Ini cerita "Mudahkan Hidup" Pak TNB. Pak Temuk
cuma tolong reka-ceritakan saja. Cerita baru-baru ni.
Mungkin Pak TNB takut, ada yang suka potong
kabel-kabel cantik tu, dan menjualnya kepada entah siapa.
Unggas kecil tetap berkomunikasi. "Saya on-line," katanya. |
Jadi Pak TNB ambil keputusan, potong kabel-kabel
tu, di sana sini, sebelum dilibas dek para peminatnya.
Seutas demi seutas, kabel tergayut tewas. |
Lima kabel, tukar dengan satu kabel besar
(sebenarnya dua, disatukan) berbalut hitam.
Kalau kerja tinggi-tinggi dapat gaji tinggi, baguslah. |
Canggih juga peralatan Pak TNB ni. Ada yang boleh korek tanah.
Ada yang kuat angkat buku kabel yang setinggi orang tu
(bukan kecil macam buku benang!). Dan yang cucu
Pak Temuk suka, ada yang boleh mendukung orang buat kerja tinggi-tinggi!
Buku kabel, kabel-kabel berjuraian, pekerja-pekerja tinggi dan gajet-gajet Pak TNB. |
Dah kurangkan kabel, jangkanya tentu lebih mudah
hidup Pak TNB. Dari segi penyelenggaraan terutamanya.
Pangsapuri baru nampak lebih cun bila tak banyak kabel mengganggu pandangan! |
Dah tukar kabel, persekitaran pun jadi tambah kemas.
Pemandangan pun jadi lebih cantik. Hati Pak Temuk pun turut lapang.
Walaupun bil untuk Pak TNB tetap sama tinggi atau lebih setiap bulan.
Terima kasih Pak TNB, sebab mudahkan pandangan + cantikkan pemandangan. |
Alahai Pak TNB, kalau semua kabel dimasukkan di bawah
tanah, tentu lagi kemas, lagi cantik persekitaran kita, kan?
Kos melaksana dengan penjagaan tinggi, ya?
Tapi kan keuntungan tahunan Pak TNB banyak!?
12 comments:
Salam pak temuk..
semoga sehat hendaknya bersama keluarga tercinta... hmmm bags juga pak temuk paparkan disini..baru saya tau yg kabel dah semakin berkurangan..mata pun dah kurang berserabut yer tak..kalau dimasukkan bawah tanah tuh camaner yer ..susah kotnya bila penghuni nak menggali2 sekitar perumahan kan pulak..yer tak?
assalamualaikum pakcik
lama sya menjengok
tak berkesempatan sibuk sikit akhir2 ni
bila dah kemas baru sedap mata memandangkan?
kalau bawah tanah mungkin risiko kecurian kurang sikit agaknya
tp mungkin juga kos terlalu tinggi
sebarang kemungkinan
atau mungkin projek akan datang kot?
Dalam pada Pak TNB buat kerja ada hamba Allah yg mengendap dan memerhati tanpa mereka ketahui. Siap semuanya di'tembak' Cantik pulak tu 'sipengendap' itu menembak. Viewnya menarik mata memandang.
Kalau Pak TNB ada majalah mereka mesti dia ambil gambar-gambar ini masukkan dlm majalah mereka.
UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam ummuaidan. Terima kasih di atas doa.
Ada kawasan/taman kediaman yang kabel elektriknya memang di bawah tanah. Selalunya kawasan-kawasan "elite"lah tu. Memang nampak kemaslah persekitarannya. Yang kita nampak cuma tiang-tiang lampu jalan, bukannya kabel-kabel untuk power supply yang bagaikan berselerak di atas kepala, antara tiang-tiang lampu, dan kelihatan bersimpang-siur terutamanya di kawasan persimpangan jalan. Memang kemas dan cantiklah kalau kabel di luar (kawasan jalan) dipasang di bawah tanah. Dari tiang jalan, memang biasa kabel ke rumah, terutamanya rumah sesebuah, dipasang di bawah tanah. Kalau sesekali perlu pembaikan, memang masalahlah sikit.
KASIHIBU
Wa'alaikumussalam. Lama tak ketemu di alam maya. Semoga semua tugas dapat diselesaikan, insyaAllah.
Kabel-kabel elektrik bertiang, di negara maju spt USA pun masih digunakan dengan meluas. Malah mereka gunakan tiang kayu, bulat, tanpa digergaji. Unik! Cuma, memanglah, kabel-kabel yang bergantungan antara tiang jadikan kawasan persekitaran kurang kemas sikit. Tapi tentu amat praktikal dari segi kos menyediakannya dan juga kos penjagaan.
KAKZAKIE
Mujur tak ada yang cedera bila di"tembak", ya kakzakie! Pak Temuk ada dengar, di negara-negara Nordic atas sana tu, gaji pekerja kolar biru dgn kolar putih lebihkurang sama saja. Tak tahulah betul tidaknya. Kalaulah para pekerja berisiko tinggi kita, macam yang "ditembak" tu, diberi gaji macam pegawai, walaupun kelulusan akademik/profesional mereka mungkin rendah, memang cun lah! Pak Temuk suka-suka "menembak" sebab operasi itu berlaku di depan rumah (tapi rumah sendiri, Pak Temuk tak "tembak"lah). Lagipun nak praktis guna senapang zoom tua yang anak beri. Kalau bos mereka tahu entah-entah bekalan elektrik ke rumah Pak Temuk terus diberhentikan, hehehe!
Dikampong saya talian ini lagi hebat berselang seli dengan telipon. Minggu lepas seorang pemuda 'hangus' menjadi arang kerana ingin kan tembaga. Kelmarin 6 jam tanpa elektrik dirumah. Ini perkara biasa. Harga kegunaan bulanan meningkat juga munkin untuk menampong kecurian
AL-MANAR
Kesihan juga pemuda itu, ya? Itu baru hukuman di dunia.
Mungkin juga TNB atau TM memahami yang manfaat jangka panjang memasang kabel elektrik dan telefon di bawah tanah adalah tinggi, tetapi kos awalnya besar. Kerana itu masing-masing tidak mahu melakukannya di semua kawasan. Nampaknya, kebanyakan kawasan perumahan, perkilangan, atau pejabat kita di sana sini juga diberi perkhidmatan berkabel guna tiang. Kecualilah kalau hartanah yang dibangunkan dijual pada harga yang benar-benar tinggi. Tetapi, penjaggan kabel elektrik dan telefon macam di kampung-kampung pun remeh juga nampaknya, kerana bahaya hempapan pokok, buah, dahan atau pelepah. Bagusnya, TNB atau TM bolehlah wujudkan peluang pekerjaan untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna tidak terganggu oleh masalah-masalah demikian.
Reserve TNB dalam tanah tak ada kut... dan berselirat dengan kabel jalur lebar, paip air... .hahaha
Salam,
Burung-burung pun tak lah bertenggek di wire/kabel letrik. Kalau tidak, habislah kereta-kereta yang parkir bawah wire tersebut dengan buangan siburung. Selalunya berlaku waktu senja. Memang kemas kalau wire tidak berserabut.
nike air max
air jordan shoes
adidas stan smith
off white clothing
kyrie 4
kd shoes
yeezy boost 350
christian louboutin outlet
adidas stan smith women
golden gooses outlet
this contact formgo to the website this pagemy website his comment is hereimportant source
Post a Comment