Friday, September 9, 2011

KISAH PISANG TUBU

Cerita pisang yang kuberi nama baru Pisang Tubu ini pernah kupaparkan Julai lalu di bawah entri 'Pisang Jiran?' (http://nukilan-temuk.blogspot.com/2011/07/pisang-jiran.html).

 
Betul, nama yang kuberikan sebelum ini, Pisang Jiran. Sebab jiranlah yang mula-mula menanamnya. Kemudian, sehingga sekarang, keturunan pisang ini tumbuh subur di penjuru lot kosong, antara lotku dan lot jiran.

Semasa gambar buahnya kuambil tempoh hari, kurasakan wajar namanya diubah kepada Pisang Tubu (Pisang Tupai dan Burung). Sebabnya, dalam beberapa hari yang lalu, kusaksikan hanya tupai dan burung yang dapat dan acap menikmati buahnya yang telah masak itu.


Sebenarnya geram juga aku bila melihat pisang yang begitu muntuk itu. Yang dah masak, mungkin hebat digoreng atau dibuat cekodok, atau dilepat-lepat, atau dipengat-pengat!  Yang masih hijau mungkin cantik dijadikan kerepek.


Tapi dalam banyak kali aku mengintai-ngintai, tak ada pula rezeki 'nampak si jiran'. Cadanganku, kalau ternampak si jiran, aku nak kata, kalau  si jiran  tak mahu, si aku boleh menuainya. Tak segan silu jiran si jiran ni! Kihkihkih.

Berasaskan frekuensi ziarah dan kuantiti para Tubu, serta darjah kepantasan 'penikmatan buah', mengikut congakku, dalam tiga empat hari lagi, jika tak kelihatan juga si jiran untuk ditanya,  kenalah aku menunggu tandan-tandan baru yang akan datang..... kalau mahu (mungkin) menggoreng, mencekodok, melepat, memengat atau mengerepek.

Pisang Jiran dah jadi Pisang Tubu, tapi belum jadi, dan mungkin tak akan jadi, Pisang Aku.

26 comments:

Azian Elias said...

Assalam Pak Temuk..

wahhh!! banyaknya meng..saya suka sangat mencekodok tu..

Unknown said...

SALAM SYAWAL,
KALAU JADI GORENG NANTI, TOLONG BERITAHU JIRAN INI ! NAK DATANG MAKAN DAN ZIARAH SEKALI !

Temuk said...

YAN
Assalam. Lebih banyak 'meng'nya, bererti lebih versatillah si buah pisang. Macam-macam boleh. Ada adik ipar saya bawa banyak pisang masak dari kg di Perak tempoh hari, kemudian dicekodokkan di Gombak, dan dibawa ke rumah saya (rasanya ada anggaran 2 kg!). Habis dinikmati tetamu raya saya! Geli hati betul. Rupa-rupanya Yan suka cekodok, ya?

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
Assalam. Rasa-rasanya tak ada peluang nak goreng pisang Tubu tu, sebab si jiran dah balik kerja di Tg Malim. Macam mana nak buat permohonan menuai buahnya? Silakan ziarah bila-bila, tak payah tunggu Tubu gorenglah... InsyaAllah biskut-biskut ada lagi.

insan marhaen said...

IM tak berapa gemar goreng, cekodok, lepat mahupun pengat. Tapi kerepek pisang.. best. makan masa long drive untuk elak mengantuk!

Temuk said...

IM
Saya suka semuanya! Tapi yg bernama kerepek, memang ada keistimewaannya sendiri. Di mana-mana dan bila-bila pun ia lebih mudah dinikmati. Dan lazimnya, bila dah mula susah pula nak berhenti. Salam bahagia.

ckLah @xiiinam said...

Jadi rezeki manok ya Paman...


ckLah ni dikira membesar dgn pisang. Jemput pisang dan pisang goreng adalah juadah pagi sebagai alas perut dan bekal ke sekolah yang rutin. Sampai sekarang, nak beli pisang goreng siap sesekali pun rasa orak mentolo!

Anak2 ckLah sekarang pelik kalau ibbu mereka buat sarapan pisang goreng. Un tuk minum petang tak apa...

Temuk said...

ckLah
Manok & bajing bodo pisang-pisangan...
Serupalah dgn pengalaman paman, termasuk kisah yg anak-anak rasakan pelik tu. Bila goreng sendiri gorengannya jadi lebih rapi. Yg beli tu, pisang pun tak dibelah habis, masih bertaut hujungnya. Jadi bahagian yg tebal tu lebih berminyak & tak sedap rasanya. Malah ada yg goreng pisang yg sudah terlalu ranum, hingga jadi 'pisang minyak'! ckLah tahu tak resipi kolek (e pepet!) dan wodok? Paman teringat juga rimpi pisang dan getuk pisang. Sekarang barulah kita tahu, ini semua sajian hebat!

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

TUBU POTUTI.....mungkin siapa cepat dia yang dapat. Mintalah, pasti kita dapat insyaAllah.

".....saya ambil TUBU ni ye?......ambillah...." (sebut sebagai simbolik)

zul permatang badak said...

cikgu tak apalah dah rezeki tupai dan burung......
tentu dlm hati betapa enak dan lazatnya siburung dan tupai menikmati dan berkata mereka mujur juga sipenanam membiarkan ia masak ditandan dapat juga kita makan....

mereka berdoa murahkan rezeki sipenanam,
dan rezeki kita bukan pada pisang tapi pada sumber yg lain,
mungkin pada kelapangan masa
kerehatan minda....
kecerahan penglihatan,
ya......rezeki kita sama2 berkongsi......
sukses........

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Wa'alaikumussalam
Betullah tu, TUBU yang cepat TUBUlah yang dapat. Pisang TUBU ni mungkin dikira POTUTI oleh tuan lot sebenar. Di lot penanam asalnya ia dah tak tumbuh pun. Kot secara simbolik saya kata saya ambil pisang dan hidangkannya untuk manfaat para TUBE, kira dapat ganjaran tak, Cikgu? Hihihi. Tak apalah, kita ni kira seronok-seronok cerita pisang aje.

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
InsyaAllah penanam asal, dan pemilik lot di mana pisang itu membiak dan berbuah sekarang, menerima ganjaran setimpal daripada Allah. Kita pun seronok cerita hal pisang TUBU ini, sebab ada juga pengajaran berguna yang diperolehi di sebaliknya.

Rohani M.U said...

Salam Ziarah dan Salam Aidilfitri buat cikgu sekeluarga.Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.Membaca n3 cikgu kali ini membuat hati ketawa sendiri. Lucu pun ada. Apapun cikgu, rezeki untuk semua, untuk merasa tak kira manusia ataupun haiwan.Faedah menanam pokok buah , dapat merasa walaupun orang yang menanamnya telah tiada, jika manusia tiada merasa.....pahala diberi kepada haiwan yang merasanya. Faedah menanam pokok bunga, menjadi hiasan penyeri halaman rumahtangga.
Apapun, pokok buah pokok bunga menghias dan menghijaukan alam sekitar. Semoga cikgu dirahmati Allah swt sentiasa. Amin.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Nampak gayanya pisang TUBU ni pisang berangan atau bunga. Sayang pulak ia terbiar tanpa dituai oleh pemiliknya. Walaupun terbiar dan jadi makanan burung, tupai dan haiwan lain, tuan yang menanam pokok ini mendapat pahala krn haiwan mendapat manfaat drp hasil tanamannya.

Temuk said...

CIKGU ROHA
Salam Syawal. Terima kasih. Semoga Cikgu juga sentiasa dalam peliharaan Allah. Hihihi, saya sebenarnya geli hati kerana pada waktu meninjau-ninjau si penanam asalnya, asyik tak kelihatan. Dia sebenarnya balik sekejap-sekejap kerana bertugas di tempat lain. Nanti bila ternampak dia bila-bila, saya akan buat booking awallah... maka, bila ada saja pisang masak, akan memangkaslah parang saya akan tandannya. Ceria selalu,Cikgu.

Temuk said...

ADRY
Assalam. Bila dilihat gambarnya, memang ia kelihatan seperti pisang berangan. Juga macam pisang bunga. Cuma kalau dilihat buahnya yang sebenar, saya rasa ia memang berbeza daripada pisang berangan, juga pisang bunga yang biasa kita lihat di pasar. Mungkinlah mereka sefamili. Yg pasti pisang TUBU ini memang besar saiznya, saya agak lebihkurang 1.5 inci diameter.

Ya, yang asalnya menanam & pemilik lot yang ditumbuhi pisang itu sekarang, insyaAllah berterusan mendapat ganjaran Allah.

Khairul Onggon said...

Salam Aidil Fitri wa Temuk... Maaf zahir dan batin... Kalau ada lens tele (panjang) mesti boleh tangkap gambar tupai dan burung yang hensem tu hehehe...

Wa jangan lupe esok lusa saya ada wat entry mengenai photo editing cara yang paling mudah, paling senang hanya dengan 1 klik.. InsyaAllah :)

Kakzakie Purvit said...

Sayangnya cikgu... kalau kakak panggil pisang ini pisang kapas. Boleh buat sayur yang muda tapi kalau masak makan terus pun sedap. Kalau buat cekodok pun sedap. Pokok pisang ini mudah membiak cikgu. Belakang rumah kg kakak pun banyak. Jantungnya pun kakak ambil juga.... Sayangnya org dah tanam tapi tak makan ye....

Temuk said...

KHAIRUL ONGGON
Salam Syawal. Maaf zahir batin. Betullah tu, kalau berlensa telefoto paruh burung dgn gigi tupai pun boleh kita tawan! Tapi Wa Temuk ni cakap saja. Nak pakai yg 18-55 std lens tu pun terkial-kial + malas membaca. Sesekali nak emel Khairul nak tumpang tanya mengenai fotografi guna dslr ni.

Thanks for visiting. Certainly I will have a good look at your special entry on photo editing.

Temuk said...

KAKZAKIE
Oh, kakzakie panggil pisang kapas, ya? Adra@Daun kata itu pisang berangan atau bunga. Mungkin lain tempat lainlah namanya.

Memang sayang tak dapat menikmatinya, tapi musim ni rezeki burung & tupailah nampaknya. Lain kali saya book drpd tuannya semasa buahnya muda lagi. Hihihi. Sebut pasal jantung pisang, teringat pula akan 'keluban' jantung pisang semasa di kampung dulu-dulu. Alahai, dengan keluban, imbuh kok segane!

dear anies said...

petang2 gini mkn pisang goreng...warrghhhh

subur btol pisang pakcik!

yanmaneee said...

golden goose
supreme t shirt
hermes birkin
balenciaga shoes
golden goose sneakers
yeezys
off white x jordan 1
ggdb
stone island
kyrie 6

Unknown said...

essayez ce site dolabuy.ru cliquez pour plus d'informations Fendi Dolabuy allez maintenant YSL Dolabuy

shaysea said...

allez sur mon site Source regarder ceci maintenant Loewe Dolabuy visitez ce site Web -site dolabuy.ru

sosa said...

this page he has a good point go to this site www.dolabuy.ru Read Full Report https://www.dolabuy.co

neighneet said...

right here Celine Dolabuy continue reading this best replica designer bags look at more info designer replica luggage