Rasanya semua sudah teratur, beres. Ramuan pun sudah
dimantapkan. Sudah rujuk resipi-resipi terbaik para pakar.
Tak ada dalam gambar. Bahan penge"kaw"nya yang
menjadi kegemaran. Cekur, cekur, cekur!
Semua bahan, akur kepada nasihat para pakar,
disatukan mengikut sukatan. Juga dengan tertibnya.
disatukan mengikut sukatan. Juga dengan tertibnya.
Alahai, mengapa pula hasilnya jadi REMPUHYEK?
Rasanya, taklah main "rempuh" saja semasa membuatnya?!
"Give up!" Kalau begini, tupai pun tak mahu menjamahnya
kalau diletakkan atas meja belakang rumah.
kalau diletakkan atas meja belakang rumah.
Simpan balik kacang tanah dalam almari!
Simpan bancuhan dalam peti ais! Gerem, gerem!
Alhamdulillah, besoknya datang balik pula "mood".
Cincai-cincai bega, otak-atik, renovate bancuhan.
Buat kerja pun cara semudah mungkin. Bukan ada
mana-mana chef antarabangsa tengok pun.
mana-mana chef antarabangsa tengok pun.
Seng... seng.... Goreng!
Hehe, hasilnya, walau para pakar tak kata REMPEYEK,
penggoreng nak juga kata REMPEYEK.
Sebab wajah gorengan sudah tak merep REMPUHYEK!
Bolehlah diberi nama spesial, REMPEYEK MASEN.
Maknanya "rempeyek makan sendiri", bukan untuk eksport!.
Yang bertaraf "raksasa" pun dihasilkan juga. Boleh
dipecah-pecah semasa dimasukkan ke dalam balang.
Nampaknya, kerepek pisang belian menantu dari Batu
Pahat sudah ada pesaing. Pesaing yang bukan calang-calang pula tu.
Pahat sudah ada pesaing. Pesaing yang bukan calang-calang pula tu.
Semasa buka-buka gerobok untuk cuba
merempeyek, terjumpa pula harta karun kat bawah ni.
Nampaknya, bila si mood datang berterbangan
nanti, bolehlah cuba mengAPAM-BALIK pula.
nanti, bolehlah cuba mengAPAM-BALIK pula.
Harap-harap tidaklah memBALIK-BALIK APAM pula jadinya!
31 comments:
Assalamualaikum pak temuk..
Pandainya pak temuk buat rempeyek...last2 menjadi jgk..kena bg resepi nie..rempeyek ni mmg feveret sy..ms dok sini teringin sgt nak makan terutama waktu raya..cuba2 bat.namun hampeh..2 kali raya try buat..tak menjadi..raya kali ketiga disini..banned rempeyek!!!hehehe
Rajinnya Pak Temuk.. nampak sedap dan rangup..
Makchaq suka yang kacang dal.. Pak Temuk buatkan kat makchaq boleh? Nanti makchaq pi ambik..
Assalamualaikum Ayah,
Amie ketawa sendiri baca coretan Ayah kali ini. Dapat dibayangkan keadaan sewaktu Ayah buat 'rempuhyek' sebab kuih tradisi ini memang perlukan kesabaran untuk mengolahnya menjadi 'rempeyek' yang sedap.
Wah! Ada kuali apam balik pulak... seronoknya!Boleh buat apam balik sendiri..., bubuh apa-apa yang kita suka! Amie tak ada kuali tu, kalau buat apam balik guna kuali non-stik saja.
Assalamualaikum Temuk,
Dengan ilmu kedapuran yang cetek ini dan belum khatam lagi nak komen terutama bab resepi tu takut lagi songsang jadinya. Mungkin rukun memasak rempeyek ada yang tertinggal atau tak ikut betul-betul kot Temuk :)
Wah... bukan calang-calang merempeyek ini. Kakak kagum dan salute sebab kakak pun tak terbuat rempeyek macam ini. Selalu beli aje.
Bekas buat apam-balik kakak pun ada arwah mak kakak punya tapi kami guna buat kuih bahulu atau kuih bakar. Tak pernah juga buat apam-balik. Ada tutup dia kan cikgu. Berat sebab tembaga.
asmkm pak temuk
arwah mak saya pakai acuan leper besar tapak tangan.
so kami tolong rata lepa kan tepung dan kacang. kalau nak sedap sangaikan dulu kacang tanah dalam kuali kasi masak sikit. bau nutty. tapi jangan hangit dark brown and dark colour.
OR pak temuk can alway add the kacang as it is, jangan kacang lama nanti tengik.
Kalau ratakan tepung tu kena cover all surface fully and thoroughly .. as thinly as possible.
then gently slide the acuan metal piring ke dalam minyak masak yg dipanaskan dalam kuali api medium.
then slowly bila dah separuh masak pak temuk kena pakai thong/sepit and a butter knife to gently prise the tepung yg masih lembut belum garing away from the metal casing.
once the the tepung came off the leave it as it will float once it crisp.
api medium always.
bancuhan tepung kalau nak pedas letak cili boh sikit dan letak ikan bilis serta jintan. acuan ni boleh didapati di pasar kampung jawa melaka.. kedai kedau yg jual periuk belanga..
kalau pak temuk beli sedozen ok la lengah nak tunggu dlm kuali masak, boleh siapkan acuan yg lain.
dgn acuan leper tu dapat same consistency in thickness and shapes and cook evenly as the metal acuan tu helps spread the heat thoroughly.
kalau pak temuk takde mood, hari ahad pak temuk ke pasar malam ttdi. Ada orang buta berniaga. sedap sedap semuanya .. dia tolong jualkan dan ambil dalalnya..
Bagus dia berniaga sungguh pun buta tapi berusaha..
anyway off topic pulak.
Anyway tu la dia kenangan buat rempeyek.. mak buat beratus keping mengadap sorang sorang nak kan duit upah orang tempah..
leceh kerjanya tapi dia tekun... nak sara hidup kami..
anyway pak temuk take care and keep on active.. and keep on going
wasalam
Nora
Salam kang,
mak aku pandai buat rempeyek dan tumpi kacang hijau. sekarang dah tak larat dah...
aku?
Aku pandai makan je...
Hebat la Pak Temuk leh buat rempeyek. Saya pun tak pandai tau...
Assalamualaikum,
Gamaknye, boleh kot pakei acu apom-balek ni kalo nak goren tempeyek?.....cepat siapnye. Nak nyimpannye pon boleh aje patah-patahkannye, erak???
Teringat keropok ubi beso 'talam' yang tergantung di gerai-gerai tepi jalan tu.....ce buat tempeyek beso tu.....!
sya melihat kegigihan pakcik nitercabar nak cuba membuatnya juga
Assalamualaikum.
alahai sedapnya cikgu... jual sebalang dua pleaseeeee....
Tahniah berjaya juga buat rempeyek. Tak kira rupa asalkan ada rasa rempeyeknya. Raya nanti tak payahlah beli lagi.
UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Percubaan pertama, itulah rupanya. Lain kali mungkin lebih baik, atau mungkin juga lebih tak baik! Kalau tunggu raya baru cuba, mungkin peluang nak jadi tak berapa banyak. Maklumlah setahun sekali baru cuba, hehehe. Tak apa, memang boleh dicuba di Fiji sebab ia makanan kegemaran. Insya-Allah sukses!
MAKCHAQ
Bukan rajin, makchaq. Tapi suka main-main kat dapur, apa lagi bila dah berpinar mata melihat komputer. Rempeyek kacang dal, juga ikan bilis, memang sedap. Leka krap-krap-krap sambil tonton TV. Hehehe, boleh buatkan untuk makchaq. Tapi, supaya Pak Temuk kurang malunya, dan makchaq tak rugi duit minyak + bayar tol, kenalah tunggu rempeyek Pak Temuk punyai "export quality".
AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie. Mugo-mugo waras sekabeane. Memang rasa kecewa bila lihat rempuhyek begitu rupa. Tebal di tengah, di tepi.... Masalah utama hari tu, bancuhan tercair sikit. Masa repair, tambah sikit tepung. Kemudian oklah juga gorengannya. Jadilah, first attempt, kerjo wong lanang tuwek, hehehe. Memang Ayah teruja nak buat apam balik tu. Betul juga, ya, boleh bubuh apa-apa sebagai filling, kan? Ayah ternampak di pasar baru-baru ini penjaja Indonesia meletakkan pes kacang merah dalam apam baliknya. Tak beli, sebab nak buat sendiri! Kuali tembaga kecil Ayah tu mesti dah lebih 20 tahun tersorok. Kena gunalah selepas ditemui!
DrSam
Wa'alaikumussalam, DrSam. Tak ada masalah komen untuk seronok-seronok. Entah-entah komen itu boleh membantu Pak Temuk menjadi pengguna dapur yang istimewa satu hari nanti.
Itu hari Pak Temuk memang telah cuba ikut SOPnya dengan baik. Tapi, yalah, percubaan pertama. Memang frustrated, tapi kalau selalu diamalkan, insya-Allah membuat rempeyek, macam rempeyek kacang,boleh jadi perkara "kacang" saja.
assalamualaikum wbt.
betol lah Temuk. kakCT ni bab-babkueh ni memang failed. kalau lauk-pauk tu bolehlah setakat lulus aje.
kakCT selalu buat guna kacang hijau...namanya tumpi.
KAKZAKIE
Seronok-seronokkan hati, kakzakie. Ni antara usaha nak cuba jadi "jack of all trades, master of none"!
Kalau dikira panas api, percik-percik adunan tepung, sepah-sepah rempah + gerem-gerem bila tak menjadi, memang berbaloi beli saja kat luar. Selalu komplen mahal, bila buat sendiri baru tahu kerenahnya.
Bekas tembaga Temuk tu tak bertutup. Rasanya yang memang untuk memasak apam-balik memang tak ada tutupnya. Entah bilalah berpeluang nak cuba gunakannya.
NORA
Terima kasih berkongsi pengalaman emak. Jasanya tetap diingat, kan? Manalah tahu, kalau ke Melaka dapat pula Pak Temuk cari acuan yang Nora sebut tu. Pak Temuk ada baca mengenai Kg Jawa di Melaka dari blog seorang rakan. Juga, kalau ada rezeki, bolehlah juga cuba cari peniaga yang Nora sebut itu di TTDI. Biasa juga ke sana; ada juga kawan-kawan di situ. Dia ada jual rempeyek ke? Thanks again. Do you have your own blog?
NIZAM.ARIFF
Salam Nizam. Oklah tu, pandai makan rempeyek dengan tumpi. Kalau tak, namanya buka "wong njowo". Kalau emak dah tak sempat nak buat, kena carikan di pasar, sebab tentu dia suka makanan tu.
AZIEAZAH
Kalau azieazah cuba, insya-Allah boleh, dengan hasil lebih cun lagi. Yang Pak Temuk tayang-tayang tu hebat kabar dari rupa, indah rupa dari rasa. Untuk seronok-seronokkan hati saja. Kekadang ada rasa geram, ada benda lama di gerobok, kada diulah.
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi.
Memang boleh benor pakei acu apam balik tu. Lagi cepat paneh, lekeh siap, pasei bende tu tembage. Tentu sedap ghasenye, rempeyek tembage!
Kalo nak buat yang beso macam keropok ubi tu, nampaknye kene le pakei kawah. Beghape gelen pulak minyaknye nak menggoreng? Tapi mesti dapat Rekod Ginis, Rempeyek Tebeso Duniye!
KASIHIBU
Kalau tercabar dek usaha Pakcik, kenalah sahut cepat-cepat cabaran tu, hehehe. Pakcik agak mungkin terbatas kesempatan masa, pada masa ni, tak? Tak mengapa, hari ini bancuh tepungnya + simpan dalam peti ais. Esok lusa baru goreng. Selamat mencuba!
salam pak temuk.. dulu pakai tutup tin milo je.. he he ..yg pasti kalau suruh saya buat saya angkat tangan.. no no ... tolong goreng bolehla .. dulu-dulu pakai dapur minyak .. kalau pakai dapur gas sure gas cepat habis...
sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam, sVSs. Tukang buat memang kata sedap. Seronok sendiri. Mungkin pasal sedap tu dah tak ada baki "for sale". Hehehe, minta maaf, ya.
HJH NORALENNA ABBAS
Terima kasih, Hjh. Rasanya, itu hari, rasanya ada. Rasanya, itu hari, rupanya pun ada. Tapi itu penilaian penggoreng yang "seronok sendiri" saja. Kalau orang lain menjamahnya, entahkan jadi mabuk kepayang. Hehehe, untuk raya, wajiblah serahkan tugas membuatnya kepada peniaga rempeyek!
CTPAYONG
Wa'alaikumussalam wbkt, kakCT.
Untuk kakCT tentulah kemahiran menyediakan lauk pauk itu yang lebih penting. Keperluan harian! Untunglah kakCT dan famili dengan kemahiran tu. Rempeyek, kita ingini sekali sekala saja, dan boleh cari di kedai.
Oh, kakCT biasa buat tumpi, ya? Ada orang kata, namanya tumpi kerana ia mula-mula digoreng di tepi belanga. Sudah keras sikit baru ditolak ke tengah belanga. Setahu saya, di Malaysia ni, orang keturunan Jawa suka tumpi.
SUKA SUKA
Salam, suka suka.
Oh, bagus juga tu, lain kali boleh cuba gunakan tutup milo. MARDI ada mencipta mesin menggoreng rempeyek ni. Kalau nak buat bisnes mungkin boleh beli. Kalau untuk makan sendiri sekali sekala memang rugi besarlah membelinya. Lain kali kena ingat ni... bila beli milo untuk cucu, kena cari yang dalam tin, bukan dalam paket. Sebab nak dapatkan acuan rempeyek! TQ for the tip!
bape hoodie
chrome hearts online store
balenciaga trainers
curry 6
giannis antetokounmpo shoes
balenciaga
steph curry shoes
adidas yeezy
nike off white
goyard
Post a Comment