Mata kucingku pecah. Kelmarin.
Tapi tak payah cari pakar mata, pakar kucing, atau pakar mata kucing.
Kena cari dua adik beradik yang berhulu hitam di bawah ini. Gunakan mana-mana, mengikut kesesuaian.
Dua peralatan adikberadik + sedikit pengalaman menggunakannya + tenaga terbatas warga emas, telah menghasilkan semua ini.
Si 'anu' di bawah ini, yang kubeli semasa ekspo MAHA yang lepas, telah menjadi mangsa mata kucing yang pecah. Kesihannya. Semoga dia tak maut!
Di samping sepasu (sepokok!) orkid yang masih muda. Yang juga turut terlenyek. Mujur nampaknya masih punyai harapan untuk hidup.
Aku agak, dahan berat telah sebabkan mata kucing pecah. Apa lagi bila tongkatnya lemah. Tongkat dibawa rebah, bukan tongkat membawa rebah.
Bila kerja pemangkasan selesai, bahagiannya yang tinggal disokong dengan tongkat. Tongkat yang disambung kontrak!
Adakah faedahnya kalau kita bergantung kepada tongkat kontrak?
Sekarang ini, bahagian-bahagian lain mata kucing tetap terancam.
Khususnya dahan-dahan yang segar-besar. Bila-bila saja boleh pecah. Kecuali pemangkasannya dilakukan berjadual.
15 comments:
As salam cikgu,
Sayangnya tengok dahan mata kucing yg lebat berbuah tu sekah(sekah= dahan pokok pecah). Mujurlah bukan pokoknya yang tumbang, ada lagi dahan pokok yang mengeluarkan buah. Dah berapa kali pokok ni berbuah. Saya lihat pokok mata kucing cikgu terlalu rimbun(subur). Dahan pokok tidak lagi mampu menampung berat daun dan buah! Pokok yg cikgu panggil 'si anu' tu namanya pony tail palm. Info pokok tu cikgu blh baca dlm blog saya.
Salam bahagia, ADRY
Hehehe, saja seronok nak kata pecah, sebab yang jadi mangsa tu 'mata' kucing. Memang lama dah saya nak pangkas dahan-dahan berat tu, tapi asyik bertangguh. Akhirnya, sekahlah dia! Saya tak baja pokok tu, entah mengapa daunnya amat merimbun. Pokok tu dah pernah berbuah, rasanya dah 3 kali. Sebelum ni pun agak lebat buahnya dan semakin menebal dan manis isinya. Tapi yang saya bungkus pun habis dikerjakan sang tupai (yg saya nampak tu tupailah).
Terima kasih beritahu nama palma 'pony tail' tu. Dulu saya pernah tanam sehingga mencapai ketinggian lebih semeter. Tapi, sebab saya asyik pindah-randahkan dia, akhirnya mati. Sayang betul!
Betol tu, lepas habis musim berbuah, kenalah cantas hujungnya sedikit, mcm pokok pulasan kakCT...pun kena kemalangan yg sama.
Mata kucing kakCT baru belajar2 berbudi...
Besar betul pokok mata kucing cikgu. Mula baca tajuk kakak ingat kucing cikgu bergaduh hahaha....
Sayang yg buah muda, pokok orkid dan yg ada di bawahnya banyak jadi mangsa. Tapi kalau pankgas pun boleh tunas balik kan cikgu...
Rajinlah cikgu..
Wow....besar juga pokok mata kucing cikgu....sayang dengan putik2 baru tu.....
Assalamualaikum Cikgu,
Aduh senyum2 sorang saya baca coretan N3 cikgu kali ini. Pandai cikgu mengolahnya. Dalam sedih ada ceria.
Rimbun betul pokok 'mata' kucing tu yer. Kesian tongkat yang setia tu diragui perkhidmatannya, Nasib baik disambung kontraknya.
Saya ada juga sepohon pokok mata kucing ni, tapi sayang pokoknya kurus tinggi. Jadi, saya jadikan tempat saya gantung orkid. Kesian dia.
ctpayong
Kesian pokok pulasan ctpayong tu, kena nasib yang sama. Memang ada angan-angan nak cantas, tapi suka pula melayan malas! Maka sekahlah yang sepatutnya dijaga supaya tak menyekah. Semoga mata kucing ctpayong akan lebat, tebal dan manis buahnya.
Sorry to learn about the death of your beloved cat. Carilah pengganti.
KAKZAKIE
Memang agak merendang si mata kucing tu walaupun saya tak membajanya, dan setahu saya, tanah di bawahnya amat kaya dengan batu-batan. Nampaknya ada bahagian lain pokok itu yang kena pangkas dengan segera. Sayang juga kerana seluruh pokok dipenuhi putik. Tapi, kalau sekah, hilang juga..... Ini semua adalah keseronokan, dalam kita 'pokok-pokokan'.
ZUL PERMATANG BADAK
Boleh tahan jugalah besarnya mata kucing saya tu. Nampaknya, kena 'kecil'kan pokok tu segera bagi mengelakkan sekah sana-sini bersama lesapnya putik-putik yang disayangi.
KUNANG-KUNANG
Waalaikumussalam. Memang sedih bila pokok sekah. Juga letih. Juga rugi. Tapi seronok pula bila kenangkan inilah sebahagian daripada pengalaman menarik dalam kita 'berpokok-pokokan', bermain-main dengan pokok, dan tawar-menawar dengan pokok.
Nampaknya ada fungsi lain mata kucing Kunang-Kunang. Melalui pemerhatian, amat rajin daun-daun kering mata kucing menetap dalam pasu-pasu orkid yang ditumpangkan pada dahan-dahannya. Saya perhatikan Kunang-Kunang amat serius dengan penanaman orkid dan bunga-bunga lain. Seronoknya!
Tongkat lama tetap dikenang jasanya, juga dimanfaati pengalamannya. Salam ceria!
pokok mata kucing tu mengalami sindrom penyakit yg sama dengan saya i.e obesiti.
nasib baik tak ada orang yang tercedera.
AL-LAVENDARI
Hehehe, kali pertama istilah obesiti digunakan untuk merujuk kepada pokok! Tapi, kalau orang, barangkali taklah sekah tangan atau kakinya... kecuali jika dia juga ber'airkecil manis' dan itu menyebabkan anggotanya tadi bermasalah sehingga perlu doktor 'sekah'kan. Eeh, eeh. Semoga dijauhkan Allah. Insya-Allah orang macam al-lavendari yang rajin beriadah, termasuk memancing di laut, sentiasa sihat. Salam ceria!
Assalamualaikum Ayah,
sayangnya pokok mata kucing ayah yang pecah tu, terlebih sayang pula putik-putiknya yang nampak lebat! Baru petang tadi Amie tinjau-tinjau buah mata kucing yang bulat-bulat gemuk di depan rumah kami, yang baru kali pertama belajar berbuah!
Pokok pony tail tu, beberapa tahun yang lalu kami bawa dari kampung dan tanam di rumah kami. Memang mudah, tak perlu penjagaan yang spesifik. Satu hari kami pergi ke pasar tani Lahad Datu, kami lihat pony tail dalam pasu besar, dijual dengan harga RM600.00!
Bila nampak pokok orkid ayah tu, teringatlah pula semasa 'hantu' orkid suatu masa dahulu. Suami buatkan Amie rumah orkid dan kami berjaya kumpul sehingga 117 spesies! Malangnya setelah pembantu rumah berhenti, pokok-pokok orkid mati satu persatu! Barulah kami sedar, pokok orkid bukanlah jenis yang boleh dibiarkan (kecuali spesies hutan).
Saya ada duapokok mata kuching. Satu sudah bertahun tahun, tak kurang dari tujuh tahun. Tingginya dah sepuluh kaki. Naik mencangak tapi tak pernak berbuah.
Yang kedua baru tiga tahun tumbuh amat berlainan dari pokok biasa. Dahan dahan halus dan amat pnjang hingga tujuh kaki. Terpaksa di tautkan ketiang tiang berdekatan. Yang ini sudak sekali berbuah.
Banyak jeniskah mata kucing ?
lebron shoes
yeezys
ultra boost
goyard handbags
irving shoes
yeezy 500
yeezy shoes
cheap nfl jerseys
adidas yeezy
curry 4
Post a Comment