Tuesday, October 4, 2011

JAUH BAU BUNGA, DEKAT BAU.....

NOTA IKHLAS dan AMARAN
Ini n3 Kategori MMM. Ia mungkin memualkan, membosankan, menyakitkan, membusukkan, dan me..... macam-macamkan. Penulis tidak bertanggungjawab jika ada pembaca yang loya atau tidak selesa dengan tulisan dan gambar-gambarnya. My apologies to all cat lovers, including my puteri kesayangan yang amat sayangkan si belang-belangnya, sekiranya (janganlah ye!) n3 ini memarahkan.

                                                        \\\\\/////000o000\\\\\/////

Kita semua biasa mendengar peribahasa "Jauh bau bunga, dekat bau ....", kan?


Macam dalam gambar di atas itulah. Yang jauh tu berbau bunga TYT (Today, Yesterday,Tomorrow). Yang dekat berbau..... (si lalat yang hinggap kata, yang dekat berbau coklat!).


Samalah, macam dalam gambar yang di atas satu lagi ni. Yang jauh berbau (walau nipis sangat baunya) bunga Senduduk Putih (nampak tak jauh di belakang tu?), yang dekat berbau..... (si lalat yang hinggap kata, yang dekat berbau kastard!).

N3 ni sebenarnya bukan nak huraikan peribahasa. Tak pandai pun. Jauh menyimpang dari tajuknya, tujuan n3 ni nak cerita (bukan cerita penting pun!) mengapa sekarang ni aku takut membela kucing.

Dulu-dulu aku memang suka membela kucing. Biasa aku tidur membantali kucing. Jadi bantal, bukan berbantalkan, kucing!

Seekor drpd entah berapa yg pernah kubela dan belai.
Sekarang, amat-amat memadai aku miliki ketul-ketul kucing macam yang kat bawah ni. Si dia tak manakutkan.


Mengapa jadi takutkan kucing?

Pertama, semakin menua (orang lain mungkin tidak), semakin kubimbangi kesan bulu kucing ke atas bulu hidungku. Kucing mana pun amat gemar menanggal dan meninggalkan bulu di merata ruang. Alahai, ini semualah yang pantas dan pasti memetik-metik bulu hidungku. Penghujungnya, yang terkesan adalah sekujur hidung  - akan hujan dan berguruhlah ia, dengan lelehan air bening yang membosankan.!

Kedua, sekarang ni aku memang tak tahan aroma 'lepasan' kucing! (Orang lain mungkin tahan).

Para kucing memang boleh diajar buat kerja melepas di kotak berpasir. Tapi, bila di luar rebannya, tak boleh kita gerenti.  Atas lantai, penjuru bilik, bawah gerobok, tepi bantal..... Aduuuuh..... beban tugas dan beban hidung yang tak diundang!

Ini belum cerita para KUDATI (kucing datang tanpa izin) yang berziarah, nak bermain atau berkawan.  Atau berhajat mengorat, termasuk mengorat juadah. KUDATI juga gemar melepas, lepaskan masalah, di dalam atau luar rumah yang diziarahi. 

Sebab itu semualah maka aku takutkan kucing. Dan tidak lagi menternak kucing.

Tapi, nampaknya aku masih belum terlepas dari masalah 'lepasan'. Kawasan berumput di luar rumahku tu memang selamanya jadi padang permainan atau tempat 'merendek' yang digemari para KUDATI (mujurlah geng ni tak menetap!). Baru saja kita simpan mesin rumput, mereka siap menghiasi kawasan! Bagaikan kerja makhluk-makhluk halimunan, tahu-tahu sudah ada tinggalannya di sana sini.

Alahai..... janganlah terpijak, dan kemudian memijak pedal kereta!
Ada tak agaknya cara menjampi-serapah supaya KUDATI tak menziarahi kawasan kita?  Atau kalau datang bermain, merendek, atau berziarah pun, tidak melabur di kawasan orang?

20 comments:

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Tiada cara lembut utk menyekat atau menghalang kudati dr terus menceroboh halaman kediaman kita. Cara yg kurang baik mgkin ada tapi tidak elok utk kita diamalkan krn ia akan membuatkan haiwan itu teraniaya. Pkk yg berbunga wangi tu namanya Yesterday, Today and Tomorrow (YTT bkn TYT). Info pkk tu ada dlm blog saya.

Temuk said...

ADRY
As Salam. Terima kasih banyak2 di atas peringatan itu. Memanglah kita tak mahu menganiaya haiwan. Penghabisnya kita katalah mereka menyumbang baja organik utk laman kita. Ok jugalah tu.

Saya ingat paparan Adry mengenai pokok tu, tapi tak terfikir merujuknya. Dah terbalik-balik nama bunga tu jadinya! Logiklah, Yesterday dulu barulah Today & Tomorrow, kan? Saya cuma teringat nak seimbangkan kedudukan huruf & letak Y di tengah2. Sorry kpd semua pembaca. TQVM.

Anonymous said...

kawasan sekangkang kera rumah saya pun jadi mangsa. Saya kutip hari2. Semenjak dua menjak ni tak ada dah kucing buat hal kat situ. Tak tau sb apa.

Temuk said...

ANONYMOUS
As salam. Terima kasih singgah.

Jadi satu kerja pula, ya, mengutip 'lepasan' kucing itu saban hari. Mungkin tuan boleh cuba ingat balik, semenjak dua menjak ni apa ada tuan buat kat kawasan rumah yang rasanya ada kaitan dengan berhentinya kucing daripada mendatangkan masalah. Mungkin boleh dikongsi bersama. Jumpa lagi.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ada petua yang saya amalkan - sukat ekor kucing itu (biasanya yang dibela) dengan lidi dari hujung ekor sampai ke 'bontotnya'. Kemudian letakkan kat mana nak kita 'ajar' kucing itu membuang najisnya - misalnya kat tandas (bilik air). Dan hasilnya kucing itu akan pandai membuang najisnya kat tempat itu.

Bagi yang kucing liar, boleh aje ditaburkan serbuk kari kat kawasan yang selalu 'diserang'....kerana biasanya sebelum kucing nak berak, dia akan cium dulu tempat....bila tercium serbuk kari, kucing itu pasti terbersin.....tak jadi berak....padan muka...ha...ha...

petua yang ini hanyalah hipotesis, belum menjadi teori lahi...hehe

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam. Terima kasih. Nampaknya bolehlah diuji hipotesis tu nanti. Logiknya memang ada. Saya perhatikan tempat serangan yang kita sudah bersihkan memang diserang lagi, dan lagi... Mungkin juga oleh penyerang lain. Kalau diserbukkarikan tempat tu, mungkinlah penyerang tak akan jadi melabur. Tapi, kalau dibusutkan dan dibusukkan tempat-tempat lain di sekitarnya, kenalah kita tolak hipotesisi yang ada. Hihihi. Ceria selalu!

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Masalah yang sama saya hadapi. Saya taburkan pasir atas longgokan buangan si tanpa izin, untuk hindar lalat dan bau. Dia melabur lagi! Selamat berhujung minggu.

Temuk said...

HJH NORALENNA
Masalah burung punya buangan dah selesai kot, ya? Tunggulah kalau-kalau ada yg punyai petua/jampi-serapah utk menakutkan KUDATI bolehlah dikongsi bersama. Ceria selalu!

Al-Manar said...

Saya cuba memikirkan dimana dua gambar diatas itu. Tentulah satu kawasan yang aman. Kalau itu hlaman rumah banyaklah kerja membersihnya. Apatah lagi dengan binatang yang datang membawa bau.

kasihibu said...

assalamualaikum pakcik temuk

sekadar mengunjung,
semoga sihat sekeluarga

sya pun tak tahan bau bahan buanmgan si kucing, w/pun sayang kan kucing

insan marhaen said...

sabar ajelah. dah begitu kejadian alam!

Aida Ali said...

Tulah pasal say pun tak suka bela kucing. Sekarang ni anak saya bela hamster. Saya pun tumpang sekaki

Temuk said...

AL-MANAR
Memang kawasan depan rumahlah tu, Tuan. Dan memang kena segera cepat-cepat tanam 'tinggalan' para kucing bagi mengelakkan aromanya dan serbuan rombongan lalat. Bila tanam tinggalan, saya mohon pada-Nya dalam hati, ia jadi baja yang baik. Have a lovely weekend!

Temuk said...

KASIHIBU
Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah semuanya sihat. Semoga demikian juga keluarga kasihibu. Berapa ekor kasihibu ternak kucing kat rumah tu? Dah sayang kucing, tak mengapalah... kena tahan bau lah sikit, hihihi.

Temuk said...

IM
Insya-Allah ok. Ada saja nampak terlonggok, kita cepat-cepatlah korekkan lubang dan kambus. Selamat berhujung minggu.

Temuk said...

Cikgu AIDA ALI
Cantik & menarik haiwan hamster ni. Cute! Kecil molek! Warna warni! Najis hamster pun tak banyak & tak begitu hebat baunya. Tapi, saya tetap kuatirkan bulunya & tak rajin bab penjagaannya. Namun, kalau anak kita rajin uruskan, tak mengapalah kita tumpang seronoknya. Selamat berhujung minggu!

~ShErA~ said...

Assalamualaikum pak Temuk..
lain sikit masalah saya dengan kucing jiran ni..bukan buangan seperti kes pak temuk..tapi muntah merata2..muntahnya berisikan nasik dan segala lauk pauk..kadang2 atas rak kasut(habis segala kasut nak pergi kerja),atas kereta..atas motor..dalam stroller anak..huhu..sangat2 tertekan!

Temuk said...

~ShErA~
Waalaikumussalam. Kesihannya, terutama bila kasut dan stroller anak jadi mangsa. Dengar cerita pun rasa loya. Kalau pasti kucing jiran mungkin boleh juga cuba diwartaberitakan padanya.... walaupun curiga juga, ini boleh jadi pasal kepada macam-macam hal! Lagi pun, kalau tak dikurung, takkan selesai masalah. Sementara itu mungkin boleh disimpan kasut dalam rak tertutup & gantung stroller anak kat mana-mana semasa tak digunakan. Redakan tekanan, ceria selalu!

yanmaneee said...

curry 4
kevin durant shoes
vans shoes
ultra boost 3.0
louboutin
nike air max 270
golden goose
nike air max
louboutin outlet
yeezy shoes

yanmaneee said...

yeezy boost 350 v2
yeezy outlet
adidas yeezy
supreme
yeezy boost 350
yeezy boost 500
kd13
supreme new york
supreme
golden goose