Thursday, February 16, 2012

PUPI DENGAN BUNGANYA

JUMAAT ada kelebihannya, berbanding hari-hari lain. 
Pada hari yang lebih istimewa ini biarlah unsur-unsur yang kurang cantik, 
atau tidak cantik sekalipun, kucuba lihat kecantikannya.

Dan aku ingin melakukannya,
juga dengan menghayati foto hasil ke'amaturan'ku di bawah ini.

 Anda budiman sudi bersama?
Selamat berhujung minggu bersama keluarga disayang.

[Sila klik pada gambar untuk membesarkannya. Wajah-wajah apa anda lihat di situ?]

14 comments:

dear anies said...

pisang monyet kn? heheheh teka je

Kakzakie Purvit said...

Bila kakak besarkan yg hujung tu macam bunga orkidlah cikgu. Ini sebenarnya pisang ke? Kakak tak nampak pun ia macam pisang seperti kata KhaiRin...

Kakak percaya cikgu banyak menanam pokok sebab kawasan rumah cikgu luas..

Anonymous said...

Saya pun nampak pisang tu. Yerlah mata jenis nampak yang tersurat jer.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Bunga putik pisang tp saya kurang pasti pisang jenis apa.

Temuk said...

KhaiRin:anies
Hehehe. Kalau pisang monyet, orang boleh memakannya tak? Pakcik tak pernah tengok pisang monyet. Yakah itu pisang? Kan Pakcik dah tanya kat bawah tu, wajah-wajah apa yang ada kat situ.

Temuk said...

KAKZAKIE
Oh, kakzakie nampak wajah-wajah orkid kat gambar tu, ya? Dan tak nampak pisang macam khaiRin kata? Benarlah yang saya jangkakan. Lain orang lain yang dinampanya, walaupun bendanya sama. Kalau kakzakie baca komen-komen lain seterusnya nanti, mungkin boleh tahu akhirnya, itu gambar apa. Selamat berhujung minggu, kakzakie!

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Kalau gambar, kita kira "yang tersurat" sajalah, kunang-kunang, hehehe. Yang tersirat mungkin kita cuba lihat pada tulisan atau kata-katanya. Tapi, betulkah benda tu nampak macam pisang? Berapa %lah darjah keyakinan tu agaknya!

Unknown said...

Salam,
Memang pisang tapi jenis pisang apa tak tahu ! Pisang berangan pasti bukan.

kasihibu said...

sya nampak pisang tp tak tahu jenis apa

Temuk said...

ADRY
As-salam. Bila pakar menjawab, mestilah terus kena! Memang itu PUPI (putik pisang), dan kebiasaannya bila masih putik adalah lagi bunganya melekat, kan? Saya nak tunggu kalau-kalau ada pembaca lain yang nampak benda-benda lain pada gambar itu. Utk makluman Adry, itu pisang emas. Ada 2 pokok yang berbuah di belakang rumah saya, tapi alahai... (namun tetap syukur!) pendek-pendek tandannya. Maklumlah, di tanam di lereng tanah yang kaya dengan batu-batan.

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
Salam Dato' LF. Hairan juga macam mana Dato' LF boleh pasti itu bukan pisang berangan, hehehe. Betul, bukan berangan. Berangan-berangan pun bukan. Bukan tanduk, bukan kapas. Itulah dia si pisang emas.

Temuk said...

KASIHIBU
Kot baca reaksi Pakcik kepada yang lain-lain tu, tahulah sudah kasihibu, itu adalah pisang emas. Memang amat sukar untuk kita mengecamnya masa buah pisang itu putik. Apa lagi apabila gambarnya berbentuk makro.

Pernah tak goreng pisang emas belah dua, bukan bersalut tepung tetapi biji bijan, dan nikmatinya dengan madu, dengan menggunakan garfu kecil? Phew!! Pakcik sarankan... cuba.

zul permatang badak said...

pupi pisang,putik pisang....proses membentuk buah pisang dewasa....tengah masuk isi.....tapi kalau tahap kesuburan berterusan buah2 akan membesar dengan baik......

cuma jika diserang pemyakit, biasa ulat pemakan batang,pembesaran buat akan terbantut....buah akan mengering........harap ia membesar dan masak dipokok, itu yg enak......

gambar....bila dilihat dan direnung akan membawa pelbagai tafsiran.....pada hujung putik pisang...sebahagian telah mengering.....dan jika dibesarkan.....lagilah wujud keanihannya.....

cikgu...memang minat mengambil gambar...itu hobi yg memerlukan kesabaran.......salam bahagia....

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Terima kasih memberi beberapa panduan mengenai pisang. Pokok pisang saya sederhana sahaja kesuburannya. Mungkin kerana tanahnya yg kering. Benar kata ZPB, yang di hujung PUPI, bila mengering, macam-macam rupa bentuknya dan amat menarik sekali. Salam ceria.