Kata WIKIPEDIA Encyclopedia, graffiti bermakna "writing or drawings scribbled, scratched, or sprayed illicitly on a wall or other surface in a public place". Jika satu dipanggil graffito.
Di luar Malaysia, pernah juga Pak Temuk lihat graffiti tu. Di Malaysia dulu-dulu, mungkin juga pernah ternampak "benda" tu. Tapi tak ingat di mana.
Rasanya, minat bergraffiti memang ada di tempat kita. Di Bandar Baru Bangi, tempat Pak Temuk tinggal, Pak Temuk sedari ada graffiti "menjengul" pada tahun lepas di satu tembok tinggi berhampiran bulatan terhampir dengan UKM. Sila nikmati.
Kreatif juga para pelukis graffiti tu, kan? Bolehkah kalian menikmatinya?
Yang Pak Temuk takjub, bilalah masa "dia orang" sempat melakar tembok tu? Mungkin ketika gelap malam. Kalau waktu siang buta, tentu Bandaran nampak dan kejar. Tapi, mungkin Bandaran anggap ia hiasan.
Di bandar Kajang (bersebelahan Bdr. Baru Bangi), Pak Temuk ternampak juga baru-baru ini barisan graffiti berhampiran dengan kedai MARA. Sila nikmati.
Cantik-cantik juga graffiti Kajang tu, kan? Banyak juga agaknya modal RM + masa yang diperlukan. Yang lebih tentu, modal kemahiran!
Cantik tak cantik, wajar tak wajar kewujudannya, mungkin graffiti lebih baik daripada semburan cat jahat yang tak menentu, atau tulisan maki hamun atau lucah, yang Pak Temuk ada juga perhatikan pada dinding "terowong-terowong" pendek di Kuala Lumpur.
16 comments:
salam pak cik
ada juga yang cantik pada pandangan sya
betapa mereka berbakat kan?
mereka memang kreatif.
mereka bergrafiti sebab mereka mahu karya percuma mereka dilihat umum tanpa umum perlu tahu siapa yang membuatnya...
KASIHIBU
Salam bhagia, kasihibu. Pak Temuk rasa pun memang ada yang cantik. Yang pada kita tak cantik pun tentu punyai nilai dan makna tertentu bagi pengkaryanya.
NIZAM.ARIFF
Karyawanlah, katakan. Bagus juga kaedah mempamer karya cara begitu, ya. Ramai orang boleh lihat. Percuma pulak tu. Cuma, jika sedang memandu, jangan pandang lama-lama...!
Assalam Pak Temuk.. kalau mana yang cantik sangat tu memang suka diliat.. so creative...
AZIAN ELIAS
Wa'alaikumussalam, Yan.
Nak jadi graffitis pun nampaknya memang kena kreatif. Kalau tak, habis jadi buruklah semua tembok dan dinding yang jadi kanvas karya mereka.
Salam pak temuk..
semoga sehat selalu hendaknya bermain coocoo train..heheh..
rsnya pernah melihat dulu2 kat penjara pudu yg lukisan2 kat tembok...tp kalau kat oversea depa anngap seni kreatif lah kot...
yg grafiti kajang tuh mmg cantik & berseni..mesti perlukan byk tenaga & kemahiran kan pak temuk...
UMMUAIDAN
Salam ummuaidan. Semoga sihat jugalah ummuaidan dan keluarga di sana tu. Pak Temuk memang lupa pula tentang lukisan terpanjang di Penjara Pudu tu dulu. Lukisan itu memang cantik dan membantu "menghijaukan" persekitaran Pudu yang sesak dengan kenderaan. Cuma tak pasti nak kategorikan itu graffiti atau tidak kerana pihak berkuasa memang menyedari dan membenarkan ia dihasilkan.
Pak Temuk pun suka beberapa graffiti Kajang itu. Memang hasil tangan yang teliti dan cantik. Yang lain ada yang macam belum siap. Mungkin graffitisnya akan datang balik kemudian bila keadaan mengizinkan.
Saya rasa lukisan grafiti ni ada yang memang mendapat kebenaran pihak majlis bandaran utk tujuan tertentu.
Jika yang mengarut tu saya rasa itu memang melukis curi curi dan nampak seperti vandalisme.
Pak Temuk tinggal di Bangi rupanya..
Assalamualaikum,
Berkarya di mana sahaja. Bakat seni graffiti diluahkan di mana-mana sahaja. Selain dinding mereka berkarya di kertas, kanvas, kulit, logam dan sebagainya, bahkan ada pelukis berkarya di sesawang sang labah-labah.....terkadang unsur lucah berselindung di balik kesenian itu.
Seni itu amat indah cuma tafsirannya berbeza.
AZIEAZAH
Oh, baguslah kalau ada permit daripada Majlis Bandaran. Boleh melukis dengan selesa, tanpa gangguan pihak berwajib. Azieazah tinggal berhampiran dengan Pak Temukkah?
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi.
Benar, yang namanya karyawan, boleh saja mereka berkarya di mana-mana. Menghasilkan karya yang berbagai-bagai bentuknya. Bagi saya, baguslah kalau karyanya itu benar-benar untuk masyarakat - hasil seni yang masyarakat dapat fahami, hayati, dan jadikan pedoman hidup. Memang mungkin begitulah sifat sesebuah karya, tetapi oleh kerana tafsiran yang berbeza masyarakat ke atasnya, karya itu mungkin pula menjadi bahan yang dianggap tidak bermanfaat.
Salam Temuk,
Saya selalu tertarik dengan seni grafiti dari dulu lagi terutama dari segi gaya dan stail yang berbagai. "bidang" ini aga genre tersendiri. Alangkah baiknya jika pihak berkuasa mengeksploit seni ini dan memberi ruang kepada karyawan ini berkarya di tempat-tempat khas. Saya kira golongan ini tentunya dari golongan muda yang ingin meluahkan 'steam' mereka. Mungkin boleh diwujudkan medan grafiti, atau lorong grafiti di kawasan tertentu yang boleh dijadikan daya tarikan kepada orang ramai atau pelancong. Mesej-mesej baik juga boleh disampaikan melalui grafiti. Negara luar ada menyediakan tempat sebegini dan tempat itu menjadi tarikan pelawat dalam dan luar negara.
DrSam
Salam Dr. Apa kabar di sana? Lama tak ketemu di alam maya. Semoga semua ahli keluarga sihat sejahtera.
Amat bersetuju dengan komen itu. Kalau sesuai tempatnya, dan sesuai karya yang dipaparkan, insyaAllah ia akan jadi satu tarikan pelancong dari dalam atau luar. Juga sambil memberi gambaran akan identiti masyarakat dan budaya setempat. Semoga ada masa untuk menulis perkara seoerti yang Dr katakan itu di dalam akhbar-akhbar tempatan dan lihat reaksi pembaca. Ceria selalu!
supreme new york
yeezy 700
air max 97
golden goose sneakers
yeezy 500 blush
kd shoes
kobe basketball shoes
nike air max
kyrie shoes
yeezy boost
blog best replica designer bags read the full info here Dolabuy YSL important source high quality designer replica
Post a Comment