Thursday, November 17, 2011

NONA-NONA ZAMAN SEKARANG

Hari ni, cuma ingin rekodkan cerita si nona zaman sekarang ni.

Zaman dulu pun dia dah ada, tentunya. Aku saja yang tak menjumpainya, atau tak ambil endah mencarinya.






Tu hari kubeli nona cantik di atas tu di satu pasaraya Shah Alam. Tak pula kuperiksa, lokal atau pendatang dengan izin.

"Cukup ke sebiji, encik?". 

Aku senyum, mulut menjawab, "Cukup. Beli sebiji dapat banyak biji dalamnya!"

Memang lama nak cari nona keturunan lain. Terjumpa keturunan hijau pula. Nyata jenis ni lebih baik. Isinya cukup manis dan banyak. Bijinya ada 14 saja. Kaya isi, miskin biji. 

Sebelum rosak, cepat semai! 

 
Yang pernah kubeli setahun dulu, nona merah. Saiznya lebih kecil. Tak kedekut biji. Ada kira-kira 40 biji dalam sebiji buah! Tapi dia kedekut isi. Kaya biji, miskin isi. Tekstur isinya lebih kasar dan rasanya, mengikut citarasaku, tak seenak nona hijau. (Cerita nona merah ni ada dalam entri 7 Julai 2010).

Lebih letihlah kita bila berhajat menikmati nona keturunan merah ni. Kena berhati-hati. Bimbang tertelan sedikit isi, tapi terlebih biji!

Hasil semaian biji nona merah, ni lah, kat bawah ni. Adalah lebihkurang 7 bulan dah umurnya. Penjagaan tak rapi, tanahnya pula berbatu!



Lain kali, wajib lebih tajamkan mata bila ke pasaraya. Biar boleh nampak, kot-kot ada nona-nona zaman sekarang jenis lain yang lebih hebat!

33 comments:

al-lavendari said...

saya ingatkan buah nona tu sejenis sahaja .. tapi saya tak berapa gemar baunya. kalau tak beri pun, saya tak mengumpat.

adakah buah nona ini dalam spesis yang sama dengan buah durian belanda ?

ckLah @xiiinam said...

Kami beli dua biji di Hentian sebelah Bukit Gantang yang agak mengkal. Sampai rumah.....lupa langsung akan si nona berdua dalam kereta. Dah busuk....tak sempat nk rasa. Kempunan...

kasihibu said...

DAH BESAR SEMAIAN NONA MERAH TU
HARAP LEPAS NI NONA HIJAU AKAN MENJADILAH HENDAKNYA
DAPAT PULAK TUAN TANAM YG RAJIN MACAM PAK CIK

dear anies said...

ms kecik2 dulu sy suka mkn nona ni tp skrg susah nk dpt. aritu jumpa, mak ai mahal nyer..pakcik sy bli kt pakcik bleh?

Anonymous said...

Salam tuan, masa kami menetap di bumi Ho chi Minh, selalu kami makan nona ni. Sungguh manis rasanya. Begitu juga buah delima. Pendekata, apa2 buah yg nak pupus kat Msia ni semua ada di pasar sana.

Azian Elias said...

Assalam Pak Temuk.

Saya perrnah gak makan buah nona ni. tpi yg isi putih.. kecap - kecap masam kan..Tapi dia ada satu bau yg macam maung sikit kan..

Bila dah masak nanti tu boleh lah dikirim sikit ke s alam ni.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
buah yg cikgu beli tu lbh dikenali dgn nama nuah sekaya atau nona serikaya. Nama botaninya, annona squamosa. Buah nona pula nama botaninya, annona reticulata. Buah dlm famili yg sama iaitu annonaceae. Nona serikaya terdapat byk spesis yg dibezakan melalui warna dan bentuk buah. Durian belanda juga dlm famili yg sama dgn nona dan nona serikaya.

zul permatang badak said...

eh....terliur pula....sebab kaya isinya......
kalau banyak biji susah pula...untuk meluah,kenalah pandai.......

kadang2 rasa malas nak makan....tang bijinya yg kaya.....

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Dalam internet pun kita diperlihatkan dengan maklumat dan gambar pelbagai jenis buah nona. Kalau dibaca maklumat dari blogger Adry@Daun di atas tu, nampaknya nona dan durian belanda memang sekeluarga. Buah nona yang pernah al-lavendari temui atau cuba makan itu mungkin jenis yang 'baunya' agak keras sedikit. Cuba spesies nona yang lain, lain kali.

Temuk said...

ckLah
Alahai kesiannya. Kalau disemai biji dari buahnya yang sudah busuk tu, mungkin tak lama lagi boleh merasa hasilnya. Tentulah ia dari jenis yang baik, sebab itu dijual dan ckLah beli. Ojo selalu kelalen, yo.

Temuk said...

KASIHIBU
Nona hijau mesti kita dekatkan dengan nona merah. Hijau merah mesti seiring, seganding, bekerjasama, dan bukan berbalah-balah.... eh, meleret-leret pula ceritanya! Insya-Allah, memang dengan izin-Nya jualah, nona2 Pakcik tu akan hidup subur dan berbuah nanti.

Temuk said...

KhaiRin
Ha, KhaiRin pun sedar, si nona pun berharga mahal, kan? Pakcik punya belum berbuah.... lama lagi tu. Kalau berbuah pun, belum masuk rumah dah hilang ke perut sendiri. Nampaknya tak adalah peluang nak beli dari Pakcik. Kenalah KhaiRin cari di pasaraya juga, dan kalau rajin tanamlah biji-bijinya.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

ANONYMOUS
Waalaikumussalam. Beruntungnya dapat merasa tinggal di bumi Ho Chi Minh tu. Dapat pula makan buah-buahan tempatannya yang selesa dengan citarasa kita sendiri.

Temuk said...

YAN
Waalaikumussalam. Jenis berisi putih macam yg saya paparkan tu tidak pula masam, malah sungguh manis. Kalau dah suka nanti, masam sikit dikira ok & baunya pun tak terasa lagi. Yang kat rumah saya ni, bila berbuah, pasti tak sempat sampai buahnya ke rumah Yan di Shah Alam yg jauh tu. Dia 'menggok' ke perut tuannya.

Temuk said...

ADRY
Waalaikumussalam. Terima kasih di atas tambahan maklumat mengenai buah nona itu dari Adry. Patut sangatlah yg saya paparkan itu namanya Nona Serikaya, sebab rasanya manis macam serikaya. Takjub kita dengan pelbagai spesies nona.

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Buah nona juga mengajar kita supaya bersabar untuk menikmatinya. Kalau gelojoh, kena bahayalah badan. Jika buah ini boleh dipopularkan dan ditanam banyak di tempat kita, tentu para penyelidik akan berusaha, cuba menjadikan buahnya tanpa biji atau kurang biji. Senang dan lebih rajinlah kita memakannya.

Hjh Noralenna Abbas said...

Hati-hati bila makan isi nona tu, nanti tertelan bijinya, tumbuh pula si jingkling nona!

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Nona-nona,
zaman sekarang,
tak boleh ditegur,
tak boleh dilarang

Bajunya pendek,
bertambahlah jarang,
itu membikin,
hatinya girang.

....sebahagian lagu nona-nona zaman sekarang yang dulu-dulu...

....nona yang ini pasti tambah ghairah pabila biji-bijinya disusun lalu membentuk aksara asmara....

Temuk said...

HJH NORALENNA
Takutkan tumbuh si jingkling nona dalam usus? Kenalah diproses dulu isinya atas pinggang... ketepikan (nak tanam!) biji-bijinya dengan teliti. Kemudian barulah "Bismillah". Pernah makan buah nona tak? Saya jangka, kalau isinya dijadikan jus, pasti hebat. Selama ni kita lebih biasa dengan jus kerabatnya sahaja, jus si durian belanda, yang ramai katakan penawar kanser.

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam

Buah nona di pasaran sekarang
Mahal harganya adanya jarang.

Manis rasanya bertambahlah geram
Ingin nikmati siang dan malam!

Biji nona dibentukkan hati
Bila di semai insya-Allah tak mati.

Nona-nona zaman sekarang
Kalau ditegur menghunus pedang!

Nizam.Ariff said...

Assalam, bang.


Nona zaman sekarang dah tak pakai kain kebaya atau berpayung.

kalau masih terjumpa nona yang ranum dan segar, elok diambil benihnya...

Al-Manar said...

Kalaulah dapat di KT hendak juga beli yang kata kedekut biji tu. Saya rasa tanah pantai pun sesuai juga kerana satu masa ada sepokok yang kaya biji terbiar sampai mati. Kit hendak lah nona 2 yang berisi dan gebu, bukan kering kuntang!

Temuk said...

AKU
Assalam, Aku
Nona2 zaman sekarang kata payah nak pakai baju kebaya, dengan kain yang ngam dengannya. Nak pakai payung takut pula menyusahkan lenggang lenggok.

Kalau terjumpa nona ranum & segar, pastilah biji benihnya jadi lebih dipentingkan daripada isinya.

Temuk said...

AL-MANAR
Assalam. Lamanya tak ke KT! Tidakkah ada nona sedemikian rupa drpd Thailand? Tak pasti pula saya sama ada pokok nona boleh tumbuh subur di tanah berpasir. Kalau nona separangai dengan gajus, mungkinlah sesuai ia di situ. Benar tuan, tentulah kita lebih mahukan yang berisi dan gebu, bukan yang kecil, bagaikan kering isinya, dan kaya dengan biji semata-mata.

ckLah @xiiinam said...

Salam Paman...

ckLah nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah, sebelum pamitan Wangsul dulu untuk beberapa ketika...

LadyBird said...

buah nona sedap.. ade kat rumah lady sepokok.. :D

Temuk said...

ckLah
Waalaikumussalam. Terima kasih. Selamat menyambut tahun baru 1433H juga diucapkan kepada ckLah. Semoga sepanjang tahun baru dan tahun-tahun seterusnya Allah kurniakan kesihatan serta kasih sayang-Nya kepada ckLah sekeluarga. Pamitan wangsul teng pundhi? Ojo suwi-suwi, enggih?

Temuk said...

LADYBIRD
Wow, selalu berbuahkan nona LadyBird tu? Banyakkah buahnya? Nanti mungkin boleh buat paparan untuk semua orang lihat keistimewaan wajah nona LadyBird tu, insya-Allah. Selamat Tahun Baru 1433H.

sudipVSsenduk said...

salam sejahtera ayahanda, lama tak singgah sini, terus follow takut ter-miss cerita. Dah lama tak makan buah nona sampai terlupa macamana rasanya...


p/s: saya kalau masuk sini terus jadi sopan-santun, kenapa ek?

Anonymous said...

Aahhh untuk Cikgu Temuk masih ada pokok nona dan dapat makan pulak tu. Tentu sedap. Saya dah lama sungguh tak makan buah nona. Mungkin, sudah lebih 20 tahun.

yanmaneee said...

jordan shoes
moncler jackets
curry 7 shoes
kd 10
jordan shoes
pg 4
yeezy boost 350
supreme
golden goose
hermes birkin

bananef said...

replica bags joy replica bags pakistan replica bags from china free shipping