila "tahu", telah terlambat masanya. Salam.

Temuk said...

Sdra Deen
Terima kasih. Bunga liar di hutan lagikan cantik. Inikan pula bunga di taman. Namun pasti perlu dibelai, dijaga, disiram & dibaja. Formula utama = kasih sayang. Nanti, di sekeliling rumah baru sdra, pasti banyak bunga akan ditanam (juga utk tarik pelancong, bukan?). Pasti sdra akan menyayanginya bagaikan menyayangi bunga di hati yang telah lama bersama. Salam.

Unknown said...

Salam. Sungguh cantik dan lebih cantik kalau pokok-pokok itu ada anak-anaknya. Anak-anaknya disedekahkan pula di rumah para sahabat. Di rumah sahabat itu pula nanti, berkembang pula bunga yang cantik ini apabila anak-anak pokok yang disedekahkan itu membesar.

WELAS ASIH said...

Sungguh bunga-bunga yang cantik.....

Matt Kopikarat said...

Temuk
Sy ada beberapa koleksi lukisan cat minyak bertemakan bunga2 yang cantik dan jarang ditanam. Sy nanti akan buat pameran solo kat Muzium Negeri Kelantan..Insya Allah kalau tidak ada apa2 halangan.

Temuk said...

.
Sdr - , Salam. Terima kasih melawat ke blog saya. Insya Allah "bisa diatur". Tapi kenalah pilih bunga yg mana & beritahu di mana nak dihantarkan sedekah anak2 bunga tu.

Temuk said...

Assalamualaikum Sdra Welas Asih
Terima kasih. Telah lama sekali tidak ketemu. Kangen dengan puisi, juga foto-foto sdra yang begitu menyangkut kecintaan kepada Allah, famili & alam sekeliling. Matur nuwun.

Temuk said...

Sdr Deen Homestay
Tahniah! Saya ada lihat contoh lukisan sdr (Buah Seto Tok Ma, kalau tak silap). Memang cantik. Semoga pameran solo itu dapat dilangsungkan dalam masa terdekat. Semoga sukses! Please let me know the exhibition dates later on. Salam.