Tuesday, January 22, 2013

COO-COO TRAIN BERTAMBAH GERABAK

Coo-coo train Pak Temuk sudah jadi lebih
panjang sekarang. Syukur, Alhamdulillah.

Coo-coo train "permainan" Pak Temuk sekarang sudah ada 8 gerabaknya

5 gerabak di stesyen Bandar Seri Putera (BSP). Semua
gerabak berlabel PUTERA.. Bukan kerana mengikut nama stesyennya.
 


3 gerabak lagi dari stesyen Bandar Baru Bangi (BBB).
1 gerabak berlabel PUTERI. 1 gerabak lagi berlabel PUTERA.

Gerabak ke 3 stesyen BBB tiba dua minggu yang lepas. Gerabak PUTERA!

 

Jadi, setakat ini, coo-coo train Pak Temuk punyai 7 gerabak
berlabel PUTERA, 1 gerabak saja yang berlabel PUTERI.
 Dah bertambah gerabak, lebih kuatlah jadinya
bunyi coo-coo train Pak Temuk, bila enjinnya distart.

Bunyi enjin juga dari Pak Temuk sendiri:
CUCU-CUCU..........CUCU-CUCU
CUCU-CUCU..........CUCU-CUCU



20 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

TAHNIAH! Bertambah loocoo nanti Pak Temuk dengan coo-coo coo-coo!!!

Aziela said...

Tahniah Pak Temuk. Pasti bertambah meriah bila semuanya berkumpul nanti.

Kakzakie Purvit said...

Awal baca kakak ikut style inggeris ku-ku. La.... kisahnya syomel-syomel yg dikatkaan gerabak berderet ramai ini. Syok kan. Semakin panjang semakin meriahlah...

Tahniah dari kakak:)

Umm AA said...

Salam pak temuk..
meriahlah nanti pak temuk ber coo-coo yer ngan gerabak2 yg comel nie semua..dah tuh boleh lak pergi kemana2 stesyen yg disukai..hmmm lagi ramai lagi meriah..alhamdulillah rezeki kan pak temuk...

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah...kalau ikot logik ekonomi, bertambah itu membawa maksud semakin berjaya@maju.

tahniah. meriahlah stesyen keretapi Temuk.

Nizam.Ariff said...

Lokomotifnya kena kerja lebih la..
sebab gerabaknya dah panjang, banyak guna minyak diesel..

azieazah said...

Ramai la tenaga pekerja nak tiup arang kat enjin tu nanti ya Pak Temuk? hahahah lucu!

Al-Manar said...

Ha ha saya menang kali ini. Tapi jangan putus. Tekan minyyak laju laju dalam setahun dua bolehlah potong saya.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Terima kasih. Memang loocoo para coo-coo ni. Juga meleeetiiihkan, kadangkala. Seronoknya jadi seperti mereka, ya?

Temuk said...

AZIELA
Terima kasih. Disahkan, banyak meriahnya bila berkumpul. Disahkan juga, memang adalah kalanya Tok Wan pening kepala bila berlaku peperangan kecil. Ada beza kesukaan kartun itu-ini kat TV, "game" itu-ini dalam komputer.... masa itu kedengaranlah jeritan-jeritan tajam mereka.

Temuk said...

KAKZAKIE
Semoga begitulah, semakin ramai semakin memeriahkan. Terutamanya, mudah-mudahan masing-masing stesyen itu sendiri jadi meriah. Meriah yang diredhai Allah.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam.

Pengalaman berjalan-jalan dan "keluar makan" memang menyeronokkan. Gembira lihat mereka menikmati makanan kegemaran, yang Pak Temuk dulu tak pernah tengok, apa lagi rasa! Kesian! Cuma, kadang-kadang adalah gerabak yang mogok.... tak mahu makan, merengek..... dan ajak balik. Tok Wan kenalah gunakan pengalamannya meredekan situasi, hehehe.

Temuk said...

AZIEAZAH

Sebut bab "penyumbangan tenaga", adalah gerabak yang rajin mengelat, mengelak. Kenalah selalu sorokkan "chocolate bars", kerepek kentang, dll dan gunakannya sebagai pemangkin "menyumbang tenaga" bila perlu. Kena selitkan nasihat juga. Takut punyai mentaliti "semua mesti berupah" pula nanti.

Temuk said...

CTPAYONG

Wa'alaikumussalam.
InsyaAllah bilangan umat di stesyen bertambah. Setuju itu petanda kejayaan, kemajuan. InsyaAllah kejayaan + kemajuan jadi lebih bermakna jika gerabak-gerabak menjadi "modal insan" yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan diredhai Allah.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Lokomatif memang kena kerja lebih + pantas. KPI lokomatif kena jelas. Kena wajar matlamatnya. Jangan pula gerabak sampai isinya tak ada. Atau lokomatifnya jadi tak nampak rel. Lokomatif "senior" nampaknya kena "stand-by" selagi mampu, bantu tarik gerabak bila perlu.

Temuk said...

AL-MANAR
Hehe. Teringat pula saya, ada juga kawan-kawan yang tiba-tiba setesyennya jadi penuh sesak dalam jangka waktu yang singkat. Mengalahkan yang lainnya. Rupa-rupanya, lahir kembar.... lahir kembar....

Ada pula yang kerja keras, tekan minyak laju-laju macam yang sdra Al-Manar kata, tetapi belum perolehi rezeki.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
seronoknya bertambah gerabak... orang kata sayang cucu lebih dari sayang anak, betul ke Ayah?

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie.

Yang orang kata tu Ayah rasa banyak betulnya. Pasal, anek (atuk+nenek) nak tampal kekurangan-kekurangan masa jaga anak dulu. Cuculah yang dapat tampalan (extra) tu. Kedua, anek dah punyai extra time, bolehlah beri masa utk beri kasih sayang pada cucu. Ketiga, anek berkemungkinan besar ada extra RM yang mereka dah tak perlukan (Ayah dah tak beli seluar-baju bertahun-tahun!), jadi bolehlah gunakan untuk cucu. Hehe, boleh pakai ke "sebab-sebab" yang Ayah beri ni?

kasihibu said...

tahniah buat semua bertambah ahli keluarga meriah...kena buli tak puteri yang sorang tu?
mak ayah sya dah 14 orang cucu dtng dari 5 anak2nya(",)

Temuk said...

KASIHIBU
Terima kasih. Alhamdulillah, sudah 14 semuanya, ya? Kalau semua berkumpul di rumah Atuk, pasti boleh tenggelamkan suara Atuk tu, hehehe.

Cucu puteri Pak Temuk nampaknya tak ada yang buli. Dari stesyen pertama yang semuanya gerabak Putera, yang tertua sekolah Tahun 3. Dari stesyen kedua, yang tertua yang puteri itulah. Sudah sekolah Tahun 2. Jadi yang junior-junior tak berani buli dia.