Mengapa kawasan rumah terus 'semak samun' dengan pokok (dan diri terus berasa keletihan mengelolakannya)?
Kerana (1) jenis tanaman terus ditambah; (2) pokok yang sudah dicabut atau pangkasan pokok (sepatutnya dipupuskan) di tanam balik di ruang lain; dan (3) bila kawan suruh 'tutup mata', buang mana yang dah tak perlu, aku setujui tapi tak akuri.
Dari tinggi setengah meter pokok mambu ini ku jaga. Memang hajat mendapat teduh darinya termakbul. Malah cabangnya setia memegang tali buaian kegemaran cucuku.
Tapi lihatlah akarnya. Dah mula berdatuk maharajalela. Dah jadi macam Badang, meninggi-rendahkan jalan masukku, sesuka hatinya!
Yang si mata kucing ni pula, memang nampak semakin mengembang. Cepatnya! Bagusnya, jadi teduh kawasan pondok sebelahnya.
Tapi, jadi 'semak' pula kawasan di bawahnya bila dedaun keringnya mula turun beramai-ramai. Longkang pun disumbatkannya. Dan kuatir pula kalau dia mengganggu pandangan dan kawasan jiran.
Sebab terlalu kaya dahan + mabuk daun, pernah si mata kucingku ini sekah dahannya tak lama dulu. Letih juga aku mengemaskannya.
Dan sekarang ni masih ada peluang besar dahan-dahannya yang lain sekah. Kali ini pula, memang banyak dahannya yang menurun, sebab lebat putiknya.
Kesihan juga kalau dipangkas.
Nantilah lepas dituai buahnya (oleh penanam + lebih banyak oleh tupai). Masa tu bolehlah sampaikan hati untuk bertindak. Boleh menjadi lapang sikitlah kawasan tu nanti.
Dan nanti, sampaikan juga hati, buang habislah pula si pokok mambu. Tak boleh setakat pangkas, sebab bahaya akarnya. Sementara waktu, gantunglah buayan di dalam stor!
33 comments:
rimbun sblh ats x pe..kalu rimbun d sblh bwh alamatnya ular la akn bermaharajalela
Pokok Mambu (Azadirachta indica), elok utk ubati chicken pox... susah nak cari pokok ni sekarang.
Temuk, seperti saudara saya juga susah nak tebang atau potong tumbuhan yang saya tanam; sayang sanggat. Tetapi saya teringat orang tua tua kata [kitapun dah tua]kalau tidak ditebang atau dipotong jadi semak, bukan lah Kebun atau Taman lagi; hutan atau semaklah.
So from time to time I do trim my little garden supaya tak jadi semak. Thanks for sharing.
Have a nice day.
Kawasan rumah cikgu terlau lapang macam tanah kampung. Banyak tanah boleh digunakan. Kakak 'ngiler' nak dapat tanah luas macam ini. Tak payah pangkas pun tak apa. Tebang sebelah sini - tanam sebelah sana. Best betul kakak tengok keluasan rumah cikgu. Siap boleh main buai, kalau kakak pun nak main buai tu... boleh baca buku sambil menikmati angin sepoi-sepoi... boleh berangan juga...:)
As salam cikgu,
Pokok mambu juga dipanggil semambu atau neem. Pkk semambu byk ditanam sbg pkk teduhan. Daun pkk semambu biasanya digunakan utk merawat demam campak krn ia bersifat sejuk. Daun semambu yg luruh, blh dijadikan baja organik krn tdpt nutrien dlm daunnya. Pucuknya yg masih merah blh dimakan sbg ulaman dan ianya sgt baik utk kesihatan. Rasanya sedikit pahit.
Info mengenai semambu cikgu blh baca di sini.
http://adrydaud.blogspot.com/#uds-search-results
Salam kang Temuk,
aku tengok banyak lagi kawasan kosong tu, masih boleh nampak langit dan awan... boleh tanam banyak lagi pokok... hahaha
Pokok semambu kalau cikgu tnm guna keratan batang, saya sarankan ia ditebang/dibuang jika berhampiran dgn struktur binaan krn pokok semambu akan tumbang bila terlalu subur dan merimbun apabila ada tiupan angin kencang(ribut). Tiada akar tunjang yg akan menyokong pokok. Ini terjadi pd pokok semambu ayah mertua saya yg tumbang menimpa pagar. Pokoknya terpaksa dipangkas sehingga pangkal btg. Sekarang ia merimbun tp terkawal, pucuknya selalu dipetik utk dimakan sbg ulam.
KhaiRin:anies
Hehehe, kalau merimbun sebelah atas pun maknanya banyak juga daun kering turun ke bumi. Muda macam Khairin:anies tak mengapalah. Banyak tenaga nak sapu daun kering + nak menyelenggara pokok. Pakcik memang sudah implementasi projek Permudahkan Hidup - "Simplify life". Termasuklah dalamnya sub-projek kurangkan (perlahan-lahan) tanam-tanaman supaya kurang kerja menjaga pokok.
sudipVSsenduk
Begitulah yang saya pun biasa dengar - untuk ubat chikenpox. Tapi belum pernah mencubanya. Moga-moga tak perlu mencuba! Memang susah juga nak dapat. Beli anaknya dulu 2 jengkal tinggi RM10. Nak cuba ikut kata blogger ADRY (Adry@Daun), semai beberapa pokok menggunakan keratan batangnya sebelum pokok induk dipupuskan.
PAK IDRUS
Memang BETUL sangat, Pak Idrus. Saya memang sayang sangat pokok-pokok yang kita sendiri menanamnya. Kita tahu tinggi rendahnya, di mana kita menanamnya, macam mana keadaannya, dan macam-macam lagi. They are indeed an integral part of our life. Sebab itu susah nak buang begitu saja, atau pupuskan. Tapi, kalau diberikan kepada orang yang memang menggemarinya, saya rasa tak mengapa.
However, as we grow older, we have to be more practical. As I've said to another blogger, we have to simplify lots of things around us now that we have less energy and other resources. It is unfortunate that we have to have less plants now though we would love to have a nursery around the house!
KAKZAKIE
Salam sejahtera. Hakikatnya, kakzakie, kawasan rumah saya ni kecil saja. Nak digayakan macam kawasan kampung, tapi tak seluas kawasan kampung.
Hehehe, cerita pasal kawasan kampung, alahai, bila pencen nanti boleh juga kakzakie & famili balik tinggal di kawasan kampung, kan? Walaupun rasanya anak-anak tak mungkin dapat bersama (sedihnya!). Ha, bila berumah di kampung, saujana mata memandanglah kawasan rumah kita! Masa tu boleh sangat buat kawasan berkelah, kawasan berkebun sayur, kawasan dusun, kawasan menternak, kawasan permainan... dan macam-macam lagi. Tapi, yalah, saya pun terfikir begitu dulu. Hakikatnya, geng lama di kampung pun dah tak ada, dan macam-macam connection kita semuanya di kawasan sekarang. Nawane memang ora iso merono, enggih?
ADRY
As-salam, Adry. Terima kasih banyak-banyak di atas 2 reaksi Adry itu. Ada saya mendengar tentang guna semambu untuk demam campak. Tetapi memang tak pernah saya dengar daun keringnya boleh digunakan sebagai baja. Juga perihal daun mudanya yang merah boleh digunakan sebagai ulam! Wow, bolehlah dicuba nanti. Hehehe, mungkin itu satu kaedah preventif, cara "menjauhkan" diri dari demam campak.
Terima kasih atas nasihat supaya saya menebang pokok semambu saya itu. Memang ia telah condong sekarang ini. Sedang "berkira-kira" nak cari geraji- rantai kecil supaya mudah kerja-kerja menjaga-memotong pokok kecil. Kena berkira $angat $ebab dah pencen ni.... Adry punyai benda tu & ada nasihat berkaitan? Insya-Allah saya akan cuba tanam keratan batang dari pokok yang ada sebelum ia dipupuskan. Mungkin boleh ditanam di kampung nanti.
AKU
Kakang sekarang sudah mulakan projek "permudah hidup". Wes tuwek. Macam-macam kena kurangkan, termasuk makan gula dan tidur lewat. Tentunya bilangan dan jenis pokok di kawasan rumah juga kena dikurangkan. Memang tak begitu seronok bila kelihatan banyak ruang menampakkan langit + matahari yang panas. Tapi kalau diikutkan hati nak banyakkan pokok, $iapalah pula nak $ele$aikan upah menjaga taman!
cikgu,
Saya tak ada alatan moden utk kerja2 landskap. Utk gunting pkk masih guna gunting pemangkas, tebang/cantas pkk guna parang, kapak atau gergaji dahan.
Daun semambu kaya dgn potash dan fosforus sbb tu ia baik utk dijakdian baja.
Bang TEMUK. Bestnya ada pokok rimbun melatar laman, siap ada buai lagi. Kalu landing situ, sambil baca novel nyaman nyaaaaa...
ADRY
Kalau ada gergaji-rantai tu mahulah saya ke Langkawi untuk meminjamnya, hehehe. Memang bagus jika tangan masih gagah menggunakan peralatan 'manual' tu. Saya juga masih menggunakannya, tapi dengan agak terhad.
Nampaknya, buat sementara ini dedaun kering si semambu kenalah disimpan baik-baik, bukan dilonggokkan untuk dibakar atau dibuang.
AZIEAZAH
Nyaman... bisa terus guring! Alahai, azieazah, buaian tu untuk cucu-cucu. Yg dah atuk-nenek tentu gayat dan tak nyaman landing atasnya. Dan yang merimbun, bahagian bestnya ia jadi payung. Bahagian tak bestnya, ia menghujani tanah bawahnya dengan dedaun kering, yang kita pula kena layan. Baca novel apa sekarang?
Kalau abah IM dulu, rajin pangkas pokok. Katanya akan lebih rimbun kerana tunas baru akan naik lebih banyak.
Salam Cikgu Temuk,
Betul tu, tunggulah merasa hasilnya dulu.
lady suke rumah yg banyak pokok..
rumah lady sendiri byk pokok..
IM
Memang bila dipangkas, tunas baru banyak yang muncul. Masa tu, kalau kita 'approve' kehadiran para tunas, kita pilihlah yang mana yang mahu dikekalkan. Yang lain kita buang. Seronok juga mengurus pokok, jika badan sihat. Tapi insyaAllah boleh jadi juga, kita berpeluh sihat bila mengurus pokok..... Salam bahagia.
KUNANG-KUNANG
Semoga sempat. Tuan-puan tupai lebih cepat tahu mata kucing sudah boleh dijamah! Kita masih terdongak-dongak sambil nak congak-congak, apakah buah sudah masak! Tapi tak mengapalah. Melihat para tupai bertempiaran bila disergah pun sudah cukup menyeronokkan bagi saya. Take care!
LADYBIRD
Pokok boleh memberi kita keseronokan. Boleh kita berteduh di bawahnya, buat buaian, bermain-main, dan macam-macam lagi. Baguslah LadyBird sukakan pokok. Agaknya pokok-pokok apalah yang banyak di sekitar rumah LadyBird tu, ya? Ceria selalu!
assalamualaikum wbt.
CT pon kekadang tu tak sampai hati nak pangkas atau cantas pokok. tapi kalau tak buat macam tuh, banyak buruk dari baiknya.
Dirumah isteria ada tanam sepokok buah mata kucing. Tingginya tak seberapa. Satu meter sahaja tinggi sudah bercabang banyak dan panjang, dua meter lebih. Terpaksalah tongkat didsekeliling. Satu kerja pula. Selepas tiga tahun sudah berbuah, nipis pula isinya walau pun manis memuaskan.
Berapa jeniskah mata kucing yang terdapat dinegeri kita? Tuan lebih arif.
CTPAYONG
Waalaikumussalam wbkt, ctpayong.
Setuju. Memangkas juga tanda sayang pada pokok. Biar ia tak berat dahan. Biar ia jangan condong, hatta tumbang. Kalaulah tidak kerana inginkan teduh, semua yang sesuai boleh kita 'bonsaikan' - pangkas cara seni.
AL-MANAR
Nampaknya pokok mata kucing itu akan membesar dan rendang tak lama lagi. Eloklah dirancang, serendang mana yang dikehendaki, dan mulakan operasi memangkas. Bila sudah terlalu rendang, kerja "membonsaikan" pokok akan jadi berat.
Hehehe, maaf sdra. Kalau ikut ilmu pertanian kampung saya, cuma ada 2 jenis pokok mata kucing. Satu jenis berbuah besar, satu lagi tentunya jenis berbuah kecil. Setuju, tak?
Assaamualaikum,
Bonzaikan mereka! Bila dah jadi 'kecik' mudah sikit melayan mereka. Kotla...tah tah lagi menyusahkan...ermmmm....cubalah dulu baru taw.../
CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam, Cikgu Humairi,
Bonzai tapi tak dalam pasu atau apa-apa bekas mungkin menghasilkan pokok yang tak kecil, tapi yang sederhana. Kalau si pokok jenis pokok buah, alamat buahnya kita tak dapat, letih "menyederhanakan" pokok yang kita dapat. Ya juga, adakah agaknya orang yang membela pokok buah-buahan bonsai (tapi ada buah), misalnya rambutan atau langsat?
Creatifla cikgu...Cantik sangat...
MAK WARDAH
Salam sejahtera. Terima kasih, tak sekreatif manalah. Ada kawan saya yang memang suka berjenaka kata, kalau sukakan pokok, kita kenalah juga jadi kera-aktif. Tapi hakikatnya, memang kita akan "melompat" dari satu pokok ke satu pokok, lihat keadaan sihat-sakitnya, dan untuk tujuan memblog, lihat + fikirkan kalau-kalau si pokok boleh turut diperagakan. Selamat berhujung minggu, Mak Wardah.
Assalamualaikum cikgu,
apa khabar. harapan agar cikgu sihat sejahtera hendaknya. Seronok lihat cikgu ada laman dan "kebun kecil" begini. 1 terapi minda walau pun badan bukan berapa kuat nak mengerjakan ya cikgu.
Salam ceria dari saya.
AZNIMATISA
Waalaikumussalam, aznimatisa. Kabar baik, terima kasih. Diharap kalian sekeluarga juga sihat sejahtera. Adalah sikit laman, untuk menapakkan kaki, setapak dua. Mujur tak besar, sebab kalau besar, besarlah hutang membeli yang kena dibayar, dan juga besarlah tenaga kena perah bagi menjaganya. Betul kata aznimatisa, bila menguruskannya, minda pun terubat dari pelbagai tekanan. Gembira selalu!
Post a Comment