Friday, April 26, 2013

MEMANG LIMO NIPEH SEBENONYE.

Sesetengah komen kawan dulu tu memang bagi banyak harapan.  Yang meyakinkan sangat kata, buah belum tua..... cukup tua nanti kuninglah dia (lemonlah tu!)

Temuk bayangkan, bukan saja buah nak menguning, tapi buah juga kan jadi bujur (lagi lemonlah tu!!).

Cukuplah rasanya, kalau dijadikan hari ini hari penentu. Memang dah sahlah, yang dikatakan dan diharapkan LEMON itu sebenarnya memang LIMAU NIPIS.


Memang limo nipeh sebenonye, Yoep! Dia dah tuwe, tapi menguning idak, membujo pun idak!



Tak ngape le, kan? Limo, limo le. Nipeh pun nipeh le. 

Kat ghumah Temuk sekaghang ni, kompomlah dah ade sepokok limo nipeh. Lain daghi tu, ade jugak sepokok limo kasturi dengan limo pughot.

Limo bali ke, limo sunkist ke, limo langkat ke, tak payahlah dah. Kot nak buahnye, yang tu, caghi aje kat kedei, betoi dak?

Nanti tak jadi pulak projek "mudahkan hidup". Asyik nak tambah-tambah pokok aje.

Sempene PRU13 ni, elokle juge ade buah limo nipeh duwe bijik beso-beso tu. Bio di pokok dulu.

Kalo bendeghe-bendeghe parti yang bepaku, 


 
beghikat, begantung, juga teghebang, macam cendawan sane-sini tu tak bejaye tutupkan paneh mateaghi, boleh le Temuk buat ayo limo nipeh ais. Boleh le sejukkan badan.

Tentu le ngenangkan hei PRU13 dengan keputusannye tu nanti lebih nggeletokan badan, banding dengan ngenangkan hei buah lemon betuko jadi limo nipeh!


23 comments:

suka suka said...

Assalam Pak Temuk..ada jugala limo nipeh ... nak lemon kuning nanti beli le dan semai benihnya..confirm nanti buahnya kuning...

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya ada sebatang pokok limau sambal, tapi tak nak berbuah!

Al-Manar said...

Tak adakah yang manis?

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

Teman pon ponah tekanjai... kate oang yang nyuai, pokok pelam harom manih. Teman pon meli, tanam, tumbuh. Aleh-aleh bile beso dan bebuah, keluo pelam telo - x mandang pon pelam harom manihnye.....hish teruh teman mudahkan hidupnye!!! Kat tapak diye tumbuh tu teman bangunkan pojek lain....eewahh...macam juta-juta pnye pojek!...kih, kih, kih...

haoh weh....ghase nak minom ayo limo nipeh la plak. Ce bancohkan teman segelah duwe!

Umm AA said...

Assalam paktemuk..
moga sehat walafiat bersama keluarga tercinta hendaknya...
tanam lemon dapat limau nipis yer..belum rezki nak kongsi laman ngan lemon kot..takperlah gie pasar tani ker MAHA ker carik lagi anak lemon..heheh...limau nipis sedap jugak buat ais lemon tea kan pak temuk...:)

Nizam.Ariff said...

Assalam Kang,
limo nipih pun sedap dibuat ayo sirap limau... tak mengape, biokan je dia idop...

Temuk said...

SUKA-SUKA
Wa'alaikumussalam, suka-suka. Memang begitulah caranya yang betul. Semai biji buah yang asal, gerenti dapat buah yang dihajati, ya tak? Walaupun kata orang, kalau guna biji, ia boleh "lari" sikit, tapi taklah ia lari dari lemon menjadi limau, kan? Ceria selalu!

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Alenna, kesian pokok limau sambal tu tak berbuah lagi. Belum sampai masa, kot. Mungkin dia merajuk dipanggil limau sambal sebab mungkin buahnya boleh juga dijadikan minuman, hihi. Limau tu limau kasturi ke limau nipis?

Temuk said...

AL-MANAR
Nampaknya tiada pelan untuk menanam yang manis. Semua untuk kegunaan dapur sahaja. Walau kita kata tu semua tak manis, bagi sesetengah kaum Hawa, semuanya manis. Begitulah hebatnya citarasa wanita.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi. Alahei, kesiannye. Projek ape le gamaknye yang ambek aleh tempat mpelam telo tu.

Setakat ni belum lagi teman ambek buah limo nipeh tu. Ujan banyak di sini mase ni. Paneh aje nanti bolehlah pikio, nak pekene ayo limo nipeh ke idak. Kot jadi buat, insyAllah saye niyat minum untuk cikgu jugak. Kighe minum jarak jauh le tu. Jangan telupe udah le!

April 27, 2013 at 4:17 AM
Delete

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Wa'alaikumussalam, Nizam.Ariff

Betul tu. Pokok limau nipis pun pokok bagus juga. Boleh ganti-ganti guna buahnya dengan limau kasturi di dapur nanti. Buah pertama ni nampaknya 2 biji saja. Minta-minta lebatlah buahnya akan datang.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan

Betul tu, dapat limau nipis pun tak mengapa. Memang tak mengapa sangat. Untuk jus atau sambal, atau kegunaan lain, bolehlah tukar-tukar dengan limau kasturi. Yang penting, dua-dua rajin berbuah. Pak Temuk ada juga guna limau purut untuk jus, atas nasihat kawan yang kata sejuknya boleh sampai ke mata! Take care.

kasihibu said...

Limau nipeh pun limau nipehlah
sya tanam limau kasturi mati,limau purut mati agaknya tangan sya tak sesejuk tangan paman
ke sya kena ikut petua sejuk tangan yg paman syorkan itu?(,")

Temuk said...

KASIHIBU
Yalah. Kalau lemon jadi limau tebal, macam limau bali, lagi kaget kita dibuatnya. Paman ada sebut dulu tak, tangan yang sejuk = tangan yang suka menyiram, membaja + mempastikan pokok tak diganggu makhluk perosak dan juga rumput rumpai. InsyaAllah pokok akan hidup subur. Ceria selalu!

ctpayong said...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلم عليكم ورحمة الله

suka cium bau limau peghod...wangiiiiii

Temuk said...

CTPAYONG

Wa'alaikumussalam.
Bau limau purut memang unik dan menonjol. Ramai orang menyukainya. Temuk pun. Daunnya juga, yang begitu semerbak sehingga mampu menukar aroma tomyam kita. Tapi awas, kalau dipicit kulitnya, minyaknya boleh menyakitkan mata.

sudipVSsenduk said...

kalau berubat, org selalu guna limauu nipis ni... kenapa tak limau kasturi atau limau bali atau limau sunkist? kenapa ek cikgu?

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
syukur buah limau berbuah juga walaupun harapkan lemon, lemon jadi leimau nipis he he ehh... kami ada tanam sepokok pokok lemon (kalau betul lemon) depan pintu dapur tapi dah bertahun-tahun, jangankan berbuah, berputik pun tidak, jangankan berputik... berbunga pun tak pernah... rasa nak tebang, tapi bila cium bau daunnya (yang bau ala-ala lemon) rasa sayang pulak!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Semoga sVSs sekeluarga sihat sejahtera.

Hihi, soalan yang baik, tapi tak pasti macam mana jawapannya. Mungkin Pak Dukun anggap limau sunkist, limau asing. Limau kasturi pula, limau murahan. Jadi, wajarlah pilih limau nipis, atau mungkin juga limau purut. Pengubat kita kan suka benda yang susah nak dicari!

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie. Semoga Amie sefamili sihat sejahtera. Balik Semenanjung untuk mengundi?

Kalau yakin itu lemon, cubalah tunggu. Alang-alang tunggu, biar sampai ada hasilnya. Atau beri dia tempoh (KPIlah tu!). InsyaAllah. Sudah cuba beri dia baja buah dengan secukupnya? Cuba juga campurkan dengan baja organik. Ojo lali, ndongo mareng Gusti Allah!

yanmaneee said...

yeezys
kobe 11
nike air max
nike air max
supreme hoodie
bape hoodie
nhl jerseys
cheap jordans
jordan 11
goyard handbags

yanmaneee said...

off white clothing
kyrie spongebob
supreme new york
balenciaga
cheap jordans
longchamp
nike epic react
supreme shirt
yeezy boost 350 v2
jordan shoes