Friday, June 29, 2012

SUKA SANG LUCU atau SANG POT?

Suka tak pada gambar kat bawah ini? Hehehe, tak suka
pun tak mengapa... Itu gambar Sang Lucu. 
Ada nampak siapa-siapa yang lucu-kelakar di situ?


Rasanya tak ada yang lucu. Cuma, ada yang  Temuk hairankan. Apalah 
agaknya yang ada dalam  fikiran si cucu, Nadiah Farhanah, semasa melukis
gambar kawan-kawannya, sampai terjelma figura-figura bersanggul + ada  
extra ekor (ekor-ekor) kuda! (Farhanah sekarang sekolah di Tahun Satu).

Apa pun, Sang Lucu bukan mengenai orang kelakar. Sang Lucu
itu Temuk maksudkan sanggul lukisan cucu.

Mungkin juga anda gemari barisan sanggul kat bawah ni?  
Sang Pot. Yang maksudnya Sanggul Pokok Temuk!
(Maaf, ada pokok yang disanggul yang penyanggulnya tak pasti namanya)

Yang hijau di bawah ni, rasanya,  bernama Jasmine. Yang merah, entah!




Kat bawah ni, sangul-sanggul Jasmine dalam bekas leper-rendahnya yang Temuk
rekacipta sendiri 15 tahun dulu. Bahannya, simen+pasir. Berat seorang tak larat!

Di tepinya, sanggul-sanggul Jasmine juga. Dalam pasu belilah...


Kenal, kan,  sanggul-sanggul Kertas (bouginvillae) yang tak rapi kat bawah ni?



Disanggul juga kat bawah ni, satu-satunya Teh Emas yang
Temuk tanam. Di tepinya, sanggul Teh Hijau.


"Jangan lupa menyanggul Bunga Kebangsaan!" bisik golongan patriotik.
Di tepinya tu Temuk tumpangkan wajah dua sanggul si pokok lain. Panggil apa, ye?


 Cerita pasal pokok,  ada jenis yang bukan saja mudah menyanggulnya. Tapi menanam
 + menjaganya pun senang juga. Jenis tak manja. Macam jenis-jenis kat bawah ni.


 Juga jenis-jenis kat bawah ni. Temuk bagi nama umum,
nama sendiri: Jawi-Jawi! Kena tunggu
adry@daun, tolong beritahu nama-nama yang betul!
 
 

Masa rajin menyanggul, jenis kat bawah inilah antara yang tercantik
sanggulnya. Juga sekujur tubuhnya, sekalipun penuh berduri! Entah apalah namanya.


Tapi, tahu sajalah mood orang. Macam Temuk inilah. 
Rajinnya, dan juga kemampuannya, biasanya cuma seinci.
Tak malasnya selalu sampai sekaki!

23 comments:

sudipVSsenduk said...

Si pelukis cilik je yg pandai mentafsir hasil seninya... Sangat kreatif.

Tetiba saya teringatkan drama sanggul beracun lakunan erra fazira o_O

Temuk said...

Salam bahagia, sudipVSsenduk
Memang bila ditanya apa yang dilukisnya, panjang cerita si cilik. Kanak-kanak juga pandai berfantasi. Hehehe, tak tahu pula saya perihal drama Erra Fazira tu. Tak rajin menonton pun. Tapi saya tahu, banyak sungguh drama di tv hari ini. Baguslah, adalah persaingan yang lebih hebat di kalangan para produser dalam menghasilkan drama yang lebih berkualiti.

Hjh Noralenna Abbas said...

Rajin sungguh Temuk menyanggul ciput pokok-pokok. Sanggul-sanggul ini perlu ditrim selalu supaya kemas, tidaklah tercacak sana sini 'rambut'nya. Nanti bolehlah namakan laman Temuk, Laman Sanggul Ciput.

Maiyah said...

salam..

mak sy suka le tanam2 ni, sy suka tgk hehe

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Salam, Maiyah
Suka tengok pun jadilah, Maiyah. Ciptaan Allah, yang kita tumpang hias-hias, boleh memberi rasa seronok yang amat mendalam. Apa lagi apabila intervensi kita digemari orang. Terima kasih singgah.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Kreatifnya cucu cikgu ni. Biarpun baru berusia enam tahun tapi ilhamnya sangat hebat. Lakaran dan warnanya kemas.
Pokok yang cikgu panggil jawi-jawi tu memang betul namanya tapi disingkatkan lagi menjadi jejawi. Pokok jenis parasit ni drp spesis ficus. Nama lain untuk pokok jejawi ialah beringin dan bunut. Jejawi ni jenis pokok yg lasak, atas bangunan konkrit pn blh hidup dgn subur. Jasmine yg dlm foto tu pokok bunga melati ke? Buna putih dan berbau harum.

Adry@Daun said...

Pokok berduri yg paling bawah tu namanya duranta repens variegata. adik beradik dgn pokok teh emas(duranta gold)

Temuk said...

Wa'alaikumussalam ADRY
Satu-satunya cucu perempuan saya tu memang banyak guna RM beli buku lukisan dan pelbagai jenis pewarna. Terima kasih di atas maklumat nama-nama pokok itu. Seronok menanam pokok-pokok lasak. Kita tak peduli pun depa hijau elok! Yang saya panggil Jasmine tu bunganya kecil-kecil, lebihkurang saiz bunga tanjung. Bunganya lebih menguncup dari mengembang. Putih dan memang harum baunya.

Temuk said...

Terima kasih. Oh, sekeluarga dengan duranta gold! Patutlah duranta gold itu pun ada sikit-sikit duri.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Seronok men"dengarkan" perbualan flora dan melihat aksi yang diperagakan. Baguih ada kerajinan walau seinci daripada tade langsung!

Cerita lucu sang cucu perlu dibenarkan penuh berhikmah. Ini cerita "Akal Heyqal" tika bermain dengan atuknya.

Temuk said...

HJH NORALENNA
Hehehe, kan saya dah kata, rajinnya seinci, malasnya sekaki. Pasal tu ambil gambar pun waktu gelap, supaya tak ketara sangat rambut-rambut tercacak yang tak ditrim! Teringat pula seorang kawan sekolah, tak bersanggul, tapi dua ekor kudanya, macam dalam gambar "Sang Lucu" tu....

Temuk said...

CIKGU AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam. Cumanya... bila tiada angin, apatah lagi di kala baru saja disanggul, agak membatulah para unsur yang diperagakan itu... Jadi jurusolek pepohon, walau apa hasilnya, tidak kita dimarahi pohon!

Cucu suka pujian. Cucu 2 tahun saya pun panjang sengihnya bila dipuji. Syukur, Heyqal ketara telah memaparkan kepintarannya. Wajar acap dihadiahi pujian si cucu itu.

Bila si cilik bercakap, para atuk memang boleh jadi termangu, tersentak, terkedu. Dan tentunya tersenyum sendiri bila tak tahu nak bereaksi bagaimana!

kasihibu said...

cantik lukisan si kecil, pandai cucu atok...

sepandai atok menyanggul pokok pokoknya (,")

ckLah @xiiinam said...

Opahnya selalu bersanggul kot kat rumah!



Hehe...


Yuhhh....kok uwapik temen omah he...gadang!

Unknown said...

bijak mengambil gambar itu di waktu petang/senja/malam .. maka objek yang difokus terserlah.

luasnya kawasan rumah tuan.

Temuk said...

KASIHIBU
Terima kasih, kasihibu. Si kecil seronok sangatlah kalau dengar orang puji dia. Tengok lukisannya dalam blog pun dia sudah tersengih panjang. Si Atuk, menyanggul pokok bolehlah sikit-sikit. Kalau melibatkan rambut, terburailah ia... sebab tangan dah tak 'steady'.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
+- 4 dekad dah.... tak pernah lihat opah bersanggul! Ora iso. ckLah lihat rumah sapa? Nek umahe pamane, yo sungguh, temenan, temen, banget, ora gadang. Rumah belakang sekolah tu banyak pokok bersanggul, tak?

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Sengaja cuba menggambar waktu gelap. Gambar kelihatan lebih menyerlah, ya? Yang sebenarnya nak elakkan benda-benda "pukang-lintang" di sekitar daripada turut menyorong-nyorongkan wajah! Kawasan kecil pun (hehehe, kena minta sikit dari orang Bukit Levender) dah tak terpantau kelintang-pukangannya!

Anonymous said...

Salam Cikgu Temuk,

Pandai cucu yang baru berusia 7 tahun menyampaikan apa yang tersirat dihatinya.

Tentang sanggul2 pokok tu, selain memerlukan orang yang banyak tenaga juga memerlukan tahap kerajinan dan kreativiti yang tinggi.

Cantik bila pokok2 tu dibongsaikan dengan cara menyanggulkannya.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam bahagia. Cucu perempuan tu nampaknya asyik melukis gambar rakan-rakan perempuannya... Sudah mula seimbang sikit bentuk-bentuk yang dilukisnya; kalau tidak tu kepala orang sampai 3 kali lebih besar daripada badan!

Menyanggul pokok ni meletihkan juga, KK. Sekejap saja tunas-tunas barunya mencacak sana sini, menghodohkan sanggul, hehehe. Ceria selalu!

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt Cikgu.
Kreatif dan mempunyai maksud tersendiri di sebalik paparan terindah ini. Tulus dan mulus.Cantik dan punyai nilai tersendiri. Elok juga jika dibingkaikan buat perangsang lebih aktif melakar rasa di kanvas kehidupan. Tahniah buat adik cilik ini.

yanmaneee said...

jordan shoes
moncler jackets
curry 7 shoes
kd 10
jordan shoes
pg 4
yeezy boost 350
supreme
golden goose
hermes birkin