Wednesday, March 7, 2012

AYUNYA TURKI

Paparan ini, sekadar merekodkan gambar-gambar yang sempat kuambil
semasa di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 1.3.2012,
menyaksikan Ekspo "Eyes On Turkey".
Yang dipamerkan merangkumi, antaranya, barang-barang untuk rumah, dapur, pertanian, dan perkilangan, serta beberapa jenis perkhidmatan termasuk pelancongan dan pembinaan.
Tidaklah sebanyak yang kujangkakan.
Pameran bertujuan lebih untuk memperkenalkan produk Turki kepada orang bisnes
di Malaysia yang ingin wujudkan rangkaian perniagaan dengan para pengeluar barangan dan perkhimatan di sana.Walaupun begitu, pengunjung bukan orang bisnes tetap dialu-alukan. 

 
 
 

Sambil pusing-pusing, kami dapat menecicipi bermacam-macam makanan keluaran Turki
secara percuma, termasuk aiskrimnya yang unik (dan amat liat) dan pelbagai bentuk
'baklava' yang amat sangatlah manisnya!

 
 
Juga menarik, satu kaedah melukis dengan cecair khusus, tanpa kertas. Lukisannya memang unik.
Unik macam juga hasil kreativiti si peniup  kacanya. Boleh nampak tak patung-patung
kaca para penari whirling Darvish dance berhampiran si ayu di bawah ni?

Layanan ahli rombongan eksponya juga ayu. Macamlah juga paras wajah mereka.

Hai, bilalah agaknya nak sampai ke tanah besar Turki?

Masa lawatan sambil belajar ke pulau Cyprus di selatannya tahun 1974 dulu pun
tak berpeluang melawat Turkish Republic of Northern Cyprus, 
 yang orang Turki kata mereka punya.






16 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Turkey comes to you, jadilah. Tapi
kalau ada lebihan ongkosnya, bolehlah ke sana. Komen sampingan, tak sukalah 'please prove you're not a robot' di ruang comment ni.Buat 2,3 kali baru tepat. Test eye sight. Ini attempt ke dua.

Temuk said...

Hjh Noralenna
Tapi yalah, sekarang ni "bank" saya Bank Warga Emas, bukan Bank Emas... Memang kena jagalah x pen d cer, ye! Memang bahaya betul opsyen KWSP dulu ni!

Alahai, dengan maaf, bila hal-hal teknikal ni lah saya lelah, Hjh. Tak tahu nak buat macam mana nak ketepikan masalah tu. Nampaknya memang banyak rakan-rakan bloggers punya tempat komen yg ada benda macam tu... cam ne ye? Tukar template, kot?

Kakzakie Purvit said...

Kakak konvensyen dia hatta negara dia pun tak pernah jejak cikgu. Tapi kalau org Turkey kakak pernah jumpa (di Mekah ramai org dia - badan besar-besar baju sama semuanya kalau musin haji) dan ayam Turkey (rumah kampung kakak ada bela)....

Kreativiti mereka unik itu yg pasti. Cikgu beli apa ke sana?

sudipVSsenduk said...

teringin nak merasa aiskrim turki yg ditumbuk jadi padat tu, mcm best je.



Utk hilangkan "please prove you're not a robot" tu... cikgu pergi ke
Papan Pemuka/Tetapan/Ulasan, lepas tu cari PAPAR PENGESAHAN PERKATAAN UNTUK ULASAN.. klik pada TIDAK.

Jangan lupa utk klik SIMPAN TETAPAN. Siap!

Harap membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu,

Seronok dapat peluang melihat ekspo begini. Saya susahlah sikit nak melihat ekspo atau apa juga pameran, maklumlah kaki kurang kuat nak berjalan.

Hensem dan cantik orang-orang Turki di ekspo ni. Teringat ketika menunaikan haji atau umrah di Mekah dulu, jemaah yang bukan dari Malaysia selalu tanya sama ada 'abah budak-budak ni' orang Turki. Semasa dia di Italy satu waktu dulu, orang di sana tanya dia sama ada dia orang 'Brazil'.

Itulah kita orang Malaysia ni boleh jadi orang macam-macam negara.

Munn Jaafar said...

sampai skrg sy masih lg tertanya2..mcm mana kerja si peniup kaca? yg boleh bentukkan kaca?

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Baca tajuk kat blog tadi saya ingat cikgu melancong ke Turki. Kalau ada peluang untuk ke ekspo macam ni, pasti saya tak akan lepaskan.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

'baklava' itu 'berlian' kata google translate...mungkin gulanya mengerlip bagaikan intan berlian...tula pasai manih!

Temuk said...

KAKZAKIE
Hehehe, bila teringat Pak-Pak dan Mak-Mak Turki di Saudi masa musim haji, timbul balik rasa gerun kat mereka tu - takut kita dirempuh! Bila tengok jejaka dgn amoi Turki semasa ekspo tu nampaknya mereka kecil. Tapi kumpulan ni bila dah kahwin dan beranak penak, mungkin mudah jadi besar badan mereka. Yalah (gurau saja), ayam pun macam yg kakzakie simpan di kampung tu, yang ayam Turki kan besar saiznya, kan? Tak beli apa di ekspo, cuma sikit daging bakar, salami, dan sosej yg semuanya dipek cantik.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Aiskrim liat Turki tu rasanya ada dijual di Midvalley Mega Mall, KL. Biasa ke situ, tak? Banyak-banyak terima kasihlah beritahu cara buang benda yang tak disenangi ramai bloggers tu. Nanti cuba buat. Moga-moga boleh.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Waalaikumussalam. Saya pun sesekali saja melihat ekspo begitu. Lebih suka di rumah. Tapi kalau yg berkaitan pertanian/tanam-tanaman, memang cuba gagahkan hati utk lihat.

Orang-orang Turki memang hensem + ayu. Putih-merah kulit mereka. Tapi, hehehe, black is also beautiful... dan tentunya juga yg hitam manis!

Temuk said...

MUNNAFENDY
Pernahkah berpeluang melihat peniup kaca sedang bekerja di mana-mana? Pakcik memang kagum melihat kemahiran mereka meniup, menolak-menarik dan menyepit-nyepit ketulan kaca yang merah panas menjadi bentuk yg diingini. Hasilnya pun nampak rumit & kompleks.

Temuk said...

ADRY
As-salam, Adry. Memang teringin ke sana, tapi takut kat gempa bumi yang biasa juga berlaku di sana..... Nak bisik-bisik ni, sebab paling benar & paling besar mengapa tak melancong adalah, hebat keterbatasan RMnya!

Insya-Allah satu hari nanti Adry berpeluang menjadi pelancong di destinasi yang diidam-idamkan itu.

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam, Cikgu. Tak nampak macam intan berlian pula baklava tu. Tak mengerlip apa pun. Tapi memang hebat darjah kemanisannya! Entah sebanyak manalah mereka campurkan bahan gula dalam pembikinannya!

yanmaneee said...

supreme clothing
golden goose outlet
yeezy 700
vapormax
off white
curry 5 shoes
timberland boots
cheap nfl jerseys china
zx flux
adidas tubular x

yanmaneee said...

longchamp
kyrie 3
stone island
supreme new york
golden goose sale
cheap jordans
yeezy 500
air yeezy
kevin durant shoes
kyrie 5