Friday, October 5, 2012

WALAUPUN ADA ORANG DI DAPUR

Sekali-sekala aku ke dapur. Bila tiada orang di situ!

Tapi dua hari yang lepas, nampaknya dan rasanya, tak mengapa aku ke dapur walaupun ada orang di situ.

Yang sebelah sibuk dengan "shepherd's pie"nya.


 



Yang aku pula sibuk + menyibuk dengan dadihku.

 


Yang sebelah punya tadi tu, tak payah disejukkan.Yang aku punya, berfungsi menyejukkan tekak. Wajib dinginkan, Tok Wan!

 
Petang itu aku keluar sebentar.

Malamnya, tentulah aku segera mencari shepherd's pie sebelah punya. Pencuci mulutnya? Tentulah dadihku sendiri!

"Co-existence" di dapur ada seronoknya. Syarat utama: usah sepah-sepah ya Tok Wan!

Juadah yang mengenyangkan? Tentulah yang sebelah punya.

Tapi, juadah yang paling manis? Anda jawabkan, boleh?

26 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

Salam Cikgu,

Minta satu dadih.

Ooops, satu tak cukup cikgu. Dua pulak, tak cukup menikmati dan menilai. Tiga, kira ok lah...

ckLah @xiiinam said...

Wah, dua chef kat dapur ni...

Umm AA said...

Pak Temuk...best tgk dadih tuh..orng jauh nie lama dah tak makan...bagi resepi boleh tak? ..thank u pak temuk..

zul permatang badak said...

OH dadih, pelbagai perisa...yg dingin sedap.....

Temuk said...

PakMail

Wa'alaikumussalam. Alahai, terlambat bunyi oooopsnya. Dadih segera, segeralah berkahir hayatnya. Dadih segera ni tak menagih kita jadi kreatif. Cara menyediakan, semua tercatat pada bungkusan. Kalaulah boleh mula dari A sampai Z buat sendiri, olah sendiri, barulah yang terhidang betul-betul hasil tangan tulen kita.

Temuk said...

ckLah@xiiinam

Namanya "division of labour" lah tu. Loro chef.... jangan 'loro ati', yo ckLah.

Temuk said...

ummuaidan

Saya juga suka dadih. Yang dibeli di pasar minggu, yang mula-mulanya saya sangka adunan hebat, rupa-rupanya "jenis memang agak cair untuk tujuan jualan". Bila beli sendiri bahan "instant"nya di kedai, boleh dikurangkan airnya semasa memasaknya, lebihkan susu sejatnya. Terasalah lebih lemak dan lebih kental. Lupa pula cap apa nak rekomen kepada ummuaidan.

Temuk said...

zul permatang badak

Dadih tak dingin mesti tak ada uumph! Tapi mungkin ada orang yang sukakan dadih tak sejuk. Sekejap saja dadih mengental dalam petiais. Memang terfikir nak cuba perisa-perisa lain kemudian nanti. Memasak bahan-bahan segera memang mudah dan cepat. Modalnya pun jauh lebih rendah berbanding dengan membeli yang telah sedia dimasak.

sudipVSsenduk said...

Kurang terperap di dapur dgn adanya barangan `instant`.. I like!

Kalau rajin boleh masukkan potongan buah stoberi \ mangga \ laici atau jagung mengikut perasa pd dadih tu. Lepas ni jgn terperanjat kalau cikgu dapat tempahan dadih untuk kenduri~kendara :-)

Temuk said...

sudipVSsenduk
Dengan bahan "instant" kerja memang boleh jadi cepat. Bila kurang letihnya, makanannya pun jadi lebih sedap. Hehehe, pasal tu tak berani masukkan potongan stroberi, mangga, laici dll dalam dadih saya tu; takut tak menang tangan-kaki melayan tempahan orang. Ikut kiraan kasar saya, kalau diperniagakan, modal RM10 boleh beri pulangan RM20 kasar.

insan marhaen said...

yang disediakan oleh isteri tambah-tambah macam IM ni yang udah bertahun-tahun makan lauk kedai...

Al-Manar said...

Serba boleh. Bahagianya hidup sehati sejiwa. Kalau saya masuk dapur cuma goreng keropok! Itu pun kena marah. Siapa nak basuh kuali?

Temuk said...

IM
Tak mengapalah, IM. Anggap saja yang dari kedai itu masakan "bibik", pembantu rumah yang membantu isteri, tapi duduk di luar rumah kita. Para suami yang isteri mereka sihat tetapi tidak memasak, oleh kerana sebab-sebab tertentu, kena ke kedai juga. Atau bergantung kepada masakan pembantu rumah.

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

Nampaknya, tika dan saat ini, saya menjadi orang dapur kerana isteri perlu rehat secukupnya selepas pembedahan matanya.

....juadah yang paling manis buat isteri dan ahli keluarga yang lain ialah berkhidmat di dapur!

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Wa'alaikumussalam wbkt

Tahniah jadi OD (bukan DO yg jaga daerah, hehehe). Walaupun, insya-Allah, "temporary" saja. Mudah-mudahan dapat (sambil-sambil itu) belajar perkara-perkara baru di dapur tu. Ada kalanya, kala dah "senior" sekarang ni, baru kita mengetahui perkara-perkara baru yang sesetengahnya mungkin kita pelajari secara tak sengaja. Jangan lupa kejutkan orang rumah dengan juadah-juadah baru (tengok resipi di internet saja!), biar dia seronok... dan moga-moga (saya turut doakan)segera pulihlah matanya. Insya-Allah.

makchaq said...
This comment has been removed by the author.
makchaq said...

Macam2 kemahiran pak temuk ni...mengembala boleh..bertani boleh... Memasak pun teror..

Klau makahaq boleh pilih antara asam pedas ikan kembung, lemak pucuk labu/tauge dan kerabu bunga kunyit, makchaq pilih kerabu..... untuk pencuci mulut...makchaq pilih cucur kurma berbanding cekodok sukun/roti/tas tangan/ ketam dan dadih.... minuman ok la sirapkayu manis campur selasih...

Tapi kalau semua terhidang..pasti semua nak dirasa...

Temuk said...

makchaq
Pasti tak boleh seterror orang rumah, juga makchaq. Kita tumpang tuwi sesekali saja kat dapoq tu. Wa, malu pula saya, makchaq intai habis masakan-masakan saya di dapur tu. Semuanya tu bawah dari gred C pun... Kalau chef Wan, tentu dia kata bawah gred Z! Tapi insya-Allah, kalaulah ada orang mogok, dapur saya tetap ada asapnya, hehehe.

makchaq said...

Makchaq suka baca.. Tapi la ni dah jarang beli buku.. Jadi beralih baca blog.. Klu makchaq follow selalunya makchaq akan baca blog tu dari mula... Harap Pak Temuk tak marah la kat makchaq dok mengitai.. Dah lama dah habih baca buku pak temuk ni.. La ni baca update saja...

Kakzakie Purvit said...

Chef yg buat pie expert tak perlu bertanya itu-ini tapi yang buat dadih rasanya mesti bertanya chef satu lagi nak bagi ngam dan serasi di tekak...

Baguslah cikgu... hubby kakak jerang air pandailah, kalau dia boleh buat dadih macam ini memang kakak senyum sampai telinga agaknya...

Temuk said...

MAKCHAQ
Terima kasihlah sudi mengintai cerita-cerita Pak Temuk yang entah apa tu. Lagi pula tu, memang takdak jadual langsung.... isi blog ikut dan saja.

Temuk said...

KAKZAKIE
Hehehe, jangan terkejut kakzakie... pemasak dadih terima soalan pasal pie. Pemasak dadih tak beri soalan... sebab cara membuat lengkap tertera pada pembungkus bahan!

Oklah tu, yang sebelah pandai menjerang air. Senyum kat dia kakzakie, jangan tak senyum. Tapi senyum seronok bibir tu tak payahlah sampai ke telinga. Sebab bila telinga mendengar dengan seronok, dia tak pun menyenget sampai ke bibir... hehehe.

~ShErA~ said...

Assalamualaikum Pak Temuk..

lamanya tak menjenguk pak Temuk..
banyak cerita yang terlepas..ini baru berkesempatan nak update smula blog..dah nak hampir cuti sekolah..InsyaAllah..cuti panjang nanti boleh la melawat selalu..

tengok dadih tu..terus teringat kat ayahanda..dia memang suka sangat makan dadih..dulu2 masa kecik..ingat lg..ayah selalu beli susu segar utk buat dadih..rasa sejuk tekak..tp la ni semuanya mudahkan..kat rumah saya sentiasa ada stok dadih segera tu..hmm..

Temuk said...

~ShErA~
Wa'alaikumussalam.
Terima kasih. Walau lama tak jenguk, tapi tak lupa. Alhamdulillah. Prestasi memblog Pak Temuk pun dah lembab. Walau telah bersara, semakin banyak rupanya tugas-tugas tak dijangka lain yang perlu dilangsungkan terutama demi kepentingan ahli famili luas (extended family).

Dadih segera memang mudah disediakan, dan mudah (cepat!) ghaibnya! Beli siap masak pun banyak. Cuma kadang-kadang rasanya agak hambar sedikit, mungkin sebab bahannya dicampur dengan terlalu banyak air. Ketemu lagi!

yanmaneee said...

balenciaga sneakers
yeezy boost 350 v2
valentino shoes
air max
moncler
curry 6
jordan shoes
air max 270
nike air force 1
coach outlet handbags

yanmaneee said...

supreme clothing
longchamp
golden goose sneakers
longchamp handbags
off white hoodie
yeezy 380
jordan shoes
yeezy shoes
birkin bag
lebron james shoes