Tuesday, July 24, 2012

MARKISA RABU BUTA

Kira-kira 10 tahun dulu, dua pokok markisa yang 
ku tanam di pinggir pagar, 
banyak buahnya. Cari-cari, tak ada pula gambarnya.

Yang kat bawah ni,  satu pokok saja. Ku tanam 
pertengahan 2011. Di satu pojok,  kawankan dengan si sirih.

   
Yang kat bawah ini pula,  ku tanam hujung 2011, di belakang
rumah.  Satu pokok saja juga.  Gengkan dengan si pisang emas.

 

Yang nak cerita ni, dua-dua pokok, belum ada yang lekat buahnya. 
Ada ku beri baja NPK. Tapi, maklumlah, sebab bukan
"agriculturalist" tulen, ada aku kisah sepatutnya Nnya berapa, 
Pnya berapa, Knya berapa? Atau perlunya unsur-unsur lain lagi selain NPK tu?

 

  Juga, ada aku kisahkan jadual hidupnya, bila berbunga, bila patut berbuah, dan lain-lain? 

Yang aku tahu, buahkan "rasa pelik" dalam kepala sendiri saja, 
mengapa bunga-bunga cantiknya asyik mengering dan jatuh. Dan tak nampak putiknya?!

Tak mengapalah. Bertanam seronok-seronok. Eh, tak mengapa??

Itulah cerita markisaku yang RAjin BUnga BUah TAda. 
Ada yang sudi membantu tanpa memarahiku?


21 comments:

Kakzakie Purvit said...

Mula membaca kakak dah kebingungan apa pulaklah cikgu nak short-cut kan ini.

Satu yg kakak nampak bunga markisa cantik. Kakak tak tahu Nitrophosca (NPK) yg cikgu kata itu sesuai ke tak. Ada org tu tak jaga terbiar panjat pagar tapi buahnya bergayutan kakak tengok. Kawasan rumah kakak tak ada tanah kalau ada macam cikgu bolehlah macam-macam ditanam.. tak buah pun boleh meredupkan mata memandang.

Temuk said...

KAKZAKIE
Yang tanam dulu-dulu tu, penuh pagar dengan lilitan dia. Jenuh nak buang bila sudah mati. Kalau merimbun di atas, memang boleh meredupkan kawasan, walaupun daun garingnya juga banyak. Eloknya bila kelihatan buah-buahnya bergayutan. Mungkinlah NPK yang saya gunakan itu tak sesuai atau tak cukup. Yang dulu banyak berbuah mungkin sebab tanahnya (sebab baru pindah) ada menyimpan baja sendiri. Selamat meneruskan perjuangan Ramadhan.

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Tuan.

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Saya suka tengok bunga yang cantik itu. (Iya, kecantikan memang mudah memikat!) :)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ingatkan 'Wordless Wednesday' tadi...hehe

Seringlah berkata-kata denga markisa tu....dengan rayuan pujukan kata-kata agar dia berbuah. Bisikkan juga sedikit ancaman...insya Allah pastu berbuahlah ia.

Ini idea tok nenek kita dulu....ambil parang, ditakuk takukkan dahan mempelam yang degil berbuah sambil berkata..." kalau kamu tak berbuah....aku tebang ko..."....Demikian adanya.

Wallahualam.

kasihibu said...

sya punya pokok tomato pun macam tu jugak rajin berbunga tak lekat buah, nak di buang sayang pulak pada pokok tu

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Markisa yg cikgu tanam ni jenis buah kuning atau ungu? Saya rasa markisa buah kuning kalau tgk pada daun dan bunganya. Markisa kuning memerlukan ejen pendebungaan spt lebah, kumbang, lalat, tebuan, dan lain2 serangga penghisap madu. Kalau tiada bantuan drp ejen tersebut, bunga markisa kuning tak akan menghasilkan buah. Pakar botani menyatakan, lbh baik jika pendebungaan dilakukan secara manual oleh manusia(penanam/pemilik pokok). Tidak spt markisa ungu yg mampu utk menghasilkan buah tanpa bantuan ejen pendebungaan.

Nizam.Ariff said...

Assalam Kang Temuk,

pada firasat hamba ini, markisa itu sedang kempunankan sesuatu, ada hajatnya belum sampai... maka ia pun merajuk...

Nizam.Ariff said...

err.... maksud aku, tolong carikan kumbangnya... dia rindukan kumbangnya...

Temuk said...

KAKCIK
Wa'alaikumussalam, kakcik.

Benar sangat, kakcik. Yang cantik mudah memikat. Yang berwaspada tentu berjaga-jaga, sebab yang cantik juga menjerat. Insya-Allah bunga pokok, cantiknya tak mengganggu. Selamat terus menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Alahai..... kakcik lupa lagi, nak delete 'Tuan' tu....

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu.

Betul tu, Cikgu. Pokok juga makhluk. Memang wajar kita bercakap2 dengannya, pujuk dia, rayu dia. Tapi rasa-rasanya, pasti dia tak faham bahasa orang, dan dia sengih saja kat kita, hehehe. Utk pokok markisa takut pula nak dicuba "takik" dengan parang. Pasti putus-lupus batang kecilnya. Tapi, utk pokok mangga, nampaknya takikan saya, insya-Allah, ada hasil!

Temuk said...

KASIHIBU
Kesian, saya ada baca entri mengenai tomato tak buah tu. Cuba cari baja yang khusus ada gambar tomatopada pembungkusnya. Mungkin pokok kasihibu tu terbuka hati mengeluarkan buah bila diberi baja itu. Kata orang, tomato tak suka persekitaran panas....

Temuk said...

ADRY
Wa'alaikumussalam, Adry. Markisa saya itu memang jenis kuning. Terima kasih di atas informasi itu. Ni kira nasihat profesional & teknikal betul. TQ, tq. Saya dapat rasakan para ejen itu sudah sangat berkurangan di persekitaran rumah, sebab memang sudah tinggal sangat sedikit pokok-pokok yang berbunga. Projek saya yang menua ni memang tengah berlangsung, namanya "simplifying life". Banyak pokok dah saya pupuskan supaya mudah menjaga kawasan, sekalipun ia bukanlah besar.

Insya-Allah akan cuba jadi ejen pendebungaan.... alahai banyak mana debu bunga 1 nak suntik ke bunga 2, 3 dan lain-lain? Boleh "kris-kros" bunga suka hati ke, Adry? Guna lidi ke? Ada dengar, malah rasanya pernah lihat, tapi tak rakamkan dalam ingatan cara dibuat.

makchaq said...

Salam cikgu
Masa mula2 rasa markisa tahun 80an rasanya pelik, tapi lepas tu makchaq mula suka rasa yang masam manis dan wangi tu....

Mungkin betul kata Adry@Daun.. makchaq pernah tanam kelisa/kacang botol, daunnya merimbun di para2 sampai boleh berteduh dibawahnya, tapi buah sebijik pun tak lekat walaupun sentiasa berbunga.. ada orang kata pokok tu mabuk daun..

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Wa'alaikumussalam, Nizam.Ariff.

Hehehe, pastilah lebih sukar carikan kumbang utk si kembang markisa daripada carikan kumbang Teruna untuk bunga Dara. Boleh gagah carikan dalam lubang batang-batang kering, tapi tak berupaya pula nak paksa dia mendebunga. Disengat pula nanti tangan kakang!

Kakanglah yang nak jadi ejen pendebungaannya, ikut nasihat pemblog Adry@daun. Sambil gula-gulakan si pokok dengan baja lain.

Temuk said...

MAKCHAQ
Wa'alaikumussalam, makchaq. Saya pun begitu. Mula rasa buah markisa pada awal tahun 70an di kawasan Kuala Langat, Selangor. Ada petani yang mengusahakan tanaman itu. Masa itu, tak suka. Selepas merasa jusnya yang ditinkan MARDI di Serdang, saya jadi penggemar tegarnya hingga sekarang.

Cerita mabuk daun itu banyak betulnya. Tapi 1 daripada 2 pokok markisa saya sekarang agak kurus dan tak mabuk daun. Tak berbuah mungkin sebab tak cukup zat makanan + pendebungaannya (pollination) tak sempurna.

Baru saja tamat riwayat pokok kacang botol saya (sepokok saja) yang memang kurus dan tak mabuk daun. Si dia memang mabuk buah!

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Temuk,

Cantiknya bunga markisar tu. Dia tak berbuah mungkin sebab tak ada kawan.....

Seperti pernah terjadi kpada saya
dulu, tanam rambutan, bila berbunga gugur, akhirnya kami tebang. Kata kawan2 buahnya tak lekat mungkin kerana tak ada lawannya. Memang pun kebanyakan di Shah Alam ni orang tanam mangga.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK. Saya pun suka bunga pokok markisa itu. Cantik gabungan warna putih-birunya. Kalau dengar cerita blogger Adry@Daun di atas, sepatutnya markisa itu boleh berbuah, tetapi tidak, kerana tak berlaku pendebungaan (pollination). Saya agak betul, kerana ejen-ejen pendebungaannya spt lebah, lalat buah dll memang kurang di sekeliling. Tadi saya nak cuba jadi ejennya! Tetapi bila ke pokok, dah kering semua bunganya. Nanti cuba bila kembang bunga-bunga baru.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
melihat pokok markisa Ayah yang tak berbuah ini, Amie teringat rimbunan markisa yang melilit di atas junjungan khas di Kundasang, Masya-Allah buahnya bergayut-gayut lebat! Amie ambil gambar tapi masih tersimpan dalam folder. Mungkin faktor cuaca, pembajaan dan teknologi yang digunakan.
Jangan bimbang ayah, markisa di tepi pagar rumah kami (pemberian rakan Cina)pun tak berbuah, tapi berbunga juga, sama seperti pokok markisa ayah. Kami faham masalahnya... sebab tidak dipedulikan, tidak disiram dan tidak pernah dibaja, hanya dibiarkan saja melilit menjalar di tepi pagar.
Benar kata Ayah, pokok yang kita tanam sebenarnya perlukan belaian dan kasih sayang dalam bentuk penjagaan, itu pun sekiranya tempat tanaman seperti tanah dan cuaca kurang mengizinkannya untuk hidup subur. Jadi, sokongan daripada penanam memang sangat diperlukan. Amie perhatikan di keliling rumah, sekarang pokok anggur di belakang dapur sudah merajuk, kering dan layu kerana tiada siapa pedulikan. Pokok bidara sudah mengeluarkan putik (kebetulan tumbuh di depan rumah di tepi pagar, jadi Encik Suami selalu bersihkan, cantas dsb), pokok markisa langsung tak mengeluarkan bunga lagi sebab dibiarkan mencari makan sendiri. Pokok yang sihat segar bugar tentulah yang berhampiran pintu dapur termasuk pokok bunga ros yang sentiasa berbunga, pokok limau purut yang sentiasa menghijau daunnya walaupun daun-daunnya sentiasa dipetik untuk masakan, daun pegaga yang sentiasa menjalar sehingga menutup segala tanah.... Sebab apa Ayah, sebab Amie selalu siram dengan air basuhan beras, dengan air basuhan ikan, sedangkan pokok-pokok lain termasuk kencur dan kunyit serta serai yang 'dianaktirikan' kerana kedudukannya yang agak ke belakang dapur.... oh! Kasihan sungguh... semuanya sedang nazak!
Moralnya .... tumbuhan sebenarnya ada jiwa! Tumbuhan juga jenis makhluk.Benda hidup tapi tak bergerak. Kiranya tumbuhan tak berbuah tapi hanya mampu berbunga, kira satu rezeki juga tu Ayah... samalah dengan manusia, ada yang beranak banyak, ada yang langsung tiada anak.... Wallahuaklam.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie. Semoga Amie sekeluarga sihat sejahtera kat sana tu di bulan mulia ini. Bila Amie sebut Kundasang, kalau boleh, mahu saja Ayah pindahkan buminya + cuacanya ke tempat Ayah ni. Lagi seronoklah bercucuk tanam. Tapi Tuhan sudah bahagi-bahagi, kan? Yang ada ni kita cubalah elokkan, sebab Dia juga suruh kita berusaha.

Memang Ayah setuju, tanaman yang kita sayangi, kita ajak berbual,dan kita belai, biasanya akan memulangkan hasil lebih baik. Tanaman begitu tentulah tanaman yang kita sirami air dan kita bajai. Sebab kita menyayanginya. Jadi, manalah ia tak subur elok, kan? Di sekeliling rumah Ayah ini, kekangan terbesar adalah cuaca panas, tanah berbatu-batu (bukan panjangnya tapi kandungannya!), dan penanamnya wes tuwek!

Anonymous said...

check my reference best replica bags my link replica louis vuitton click this over here now dolabuy hermes

thyte said...

d6b96h8y69 t1g57w2v44 n7e62n9l31 r3w16s2k85 d5k04u6y84 e3y35d8d55