Wednesday, February 8, 2012

DIA DATANG..........

Mungkin ada di kalangan pembaca budiman
yang tahu lagu "Dia Datang".
Juga kenal Fadzil Ahmad dan S. Fauziah yang mendendangkan.
(http://www.youtube.com/watch?v=cx9LOyTx5JA).

Yang tahu, tentulah tahu, tak serupa senikatanya dengan yang di bawah.

Dia datang..... dengan paruh rajinnya.....
Dia datang..... dengan riuh enjinnya.....


Dia datang..... dengan paruh rajinnya.....


Dia datang..... dengan riuh enjinnya.....

 

 Mengapa gerangan datang ke taman?
 Dan siapalah agaknya,
 pemula nyanyian?



14 comments:

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Burung gembala kerbau atau common myna ni memang riuh sebab mereka suka berkicau dengan pelbagai jenis bunyi. Ia memakan apa saja yang sesuai dengan selera terutama serangga, buahan dan sisa makanan. Kerana itulah burung spesis ini membiak dengan banyak. sarang mereka juga tidak komplek binaannya. Sampah sarap pn dijadikan asas binaan sarangnya. Burung dlm foto ni mencari mkn bila melihat rumput dimesin. Mereka tahu akan ada makanan setelah mesin rumput beralu. Serangga...bunga dan buah rumput..cacing..telur serangga..

Temuk said...

Walaikumussalam, ADRY
Terima kasih kerana jelaskan nama burung itu. Juga sifat-sifatnya. Semoga pembaca beroleh manfaat. Saya suka burung ini kerana ia kelihatan kemas dan rapi. Kira cunlah! Memang macam jinak betul ia 'mencarigali' apa yang boleh dimakannya dari aluran rumput yang sudah dimesin. Tapi bila saya halakan kamera kepadanya, ligat ia melarikan diri. Mujurlah ada lensa telefoto tua tu, dapatlah gambar jelas sikit.

Nizam.Ariff said...

Assalam,
Burung ini juga dipanggil burung Jalak ke? Atau burung Tiong?

Unknown said...

Salam,
Biarkan dia datang ... nampak macam jinak je !

Temuk said...

AKU
Waalaikumssalam. Baru teringat, masa di kampung dulu-dulu, rasanya ada yang memanggilnya burung Jalak. Nama Tiong tak pasti. Rasanya burung ini juga rajin bertenggek di atas belakang lembu.

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
Salam. Biarkan, biarkan. Sebab datangnya pun untuk mencari rezeki, di dalam timbunan rumput yang hancur. Tapi, sporting lah sikit bila mahu digambar. Ini jinak-lari, jinak-lari....

sudipVSsenduk said...

Salam sejahtera cikgu,

Ikan haruan ikan kelisa,
Dicampur lagi si ikan sepat,
Jangan tuan berputus asa;
Cuba lagi sehingga dapat.


Buah keranji di dalam peti,
Susah diangkat kerana berat,
Kalau tinggi hajat di hati;
Cuba-cubalah memasang jerat.

Temuk said...

Salam sejahtera sudipVSsenduk,

Ikan haruan ikan kelisa,
Dicampur lagi si ikan sepat,
Daku tak mungkin berputus asa;
Akan dicuba sehingga dapat.

Buah keranji di dalam peti,
Susah diangkat kerana berat,
Memang tinggi hajat di hati;
Tak dapat digetah,burung ku jerat.

Al-Manar said...

Munkin perinkat muda sahaja yang tidak tahu lagu ini.

Selaluju juga memotong rumput dengan mesin. Yang menjadi kebiasan ialah melihat burung burung datang mencari rezeki ditempat yang baru dipotong. Saya hairan. Adakah ulat ulat dan serangga lebih mudah dicari bila bahagian atas rumput sudah tiada? Cikgu tentu lebih arif.

al-lavendari said...

dia juga datang membawa pasangan.

Temuk said...

AL-MANAR
Orang peringkat kita dan gemar dengan 'Fadzil dgn gambusnya' memang boleh dijangka mengetahui lagu itu.

Yang tak benarnya, saya arif untuk menjawab soalan sdra itu. Cuma mampu mengagak, apabila rumput bermesin menjadi perui, mudahlah ia dicakar-cakar bagi menampakkan segala unsur yang menyorok di dalamnya, termasuk jugalah yang menjadi makanan kegemaran si burung.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Mungkin juga sambil mempertontonkan pasangannya. Atau menunjuk-nunjuk kepada pasangannya akan kehebatannya sendiri dalam mencari makanan di dalam deretan rumput yang telah manusia hancurkan.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

....saya datang,
dengan alunan,
seruling anak gembala..(tak terdengarkan).

saksikannya di perhimpunan rakyat
bersama PM di Changkat Lada
pada malam 18 Februari 2012.

Dia datang,
Saya juga datang,
masih berpeluang,
bertandang.

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI

Waalaikumussalam

Alahai, indahnya halwa telinga alunan seruling anak gembala
namun, bakal tak bersama
dari jauh saya nikmatinya.

Perhimpunan dengan PM hebat
berlaku di satu cangkat keramat
halus namanya perhimpunan rakyat
ingin disaksi tapi tak dapat.

Malam 18 Februari mendatang
dia datang cikgu datang
saya memang tak berpeluang
sama memeriah sambil bertandang.

Walau pun apa
Tahniah dan selamat bergembira.