Thursday, February 24, 2011

SERUNAI TASBIH

Ramai yang tahu bunga Tasbih yang tertera di bawah ni. Ada yang memanggilnya Canna. Ada juga yang sukakan nama-nama lainnya  - Daun Tasbih, Pisang Tasbih, Pisang Sebiak, Sebih.....Sigi-sigi. Di tempat anda, namanya apa?


Di bawah ni pula, paras rupa kudup-kudup dia. Juga kudupnya yang sudah mahu mula mengembang.


Pokok bunga tasbih juga berbuah. Lihatlah buahnya yang lonjong di bawah ni. Ada biji-biji di dalamnya. Jadi hitam bila tua. Boleh dicucuk dan diikat dengan benang, menjadi seutas tasbih.


Melekap pada bunganya ada banyak 'serunai'. Yang macam 'seludang' kelapa tapi berskala amat kecil itulah! Bila ditiup (tiup hentam keromo saja!) akan keluarlah bunyinya yang unik. Antara permainan zaman kanak-kanak dulu inilah dianya  - meniup serunai tasbih!



Dah tak budak-budak pun, bila tengok serunai tasbih, kepingin juga meniupnya.

Cuba dengar kat bawah ni, lagu  'Gemersik Tasbih Deruman Boeing'.



Lagu kedua, belum berjodol lagi. Belum sempat bertanya pandangan Dato' Ahmad Nawab atau Dato' Johari Salleh.




DIA amat memberi. Tidak terkecuali rezeki mengimbau zaman.

17 comments:

ibuintan said...

assalamualaikum tuan,

pokok tasbih ni jarang jumpa sekarang ni, kalau tak silap ada warna lain juga kan..

masih panjang nafas tuan meniup seruling tu, saya semasa kecil dulu selalu ambil biji-bijinya buat rantai dan gelang, cucuk dan ikat dengan benang

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum cikgu,

Betapa kakak ketinggalan betul. Kakak tak tahu pun nama pokok ini dan tak tahu ada biji-biji boleh buat tasbih. Kalau ada benih kakak pun hendak juga menanam. Bila tasbih putus boleh buat sendiri.

Terima kasih info ini.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam IBUINTAN

Ya, memang ada macam-macam warnanya, termasuk biasanya warna kuning dan oren. Kalau disambung dengan main jual-jual, entah berapalah harga rantai & gelang tasbih ibuintan tu dulu, ya? Itulah pengalaman zaman kanak-kanak kita, yang rasanya tak mungkin dapat dirasai anak-anak atau cucu-cicit kita. Hehehe, mengah juga meniupnya! Yg lebih menggembirakan saya ialah paparan itu boleh 'berbunyi', sebab saya tak pandai perkara-perkara teknikal untuk berblog. Ceria selalu!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE

Orang berketurunan Jawa di Malaysia biasa juga memanggilnya Kembang (Bunga) Ganyung. Yang dibuat tasbih tu utk main-main saja Kakzakie. Belum pernah saya lihat 'tasbih biji bunga tasbih' di pasaran macam tasbih yang biasa kita gunakan tu. Di nurseri kadang-kadang ada anak-anak tasbih ni, dengan bunga pelbagai warna. Amat senang ditanam (rhizom, bukan bijinya) & mudah penjagaannya.

zul permatang badak said...

SALAM CIKGU..
Tak tahu pula saya... boleh dibuat serunai....sebab zaman budak2....buat serunai dengan daun kelapa je.....itupun asyik kena marah...bunyi mmemekakkan telinga.....

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Teringin sangat nak dengar tiupan serunai tasbih, tapi, google kata "the video is currently not available"..maksudnya sudah habis di pasaran...lain kali try lagi. Saya suka 'buah kana'sejenis buah masam masin yang bijinya bentuk bola rugby.
Semoga bertasbih selalu.

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

belum dapat dengar lagi alunannya...seperti kata kak nora tu, dia suruh cuba lain kali...insyaAllah dapat.

...mungkinkah sesyahdu seruling anak gembala?

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK

Serunai bunga tasbih ni kecil saja bunyinya berbanding serunai daun kelapa. Yang itu lagi sedap dan membulat bunyinya, kan? Saya pun ingat juga, serunai daun kelapa yang dibuat dulu-dulu tu ada yang lebih sekaki panjangnya. Sedih bila terungkai secara tak disengajakan....rasa malas nak buat yang baru!

Adry@Daun said...

As Salam cikgu,
Bunga dr spesis ni sejak dr dulu lagi saya sukakannya sbb bila ia mekar, sgt cantik. Lagipun penjagaan mudah, tidak perlu pembajaan dn siraman berjadual. Tak tahu pula saya 'serunai' bunga ni blh ditiup dn menghasilkn bunyi. Masa kecil2 sy spt en zul, tiup serunai gna daun kelapa, batang padi dan pelepah betik..

Temuk said...

As-Salam Hjh Nora

Minta ampun... tak dapat dengar, ya? Inilah bab yang saya tak tahu nak buat macam mana (saya sangka lagu tu duduk kekal kat situ!). Mungkin ada kawan yang sudi bagi tutorial, atau tunjukkan di mana nak mengaji cara meletak video ni. Masa masukkan itu jam pun saya hantam keromo saja dan ia masuk!

Sebut tentang buah kana, teringat saya akan kawan yang sentiasa 'tanya' kita balik bila dia bercerita. Habis satu, atau dua ayat, dia pun akan kata, "... kan na, kan na?" Walau 'tak kan' pun kena selalu jawab 'ya'!

Bagi saya, buah kana memang lebih ok daripada asam masin yang selalunya masin berdengung tu. Selamat terus bertasbih!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI

Pada Cikgu juga saya minta maaf sebab 'lagu2 dah menghilang diri'. Bacalah apa yg catatkan utk Hjh Nora di atas tentang kejahilan saya berkaitan perkara2 teknikal memblog ni. But you are not missing anything....

Nampaknya kenalah intai2 pandangan Dato' Jefri Din, lagu 'seruling anak gembala' dia tu (rasanya lagu dia!?) syahdu macam 'serunai tasbih' tak. Hehehe, tentu dia kata dia punya yang best.... Ceria selalu!

Temuk said...

As-Salam ADRY

Yang saya tak biasa buat ialah serunai batang padi, sebab tak tinggal di kawasan sawah. Memang biasa buat serunai pelepah betik (sampai gatal2 mulut kena getahnya!) dan daun kelapa.

Saya agak ADRY mesti menanam beberapa spesis bunga tasbih, dengan warna bermacam2 yang menarik.

Harap2 buku2 kecil saya tu dah sampai. Terima kasih sudi menerimanya.

Rohani M.U said...

Salam Cikgu.
Pokok pun diberi nama tasbih. Flora dan fauna sentiasa bertasbih untuk Penciptanya. Teruja melihatnya.Kita pun perlu koreksi diri adakah cukup ucapan tasbih di bibir kita buat Pencipta kita dan bekalan di akhirat sana Semoga cikgu diberkati dan dirahmati Allah swt. Cantik la cikgu tumbuhan ciptaan Ilahi ini.

Temuk said...

As-Salam CIKGU ROHA

Terima kasih singgah.

Lagi menyerlahlah kecantikan sesuatu ciptaan Maha Pencipta apakala kita menyelami sifat dan manfaat ciptaan itu. Semoga kita terus diberi keizinan oleh-Nya untuk menikmati dan menghayati alam dan segala isinya ini. Semoga Cikgu juga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt.

hentian said...

baru ini IM tengok bunga tasbih. tak perasan ada tak tumbuh di sekitar IM.

teringat tasbih semasa singgah di masjid Beijing, kelantan.

tasbih yang dibuat dari kayu kemuning hitam..

Temuk said...

As-Salam IM

Bunga tasbih nampaknya ada di mana-mana. Bertahun-tahun sudah tidak ke Pantai Timur. Kalau ke sana nanti insya-Allah boleh melihat tasbih kayu kemuning hitam itu di masjid Beijing. Kayu tempatankah itu?

yanmaneee said...

longchamp outlet
hermes belt
curry 7 shoes
jordan shoes
kevin durant shoes
balenciaga speed
moncler
supreme
curry 6 shoes
kd shoes