Monday, July 26, 2010

ADA YANG SUKAKANNYA .....

Asalnya, dia satu keratan cabang. Sekaki, kurang lebih. Kini, ada seela tingginya
dari paras tanah. Dan dia sudah bercabang tiga. Lupa pula, telah berapa
lama dalam jagaan. Juga, entah berapa kali dipindahrandahkan. Yang aku tahu dan ingat,
ada orang suka amat, ada orang sayang erat, pada dia. Dia yang namanya Bunga Kemboja.

Juga aku tahu dan ingat, ada yang memanggilnya frangipani atau plumeria. Yang tak tahu seram,
memanggilnya bunga pusara, atau mudah cakap, bunga kubur!





Yang kutanam ini kuberi nama Kemboja Merah. Sebab bunganya merah. 
Walau telah sekian lama, batang tubuhnya tidaklah subur muntuk, sebagai petanda dia  mantap. 
Tapi, tiga empat hari yang lepas, satu dari cabang tiganya tampak 
girang mempersembahkan kuntum-kuntum pertamanya. Balasan budi
kepada penjaganya? Si penjaga amat sedar, bumi di mana si Kemboja Merah berdiri amat
berbatu, tidaklah menyelesakan, sepanjangan gersang, walau dibaja.


Tapi, si Kemboja Merah, bangga mempertontonkan apa yang penjaganya telah lama nanti-nantikan. Sekalipun yang dipamerkan tidaklah besar-mekar kuntum-kuntumnya, tidaklah segar-bugar
kelopak-kelopaknya, tidaklah menikam semerbak wanginya. Insya Allah kemudian nanti, dia bakal mampu peragakan rumpunan kembang yang serba perkasa.




"Bila kamu telah cukup mantap, akan aku carikan sekerat dahan dari jenismu,
yang berbeza warna kembangnya. Untuk kucantumkan ke dahanmu pula. Aku belum punyai
ilmu tentang ini, mengenai mungkinkah boleh berlaku percantuman antara dua dahan."

30 comments:

ckLah @xiiinam said...

Kemboja sering dikaitan dengan kubur...

Selalunya saya lihat yang putih saja. Yang jenis ini, wangi juga tak Pak Temuk?

Siti Roffini said...

Salam Cikgu,
Sungguh cantik bunga kemboja. Teringin nak tanam selepas tengok pokok yang Cikgu tanam. Berapa lama sebelum ia mula berbunga?

kasihibu said...

Pakcik Temuk, sya pernah tengok di sekitar jalan Bukit Kemuning ada banyak jeis warna bunga kemboja ni
memang cantik dan wangi
sya rasa mungkin boleh buat cantuman seperti pokok bunga borganvilla, cantik bernbagai jenis warna ada.
Harap harap percubaan pakcik akan berjaya.

CJ said...

salam temuk,

kemboja pelbagai warna. bertuah bagi yang menjaganya. namanya sinonim dgn pusara sbb banyak kita jumpa kat sana. selain dari cantik2 bunganya, dikatakan daunnya lambat gugur tak kotorkan kawasan. betulke?

Ayah Zain said...

salam temuk

canti nyer bunga kemboja ini. tp yang cantik ialah tukang tembaknya yang penuh berskill.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Salam Pn Siti Roffini
Kemboja yg berwarna selain dari putih, pada saya, lebih menarik. Di nurseri, jika kita beli yg setinggi kira-kira 3 kaki, selalunya sudah siap berbunga! Kalau pokoknya sihat, saya rasa dlm 3-4 bulan saja akan keluar cabang, dan tak lama kemudian keluarlah bunga. Maaf tak persis, sebab tak rekodkan. Diharap Pn akan mencuba!

Temuk said...

Salam Cikgu Jay (CJ)
Kalau ada banyak pokok dgn bunganya yg berbagai warna, pasti lebih menarik. Cikgu Jay meminati bunga? Daun Kemboja agak besar. Jadi, mudah dikutip bila gugur ke tanah, bersama kuntum-kuntum bunganya. Ceria selalu!

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Cantiknya bunga kemboja Temuk tanam. Juga, imej yang di 'capture', menarik. Ada sebatang jalan raya di Kuantan ditanam pokok kemboja pelbagai warna sepanjang jalan. Cantik bila berbunga. Tak semstinya sekarang bunga kemboja , bunga pusara.

Temuk said...

Salam ckLah
Mungkin dulu-dulu Kemboja (& yg putih) yg didapati paling mudah hidup bila ditanam bagi menandakan pusara seseorang. Kerana itu ia jadi bunga kubur. Hari ini (saya pernah lihat di TV) orang kita begkan keratan Kemboja utk dieksport! Ya, yg saya tanam tu memang wangi. Cuma tak kuat, sebab bunganya 'kurus' - bunga belajar!

Temuk said...

Sayangsayangibu
Nanti kalau tersesat ke Jln Bukit Kemuning bolehlah diintai-intai Kemboja di situ. Memang nak cuba cantum ni. Mudah-mudahan menjadi (entah-entah ada pakar tanaman yg tengah gelakkan projek Pakcik ni!). Salam bahagia.

Temuk said...

Salam Ayah Zain
Terima kasih. Rajin menanam bunga jugakah? Seronoknya hal bunga ni, boleh dijadikan hiasan, barang jualan, hadiah kasih, dan juga bahan cerita. Tapi kena waspada jugalah dgn bunga riba' & bunga beracun. Ceria selalu!

Temuk said...

Salam Hjh Nora
Terima kasih, Hjh. Kalau ramai pesara ninat-tanam bunga pusara, naiklah status si bunga. Boleh kita tukar namanya kpd bunga pesara.

ahmad humairi said...

salam,

di angin menderu,
terusap mesra kemboja nan layu,
lalu gugurnya ke batu,
nisan-nisan condong kaku,
di taman nan beku,
berdebu,
sayu,
pilu,
sendu,
disitu.

di taman firdausi kuntummu kembang,
walau di hayun ombang gelombang,
menguntum indah dihujung cabang,
sayu,pilu,sendu tak lagi dibimbang.

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi,

Di taman riang, pun di pusara kaku
mewangi kembang, menghijau dedaunmu
tidak pun walang, tidak pun bersendu.

Itulah Kemboja berhati mulia
menghamba diri meniti usia.

Adry@Daun said...

Salam cikgu...,
Cantiknya bunga kemboja tu. Ada tona dn kombinasi warna yg sgt menarik.Pkk kemboja ni jnis lasak, blh hidup dlm hmpir smua keadaan tnh dn cuaca. Ia sering ditanam di pusara krn blh hidup tnpa pjagaan. cucuk btg pkk dn tinggalkn, ia akn tmubuh subur dn bbunga. Cikgu blh cuba kaedah cantuman 'apollo' utuk pkk ini. Biasanya ia akn bercantum dgn baik dn pkk nan satu itu akn bbunga dgn pelbagai warna.

Temuk said...

Salam Adry@Daun
Terima kasih di atas panduan yg diberikan itu. Kalau kaedah itu yg dicadangkan, saya akan baca lebih mengenainya, supaya misi itu boleh dilaksanakan dgn lebih sempurna. Kot jadi, kot ingat, bolehlah diblogkan hasilnya suatu hari nanti. Insya Allah.

Aida Ali said...

Cantiknya! Untung suka tanam bunga. Masa lapang terisi, rumah ceria.

AUR said...

Salam Pakcik...Semoga Berjaya mencantumkan pokok kemboja tu..

Temuk said...

Salam Cikgu Aida
Terima kasih. Kat taman sekolah cikgu banyak ke pokok bunga? Atau kat rumah? Satu hari mungkin boleh dipertontonkan gambar-gambarnya.

Temuk said...

Salam AUR
Terima kasih. Belum sempat cari tunangannya tu. Insya Allah dlm masa terdekat. Ceria selalu!

Pak Zawi said...

Salam Temuk,
They are great flowers and the favourite flower to be painted by famous painters. Even buddy paiter like me love to paint them.

Temuk said...

Salam Pak Zawi
They are indded great flowers. When we visited Bali a few years back, our travel guides welcomed us at the airport with white frangipani garlands. When we went to the Cultural Village in Hawaii (about 30 years or so ago) we were also garlanded by the local 'residents' with white frangipani flowers. Our local SPAs apparently love using this flower because it is cheap & easily available, and it also smells good!

DrSam said...

salam Temuk. saya suka menanam pokok kemboja kerana ia diantara pokok yang senang dan tidak cerewet dijaga. paling seronok bila cabangnya yang senang tumbuh dan diakhirnya keluar bunga yang cantik. Cuma saya terpesona melihat bunga kemboja yang warnanya putih ditepi dan hijau ditengah. tak pernah saya lihat pula yang itu.

Temuk said...

Salam DrSam
Sekalipun tanah di sekeliling rumah saya amat keras & tidak subur, si kemboja nampak santai saja, walaupun memang ketara dia taklah begitu segar. Dengan sedikit baja dia boleh bertahan & mampu menggembirakan kita dgn bunga wanginya. Tahan lama pula bunganya tu! Saya masih mencari jenisnya yg sesuai warna bunganya utk dicantumkan, utk jadikan dia bunga 1Kemboja!

yanmaneee said...

hermes handbags
yeezy
jordan shoes
lebron 16
coach factory outlet
yeezy shoes
hermes belt
nike kyrie 6
air jordans
nike shoes

yanmaneee said...

calvin klein outlet
lebron shoes
kyrie 4
yeezy boost 350 v2
nike react
lebron shoes
yeezy boost 380
yeezy
kawhi leonard shoes
moncler

Unknown said...

have a peek at this web-site Ysl replica handbags he said high end replica bags see it here replica louis vuitton

Unknown said...

b2m24o4i57 w9o79z7p00 z0u53x8b88 c5v86a2t86 a0a73j8u45 u0y53y6l49

Anonymous said...

retro jordans
nike travis scott
curry shoes
off white clothing
kyrie spongebob