Wednesday, August 8, 2012

MU JATE KE TINE?

Ciku ada di situ. Dia juga. Di satu pojok, berhampiran rumah stor. Ruang multiple-cropping lah ni.



Tapi, mu yan di bawoh  ni..... ambo tok pasti pulok.  Ambo nak tupe tanye lah.

Mu ni, jate ke tine?


 
Oh, mu tok jawak pulok!

Ambo tanye lagi, deh....!

Mu ni Papaya ke Mamaya?

 
Tok jawak gok???

Mu Papaya jate ke Papaya tine?

Ke Mamaya jate? Ke Mamaya tine?

Hehehe. Huru-hara!

Napoknye Adry@Daun kene tulong jawak gok.

(Maaf ya rakan taulan budiman, terutama yang di Pantai Timur. Slang hamba tak tepat. Selamat melalui fasa ketiga puasa kita. Semoga kita semua diberkati dan diampuni Allah, dan dijauhkan oleh-Nya dari api neraka.)

31 comments:

Kakcik Seroja said...

Kalaulah pokok itu boleh menjawab!

Unknown said...

kebetulan buka puasa semalam isteri saya masak buah betik tua dengan otak lembu ..

saya ada tanam sepokok di belakang rumah .. dan berputik.

* kerana tak tahu jantinaya, saya panggil betik je ..

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

Bila di tanya tentang jantan ke betina....mengingatkan saya tentang cerita macam mana nak kenai pisang jantan dengan yang betina. Mungkin Abang Temuk boleh jawab....atau kengkawan lain boleh tolong jawabkan.

Ini tentunya bukan "PERTEMUAN PERTAMA" seperti manggar sehari itu. Tentu seronok bila kita dapat berkata-kata dengan pokok kann???

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehe.. memang huru hara jadinya..
tp walau jate atau tine.. dua2 ada kelebihannya.. yg tine boleh mkn buah.. kalau jate boleh makan bunganya dibuat kerabu atau masak tauco bersama udang & tahu... sedap! pahit2 takpe... buat ubat.. hee...

Temuk said...

KAKCIK
Kalaulah si pokok boleh menjawab, barangkali dia akan berkata, "Bingung betul tuan aku ni... Tak payahlah banyak soal. Bunga ke, buah ke, pucuk ke, yang aku beri ni, makan sajalah diam-diam. Usah nak sibuklah jantan betinaku!"

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Wow, betik tua + otak lembu! Saya agak mesti masak lemak tu, yakah? Belum pernah merasainya. Tapi, betik tua masak lemak biasa, atau masak tumis, biasalah saya menikmatinya terutama semasa tinggal di kampung dahulu. Maklumlah, kalau cari betik sekarang ni, cari yang masak untuk pencuci mulut saja.

Setahu saya, kalau keluar satu putik dari satu bunga, sahlah itu betik betina. Tapi ini ilmu orang kampung saja, bukan ilmu orang sains pertanian.

Temuk said...

CIKGU AHMAD HUMAIRI
وعليكم السلام ورحة الله
Walau semasa di kampung dulu hidup dengan dikelilingi pisang, tak tahu pula saya macam mana nak bezakan antara pisang jantan dengan betina. Yang saya tahu (ilmu orang kampung!), semua pokok pisang itu betina. Tapi ada yang tak berbuah sehingga mati sebab bermasalah, sama ada sebab berpenyakit akar/umbinya atau pucuknya.

Rasanya ada ustaz menyebut, semua makhluk "bercakap". Tapi kita saja yang tak dapat mendengarnya.

Temuk said...

MaDiHaA a.k.s Ratna
Setuju. Saya cuma keliru. Mengapa pokok yang itu (walaupun ini bukan pengalaman pertama) lebih bunganya seperti pokok jantan, tapi berbuah seperti pokok betina, sekalipun saya jangka buahnya tak akan banyak.

Bunga betik + tauco + udang.... ini resipi baru yang menarik. Insya-Allah saya akan buat ni.... bila tak ada orang di dapur.... + bila ada bunga betik di pasar minggu. Saya jangka, bunga betik perlu direbus dan dibuang air pahitnya dulu baru ditumis dengan udang + tauco, ya? Terima kasih berkongsi resipi.

Hjh Noralenna Abbas said...

Temuk dapat benih betik tu dari Kelante ke?

Temuk said...

HJH NORALENNA
Kalau Hjh nak tahu, yang pasti, benih tu dari pasar di Bangi ni. Bila tengok buahnya cantik, saya selalu akan tabur sikit bijinya di sana sini. Biasanya, adalah yang tumbuh. Ase buwohnye muke jugok daghi Kelate!

Adry@Daun said...

Assalamu'alaikum cikgu,
Hehe..cikgu ni blh berbahasa dlm pelbagai dialek rupanya. Cuma yg ni cikgu kacuk dialek dua negeri iaitu Kelate+Ganu Kite. Jate(Kelate), tine tu dialek Ganu. Dialek Kelate sebut tino(sebut:tin-no).

Betik secara asasnya terbahagi kpd tiga jenis iaitu betik jantan, betik betina dan betik hermafrodit. Betik jantan berbunga dgn tangkai pjg sehingga 1 meter dan tidak menghasilkan buah. Bunga betik jantan buat ulam dn kerabu mmg sedap.

Betik betina pula akn menghasilkan bunga betina dan ia memerlukan debunga drp bunga jantan pokok betik jantan atau betik hermafrodit utk menghasilkan buah. Betik betina biasanya tak keluarkan buah dgn lebat.

Betik hermafrodit mempunyai bunga betina dan jantan pada satu pokok. Ia adalah betik yg terbaik krn akan berbuah dgn lebat. Pokok betik yg ckgu tanam ni InsyaAllah akan berbuah lebat selepas ini krn ia betik hermafrodit. Benih drp buah betik ini blh disemai krn ia akan menghasilkan baka hermafrodit jika tiada serangga yg membawa debunga pokok jantan lain ke bungaya.

Kesimpulannya, betik cikgu tanam ni bkn papaya atau mamaya tapi pamaya.
Ya, ia Papa & Mama.

LadyBird said...

die ade beza tak jantan ngn betina ek?

DrSam said...

orang kampung saya di Ganu bunga jantan sebelum gugur (aborted) dibuat kerabu. Mungkin orang kampung marah sangat pokok jantan yang buahnya tak menjadi - terus jadi kreatif :)

sudipVSsenduk said...

hihihi... pandai cikgu buat lawak :)

Al-Manar said...

Like Dr Sam says above we make kerabu over here.

I have just posted some pictures of red okra grown from the seeds you kindly sent me. I hope you do not mind my linking to your posting about red okra.

Temuk said...

ADRY
وعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih banyak-banyak. Hilanglah kekeliruan tentang jate-tino betik. Bagus juga, tak malu bertanya, tak sesat jalannya. Dengan info Adry itu, insya-Allah akan saya jaga dengan baiklah PAMAYA saya tu. Tentu akan saya beri baja dengan lebih. Semoga akan keluarlah buah dengan banyaknya & moleknya.

makchaq said...

Seronok pulak baca entri ni..terutama bila Adry menjawab.

Sekarang tau la makchaq lebih baik tanam PAMAYA daripada MAMAYA kalau nak kan buahnya dan tanam PAPAYA bila nakkan ulamnya, dan hanya tanam MAMAYA bila dah tanam PAPAYA..

Temuk said...

LADYBIRD
Mestilah ada beza jantan dengan betina. Cuba LadyBird baca respon dari Adry@Daun di atas. Adry selalu membantu saya mengenai tumbuh-tumbuhan dalam komennya yang penuh informasi.

Temuk said...

DrSam
Kerana pahit rasanya, di kampung dulu-dulu, jaranglah arwah emak saya membuat kerabu bunga betik. Saya jangka, walau pun lebih pahitnya, sekarang ini, ia akan saya anggap sebagai hidangan hebat! Bukan senang mendapatkan bunga betik, kan? Hope everything is fine with you and family this Ramadhan.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Semoga Ramadhan sVSs berlangsung sempurna dan kesihatan seluruh keluarga baik. Yang memberi respon, ada beberapa pembaca berkisah tentang kerabu bunga betik. Walau pahit tetap istimewa. sVSs biasakah memakannya?

Temuk said...

AL-MANAR
I love kerabu very much. Kerabu bunga betik is extra special because of its bitter taste, and of course the difficulty in getting the bunga. In some kampungs of course there may be lots and lots of bunga betik that people don't even bother to look at.

I will certainly have a look at that entry on the red okra soon. Thank you for linking it to my earlier posting on the same subject.

Temuk said...

MAKCHAQ
Wah, baguslah, makchaq nampaknya betul-betul menghayati informasi Adry tu. Saya amat berterima kasih kepadanya kerana kerap memberi respon yang berguna untuk pembaca-pembaca lain.

Hehehe, walaupun makchaq ada cadangan untuk menanam YA-YA tertentu bagi tujuan tertentu, agak-agak boleh pasti tak makchaq biji-benihnya yang digunakan memang akan tumbuh sebagai YA yang dihajati? Selamat mencuba!

sudipVSsenduk said...

kerabu bunga betik tak pernah makan.. kalau daun pucuk betik selalu juga buat botok2 ikan, pahit2 pun sedap :)

insan marhaen said...

biaq dia besaq dulu la. awat kalut sakan...

Temuk said...

sudipVSsenduk
Botok-botok ikan yang gunakan pucuk betik.... saya pula yang belum pernah merasainya. Tapi saya yakin, mesti sedap. Walau yang sedap biasanya tak pahit, yang pahit boleh jadi sedap.

Temuk said...

IM
Memang nak bagi dia jadi lagi besaq. Nak taboq lebih baja kat dia. Sementagha tu, keluaq bunga ka, keluaq buah ka, biaq pi. Kita tok usah jadi tak ketahuan pulak, kan?

Anonymous said...

Salam Cikgu Temuk.

He he rasonyo ti'no ni. Tapi boleh celor pucuk dan bunganya walaupun tok lek makan buahnya.

Banyak khasiat.

Selamat hari raya saudara Temuk sekeluarga.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam, KK. Pasal jate-tino ni seronok baca respon Adry@Daun di atas. Adry memang selalu membantu dalam memberi maklumat mengenai tumbuh-tumbuhan. Selamat hariraya diucapkan kepada KK sekeluarga. Semoga sihat dan gembira merayakannya.

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...errmm, memang x tau nak kenal jantan betina mcm ni...

salam aidilfitri =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

Kakzakie Purvit said...

Cikgu buat kakak gelak sendiri sebab nak menggayakan dialek tu. Tapi setahu kakak kalau jantan bunga dia berangkai panjang last tak jadi buah, kalau macam ini betinalah sebab jadi buah hihi.... entah betul entah tidak kakak punya persepsi ini..

Selamat Hari Raya cikgu, mohon maaf atas apa juga keterlajuran selama berblog...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Assalamualaikum Cikgu,

Saya tanam 2 pokok nona sehingga tak termakan. Kira boleh sedekah kat masjid. Tapi terpaksa tebang kerana dah besar sangat. Takut reban tembok rumah nanti. Tanam 2 pokok mulberry. Bila musim berbuah, gugur ke bumi. Sungguh subur bumi Allah ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin