Pokok-pokok orkid liarku, ada dua jenis (dua pokok saja pun!). Jenis yang
di bawah ni aku temui melekat pada pokok palma di depan rumah.
Aku pindahkan ia ke pasu, bimbang kalau-kalau terjatuh bersama-sama dengan
pelepah palma yang kering.
Yang satu lagi, yang di bawah ni, aku temui dekat dengan
pokok pinang. Ku cabut ia dari tanah dan selepas itu aku
pasukan. Asalnya dua pokok, satu mati.
Yang hidup baru saja berbunga, walaupun
cuma sejambak. Saiz bunga-bunganya sangat kenit sekali.
Susah nak diambil gambarnya.
Dipersilakan, hayati.
Walaupun liar dan kecil, yang sudah berbunga, ketaralah
keorkidannya. Menyeronokkan. Sekalipun aku
rasa, bunga-bunga kecil itu akan segera jatuh berderai.
27 comments:
Teringin nk ke laman sebenar paman. Asyik berulang tandang ke laman maya je....
ckLah
Laman mayanya pun begitu-begitu saja. Itu pun sudah dibantu oleh sang kamera..... Maka barang tentulah laman yang sebenarnya sememangnya terbatas kekaperahannya. Namun, yo monggo.
Temuk,
Boleh tak kita kategorikan okid ini sebagai 'tumbuhan tanpa izin' di laman Temuk?
setuju dengan komen ckLah (,")
kecik nyer bunga... tp cantik
Salam Cikgu Temuk,
Semasa saya ke rumah besan saya di Taiping, saya ada juga mengambil sepohon orkid yang tumbuh di batang kelapa berhampiran rumahnya. Bunganya kenit2 juga tapi sentiasa berbunga.
Tak taulah sama atau tidak dengan pokok cktu ni. Saya pulak balutkan pokok tu pada tiang pondok orkid saya, Subur hingga sekarang.
Dulu ada sekali kawan orkid kirimkan pokok orkid liar yang dia ambik di batang pokok, berbunga, tapi kenit juga warna kuning.
Seronok melihat makhluk halus ni yer cikgu.
Assalamualaikum,
Orkid liar memang banyak sekitar sini, cantik-cantik bunganya...pernah disunting ke laman sendiri...kini sedah lama meninggal kan laman saya.
"OTUTI" boleh kot Kak Nora. Tapi kena tunggu pengesahan dari Abang Temuk.
Assalamu'alaikum cikgu,
pokok orkid merpati yg menumpang kasih di btg pkk dwarf date tu cikgu dah naik taraf ke pasu. Tempat yg lbh selesa dan ia tidak lagi hidup secara liar. Nanti ada org yang akan siram, bagi baja dan jaga pkk tu. Pesan saya, bila ia berbunga suatu hari nanti, jangan dibuang/potong tangkai bunga selepas ia mekar dan layu. Orkid merpati akan berbunga dengan menggunakan tangkai bunga yg sama sepanjang hayatnya.
salam kang,
adakah orkid liar lebih bermutu tinggi dan lebih perkasa daripada orkid kacukan?
HJH NORALENNA
Memang si orkid tu layak dipanggil OTUTI, macam yang Cikgu Humairi katakan. Tapi ada juga jenis "datang tanpa izin" yang kemudiannya dengan senang hati kita beri bukannya PR, malahan warganegara!
Semoga sihat & ceria selalu.
KASIHIBU
Malu pula, kot-kot kasihibu nanti kata laman si fulan tu fotogenik! Laman sebenarnya, hmm...hmm. Bila ada blogger di kawasan ni jadi tuan rumah jamuan makan, bolehlah kasihibu bawa juadah & melencong ke laman saya dulu, hehehe.
KHAIRIN:ANIES
Itulah yang namanya si kecil molek, atau si kenit genit. Anies suka tanam pokok bunga, tak?
KUNANG-KUNANG
Salam KK. Insya-Allah orkid dari besan di Taiping itu bukan sahaja akan sentiasa mengingatkan KK akan sesuatu yang istimewa semasa berkunjung ke rumahnya, tetapi juga akan menjadi lambang ikatan kekeluargaan yang kukuh dan murni, sepanjangan.
Makhluk-makhluk halus sedemikian memang comel. Menyeronokkan. Dan membuat kita lebih menginsafi & menyanjung keagungan Penciptanya. Bagi yang sukakan fotografi makro, menggambar objek-objek kecil itu pasti menjadi satu cabaran & keseronokan. Gembira selalu!
CIKGU AHMAD HUMAIRI
Waalaikumussalam Cikgu. Hehehe, pasti "approved" lah istilah OTUTI tu. Tapi janganlah lapor kat DBP.
Wow, seronoknya kalau boleh lihat bermacam-macam orkid liar di kawasan Cikgu tu, ya. Bolehlah Cikgu bawa balik lagi beberapa spesis. Nanti bila saya sesat ke tempat Cikgu saya pula tolong bawa balik benda-benda tu! Nak cari sendiri di kawasan-kawasan hutan atau OAsli memang saya boleh mati ketakutan!
ADRY
Waalaikumussalam Adry. Wow, tak pernah terlintas saya yang orkid merpati tu gunakan tangkai bunga yang sama sepanjang hayatnya. Berjimat cermat betul dia, ya! Hebat, hebat.
Terima kasih sangat-sangat Adry beri pesanan itu. Kalau tidak, macam selalulah, habis bunga saya tentu potong tangkainya. Kalau kena pada si orkid merpati, tak berbunga lagilah dia, ya?
Baja orkid yang perlu dibancuh ada lagi dalam simpanan. Saya suka menggunakannya secara semburan. Insya-Allah si orkid merpati dan gengnya akan memperolehi manfaat darinya.
AKU
Itu soalan teknikal yang kakang tak mungkin biso njawab. Maaf, ya. Yang dipaparkan tu nampaknya mempunyai bunga yang memang cepat luruh. Tak tahulah halnya jenis yang satu lagi yang belum berbunga tu, yang blogger adry@daun kata bernama orkid merpati.
Namun, apa-apa pokok kacukan, kan biasanya lebih mantap daripada jenis asalnya. Macamlah juga padi kacukan, durian kacukan, lembu kacukan, dan sebagainya.
Assalamualaikum Ayah,
melihat orkid ayah teringat 117 spesies orkid yang Amie kumpul dari pelbagai tempat tapi akhirnya mati satu persatu kerana tidak dijaga (setelah pembantu rumah berhenti kerja), tak sangka orkid rupanya minta selalu diberi perhatian seperti manusia juga.
Sekarang Amie hanya ada beberapa jenis orkid tanah yang kami beli dari Nursery Zaleha di Jalan Parit Mahang arah ke Ijok, rupanya orkid tanah lebih mudah penjagaannya berbanding orkid sebelum ini. Bunganya pun cantik!
Walaupun bunga orkid ayah itu kecil dan halus tetapi nilainya sangat tinggi...cantik dengan bentuknya yang unik. Menjaga orkid agak cerewet sedikit tapi kalau sudah mengeluarkan bunga, puas hati! Melihat bunga orkid yang cantik boleh meredakan tekanan,sebagai terapi minda juga!
AMIE
Waalaikumussalam, Amie
Wow, 117 spesies? Banyaknya, dan seronoknya bila tiba masa semuanya berbunga! Tapi, alahai, kok wes ora eneng? Barangkali, bermula dengan beberapa spesies daripada Nurseri Zaleha, Amie akan mula mengumpul balik. Mungkin nanti melebihi angka 117. Ayah bukan peminat tegar orkid. Cuma simpan sepokok dua saja. Setiap pokok, termasuklah para anggerik, memang pereda hati, perapi perasaan dan penyejuk mata.
Saya ada orkid (entah apa nama) yang saya ikatkan dibatang pokok ru dibelakang rumah menghala kelaut. Muala mula takut juga pokok itu tidak tahan angin berair masim. Rupanya tidak. Berbunya cantik tidak putus putus. Apakah baja pokok orkid yang tumbuh segar diatas pokok ru ini?
AL-MANAR
Sayang sdra tidak tayang orkid sdra itu kepada umum. Pasti unik & menarik, dengan bunganya yang tak putus-putus itu. Mungkin "coming".
Nampaknya kulit ru itu kenalah dibawa ke makmal bagi dipastikan elemen apa yang ada di dalamnya sehingga orkid sdra yang menumpang hidup kepadanya berprestasi tinggi. Boleh kita namakan orkid itu ORRU?
Assalamualaikum cikgu.
selalu jumpa pokok orkid yg menumpang di pangkal pokok kelapa sawit tiap kali balik kampung... tapi tak pernah terasa nak ambil & biakkan di rumah, risau pokok ini tak serasi dgn tangan saya yg panas..
sudipVSsenduk
Waalaikumussalam. Kalau suka, boleh cuba kumpulkan. Insya-Allah menjadi. Kalau selalu dibuat boleh dapat banyak pasu tu sVSs! Pastikan akarnya tidak rosak. Pastikan juga diletakkan di tempat redup dulu dan disirami air secukupnya. Insya-Allah hidup. Tangan yang panas = tangan yang tak rajin siram + jaga pokok. Pasal tu pokok tak hidup. Ceria selalu!
Jujur kakak kata cikgu, tangan kakak kurang sesuai tanam bunga orkid walau minat memanam tak pernah pudar. Pokok orkid kakak banyak tapi bunganya 'seciput' bahkan susah nak keluarkan bunga walau dan sembur dgn baja orkid - sampai minta pendapat nursery yg jual.
Tengok orkid cikgu 'mendatang' percuma pulak tu subur siap berbunya punyalah banyak seronoknya...
KAKZAKIE
Usah putus asa, kakzakie. Nanti kakzakie boleh terkejut besar bila tiba-tiba, tau-tau, tengok-tengok, orkid-orkid di rumah tu semuanya berbunga, berbondong-bondong!
Rezeki Allah, kita tak tahu, tak jangka. On our part, we have to keep on treating our plants well. Insya-Allah!
Subur & Cantik
MAK WARDAH
Menjelang hari ini, si kecil yang berbunga kenit tu punyai hanya 2, 3 kuntum saja bunganya yang berbaki. Semoga ia akan bebunga lagi tak lama nanti.
Sangat setuju dengan tulisan cikgu, "Tangan yang panas = tangan yang tak rajin siram + jaga pokok. Pasal tu pokok tak hidup". Memang dari mula ber'cucuk-tanam', hanya suami je yg rajin menyiram dan menjaga setiap pagi & petang.. hihihi
Post a Comment