Saturday, March 24, 2012

CERITA NYACI

Ini cerita NYACI. Tapi bukan cerita siapa "mencaci" siapa.

Terkejut juga. Bulan ini sudah dua kali "depa" datang, dalam jangka masa tak lebih 
dari 10 hari! Efisiennya!

Tentulah depa datang dengan aspenya-aspenya, aka asap pembunuh nyamuk!


Teruk juga lubang hidungku + hidung yang lain-lainya, ditusuk aroma  aspenya. Tahu saja dia meresap masuk ke dalam rumah melalui entah celah-celah apa.

Pertama kali depa datang, kebetulan,  para ciliku baru saja belajar masak. Mesti 
depa pun lemas dikerumuni aspenya si  "semburman". Tapi yang lebih penting, 
apa nasib buah yang sudah nampak anggun tu?

Seorang teman, Dr.J, kebetulan mantan pegawai yang menjaga geng penyembur
aspenya di daerahku satu masa dulu, beritahu yang  cili tu boleh digunakan jika
tidak rosak, selepas seminggu terkena kesan aspenya.

Tapi takut jugalah. Sampai hari ini belum ku tuai cili-cili ranum tu.
Entah-entah aspenya boleh jadi aspeo (o=orang!). 


Bila depa datang kali kedua baru-baru ini, cepat-cepat aku tukarkan
rimbunan cili-ciliku menjadi hantu busut.


 Mungkin hantu busut terkena aspenya lagi! Tapi mungkin sikitlah.
Nampaknya tambah lagi seminggulah tempoh baru boleh dituai. Sementara itu 
mungkin akan luruhlah agaknya cili-ciliku,  bergelimpangan di tanah!

Malah, dek terlupa nak buka baju hantu-hantu  busut tu,
banyak pucuk-pucuknya yang layu.

 Dek kepanasan setengah hari besoknya dalam baju hitam,
nampaknya cili-ciliku terpaksa kesengsaraan sekarang.
Sudah mati pucuk pula nampaknya! Alahai!


Sebenarnya sehari saja selepas geng penyembur datang, kali pertama dan
kedua, nyamuk sudah pun bermastautin semula di kawasanku.
Depa memang suka bermukim di sini.

Apa pun, dalam bilik-bilik di rumahku, tetaplah ku pasang 
"pemikat hati nyamuk" macam di bawah ni.



Sesekali dibuka, puas juga
hati memandang hasilnya. Tak payah
sembur-sembur.
Bergelimpangan para nyamuk macam udang
kering.  Dan tak ada apa-apa pun tusukan 
aroma ke lubang hidung sesiapa.

Begitulah cerita NYACI. Cerita nyamuk dan cili.
Tak tahulah apa eloknya, apa tak eloknya!








16 comments:

ckLah @xiiinam said...

Hehe...ada saja singkatan dari paman.h

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Kat Taman Kediaman ckLah tak adakah geng penyembur tu? Paman ingat masa di kampung dulu, bakar sabut di bawah rumah sudah cukup. Tapi yalah, masa tu umat aedes belum wujud lagi, kan?

Nizam.Ariff said...

Salam kang,
nyamuk tu nampak perang je... bukan tiruk atau aedes kan?

Azian Elias said...

Assalam Pak Temuk.. Apa khabar? lama tak dengar cite..

Kws rumah saya pun dah lama tak kena asap. Tunggu ada kes denggi or mati, baru nak sembur..


Banyak tu cili. Aduhh.. buat sambal setan, sedap banget tuh..

Unknown said...

saya pula "nyater" .. nyamuk dan terung. tapi dah lama mereka tak datang menyembur. adakha ia juga berbahaya jika terkena terung ..

Temuk said...

AKU
Salam, Aku. Sebenarnya kakang pun tak tahu jenis nyamuk tu. Kira jenis 1Malaysialah, hehehe. Perang warnyanya boleh jadi kamera (!) tak pandai mengambil gambar. Tapi yang kakang agak pasti, memang nyamuk-nyamuk yang terperangkap mati kekeringan, dek angin yang dipusing oleh kipas di dalam perangkap itu.

Temuk said...

YAN (AZIAN ELIAS)
Waalaikumussalam, Yan. Alhamdulillah sihat, terima kasih. Semoga begitu juga Yan sefamili.

Yang lepas-lepas memang begitulah, bila ada kes kematian, akan bergegaslah mereka datang menyembur. Tapi, bab "pendidikan kesihatan" program ini tak jelas. Bila nak menyembur mereka minta kita buka pagar & tutup tingkap2 rumah & keluar rumah. Tapi mestilah tuan rumah susah hati orang menyembur dalam rumah yang tak berorang; dan barang2 dalam rumah busuklah kena asap! Dan tak tahanlah para penghuni rumah berdiri di luar dalam asap tebal! Jadi ada rumah tak buka pagar, dan banyak rumah tak beri penyembur masuk.

Cili2 tu bolehlah disambal bila hati kecil kata selamat & ok. Ceria selalu!

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Masa itu terung al-lavendari terkena semburankah? Berdasarkan maklumat daripada Dr.J kawasan saya tu, lepas seminggu bolehlah terung itu digunakan. Dan bagusnya, terung boleh kita kupas kulitnya. Saya jangka terung2 tu semua sudah pun tak ada sekarang, kan? Wah, rajin juga al-lavendari berkebun sayur!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Hehe...tergelak saya baca tajuk nukilan kali ini. Mula-mula tu saya ingat ianya bahasa dlm dialek/loghat tapi selepas habis baca tahulah apa nyaci tu. Nyaci blh juga jadi nyala dan nyaca (nyala=nyamuk+lada, nyaca=nyamuk+cabai). Aspenya memang akan melekat dan ia memang racun, langkah terbaik elak drp mkn atau basuh cili sebersih2nya sblm mkn. Kesian pula saya tgk pokok cili cikgu yg kelemasan dan kehangatan dek krn terkurung dlm kegelapan. Harap2 mereka tak rosak teruk biarpun pucuknya layu dn sedikit kekeringan.

Temuk said...

ADRY
Salam sejahtera. Hehehe, "nyaci" boleh saja kita @kan dengan "nyala" atau "nyaca". Setuju!

Sedih juga saya dengan nasib cili-cili saya tu. Dan kini yang masak merah sudah pun bertambah. Buang? Pakai selepas basuh? Ini betul-betul kes serba salah. Tapi mungkinlah saya biarkan buah cili itu menjadi benih. Mungkin buah barunya boleh dituai kemudian. Ya, harap-harap pucuk-pucuk yang layu atau kering akan keluarkan pucuk-pucuk baru yang sihat.

Al-Manar said...

Jahilnya saya. Bukan saja NYACI, ASPEN pun task tahu juga.

sudipVSsenduk said...

masa kecil dulu kami adik beradik selalu sapu sedikit minyak masak pada tutup periuk dan 'kipas' ke udara utk menangkap nyamuk. Cukup suka kalau ada nyamuk yg melekat, siap buat pertandingan siapa dapat tangkap paling banyak lagi... hehehe

Temuk said...

AL-MANAR
Ada perkara yang kita telah lebih lama mengetahuinya, tetapi bila orang lain memberi nama lain padanya, kita jadi tak pasti. Atau merasakan kita tak tahu mengenainya. Hal penyemburan nyamuk aedes pasti al-manar tahu, tetapi penyemburan sedemikian yang turut melibatkan pokok dan buah cili di rumah al-manar mungkin tidak (atau belum!) berlaku. Salam bahagia.

Temuk said...

sudipVSsenduk

Wow, tak pernah pula saya dengar, apa lagi lakukan, kaedah begitu untuk menangkap nyamuk. Berat sikit kerjanya tu, ya, sebab melibatkan minyak masak.... bimbang kalau-kalau terkena kain atau bantal! Masa di kampung dulu-dulu, saya juga gunakan kelambu. Kelasakan tidur kadangkala menyebabkan tali kelambu habis putus!

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Nak selamatkan pokok cili, selimutkan atau di'kelambukan' dengan beg plastik hitam, 'pandai'(kata Ust Don). Ketawa saya melihat 'cilibung' sampai susah ia nak bernafas. Tuai saje cili itu sebelum ia merajuk.

Temuk said...

HJH NORALENNA
Salam, Hjh.

Pandai! Tak mengakulah 'tak pandai', hehehe. Lagi pun masalahnya masalah "terlupa" nak buka si hitam penyesak nafas tu. Memang pun, masalah itulah yang selalu jadi masalah badan sendiri sekarang... masalah "tak ingat". Sehari dua ni insya-Allah akan bertuailah cili-cili tu, setelah diperolehi nasihat profesional sekali lagi daripada rakan M.D. Cili-cili Hjh dgn JY camne?