Thursday, June 13, 2013

ALAHAI, MEMANG DIA RUPANYA!


Riuh rendahlah Pak Temuk bercerita, tak lama dulu. Kisah pokok lemon yang
dibeli di MAHA lebih dua tahun lepas. Yang disangka dah malih, jadi limau nipis!

Masa itu Pak Temuk perhatikan buah awalnya, yang cuma 2 ketul pun,
terus menghijau saja. Tak pun menguning, mengikut sepatutnya. Bulat pula tu.
Dua biji (bukan sebiji!) macam limau nipis!

Pak Temuk bungkus 2 ketul "emas" hijau itu dengan kertas. Biar tambah besar.

Tapi, bila keluar bunga baru (4 kuntum) baru-baru ni, Pak Temuk
jadi teruja nak tunggu macam mana rupa buahnya. Insya-Allah, tak lama keluarlah
putik-putik  macam di bawah ni. Wow, lonjong! Ni bentuk body lemon ni!
Pak Temuk pun selak bungkusan 2 biji buah pertama. Taklah mereka
menukar body shape jadi melonjong. Tapi nyata paras rupa telah lebih
menguning daripada menghijau. Wow, memang mengujakan!
 Sahlah. Penjual anak benih tak silap sebut nama pokok. Tak silap beri pokok!
Maaf ya tuan penjual. Yang salah sangka, sebab darjah kesabarannya 
amat rendah, Pak Temuk sendirilah.

Dah tak payahlah belah 2 buah awal tu dan rasa isi. Dah yakin, kalau pun
dilakukan itu, takkan rasa masamnya macam rasa limau purut atau limau kasturi kat pinggir
rumah tu, yang masa ini agak banyak juga buahnya.






Memang hebat pengajaran "sabar itu istana iman". Ada kalanya, amat lama
kita terpaksa menunggu untuk mendapat, mengetahui atau membuktikan sesuatu.

42 comments:

Pak Idrus said...

Temuk, Thanks for sharing. Yes we need to be patience to see the fruits of our labour. In the meantime just enjoy seeing the plant grows.

Have a nice day

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tak bujo sangat lemon tu....ini mesti kes kawen campo....kawen ngan limo nipeh gamaknye!

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum Cikgu,

Rupanya sabar itu indah.

Limau kasturi tu kalau di belah 2 (tak putus)dan sentilkan asam boi ditengah & nyonyot.... pergh!! mak mertua lalu belakang peti ais pun tak perasan, hihihi

Hajjah Noraini @Nanie said...

Assalam Pak Temuk,

Tidak dapat dinafikan bahawa sabar itu bukanlah perkara yang mudah untuk kita laksanakan atau jalankan.

Umm AA said...

Assalam pak temuk..
Tersangka sangka pada awal rupa2nya yer..sib baik menjadi seperti yang dijanjikan..kira sempurnalah akad jualan tuh kan..
Nampaknyer lps nie bolehlah paktemuk merasa jus lemon yang segar dari ladang yer..heheh..mesti sedapkan

Kakzakie Purvit said...

Untuk sambal belacan guna limau kasturi. Limau purut boleh buat tomyam (daun dan jusnya sekali). Lemon pula utk buat kordial minum bestnya semua serba-serbi limau hasil tanaman sendiri.

Kakak beli sebiji lemon (yg kuning) 50 sen tau Pak Temuk sebab kakak suka minum dgn madu selepas makan malam.

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Temuk,

Tahniah dah berjaya melemonkan pokok limau tu.

Saya pulak buah limau purut yang berbuah hanya 2 biji tu, baru gugur petang semalam. Tapi dah besarlah jugak.

@na said...

salam kenal salam ziarah cikgu...pokok lemon cikgu tu berapa lama berbuah tu? pokok saya dah masuk 2 tahun tp masih blum berbuah..

Adry@Daun said...

As salam Pak Temuk,

Saya masih tertanya-tanya mengenai kesahihan pokok lemon yg Pak Temuk tanam ni. Ciri buah yang dibungkus lebih kepada limau nipis. Kulit buah limau nipis yang masak akan bertukar dari hijau ke kuning. Bila dah kekuningan, buah limau nipis akan gugur dengan sendirinya. Satu lagi, buah lemon lbh besar daripada limau nipis(lbh krg sebesar telur ayam kampung)

Paling meragukan saya ialah bentuk dan warna daun limau ni. Biasanya daun lemon bersaiz besar(lebih kurang sebesar tapak tangan kita) dan warnanya hijau gelap. Apapun saya harap pokok limau yang Pak Temuk tanam ni benar-benar lemon dan bukannya limau nipis klon baru. Limau nipis klon baru buahnya berkulit tebal dan saiznya besar.

smRose said...

limau manih tak ada pak Temuk?

Nizam.Ariff said...

Ooo... mula-mula hijau, kemudian kuning.

ingatkan sedari putik lagi dah kuning...

insan marhaen said...

Kat taman herba yang ibu_suri dok buat ni ( sayagnya sejak beliau sakit, dah jadi macam hutan... ), ada pokok lemon purut. memang menjadi buah dan daunnya hinggakan kena buang separuh.

ada pokok tapi tak digunakan pun sebab jarang memasak...

Ayah Zain said...

salam pak temuk

lama x ziarah. bertemu kembali yer tuan

ctpayong said...

geram tengok lemon tu kalau dah nampak kuning terang. itulah, bagai kata pepatah...kalau berbudi dengan tanah, lambat laut merasa hasilnya.

kakCT punya bende pun dah dapat buat assam pedas dah..

Temuk said...

PAK IDRUS
Thank you for dropping by. Yes, patience pays. And, yes, I will continue to enjoy watching all the plants around the house, including those that have grown on their own. Have a nice weekend, Pak Idrus.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi

Rasanya, yang putik baru tu menampakkan kebujuran paras sikit. Mudah-mudahan taklah saya "berharapan salah". Tapi, kalau ianya "lemon nipis" pun tak mengapalah. Namun tetap menaruh harapan (walau buah awal tak bujur) sebab ada juga ketemu lemon import di pasaraya yang agak bulat.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam, sVSs.

Dalam situasi apa pun, sabar itu sememangnya indah. Mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan kualiti kesabaran kita dari masa ke masa.

Limau kasturi di belah 2 (tak putus) + asam boi ditengah-tengahnya + dinyonyot.... eeeiiii, mak mertua lalu depan + pikul peti ais pun tak perasan. Sebab kejapnya mata kita tertutup + muka berkerut-kerut oleh kehebatan rasa masamnya!

Temuk said...

MARINA MONROE
Wa'alaikumussalam Marina Monroe

Amat benarlah itu. Sabar itu bukanlah perkara yang mudah untuk kita amalkan. Bila si cucu boleh tegur si atuk "sabarlah tuk!" tahulah kita, semakin kita menua sifat sabar itu malahan mungkin semakin mengurang. Alahai...

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalan, ummuaidan

Bila baca komen dari pakar pokok, Sdra Adry kita, tergoncang balik harapan, hihihi. Tak mengapalah, apa-apalah, "bisa diterima, kok". Mungkin ia limau nipis klon baru macam yang Adry katakan. Pak Temuk masih menaruh harapan sebab ada lihat lemon import yang agak bulat. Juga sebab putik baru tak menyerupai limau nipis. Walau apa pun, kalau nak dijuskan buah tu, insyaAllah no problem. Dan insyaAllah menyegarkan.

Temuk said...

KAKZAKIE
InsyaAllah, bila guna hasil tanaman sendiri, hati jadi lebih seronok.

Madu + lemon selepas makan malam? Apa khasiatnya, kakzakie? Kalau dalam Vermont Folk Medicine, itu ramuan ubat batuk, hihihi. Kakzakie tentu punyai petua turun temurun yang boleh dikongsi dalam entri akan datang. Bagusnya, memang lemon agak murah sekarang. Di tempat Pak Temuk, dulu-dulu harganya 99 sen sebiji, sekarang memang +- 50 sen.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam KK,

Terima kasih. Apa juga yang dapat kita lakukan adalah dengan izin dan kehendak Allah jua.

Bila sudah mula berbuah, akan datang, insyaAllah akan banyaklah nanti buahnya. KK tanam di tanah atau pasu? Dengarkan petua seorang rakan, saya pernah buat minuman jus limau purut (+ air gula dan air). Dia kata, akan berasa sejuk satu badan, sampai ke mata! Saya berasa biasa saja, tapi yakin ada vitamin C dalam jus tu!

Temuk said...

@ANA
Wa'alaikumussalam, @ana

Terima kasih sudi singgah ke laman saya yang tak sepertinya ni. Pokok yang saya tanam tu mula berbuah ( 2 biji!) selepas dua tahun. Dalam semaian penjual, saya jangka mungkinlah antara 1-3 bulan. InsyaAllah, pokok lemon @ana itu akan berbuah bila-bila masa. Kawasan rumah saya berbatu-batu. Memang saya lebihkan baja + air selalu. Pokok pun mengeluh nak membesar + membuah.

@ana punyai blog yang cantik. InsyaAllah akan ziarah nanti. Ketemu lagi.

Temuk said...

ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam, Adry.

Terima kasih banyak-banyak. Bila komen pasal pokok datangnya dari Adry, Pak Temuk memang beri perhatian betul-betul. Sekarang "hati ada goncang lagi", hihihi. Pak Temuk akan biarkan buah yang 2 biji tu, tengok gugur sendiri atau tidak. Tapi nak kenalah buat persiapan supaya kalau gugur masuk ke beg plastik ... buah awal tu! Dari segi saiz, kedua-dua buah itu memang besar, rasanya lebih besar dari telur ayam bandar gred A.

Daun pokok yang ada tu memang tak sampai sebesar tapak tangan. Daunnya juga tak hijau gelap (malah daunnya agak kekuningan). Pak Temuk agak (sebab menaruh harapan), itu disebabkan tanah yang berbatu-batu dan cuaca panas yang panjang. Mungkinlah juga itu pokok limau nipis klon baru yang Adry katakan. Ini info baru bagi Pak Temuk.

Nampaknya, ujian terakhir nanti, kenalah rasa jusnya. Kalau sepatutnya jatuh tapi tak jatuh sedangkan buahnya dah dirasa mula melembik, Pak Temuk akan buatlah ujian ini. Atau Adry rasa ada cara lain yang lebih baik untuk buat "final test"?

Temuk said...

smRose
Semoga sihat sejahtera.

Pak Temuk memang ada terfikir nak tanam sepokok dua limau manis tu, tapi belum berani. Sebab, pesimistik, takut buahnya nanti berasa limau kasturi atau limau purut, hihihi. Kalau tanam yang jenis masam, rasanya 100% kita boleh dapatkan buah masam.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Lo, kot dari kecil sudah kuning, itu namanya putik tak menjadi. Nizam tanam "jeruk" jenis apa?

Temuk said...

IM
Kesihan taman herba ibu_suri tu. IM tak minat uruskannya? Pak Temuk percaya faktor masa jadi kekangan besar. Macam Pak Temuk, faktor usia ( = tenaga) juga mengekang.

Mudah-mudahan semua pokok yang penting tetap terus hidup walau kurang terurus. Dapat terangkan sikit2 keliling pokok, sementara waktu ni, jadilah.

Temuk said...

AYAH ZAIN

Yalah, Ayah Zain. Yang pernah kita hubungi bila datang berziarah memang cepat kita ingat balik. Terima kasih. Maaf, Pak Temuk pun lama tak berkunjung ke laman Ayah Zain. InsyaAllah sampailah nanti.

Temuk said...

AYAH ZAIN
Wa'alaikumussalam.

Temuk said...

CTPAYONG
Wow, lemon sendiri untuk asam pedas, tentu istimewa tu. Hasil sendiri yang lebih lama dan lebih berterusan Pak Temuk nikmati, selain limau kasturi dengan limau ourut, ialah ulam raja. Tapi tahu untuk "colek sambal" dengan "kerabu" saja selain campurkan dalam salad berminyak zaitun. Boleh (atau sudah?) ctpayong kongsi cerita dengan gambar lemon tu? Ceria selalu!

suka suka said...

Assalam Pak Temuk... tercicir bas saya ni ... lemon tu... ada bentuknya... baunya pasti bau lemon tu yg boleh bezakan dgn limau lain.
.

Temuk said...

SUKA-SUKA
Wa'alaikumussalam. Tercicir, tapi tetap sempat naik bas, hihi. Betullah juga, alpanya Pak Temuk, tak pun terfikir nak menghidu aromanya. Mungkin selepas dipastikan buah tak jatuh walau sudah menguning + mula melembut, Pak Temuk akan potong ia, rasa jusnya + hidu baunya. (Sila suka-suka baca juga komen Adry@Daun dan komen balas Pak Temuk di atas). Masa tu sepatutnya sudah boleh disahkan buah tu bernama apa. Ceria selalu!

Nizam.Ariff said...

Kang, aku tanam jeruk jenis lemon la... itu kata si penjual benih.
Masih kecil, baru berusia 5 bulan. Belum berbuah.

Tapi kalau dia jual limau bali pun, aku tak pandai nak bezakan anak pokoknya.... hahaha

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Kalau tanah baik, jagaan bagus, insyaAllah dalam 1 - 1.5 tahun lagi akan berbuahlah lemon Nizam tu. Mana tahu, dalam 0.5 tahun akan datang ni pun wes kuning-kuning buwae. Kalau nanti ia keluarkan limau bali, kira lagi besarlah buah dan rezekinya.

ahmad humairi said...

Salam kebali,

Sahla tu...pokok kawen - satu pokok dapat dua jenis buah. Saya teringat pokok rambutan kawen rumah mak saya dulu. Satu cabang manis dan lekang, elok buahnya dan satu cabang lagi berbuah agak masam dan kurang lekang. Ini terjadi kerana kedua-dua cabang tumbuh merimbun. Satu dari pokok penanti dan satu lagi dari pokok (tunas) yang di kawenkan. Sepatutnya cabang dari pokok penanti (penunggu pun boleh gakla), dicantas awal-awal lagi dan tidak dibiarkan tumbuh merimbun bersama. Samalah agaknya dengan kes limau abang Temuk ni....wallahualam!

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi.

Hihihi, nak kena periksa pula nampaknya, betul tak pokok Pak Temuk ni punyai cabang dari pokok penanti + cabang dari mata tunas pokok lemon. Boleh dibuat pemeriksaan tu, cuma tak pastilah mata dengan ilmu yang ada boleh hasilkan jawapan. Ada juga logik apa yang Cikgu katakan tu: putik-putik yang lebih lonjong tu mungkin berada pada cabang lemon sekarang ni, dan buah awal berada sekarang ini pada cabang limau nipis. Tapi, yang lebih tahu mengenai pokok, mungkin akan kata "logik kita" tu tak boleh diterima, hihihi. Apa pun, insyaAllah tak lama lagi bolehlah dipaparkan lagi "penemuan terakhir"nya.

Adry@Daun said...

As salam Pak Temuk,

Jangan susah hati dan kita sama-sama berharap pokok yang ditanam tu adalah lemon yang sebenar. Saya cuak bila tengok rupabentuk daun dan buah melalui foto saja. Kalau tengok yang betul, InsyaAllah boleh cam.

Sebenarnya ada juga lemon jenis buah kecil dan daunnnya juga kecil dan agak runcing. Lemon yg berdaun besar saya maksudkan adalah lemon yang buahnya sebesar telur ayam gred A. Cara mudah nak kenal antara limau nipis dan lemon adalah melalui bau daripada kulit buahnya. Biasanya ia berbeza bagi setiap jenis/spesis. Tekan guna hujung kuku kita dan ambil baunya.

p/s : Buah limau nipis yg gugur masih elok dan boleh digunakan lagi. Cuma ia terlebih masak atau ranum yang menyebabkan sedikit perubahan pada rasa limau tersebut.

Temuk said...

ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam, Adry.

Terima kasih sangatlah di atas keprihatinan Adry itu. Memang sedih juga kalau bergantung kepada "false hope". Tapi, seperti sudah disebut sendiri sebelum ini, apa pun kesudahannya tetap akan bersyukur kepada Yang Maha Memberi. Pak Temuk juga dapat info baru dari Adry, mengenai limau nipis klon baru. Mungkin juga itulah dianya. Maknanya satu rezeki hebat juga. Pak Temuk tak tahu sama ada respon pak Temuk kepada Cikgu Humairi di atas tu munasabah?

sot said...

Sabar itu sebahagian daripada iman, betul la tu. Pernah terjadi kpd saya juga menunggu tiga tahun pokok rambutan gula batu yg kulit kuning tu untuk berbuah. Tup...tup tup keluar buah rambutan anak sekolah. Apapun rezki dari Allah belaka. Alhamdulillah.

Su @ Aya said...

salam pak... bestnya! baru jer beberapa minggu lepas cari anak pokok lemon kt pasar tani.. tp kata penjual, dh habis. tak der rezeki la plak. ambik jer la anak pokok limau kasturi walaupun kt rumh dah ada sepohon. hehe..

Temuk said...

SOT
Terima kasih singgah. Lama juga menunggu berbuah tu, ya? Yang berkulit kuning tu bukankah rambutan gading? Tak tahulah kalau Pak Temuk silap, tapi rasanya gula batu berkulit merah spt anak sekolah juga. Walau apa pun, yang penting apa yang ditanam sudah pun berbuah. Syukur.

Temuk said...

Su @ Aya
Wa'alaikumussalam, Su @ Aya.

Terima kasih singgah. Wow, bila dua-dua limau kasturi berbuah, banyaklah boleh dituai hasilnya! Semoga anak benih baru itu segera berbuah. Lain kali, insyaAllah akan dapatlah benih lemon tu.

Lynn Imran said...

Semangat nak jaga pokok lemon saya. InsyaAllah 2 tahun lagi dpt hasil.