Friday, September 7, 2012

BABAK-BABAK BERLALU : 3

Pada hujung-hujung 50an, memang Temuk memawah lembu (membela lembu orang, untungnya dibahagi dua). Semasa sekolah rendah di kampung.

Kalaulah ada kamera waktu itu, tentulah ada gambar-gambarnya. Tapi, minta maaflah.  Istilah "kamera" pun tak ada dalam kepala Temuk zaman-zaman tu. Kalau ada pun, $nya nak gali dari mana?

Minat Temuk pada lembu tetap ada sampai sekarang. Walaupun minat pada dagingnya amat sedikit, sebab ia mengganggu kesejahteraan sendi dan otot.

Alahai..... jadi teringat pula Temuk akan lembu-lembu cun dan gedempol di pameran-pameran MAHA!

Gambar molek di bawah ini (lebih untuk rekod sendiri) ..... gambar arwah abang Ipar (Asrai) sedang "mengalih" lembunya. Lokasinya: di "kebun baru" , Mukim Rungkup, Perak, di pinggir Selat Melaka. Tahunnya,  hujung 80an.


Maksud "mengalih lembu" ialah alih-ikatkan tali yang mengikat lembu ke pokok kelapa (atau pacakan tertentu) lain, supaya si lembu boleh menikmati rumput baru di sekelilingnya.

Ni pula nak tayang  Temuk tumpang beraksi. Sayangnya lembu kepada Temuk. Too presumptuous, hehe.


Malangnya "kebun baru" yang subur-bugur, lokasi ambil gambar come-lote di atas itu telah diranapkan air laut kira-kira 20 tahun dahulu. Sebab ban pecah! Ribuan ekar kebun kelapa yang masih "muda terangtangtang" menjadi padang jarak padang tekukur!

Ratusan pemiliknya rugi-bingung. Kawasan keramat itu telah kembali ke status asal-usulnya  - "hutan bakau". Dan para pakar telah cuba menangani cabaran ekologi itu. Dengan kehendak-Nya juga, mereka tetap masih alah dalam perjuangan..... yang sebenarnya entah setinggi mana kesiriusannya.....!

Dan di bawah ini, Temuk tumpangkan satu gambar sezaman. Gambar arwah abang saudara (Sulaiman) menjala ikan di saliran. Temuk dulu pun suka juga menjala.

Kalau tak pandai menebar jala, ia kuncup waktu jatuh ke dalam air. Para ikan akan terselamat dan ketawa terbahak-bahak.


Dan Temuk teringat sangat pada pokok asam Jawa di depan arwah yang menjala itu. "Keras" kawasan sekeliling pokok itu. Maknanya, bagi yang lemah semangat, melintasinya saja sudah boleh menjadi demam.

(Nota:  Semua gambar di atas berasal daripada slaid tahun 80an yang baru diproses semula. Maaf tak jelas.)

27 comments:

Kakcik Seroja said...

Sungguh nostalgia!

:)

Temuk said...

KAKCIK
Salam bahagia, kakcik. Gambar-gambar lama, dengan kenangan lama.... namun, tetap ada juga yang menyimpan pengajaran & pengalaman berharga buat diri sendiri.

Nizam.Ariff said...

salam kang,
aku suka tengok foto-foto lama sebab nanti kita boleh tau apa cerita dulu-dulu....

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Salam Nizam.Ariff. Yo bener! Cuma kadangkala, lupa pula di mana, lupa pula tarikhnya. Lagi kecewa bila lupa siapa-siapa dalamnya, juga apa pula peristiwanya.

ckLah @xiiinam said...

Aruah embah ckLah dulu merantau ke Malaya meninggalkan tanah Jawa dengan duit jual lembu, 2 ekor.


Mbelo sapi iso sogeh loh paman....
:-)

en_me said...

gambar luar biasa, menjadikan cerita pun luarbiasa jugakk.. salam pak temuk tuu.. mohon ziarah yee

Temuk said...

ckLah
Kalau dikira banyak juga modal perantau dulu, ya ckLah. Tapi mungkin tak semua wang dari hasil jualan lembunya digunakan untuk belanja perjalanan ke Tanah Melayu masa itu.

Benar, ternak lembu, sekalipun berskala kecil, boleh menguntungkan. Kalau guna sistem "feed-lot" lagilah baik hasilnya. Tapi ora eneng keboni lo!

Temuk said...

en_me
Wa'alaikumussalam. Selamat singgah dan terima kasih sudi singgah. Gambar-gambar biasa, cerita-cerita biasa saja. Saya baru saja menjinak-jinakkan diri dengan dslr, tapi mungkin juga "a bit too late", sebab terlalu lama bersandar kepada kamera kompak saja. Namun, biar lambat asal buat. Ketemu lagi.

makchaq said...

Suka makchaq tengok gambaq2 lama ni..

Makchaq teringin nak bela kambing, tapi buat masa skarang belum boleh lagi nampaknya.. InsyaAllah kalau ada rezeki balik duduk sg buluh nak jugak bela...

Temuk said...

makchaq
Terima kasih, nampaknya makchaq pun gemar ternakan. Bagus juga kalau betul-betul makchaq jadi bela kambing tu nanti. Bila sampai waktunya, kalau sudi, jemputlah saya lihat ternakan makchaq tu. Sg. Buluh tak jauh dari Bangi, tempat saya tinggal. Mesti luas tanah Sg. Buluh makchaq ni. Kawasan mana di Sg. Buluhlah agaknya. Semoga hajat murni itu dimakbulkan Allah!

kasihibu said...

sya suka melihat gambar gambar lama ni memang nostalgia bak kata kakcik

Temuk said...

kasihibu
Terima kasih menyukainya. Bila tak ada modal nak tulis, kita tayang gambar2 lamalah.... Tapi tetap punyai cerita2 di sebaliknya, yang sesetengahnya kita terus simpan sendiri sebagai kenangan abadi peribadi.

sudipVSsenduk said...

Masih kekal ke'handsome'an dr dulu hingga kini.

Cikgu pernah jumpa benda 'keras' tu ke?

Amie said...

Gambar terakhir tu...nostagik betullah Ayah. Tempat begitulah yang paling kami sukai untuk berkubang, tak sedar diri sampai kecut-berut! Seronok menangguk anak udang, anak seluang dan macam2 lagi jenis ikan kecil halus dengan jiran2 sebaya tak kira jantina! Biasanya, menjelang senja.... kalau tak naik ke darat, memang datang segala mak bapak sendiri dan mak bapak jiran menunggu di tebing nak hambat kami dengan tali batang pisang!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Kalau begitu bolehlah hantar gambar ke majalah nampaknya. Tapi mungkin majalah "The Elderly", hehe.

Tak pernah jumpa dia yang "mengeraskan" kawasan tu. Tapi saya ingat pernah demam selepas balik dari bermain-main di bawah pokok asam jawa tu. Mana tak demam, main sampai "exhausted". Fatigue! Tak kira langsung cuaca panas. Kemudian makan buah mudanya. Juga yang masak yang jatuh ke tanah. Kebersihannya mana dipedulikan waktu tu. Elok sangatlah dapat demam keletihan. Kena buatan diri sendiri, bukan buatan orang, bukan buatan dia yang keras.

Temuk said...

AMIE

Oh, Amie pun kaki "ciblon", ya? Kerbau berkubang, no problem. Tapi kita, adalah yang berkudis sana-sini, telinga bernanah, sakit mata, dan macam-macam. Tapi, apa pun yang menyerang, tetap no problem. Ada kala, sudah mandi pun ada lagi bekas lumpur pada dagu. Jadi Pak Janggut! Amie pernah jadi Mak Janggut ke? Alat mendera untuk Ayah dulu seludang kelapa. Agaknya kalau anak-anak sekarang diperlakukan begitu, kita kena masuk mah ka mah lah, kan Amie.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Sekeping gambar beribu nostalgia.. Berkeping2 gambar, beribu-ribu nostalgia. Melihat semula gambar2 lama akan mengimbau kembali kenangan kita pada waktu itu.

Temuk said...

adry@daun
Benarlah tu. Kenangan lalu boleh mengusik jiwa. Boleh merobek hati. Boleh gembirak rasa. Juga membakar semangat. Yang penting, usahlah kenangan mengajak kita membalas dendam, hehehe.

Kakzakie Purvit said...

Mengimbau nostalgia silam pasti mampu buat cikgu tersengih sendiri. Nikmat kebahagiaan dulu tak sama dgn sekarang kan cikgu.

Temuk said...

KAKZAKIE
Saat-saat bahagia dulu pun tak sama dengan saat-saat bahagia kita sekarang. Samalah juga, apa yang membahagiakan kita dulu dengan apa yang membahagiakan kita sekarang pun berlainan. Zaman berubah! Namun, tetap syukur menyimpan gambar-gambar lama. Bolehlah jadikan kita lebih ingat kisah silam yang punyai makna dan sejarah tersendiri dalam hidup kita.

Pak Idrus said...

Temuk, Saya masa kecil kecil dulu juga terlibat dalam skim pawah ini. Kita Pawah Kambing dalam Kebun Getah. And of course enjoy the hasil.

Thanks for naratting this event of the past. Have a nice day.

Al-Manar said...

Tahun 50an itu dah lama berlalu. Memang apa yang masih terlekat pada ingatan amat manis rasanya. Mukin ramai tak mengerti kerana apa yang kita kata tidak terbayang. Bolehkah mereka bayangkan rumah tanpa letrik, tanpa talipon dan tanpa tandas? Boleh percayakah kalau kita cerita bagaimana susah kalau sakit perut ditengah malam - tanpa tandas didalam rumah apa tah lagi bersambung bilik tidur.

insan marhaen said...

itu jugalah suasana kehidupan IM semasa kecil...

rindu!

Temuk said...

PAK IDRUS
Thanks for dropping by and for your comments. I wonder how your Pawah Kambing System worked those days. My pawah lembu scheme was done on a minute scale.... involving just one or two cows. But getting an income of RM50-75/cow/year(per year!) was considered very good those days, especially for a budak sekolah.

Temuk said...

AL-MANAR
Anak-anak hanya tersengihlah bila dengar pelbagai cerita dulukala kita yang "hebat-hebat". Tak percaya? Tak tergambar? Kehairanan? Cuba kita tanya apa mereka akan buat (macam yang al-manar sebut) bila perut meragam di tengah malam tanpa tandas dalam rumah. Mereka akan bingung sebingung-bingungnya. Tak tahu nak jawab (beri penyelesaian) apa pun + cuma tahu fikir itu tak akan berlaku pada mereka!

Bila diperlihatkan gambar, mereka jadi lebih memahami, dan mudah-mudahan jadi tahu akan perlunya mereka membuka minda, cuba memahami pelbagai realiti kehidupan yang sewajarnya mereka hargai. Semoga ceria selalu!

Temuk said...

IM
Kita yang hidup di kampung dan lebihkurang segenerasi nampaknya memang berkongsi banyak pengalaman yang sama. Bagi saya, pengalaman itu satu kelebihan yang Allah beri kepada kita. Juga pengalaman hidup dalam zaman internet ini.

yanmaneee said...

adidas nmd
off white hoodie
moncler
coach outlet online
nike air max
lebron james shoes
nike air force 1 low
nike air max 2017
nike shox
yeezy shoes