Friday, August 3, 2012

MANGGAR SEHARI

Bertahun sudah si pokok ini ku pindahkan dari pasu
ke sebelah pinang kecil.Ku panggail dia pokok getah!
(Tolong, Adry! Kalau tak tukar namanya, nanti orang datang menoreh pulak!)
 

Biasa ku pangkas dahan-dahannya. Tak pernah ku lihat 
bunganya. Tapi tempoh hari, aku ternampak 
ada "manggar" di celah-celah cabangnya. Bunganya, agakku.


Jangkaanku, tengok pada rupanya, "manggar" itu mungkin tak boleh bertahan lama.
 


Lalu ku segerakanlah tugas menggambarnya. Lain kali tak tentu jumpa lagi!

 

Termasuklah percubaan mengmakrokan debunganya.

Esoknya ku lihat, memang "manggar" telah jatuh ke tanah.

12 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
rasa nak tergelak.... tapi memang sudah tergelak! Cantik sungguh bunga pokok 'getah' ayah ini.... Amie pun tak tahu pokok apa namanya, tapi bila ayah kata pokok getah, memang bukan pokok getah he he hehh mungkin daunnya sama seperti daun pokok getah ye ayah!

ckLah @xiiinam said...

Macam bunga api gaya manggarnya ya paman...

Temuk said...

AMIE
وعليكم السلام ورحة الله
Sebab daunnya macam daun getahlah maka Ayah beri ia nama pokok getah. Tapi tak pula ia bergetah. Cepat bertunas bila dipangkas. Teringat pula cantik cilik-ciliknya si tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah tulen.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Mugo-mugo waras, kelar puwosone. Hehe, kalau begitu boleh jugalah kita namakan bunganya bunga api. Cuma rasanya tak ada di mana-mana pada bunga itu warna merah. Sayangnya bunga ini terlalu "fragile", mudah lupus. Sekejap sahaja kita dapat menikmati keindahannya.

azieazah said...

Saya tak pernah lihat pokok sebegitu, dengan bunga manggar sebegitu. Kini tahulah saya kenapa bunga manggar pengantin tu kena buat kembang dan berjurai.... selama ni saya tak tahu pun.

Temuk said...

AZIEAZAH
Di nurseri, biasanya ada dijual pokok itu. Saya saja yang memanggil bunganya tu "manggar", sebab berjurai-jurai merep bunga manggar majlis perkahwinan.

Kawan kata, bunga manggar pengantin diilhamkan dari manggar kelapa, juga pinang. Tapi manggar yang itu jurai-jurainya semua ke bawah! Hehehe. Tak mengapalah, asal usul tu. Nak tunggu blogger Adry@daun kalau-kalau dia boleh beri nama sebenar bunga yang saya paparkan itu.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Pokok yg cikgu tunjuk dlm gmbr ni ada umbi besar di bahagian pangkal batang ke? Pokok yang daunnya sama dengan pokok getah ni org panggil pokok getah siam. Saya kurang pasti nama standardnya. Mula2 tgk, ingat pokok tabebuia tapi bunganya berlainan.

Temuk said...

ADRY
وعليكم السلام ورحة الله
Pangkal pokok itu memang mempunyai umbi besar. Macam ubi sengkuang, tapi besar. Juga macam rupa pangkal pokok bonsai. Saya agak memang pokok yang Adry namakan pokok Getah Siam itu samalah dengan pokok yang saya paparkan bunganya. (Saya akan cuba cari gambar dalam internet pokok tabebuia yang Adry nyatakan, untuk perbandingan). Terima kasih banyak di atas bantuan Adry memberi nama pokok berkaitan.

dear anies said...

agk nyer nama manggar d ilhamkn drpd pokok ni kot... ;-)

Kakzakie Purvit said...

Kakak tahu kenapa cikgu panggil pokok getah sebab kalau dipatah daunnya akan keluarkan getah macam susu getah juga. Tapi rumah kampung kakak tak pernah lagi kakak nampak bunganya..

Cantik pulak. Cikgu jenis yg observe sangat.

Temuk said...

KhaiRin : anies
Tak tahulah. Cuma, biasanya, orang kaitkan manggar dengan manggar kelapa, sekalipun pinang juga bermanggar.

Temuk said...

KAKZAKIE
Jadi, kalau ikut blogger ADRY (Adry@Daun)namanya pokok getah siam. Yang kat kampung kakzakie tu mungkin sudah berbunga beberapa kali tapi tak pernah ternampak bunganya. Juga tak pernah ternampak jurai-jurainya mengering di tanah. Saya pun tu hari, tak menyangka, TERnampak. Dah mula beli (entah-entah kakzakie buat, kan?) kuih raya?