Saturday, June 18, 2011

ITU SUSU LEMBU..... USAH KATA SAPI PUNYA

Eh, macam mana pula si Kantan ni boleh keluarkan bunga hijau? Lain macam rupa bunganya ni!




















Sebenarnya, yang mana satu bunganya? Yang sekepal hijau inikah?




Atau mahkota-mahkota putih atas kepalan-kepalan hijau ni?


 











Kemudian aku sendiri sedar. Teringat. Mana pula Kantan berbunga macam tu!

Rupa-rupanya, di celah-celah Kantan ada beberapa batang pokok lain. Tak serupa walau sewarna. Tak sempat pula nak kucari namanya di Jabatan Pendaftaran Tumbuh-Tumbuhan. Tentu ada rakan-rakan yang boleh membantu mengenal pasti siapa dia.


















Si Kantan patut segan. Yang menyelit-nyelit tak begitu kelihatan pun banyak bunganya. Bermahkota pula tu!

18 comments:

ckLah @xiiinam said...

ckLah tanam pokok kantan rapat dengan beberapa herba lain seperti lengkuas, halia, kunyit, temu lawak, serai wangi, dan pandan di tepi teritis yang sempit ini. Dan dicelahan itu memang ada tumbuh bunga seperti itu tapi warnanya merah. Dulu mak ada cakap itu bunga apa tapi dah lupa...sejenis herba untuk membuat jamu juga, mungkin terikut masa ckLah ambik benih dari rumah mak. Tapi yang merahlah. Yang hijau ni....jom kita sama-sama cari namanya.

ckLah @xiiinam said...

Owh....baru teringat. Yang bentuk macam tu tapi warna merah tu namanya lempoyang. (Setelah ke belakang rumah dan bertanya kepada ckZahan)

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Rasanya ini bunga tepus. Pkk tepus mmg hmpir sama dgn kantan dari segi daun, bentuk dan ketinggian. Kalau berbunga warna merah dan pokok lebih kecil, itu lempoyang.

Temuk said...

ckLah
Terima kasih menyambung dan menambah cerita. Rajin ckLah menanam herba, ya? Yalah, orang perempuan lebih tahu keperluan punyai macam-macam jenis herba di hujung jari. Pusakai kegemaran ibu jugalah tu. Oh, yang merah bunganya bernama lempoyang, ya? Agaknya bahagian manalah dari pokok lempoyang yang orang gunakan untuk jamu. Mungkin ada pembaca lain yang boleh tambah maklumat.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

As-Salam ADRY
Terima kasih atas tambahan maklumat. Pertama kali saya dengar nama 'tepus' tu. Pokok lempoyang tu rasanya saya belum pernah lihat. Mungkin juga pernah, semasa kecil-kecil di kampung dulu, tapi sudah lupa. Baru saya sedari pangkal batang tepus yang sebesar jari itu agak keras, apa lagi yang sudah kering. 'Bunga' hijaunya itu macam rupa sarang tebuan kecil pula.

Sang Kelembai said...

Assalam abang,
Aku selalu jumpa bunga macam tu masa kecik-kecik dulu masuk hutan nak memancing. Aku ingat itu versi 'kantan' hutan... bukan ek?

tepus? pernah dengar tapi tak tau camner pokoknyer... lempoyang? ada nampak pokoknya tapi belum 'mampu' nak rasa atau makan ubinya...

al-lavendari said...

assalamualaikum.

saya agak jahil dengan nama-nama pokok ini. cuma pokok2 yang popular, saya kenallah .. macam pokok kelapa, getah, durian dsb.

tumpang tanya .. lembu dan sapi tu berlainan spesis atau dua nama merujuk kepada spesis yang sama ?

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Saya agakla...yang itu sikantan jantan...tak mengeluarkan bunga kot? Jadi kena cepat sibujang disuruh mencari pasangan, nanti boleh berbunga lebat!


Menjawab pertanyaan AL :
sapi - spesis lembu berwarna hitam, Bos indicus.

spesis lain lembu -Bos longifrons, Bos brachyceros, dll.

Temuk said...

As-Salam SANG KELEMBAI
Hihihi, barangkali apa pun yg kita temui di hutan tu boleh kot kita panggil xxxx hutan, macam petai hutan, durian hutan, kantan hutan. Nampaknya blogger ADRY dah sahkan yang saya paparkan tu 'tepus'. Kot Sang Kelembai belum pernah tengok, kira dah tengoklah sekarang. Semoga satu hari nanti berpeluang merasa ubi lempoyang..... Ceria selalu!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam AL-LAVENDARI
Alhamdulillah! Kira oklah general knowledge mengenai pokok tu. Ada kawan saya yg kata pokok lada putih berbeza drpd pokok lada hitam, dan pokok sago punyai tandan-tandan sago yang putih bulat-bulat kat pasar tu!

Alhamdulillah juga, Cikgu Humairi dah tolong jelaskan yang mana lembu, yang masa sapi. Saya tirulah jawapan tu... Orang tua-tua kita dulu lagi dah tajam mata bezakan kedua2 jenis tu, ya? Tambahan cerita, entah ya entah tidak, dalam fikiran saya, si sapi ni bulunya lebih hitam drpd bulu kerbau. Tapi tanduknya lebih menyerupai tanduk kerbau.... dan di Malaysia, rasanya lebih ramai orang India yg membela sapi. Hihihi, gelak besar orang sains veterinar mendengar huraian tak relevan ni!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Alahai... camana nak cam & carikan Kantan betina ni? Mungkin pokok & daunnya lebih lemah lembut. Kumpulan yang ada di belakang rumah saya ni pernah pakat-pakat & keluarkan satu kuntum bunga merah jambu mereka. Dan itu telahpun masuk periuk!

Terima kasih tolong jelaskan utk Al-Lavendari beza lembu-sapi.

Sapi tak sama dgn kerbau, kan Cikgu? Ada orang sembelih kerbau (tambah-tambahlah lembu) utk kenduri, tapi adakah yang sembelih sapi? Yang saya kenal sangat cuma si lembu, sebab saya berpengalaman 'memawah lembu' masa sekolah rendah.

Hjh Noralenna Abbas said...

Semoga bunga hijau bermahkota putih menjadi cabaran kepada si kantan untuk berbunga...

Temuk said...

Hjh Noralenna
Bagusnya kalau para kantan dengar komen Hjh. Juga membaca blog ini. Mendengar & membaca, satu hal. Melakukan yang di didengar & dibaca, satu hal yang lain pula. Tuan kantan juga patut turut tercabar.....hahaha, mana baja & air siramannya?

yanmaneee said...

yeezy supply
goyard
yeezy 350
cheap jordans
moncler jackets
supreme clothing
balenciaga
nike shox
supreme clothing
supreme

thoatulou said...

look at these guys Ysl replica handbags try this out good quality replica bags Go Here high replica bags

Unknown said...

their explanation Ysl replica bags click this over here now designer replica luggage click replica bags

shethadys said...

u7x96d8h62 l1i72q6q02 z1p87d2x52 w6q69h8i19 e2s00m5f53 j5x19m2e72