Saturday, August 20, 2011

PEKEK YANG TIDAK MEMEKIK



Apabila melihat gambar-gambar kebun kurma di bawah ini, peliknya, aku jadi cepat teringat kepada kumpulan PEKEK (pekebun kecil kelapa) kita.

 
Gambar-gambar kebun kurma di Arab Saudi di atas kurakamkan
semasa umrah 23 Apr - 3Mei, 2011 yang lalu


Sepatutnya terus terbayanglah di kepalaku kumpulan PEKES (pekebun kelapa sawit). Sebab pokok-pokok yang diperagakan itu kan lebih merep pokok kelapa sawit!

Sekali imbas, memang kelihatan serupa wajah pokok
kelapa sawit di atas ini dengan pokok kurma

Tapi para PEKES kan jauh 'okey'nya. Juga pembelaan terhadap nasib mereka. Khususnya, tengok sajalah para PEKES di perkampungan-perkampungan FELDA. Pasal tu aku tak cepat teringat pada mereka. Kes cemburu, ya? Pastinya bukan. Kes terkenang-kenang saja.

Kalaulah para PEKEK ada "Felda Kelapa' mereka sendiri, kan bagus. Alahai..... kelapa bukan buah komersil. Tak bolehlah diFeldakan.




















Juga, kalaulah setiap kali dekat raya para PEKEK kita dapat duit raya tentulah mereka berasa ump!

Tapi, jadilah. Sekurang-kurangnya setiap kali nak raya (termasuk semasa bulan puasa) adalah juga orang besar-besar bercerita tentang kelapa. Walaupun bukan menumpu kepada nasib pekebunnya.

Cerita-cerita macam di bawah inilah, contohnya.(maaf, gambar tahun lepas rasanya ni). Naik jugalah nama dan mertabat kelapa, kan? Mana ada orang kisahkan betik, rambutan, atau manggis dalam surat khabar masa nak raya. Betul tak?



Cuma elok juga kita segan silu sikit pada pokok dan buah kelapa tu. Dipentingkan kegunaanya, tapi tak berapa dikisahkan pula hal penghasilannya.

Mengikut pengamatanku, mulai tahun 1963, nasib para PEKEK dan keadaan kebun mereka yang 'pukang-lintang' pernah diangkat tinggi. Cuba lihat di bawah ni, kutayangkan 'gambo hitam-putih' kebun kelapa di kampung asalku dulu-dulu.




Bila kerajaan kenalkan Rancangan Pemulihan dan Penanaman Semula Kelapa (dipanggil 'Rancangan' oleh orang kampung), wow....., jadi cantik-molek betul wajah tanah para PEKEK. Cukup dengan tanaman selingan pula, mula-mula pisang, kemudian koko. Suka betul aku tengok parit-parit yang para 'pencangkul mahir' korek untuk pastikan sistem perparitan dan saliran air di kebun jadi lebih efisien.





Bila masuk Rancangan, taklah semua pokok ditebang. Yang agak-agak o.k. disimpanlah. Kot tak gitu, tak 'berbuah'lah para PEKEK. Alahai, kalau dah 'tak ada buah', nak makan apa?  Tengoklah cerita Rancangan tu sikit lagi dalam bentuk gambar simpananku di bawah ini.




Rancangan' yang memertabatkan kebun kelapa beroperasi secara rasminya antara 1963 - 1985.

Selang beberapa tahun selepas Rancangan diberhentikan, keadaan ekonomi para PEKEK mulalah jadi macam 'sabut dalam air'. Timbul-tenggelam-tenggelam.... Semasa era merudumnya dulu, sebiji kelapa di kebun bernilai 2-3 sen saja. Masa itu memanglah lebih untung kalau biarkan kebun semak, biarkan buah jatuh bercambah di tanah.


Pekebun kurma ni pun macam ada projek pemulihan kebun.
Tak sempat pula amati kisah ceritanya macam mana.

Ikut pengamatanku, bila para PEKEK 'sendiri rasa' kelapa bukan lagi hasil mashul yang punyai status 'komoditi prioriti tinggi' (mereka tak gunalah istilah ni!), mereka pun memandai-mandaikan dirilah, mengambil tindakan yang mereka fikirkan baik untuk hidup.

Gambar di bawah ini (gambar up-to-date ni!) menunjukkan wajah kebun PEKEK yang positif sikapnya, penuh dedikasi dan komitmen terhadap tanah-tanihnya. Kebun disarati dengan tanaman selingan. Jadi lebihlah pulangannya.




Terutama bagi yang kebunnya cantik, bila sebiji kelapa gred A boleh dijual dengan harga antara 50 - 70 sen sebiji macam sekarang, nampaklah juga makna 'hidup berkelapa'. Sekalipun dari pendapatan yang diperolehi itu kenalah juga dihitung upah menurunkan dan mengupas kelapa, dan kos-kos lain yang berkaitan, termasuk kos membersihkan kebun dan pengangkutan.

Yang kebunnya macam di bawah ni, mungkin pemiliknya sudah tiada. Atau semua anggota familinya telah pun memigrasikan diri ke mana-mana. Mungkin juga ada sebab-sebab lain yang takkan kita ketahui tanpa, bak kata orang-orang universiti, kajian sistematik!





PEKEK berinisiatif tinggi, yang cerdik melihat keadaan ekonomi sekeliling, pandai-pandai mereka 'mengubah' syarat penggunaan tanah. Macam kata pekebun-pekebun keturunan Jawa di Bagan Datoh (Perak), mereka 'polah dewekan'. Maksudnya,  'mengemudi hidup sendiri tanpa sokongan orang lain', termasuk pihak gomen!.

Penghujung kepada 'pandai-pandai mengemudi hidup sendiri', ada di kalangan PEKEK yang menjadikan diri mereka PEKEKES (pekebun kecil kelapa + kelapa sawit)! Mereka menanam kelapa sawit di celah-celah pokok kelapa. Good-bye mono-cropping..... Terwujudlah kebun dwi-tanaman utama, satu inovasi (?) yang pakar pertanian tanggap sebagai 'mempadatkan kebun, menguruskan hasil'.

Ada juga PEKEK yang mentransformasikan diri mereka, sepenuhnya menjadi PEKES. Jadi macam warga Felda sikitlah, walaupun tanpa intervensi atau sokongan sesiapa, dalam mereka merubah amalan perkebunan mereka. Dan dengan harga kelapa sawit yang agak baik masa ini, berlakulah sedikit enjakan dalam kualiti hidup.



 
Hasil 'polah dewek' sememangnya menakjubkan!
Pun begitu, para PEKEK dan orang seperti aku, tetap terus tertanya-tanya. Dulu kita 'boleh tahan' dari segi penghasilan kelapa. Lain ceritanya hari ini.

Tapi, keperluan kelapa negara tetap meningkat. Malah telah pun dikisahkan merata-rata, industri berasaskan kelapa akan berkembang di negara ini. Yakah? Kalau tak bercakap pasal industri-berasas-kelapa pun, kan kelapa tetap diperlukan sebagai bahan makanan harian? Dan kuantiti pengeluaran tempatan terus merusut.

Nampaknya langkah-langkah jangka panjang mengatasi masalah ini, yang melibatkan para PEKEK sendiri, belum nampak jelas.Upaya memenuhi keperluan masih punyai kekangan besar.




Cerita lama yang 'digambarkan' dalam gambar lama di bawah (lama tak lamalah) ini sememangnya boleh memberi harapan. 





Tapi, ada macam dan ada rasa 'gambar tinggal gambar' sajalah nampaknya hingga kini. Lagi pun, kita macam tak risau. Sebab kita boleh terus membeli dari jiran-jiran. Tak musim puasa atau raya pun, sebenarnya kita sememangnya mengimportnya juga. Masalah sikap siapalah agaknya ni, ya?

Tapi aku tahu, para PEKEK tidak akan mempentaskan isu 'sebenarnya aku nak menanam apa sekarang', menjadi sendiwara jalanan. Telahanku, dalam keadaan apa pun, walaupun berterusan semak hati dan fikiran seperti juga semaknya kebun mereka, para PEKEK akan hanya menunggu dan berdoa, agar tidak berpanjangan mereka diharapkan 'polah dewek'.


Dan mereka tidak akan memekik, apa lagi memekik-mekik. Ikut jangkaan hatikulah!

Nota: Dirakamkan penghargaan kepada akhbar The Sun keluaran 2.2.2002 & 14.9.2007, dan Utusan Malaysia keluaran 24.11.2007.

34 comments:

Unknown said...

SALAM,
SETUJU, KITA KENA BANYAK BERTERIMA KASIH KPD PEKEK INI ! NI, DAH NAK DEKAT HARI RAYA NI! KALAU TAK ADA KELAPA, MENGGARU KEPALA KITA NANTI?

ORANG KATA, MINYAK KELAPA DARA ITU HEBAT ! SIHAT SELURUH BADAN ! TEMUK DAH CUBA KE ?

kasihibu said...

assalamualaikum pak cik
pagi tadi terdetik nak jenguk blog pakcik yg senyap sunyi, konon nak bertanya khabar, tp bila dah bersilat, jadi terlupa

harap pakcik&makcik sihat sejahtera hendaknya

bak kata enpakwe sya, selalunya kita cuma hendak hasil, tp tak hendak menjaga kebajikan pokoknya

kelapa di musim perayaan memang sangat sangat berguna
harga dari sen sen sebji dah jadi ringgit ringgit pulak

minggu lepas sya beli kelapa tua, nak buat inti
hasilnya alhamdulillah
dapat buat kueh untuk berbuka puasa
kueh apa namanya tu tepung pulut dan tepung beras di kacau dgn santan lepas tu inti kelapa di salut tepung pulut, satukan dlm daun pisang dan kukus
kali pertama buat, alhamdulillah menjadi tp tak cantik lah

lagi satu kue ketayap, anak dara sya suka
berbaloi baloi dari membeli di param
walaupun harga kelapa inti tu sebiji rm 1.60cen
ada sikit lagi lebih inti tu, petang ni cdng nak buat kueh koci pulak
heheheheh..bebel panjang pulak ;p

zul permatang badak said...

harga borong kelapa siap kupas di kuantan dah 1.50 sen....
jualan runcit 2.00 ke 2.2o....

bagi yang ada kebun....10 biji dah dapat rm15.oo......

bagi yang ada beruk....upah petik kelapa....4o sen sebiji...
kalau beruk dapat betik 200 biji sehari.....berbaloi rm80.00 sehari pendapatan pemilik beruk....

masaalahnya kelapa tidak ada untuk dipetik........
ladang2 baru harus diwujudkan kembali.....

minyak masak dari minyak kelapa....sungguh wangi.....

makan nasi dengan tahi minyak.....ummm....sedap, terkenang-kenang........

terokai seni said...

member yang berniaga klapa pon crita sampai terpaksa beli kat indon... yang ada kat sini kerjaaan buat pekak je jadik semua dok tuka pokok kelapa jadik sawit

DrSam said...

Salam Ramadhan al-mubarak. Isu kelapa di negara kita ni memang menarik dan sepatutnya perlu diambil serius (terutama oleh gomen). Memang agak ketara terhadap permintaan kelapa (jenis-jenis kelapa yang berbeza) malah bekalan pun kekadang sukar. Saya sokong konsep 'inter-cropping" contoh PEKEKES sebagai menjana pendapatan alternatif - satu inovasi kreatif. Mungkin boleh dikembangkan lagi dengan tambahan kepelbagaian ternakan (PEKEKTER :)

ckLah @xiiinam said...

Datang Sungai Bugis lagi ke Panam?


Kelapa yang tinggal di keliling rumah bapak ckLah hanya untuk dimakan saja. Tak ada dah untuk dijual atau diproses jadi krekel macam dulu. Tingginya pun dah sayup mata memandang. Semua diganti sawit...

uSu iJamm said...

Apa kata kalau orang2 PEKEK maupun PEKES pakat ramai2 masuk PEKU (pakebun kurma).
Tringat crita sorang teman, katanya kelebihan kelapa ni memang la dahsyat, sampai ada dibuat perumpamaan dlm Al Quran. Tapi saya tak ingat ayat mana.

Temuk said...

As-Salam LUAHFIKIRAN
Betul, kena terima kasih kat para PEKEK. Raya ni kot depa tak keluarkan kelapa kenalah bergulai, berlemang, berendang dan berkuih muih dgn gunakan susu cair! Mujur ada kelapa import (kata orang banyak yg tak cukup tua buahnya).

Ramai yg kata minyak kelapa dara banyak kegunaan perubatannya. Ia juga minyak kesihatan. Belum pernah cuba. Warga emas tentulah lebih menyukai minyak kelapa tua.

Temuk said...

Waalaikumussalam SAYANGSAYANGIBU
Kesian SSI kena bersilat
dgn macam-macam kerja rumah. Pakcik & Makcik alhamdulillah sihat, semoga SSI sekeluarga juga demikian.

Wow, nampaknya macam-macam juadah lemak-manis yg SSI sediakan tu. Entah-entah setiap hari korbankan sebiji kelapa. Kuih koci dgn ketayap tu Pakcik pun gemar. Tambah-tambah kalau intinya sagatan kelapa matang tapi tak tua sangat, yg sabut/tempurungnya belum kering. Selamat berkelapa-kelapaan, hihihi.

Temuk said...

As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Dengan berkurangannya kawasan kelapa dan merusutnya hasil dari kawasan kelapa yg sedia ada, akan jadi baguslah harga kelapa. Baguslah utk pemilik kelapa. Nampaknya santan dlm kotak dari Indonesia pun banyak di Malaysia.

Ramai yg tak tahu kehebatan rasa tahi minyak kelapa. Juga kewangian minyak kelapa. Ramai yg takutkan bahaya minyak kelapa sbg makanan. USA yg jahat, sbb nak lakukan minyak soya, jagung, & kacang tanah mereka, asyik tuduh minyak kelapa tak baik. Anehnya, ada pertubuhan di USA sendiri yg perjuangkan produk-produk berasaskan kelapa, termasuk minyaknya.

Seronok + berduit juga kalau punyai beruk yg pandai kutip kelapa. Kita kena pastikan beruk-beruk ni tak menganggur. Yg ada tanah mestilah menanam lebih pokok kelapa sekarang ni.

Temuk said...

As-Salam CEMOMOI
Pentadbiran tanah di negara kita, apa lagi tanah kampung, memang rumit. Saya pun fikir pihak berwajib memang buat 'dek' saja bila PEKEK menukar tanaman dgn kelapa sawit. Tak dibantu, sbb langgar syarat tanaman, tapi tak pula disaman. Bukanlah nak suruh gomen saman, tapi itulah 'dek'nya si gomen akan situasi ini. Setahu saya memang tidak ada pelan konkrit utk membangunkan sektor kebun kecil kelapa. Bagusnya, kalau benar semua lapisan masyarakat diberi peluang yg betul2 sama, mengikut kesesuaian, dalam pembangunan negara.

Temuk said...

DrSam

Wa'alaikumussalam. Lama tak ketemu. Semoga keluarga sihat & bahagia menjalani ibadah puasa.

Minta-minta akan ada pelan lebih konkrit utk sektor kebun kecil kelapa. Ranc Pemulihan & Penanaman Semula Kelapa dulu-dulu memang baik, tetapi diberhentikan pula. Kemudian timbullah projek2 yg agak ad hoc: penghasilan kelapa muda, pembiakan orkid pada batang kelapa, pemberian benih2 klon baru, dan pemberian tanaman selingan. Setahu saya, impaknya 'susah nak cakap'. Yg jelas, kelapa utk santan memang 'highly demanded'. Tak pastilah mengapa tiada fokas kita ke situ. Yes, I agree with you that integrated farming involving animal rearing is certainly good for the PEKEK in some areas. But there is doubt whether this is given much emphasis in our development plans for the really small-scale farmers. I wonder whether the existing agricultural advisory & extension services can be of much help to our 'polah dewek' smallholders. We certainly are focusing on 'big' agriculture now that can bring in big money to the country. Ketemu lagi.

Temuk said...

ckLah
Tu gambar lama, masa Paman melencong-menyimpang ke kawasan bertuah tu. Kalau ada rezeki, raya ni nak cari geng lama di Sg Samaklah (dia dukun terkenal kat situ, tau?) sbb masa singgah dulu dia tak ada, dan belum dapat peluang minum teh Sg Samak, hihihi.

Oh, asalnya Sg Manila tu ditanami kelapa, ya? Tapi, dari segi pulangan, pastilah kelapa sawit yang ada sekarang lebih hebat. Kalau yg tinggal tu pokok-pokok kelapa yg dah melangit tingginya, kenalah tunggu buahnya jatuh sendiri untuk digunakan. Pokok buluh untuk dijadikan galah pengait kelapa pun amat sukar didapati di kampung sekarang ini. Dan yg pandai mengait pokok tinggi pun, kebanyakannya, sudah tamat riwayat. Semoga tambah kerasan dgn sekolah baru!

Temuk said...

As-Salam uSu iJamm
Ikut pelan tu nak pindahkan PEKEK dengan PEKES kita ke tempat yg tanam kurmakah? Hihihi, menarik juga pelan bergabung tu. Kalaulah pakar2 pertanian kita boleh hasilkan klon kurma yg boleh berbuah & berbuah dengan baik di Malaysia, wow... mungkin para PEKEK akan tukar tanaman. Kayalah mereka terutamanya bila Ramadhan datang. Tapi para PEKES mungkin akan kata, 'Tak payah... we are ok already!'

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

PEKEK, PEKES, PEKU..menambah perbendaharaan kata kita setelah saya juga tahu KUDATI, KUJAN dan RUTUTI dan mungkin banyak lagi akronim ciptaan Abang Temuk yang saya ketinggalan.

...mereka tidak memekik, namun jeritan batin mereka dapat kita rasai.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Yang berjiwa cantik memang cepat berasa terjentik, pantas hatinya menyelami jeritan batin orang lain, yang hidupnya terhimpit, yang laluannya sempit. Terima kasih.

Akronim juga = singkatan kata para pemalas, yang boleh jadikan bahasa lemas. Tapi dlm blog, barangkali tak mengapalah kan, Cikgu (alahai, menjeling si DBP).

Pastinya telah amat ngam dgn sekolah baru cikgu tu. Semoga terus maju jaya.

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum cikgu,

Lama tak singgah. Masuk banyak kisah kelapa. Masa musim haji 2008 pokok kurma di pasar Kurma tak berbuah bila lihat rakaman gambar kakak betul-betul macam gambar kat pokok kelapa sawit...:)

Bapak kakak pun polah dewek pokok kelopa iki cikgu. Wes di tandur orak payah jogo meneh. Mesti ono uwah he... Orak payah tuku santen kotak orak enak...

Temuk said...

Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Yo kok, wes sui rak ketemu. Alhamdulillah, kalingan + singgah. Oh, Kakzakie pergi haji 2008, ya? Pembangunan sekeliling Masjidilharam tengah ligat ke masa tu?

Menanam & menjaga kelapa tak begitu susah. Yang ditakuti pucuknya diratah kumbang, atau daunnya dimakan ulat. Kalau kebun ditebas & dibaja, lebih baguslah hasilnya, sekalipun pokok yang dibiarkan kesemakan & tanpa baja pun biasanya berbuah juga. Benar tu, santan segar lebih sedap daripada santan dalam kotak. Terutamanya, untuk dibuat air cendol.

Al-Manar said...

Tak terfikir dulu dulu yang Malaysia akan kekurangan kelapa. Keluar saja kawasan bandar dan masuk kampong pokok kelapalah yang ketara. Pokok yang Tuhan permudahkan pembiakkan, dihanyut air sungai, laut dan sebagainya. Mempunyai air sendiri untuk membresar dan tumbuh.

Tuan Temuk, dalam posting saya terkini saya ada minta pemikiran tuan tentang aloe vera.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum tuan..

TAnjong Karang byk kelapa..tp semuanya dh hampir pupus...kalau rendang tak letak santan, taklah namanya rendang..tak lengkap raya kita

Temuk said...

AL-MANAR
Tuan, malam kelmarin saya lihat di kaca TV, pihak FAMA menerima bekalan kelapa dari Indonesia - kata pegawainya, kalau tak silap telinga mendengar - sejuta biji sebulan. Wow, kalaulah jumlah itu pekebun kecil kita yang punya & jual di pasaran tempatan, alangkah baiknya. Bila pekebun kecil sedari kelapa sawit lebih baik pulangannya, walaupun (kalau!) kerajaan buat pelan bangunkan kebun kecil kelapa, mungkin pekebun pun tidak berminat.

Nanti saya lihat cerita aloe vera tuan. You might want to visit Adry's Dedaun Alam at http://adrydaud.blogspot.com. I find this blog which focuses on plants, very informative.

Temuk said...

SAHROMNASRUDIN
Wa'alaikumussalam sahrom. Semoga sahrom sihat & bahagia dlm menjalani puasa dan ibadah lainnya sepanjang Ramadhan ini.
Betul di kawasan Tg karang & Sabak Bernam, spt juga Bg Datoh, terdapat banayk kelapa. Tapi penjual kelapa segar sendiri kini menghadapi maslah kurang bekalan. Kalaupun mahu dibangunkan semula sektor kebun kecil kelapa hari ini, rasanya memang berbagai kekangannya.

Walau 'anak' kelapa, saya suka gulai menggunakan susu rendah lemak. Tapi tak mungkinlah si susu menggantikan si santan dalam rendang ayam atau daging kita. Wow, sahrom kata rendang tanpa santan tak lengkapkan raya?! Hihihi. Hidup kelapa!

Azian Elias said...

kalau dulu kelapa bersepah2 bawah pokok. Nak minum degan, tinggal amik je kat pokok. Now, kena beli. mahal lak tu.

now saya pakai santan kotak je or pakai susu cair.

Temuk said...

YAN
Entah-entah zaman cicit-cucut kita nanti, bila kelapa hanya jadi pokok hiasan, mereka akan makan degan import, dalam tin. Santan kotak pun mereka tak jamah sebab boleh beli makanan berkuah santan dalam tin juga. Sekarang pun dah banyak. Semoga sentiasa bahagia sefamili, menanti kemunculan 1 Syawal.

zulkbo said...

salam..
berinfomatif menarik isu yang di ketengahkaan..masaalah dalaman sistem pentadbiran negara kita,memang perlu rombakan malahan di ganti dengan yang lebih baik serta telus

insan marhaen said...

Masa masih remaja dulu, IM pernah pergi ke rumah kawan pena IM di bagan datuh. dia hidangkan sirap air kelapa. sedap! IM terfikir, alangkah nikmatnya hidup dikampung yang memiliki serba serbi yang tulin dan berkhasiat.

bagan datuh memang banyak pokok kelapa tapi tak dinamakan bagan kelapa.

macam pulau pinang yang IM nampak lebih banyak pokok kelapa dari pokok pinag!

Temuk said...

ZULKBO
As-Salam. Satu polisi tegas sememangnya amat diperlukan berhubung pembangunan pekebun kecil kelapa & industri kelapa negara umumnya. Kementerian yg menjaga pembangunan desa dan yang menjaga pembangunan pertanian ketara tidak begitu perihatin ke atas kelompok-kelompok pinggiran.

Temuk said...

IM
Siapalah agaknya rakan pena IM di Bg Datoh tu, ya? Sememangnya seronok hidup dengan serba serbi keperluan ada di sekeliling kita. Dapatlah kita mencapainya dengan cepat dan mempastikan ia segar serta terjamin kualitinya.

Setuju, sepatutnya Bg Datoh bernama Bg Kelapa dan Pulau Pinang, Pulau Kelapa.

sahromnasrudin said...

Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan tuan.. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

terokai seni said...

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

Kakzakie Purvit said...

Ramadhan kian mengundur pergi
Syawal menanti untuk menjelma
Kakak datang menyusun 10 jemari
selamat Hari raya, maaf dipinta

Temuk said...

SAHROMNASRUDIN
As-Salam. Tidak teringat apa-apa yg mengguris rasa, baik dari sahrom atau sesiapa. Insya-Allah, hubungan mesra sesama kita semua akan berpanjang dan diberkati Allah.

SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir batin.

Temuk said...

CEMOMOI
Yg saya rasakan, kita para bloggers, memang jauh di mata, tapi dekat di hati. Inilah kisah jauh tapi dekat. Semoga hubungan membawa berkat.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Temuk said...

KAKZAKIE

Temuk juga menyusun jari
Maaf dipohon kemaafan diberi
1 Syawal kan datang lagi
Gembiralah meraikannya Kakzakie sefamili.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.