Ada DUN yang sudah dibubar. Kereta-kereta
orang besar pun dah keluar masuk opis PM.
Petanda PRU 13 dah amat hampir.
Hey, my dear CM, how high do you want to go, ha?
Aiyoyo, enough is enough, la!
Eh, apa pula cakap main hey, hey ni. Tak ada adab langsung!
Apasal nak cerita politik pula ni? Tak pernah pun cerita gitu dulu-dulu!
Pak Temuk ulangilah juga.
Hey, my dear CM.
Yes, you heard me right. Enough is enough!
Alahai, memang Pak Temuk tak biasa, juga tak pandai, cerita politik.
Tapi Pak Temuk tahu jugalah, PRU13 dah dekat. Di ambang pintu!
Tapi, tahu jugalah Pak Temuk, CM yang Pak Temuk hey-heykan tu
sebenarnya memang tak ada kena-mengena dengan PRU 13.
Tak ada sangkut menyangkut dengan CM kat Melaka tu.
Juga tak ada kait mengait dengan yang kat Pulau Pinang.
Ni dia yang dihey, heykan.
CM Pak Temuk. Si Cekur Manis.
Tak mahulah dia naik lagi tinggi, lagi tinggi, lagi tinggi.
Dahlah tu, cukuplah tinggi macam tu!
Alahai, macamlah boleh ditahan-tahan. Macamlah boleh dihey, heykan!
Tapi, memang susahlah nak gapai pucuknya bila nak diperiukkan.
Juga, sayup pula mata tua memandangnya bila menggambar.
Sambil ni Pak Temuk nak pesan pula kepada para daun dan ranting si Paya Kelat ni.
Dia pun tahu PRU 13 dah di depan pintu. Dah masuk gate.
Tapi memang tak ada kena mengena dengan dia.
Namun, nak pesan jugalah pada daun dengan ranting dia.
Usah tunggu kering kontang kat atas tu!
Turunlah ke bawah. Walau rasanya masih gagah.
Walau masih hijau, tapi sebenarnya dah hijau tua. Dah mula menguning.
Turun ke bawah tu bukan maknanya tak berguna.
Maknanya, tak tunggu orang cantas, kemudian orang biarkan.
33 comments:
Pak Temuk,
Kaget juga saya apabila membaca muqaddimah entri Pak Temuk kali ini. Sebut pasal DUN, PRU, CM. Ingatkan Pak Temuk nak komen pasal PRU akan datang.
Heheheeee...
Cerita pasal cekur manis lagi bagus ya, Pak Temuk. Cekur manis ni sedap masak lemak campur keledek saje bagi saya. Masak lain saya tak tahu lah Pak Temuk.
Apa pandangan Pak Temuk....
PakMail
Takut pula saya nak cerita pasal politik. Nanti tak betul, negatiflah markah, marahlah orang. Cekur manis, walau marah, tetap manis, termasuk rasanya. Tambah-tambah bila dimasak lemak dengan keledek seperti yang PakMail gemari. Kalau dengan labu pun bagus, PakMail. Jika takutkan santan, kita sayur bening (rebus air) sajalah. Tentu menyegarkan. Dah bersedia nak mengundi, PakMail?
Salam Pak Temuk.Kabaripun.Mugo waras. Wes arek ngundi, ojo meriang. Sak iki ojo wedhi omong seng bener. Wong seng orak ngerti toto keromo ojo di pileh.
Saya nak ikut jejak "Hidup Mulia Mati Syahid".
Moga Allah Kurnia.
AsSalam Pak Temuk,
Cekur manis masak apa pun sedap, fav sekeluarga saya.
Alhamdulillah,Pak Temuk beruntung ada tanah utk bercucuk tanam.
Bab politikus saya tak suka tinggal komen dimana2 blogs tapi pabila sudah membaca
selalunya perasaan jadi sedih nengok pengikut2 berani 'berfitnah' Nauzibillah
NGASOBAHSELIMAN
Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, kulo lujeng. Matur nuwon. Semugone mboten meriang dino ngundine. Pak Temuk suko mileh wonge, kok. Wonge kito seng ngerti totokeromo yo dipangkah. Seng orak reti yo dilangkah, hihi.
Semoga Allah memberikan petunjuk kepada yang memilih dan yang dipilih.
MARINA MONROE @ NANIE
Wa'alaikumussalam, Marina Monroe,
Cekur manis memang digemari ramai orang. Kecuali yang anggap ia bawa angin dan sebabkan kepeningan. Tapi, dah susah nak cari di bandar sekarang ni, malah di kampung pun! Tanah Pak Temuk untuk tanam2 ada seconet saja. Tanah bakar adalah lebih sikit, hihi.
Bagusnya, biji cekur manis mudah tumbuh. Tapi sebab tanah yang ada ni banyak batunya, yang hidup pun jadi "segan", nak mati depa "tak mau".
Setuju, blog2 "politik" memang menakutkan. Pemblog2nya tak takut apa2 nampaknya. Rasanya, yang cuba geletek pemblog politik, turut teruk kena cekik. Kita jauhilah kontrovesi. Ceria selalu!
Salam pak temuk...semoga sehat hendak2nya yerr...berkiasan lagi nampaknya yer...hehehe..tinggi jugak dia boleh capai yer...agaknyer kena selalu2 cantas tuh baru jd rendang sikit kot..heyyy...hihihih
UMMUAIDAN
Salam, ummuaidan. Semoga sihat juga keluarga di Fiji sana. "Chief Minister" Pak Temuk tu rasanya boleh naik lagi... elok jugak biaq pi, tengok had mana dia bulih pi. Bila nampak dah sampai "dead end", tak bulih pi mana, kita cantaih tengah-tengah, bagi dia ghendang pulak. Di Fiji ada tak cekur manis, ummuaidan?
hihihiii terhibur saya dengan post terbaru Pakcik ni..
juga lega bila maksud sebenarnya POkok bukan POlitik. Saya niiiii...
x minat politik
x suka ugama digimik
x tahan dengar cakap xde etiq
x sangka, sama je mcm Pakcik
FYI, my fav pokok antara semua tanaman2 sekeliling rumah Mak adalah pokok lemuni sebab nasi lemuni adalah my fav!! mungkin satu hari Pakcik juga akan bercerita perihal lemuni ni, I'll keep tuning in insyaa Allah.
Hui... tingginyaaa....
kenapa tak dipangkas supaya keluar banyak tunas dan cabang...
Oh ya.... sebelum terlupa.
Hari itu Kang Temuk ada tanya jika aku pernah bermimpi dalam mimpi.
Jawapannya ada. Dan yang terbaru ialah pada malam jumaat yang lepas...
ceritanya ada di sini:
http://www.akuyangakut.blogspot.com/2013/03/mimpi-dalam-mimpi.html
Saya pun tak beerani cakap2 politic dalam posting. Kalau sembang2 dua tiga kawan rapat berapi2 pedas seperti cili padi pun rasa sedap - puas hati yang geram.
Lama saya tak makan pucuk cekur manis ni. Masak lemak putih dengan keledek pun sedap. Buat lak sambal belacan. Perhhhh!
Ramai orang dah tak sabar. Pacak pondok di bawah pokok. Pacak bendera di atas pokok. Tampal poster ceramah di dada pokok.
Tapi IM percaya, pokok tak sokong mana-mana pihak kecuali Allah!
Si CM Pak Temuk inginkan sang matahari. Lalu meninggilah ia. Nak masak apa dengan si cekur manis?
assalam, moga bapak sihat selalu..
MAMA TIM
Hihihi, jadi terhibur jugalah Pak Temuk bila Mama Tim kata terhibur.
Memang kena berhati-hati + berhati bila bercerita mengenai politik. Pak Temuk ingat sangat huraian mudah mengenai politik masa sekolah dulu... lebihkurang... politics is about power.... acquisition, distribution, and use of power... If power is fairly acquired, distributed, and practiced, then it should benefit everybody. Kita boleh jadi takutkan politik hari inikerana ia seolah-olah mengenai pemerolehan, pengagihan + penggunaan kuasa yang dilakukan dengan sesuka hati si pemiliknya.
Pak Temuk tak punyai lemuni, tapi berminat nak mencarinya, untuk mengherbakan petak kecil di belakang teratak. Ketemu lagi!
NIZAM.ARIFF
Walau ada gaya marah CM menjulang, hati bermimpi ia melangit setinggi mungkin. Barulah kita tahu kemampuannya, insyaAllah. Jadi, sementara waktu ini, simpanlah dulu pemangkasnya.
Nanti Kang Temuk lihat cerita mimpi dalam mimpi Nizam tu. Soalan dah lama tu, hihihi, nampaknya berjawab juga. Kita "mimpi yang kita mimpi" bukan biasa berlaku. Jawapan Nizam tu pastinya menarik! Kesewun!
السلم عليكم ورحمة الله
Cekur manis makanan sotong,
Sotong mati di Tanjung Karang,
Rakyat menangis bukan tak sokong,
Pilih mengundi, sokonglah sekarang.
......saya pilih undi
(nyongin je Dr M...hehe...sebagaimana diiklankan)
AL-MANAR
Politik memang boleh jadi, dan selalu jadi, hantu. Tapi yang menghantukannya kita juga. Entah mengapa, ada juga kawan2 yang bila berbual pasal politik, jadi begitu fanatik dan kurung mindanya dengan penjara besi khursani berlapis-lapis. Lemah gemalai + tak garang pula hati mereka bila bercerita tentang ekonomi, agama atau masyarakat, yang juga menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Tak mengapalah kita sembang2 politik dengan rakan-taulan yang faham dan terbuka minda, dengan cuba mempastikan ia tak mengundang fitnah dari mana2. InsyaAllah.
AZIEAZAH
Mungkin lama tak makan sebab susah nak dapat cekur manis tu, ya? Restoran ala-kampung biasa juga memasaknya. Kata orang, cekur manis tu berangin. Bimbang juga, kalau selalu memakannya kita jadi selalu masuk angin (kembung) atau naik angin, hihi.
Betul kata azieazah tu, cekur manis sedap disayur lemak dengan keledek. Apa lagi bila dipasangkan dengan sambal belacan!
IM
Memang dah ketara, di sana-sini ada perang poster + bendera. Sampai pucuk pokok + puncak bukit pun ada bendera. Seronok juga melihat demokrasi kita hidup. Minta-minta, tak ada yang bertindak melampau. Harap-harap, keamanan + kesejahteraan negara berterusan. Ya, semua orang tak sabar.... menunggu nak memangkah!
HJH NORALENNA ABBAS
Alenna, insyaAllah CM Pak Temuk dapat CM (cahaya matahari) secukupnya. Nampaknya, cuma ada 2 pilihan: masak lemak atau bening@rebus. Tapi belum boleh dilaksanakan, sebab kuantiti pucuk CM itu, juga pucuk teman-temannya, belum mencukupi. Biasa makan sayur CM?
BUNDA a.k.a KN
Wa'alaikumussalam. Terima kasih, semoga KN juga sihat wal'afiat sentiasa.
Assalamualaikum cikgu...
pening bila makan cekur manis :( tapi sedap punya pasal, saya bedal juga :)
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi.
Cekur manis makanan sotong,
Dibawa sotong dalam perahu,
Sotong mati di Tanjung Karang;
Rakyat menangis bukan tak sokong,
Yang senyum tak mesti setuju,
Pilih mengundi, sokonglah sekarang.
Saya pun pilih mengundi!
Cuma,
Bila sampai waktu mengundi,
Walaupun senyum saya nanti,
12 inci atau melebihi,
Takkan dapat masuk TV.
Kecuali,
Saya pegang pensil pemangkah,
Untuk Tun Mahathir-Tun Siti Hasmah,
Pakai baju seluar merah,
Gambar di TV gerenti cerah!
Hihihi, saja berjenaka, Cikgu!
sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam. Kesihan! Tak apalah, berani bedal. Minta-minta peningnya tak teruk. Nasib baik, saya tak ada masalah. Nampaknya kita kena juga tanya orang sains, apa yang duduk dalam daun cekur manis tu yang sebabkan ada orang pening bila memakannya. Cuba disayur cara lain, mungkin pening tak datang, tapi kesegaran yang tiba.
Kalau dah tinggi sangat baik Pak Temuk cantas aje. Kalau dah tinggi sangat pun susah juga nak petik. Cantas cari benih baru bagi banyak pokok lebih fresh dan baru. Makin banyak pokok fresh makin ramai yg boleh menikmati sedapnya CM itu..
Pandai Pak Temuk main dengan kata.. dekat2 hari mengundi memang tertipu..
Pak Temuk dah beralih angin ke? nak jadi penganalisa politik pulak..
Politik makchaq tak minat, tapi CM memang suka.. terutama pucuk2 yg betul2 muda.. goreng dengan sambal belacan + udang sedap...
KAKZAKIE
Semoga kakzakie sudah sihat-kuat semula utk meneruskan tugas harian setelah pulang dari Tanah Suci.
Nanti nak dicantas juga CM tu. Cuma nak tengok sejauh mana dia boleh menaik. Bila nampak slow nanti, akan didatangi paranglah dia, hihihi. Ada juga biji-bijinya yang tumbuh di bawahnya. Tapi dek kerasnya tanah Pak Temuk, tak nampak subur anak-anak benih tu. Nanti nak rasuah mereka dengan baja.
MAKCHAQ
Kot nampak ada kona ke situ, maaflah ya makchaq. Ingat takdak + tak ndak kona-kona. Tapi nak analisis politik tu memang tak mampu. Tak gheti. Bila baca ceghita oghang ka(u)tuk-menga(u)tuk dalam sughat habaq + dalam blog, ketaq pulak sendi-sendi tuwa ni. Tekak pun geli geleman. Satu badan mai sakit oghat, hihi.
Rasanya tak pernah Pak Temuk goreng (tumis?) pucuk CM. Ni mesti nak kena cuba, tiru makchaq. Kalau dengan belacan Tg. Dawai pasti lebih ummp, kan makchaq!
Salam Cikgu,
Wah dilaman Cikgu semua ada. Saya suka juga sayur CM tu.
Betul tu dari dicantas baik turun sendiri.
hari ni parlimen dan bubar.
KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK. Hihi, tak semua ada. Yang sebenarnya, mana yang ada tu pun sekejap ada sekejap tak ada.
Yalah. Dah dibubarkan parlimen. Nak mulalah pula kempen PRU. Sebenarnya, kempen boleh ke ubah pilihan kita?
Post a Comment