Dalam era pencen ni, jaranglah nak berpeluang menyebut,
"Eh, ingatkan hari ni hari Rabu, rupa-rupanya baru Selasa!"
"Eh, ingatkan hari ni hari Rabu, rupa-rupanya baru Selasa!"
Yang amat selalu disebut, "La, ingatkan Rabu. Dah Khamis malam Jumaat rupanya!"
Terasa sangatlah, jadinya, banyaknya perkara yang nak dibuat yang belum
sempat dibuat. Memang dirasakan sangatlah peri tak bagusnya masa terbang laju ni!
Yang boleh dikatakan bagus, dirasakan lama lagi dia di penjuru tu
nak menua, tapi dek sebab masa terbang laju, tahu-tahu ternampak bukan saja dia
dah tua tapi dah tua-bangka. Malah dia dah pun patah tengkuk!
nak menua, tapi dek sebab masa terbang laju, tahu-tahu ternampak bukan saja dia
dah tua tapi dah tua-bangka. Malah dia dah pun patah tengkuk!
Terasa ada pula untungnya "masa terbang laju" tu.
Cepat patah tengkuk, cepatlah dapat hasilnya. Ada macam indirect saving
Cepat patah tengkuk, cepatlah dapat hasilnya. Ada macam indirect saving
jadinya, dalam kadar cepat. Kurang lebih RM10 juga tu kalau dicari di pasar.
Saja menyimpang (tingkahlaku orang menua!), nak kata, bagi yang suka
berpantun, kalau lihat komoditi di atas tu (hasil dari dia yang patah tengkuk),
amat mungkinlah dia akan terus teringatkan puisi anggun ini:
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.
Terima kasih sangatlah kepada entah siapalah, dahulu kala, yang menggubah
pantun molek ini. Tak berhenti-henti orang meminjamnya. Untuk pelbagai guna.
32 comments:
As salam Pak Temuk,
Pisang emas ni sememangnya dah cukup matang utk ditebang. Kalau terlebih matang ,ia masak ditandan pada pokok. Pokok pisang dah subur dan besar tapi kenapa tandan dan sikatnya agak kecil? Apakah si emas kecil ni takut pada raja-raja yang berada di bawah naugannya?
ye jugaklah kan. pisang masakan berbuah dua kali (ikut fitrah biasa, kalau lebih dari sekali pun mungkin sekali sekala)...sambung : selesai memberi 'hadiah' kepada yang rajin berbudi dengan tanah, pokok pisang pasti pergi
Salam Pak Temuk,
Pak Temuk tertanya-tanya siapakah yang mereka pantun 'pisang emas' ini. Saya juga tertanya-tanya siapa pula yang memberikan nama pisang ini pisang emas dan pisang yang rupanya seakan-akan pisang emas diberikan pula dengan nama pisang awak....
Assalamualaikum Ayah,
Pisang emas berlorek-lorek,
Pokoknya tumbang jatuh setandan,
Alangkah enak dibuat kek,
Di waktu petang jadi hidangan.
Masa saya kecil dulu, pisang muda gini pun boleh buat goreng tanpa tepung...
suka makan masak lemak pisang muda
aku syak orang yang mencipta pantun tu seorang peniaga pisang emas yang mengekspot ke negara timur tengah... hehehe
salam Pak Temuk, tak payah tebang ...pokoknya sendiri patahkan diri hantar tandannya ke bawah..kan pak temuk
ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam, Adry.
Mungkin dalam gambar batangnya kelihatan subur. Tapi sebenarnya ia agak kurus. Memang tak dijaga, tak dibaja. Ingat nak pupuskan, tapi kesihan. Bila nampak ia patah tengkuk, dicari juga buahnya! Pisang di sebelah, di tanah kosong, biasanya disinggahi burung dengan tupai bila ada buahnya yang masak.
CTPAYONG
Pisang mungkin kedekut, tak mahu berbuah dua kali. Kata rakan saya (pembiak orkid), pisang adalah antara pokok yang amat liat mengeluarkan anak. Dari umbinya, melalui kaedah kultur tisu (tissue culture), ia dipaksa hasilkan banyak anak (ratusan - ribuan). Kalau cara sendiri, biasalah kita lihat cuma 4-5 anak pokok yang keluar di sisi pokok ibu. Benar, walau apa pun, memang pokok pisang tetap nampakkan jasanya sebelum mati.
PAKMAIL
Wa'alaikumussalam, PakMail.
Tak beranilah nak teka siapa yang beri nama pisang tu pisang emas. Juga kenapa "emas". Hairan juga, tak ada pula pisang perak, tembaga, suasa, besi.... hihihi. Pak Temuk rasa, yang namanya pisang awak tu tak semolek pisang emas (kesian dia!). Rasanya juga tak sesedap emas, walaupun "excellent" juga kalau dijadikan cekodok. Sekali lagi kita boleh jadi tertanya-tanya, tak ada pula pisang dia, pisang aku, pisang kami.... Ada pisang abu, tak ada pula pisang arang.... Mungkin "varieties" pisang kita tak cukp banyak. Orang dulu-dulu bijak, pasti ada sebab molek dalam memberi nama untuk satu-satu jenis pisang.
Assalamualaikum,
Lajunya masa terbang,
Laju jugak 'emas' melayang,
Pisang emas tumbang,
RM10 ke tabung berlubang.
AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie.
Bukan Amielah dia, kalau tak bercerita tentang makanan. Nak berpantun pun mesti dikaitkan dengan makanan.... hihihi bocah iki!
Pisang lorek setandan matang,
Terasa beratnya angkatlah ke mari,
Dibuat kek hidangan petang,
Terasa enaknya berhari-hari.
IM
Pak Temuk juga selalu menikmati gorengan pisang muda semasa di kampung dulu. Biasanya gunakan pisang berangan atau pisang nangka. Cicah gula atau digandingkan dengan ikan masin! Nak cuba "pentaskan semula" babak itu, tapi terkekang, teringatkan si getah pisangnya!
BUNDA aka KN
Masak lemak pisang muda dengan ikan bilis atau udang kering memang molek. Kuningkan sikit dengan kunyit. Pastikan ada gorengan ikan basah atau ikan masin. Wow! Cuma, yang mengekang + mengganggu wargamas macam Pak Temuk, kenakalan santan + garam di dalamnya!
@na
Wa'alaikumussalam, @na.
Kesihan juga padanya. Kita dah tak menjaganya betul-betul, masih ia keluarkan hasil. Walau tak hebat, tetap memberi manfaat. Ceria selalu!
NIZAM.ARIFF
Mungkinlah dulu, sambil mengeksport tu dia teringat nak karang pantun untuk kenang-kenangan kita. Kalau begitu, terkabullah hajat dia sebab pantun tu "evergreen" nampaknya. Dijangka sudah lamalah dia meninggal duni. Jadi, sekarang ni, kalau kita ke Timur Tengah, memang tak adalah lagi pisang emas. Orang di sana pun masa ni lebih sukakan pisang cavendish dari kebun-kebun di Amerika Latin.
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi.
Hilang melayang masa dan emas
Tabung khayalan tiada isinya
Hilang di sayang rasanya rimas
Langsung semalaman tiada tidurnya.
Tak berani + tak cukup modal nak menjawab pantun Cikgu. Sekadar "membalas" saja, dengan cara hentam keromo. Ceria selalu!
salam pak temuk,
buah pisabng tu nampak tak berat, macamana boleh patah tengkuk yer?
smRose
Wa'alaikumussalam, smRose
Memang tak berat, cuma 3 sikat dengan buah yang kecil. Pak Temuk rasa, pokok patah tengkuh sebab batangnya tak begitu sihat dan kecil saiznya. Boleh dijangkakan keadaannya begitu kerana tanahnya berbatu-batu dan pokoknya memang tidak dijaga.
Saya kehilangan dua tandang pisang nangka yang kali pertama berbuh. Sedarlah sekarang ditepi pantai angin kuat selalu tiba tiba datang. Pokok pisang kena disangkang (betulkah perkataan ini?) Inilah sebabnya, dah tua baru belajar!
Salam Pak Temuk
Kesian pokok pisang patah tengkuk tu..gaya pelepah yg tinggai nampak macam orang tak cukup makan, pucat kekuningan... tapi sebelum pergi dia tetap tinggaikan pada penanamnya buah yang montok2 walaupun tak banyak..
Kecik2 dulu kami banyak tanam pisang keliling rumah.. (untuk juai) bila mai musim hujan & angin banyak yang patah (dok dekat laut, angin memang kuat) masa tu juadah pagi petang berasaskan pisang.. rebuih/bakaq/goreng/cekodok/lempeng/gulai.. gulai umbut pisang ada..
Pak Temuk ada ke pisang berbuah dua kali?
AL-MANAR
Bagusnya, nangka ada, pisang nangka pun ada. Cuma, kali ini, nampaknya yang pisang nangka tu belum jadi rezeki lagi. Menyangkang pokok pisang itu maksudnya mengikat pokok pisangkah, atau menongkatnya? Tak mengapalah, buah kedua (pokok lainlah nanti), insyaAllah boleh lebih berjaga-jaga supaya tak kehilangan buah lagi.
saya panggil pisang masjid
makchaq
Wa'alaikumussalam, makchaq.
Memang pokok yang patah tengkuk itu tak dijaga. Tapi ia tetap berjasa. Buahnya tetap elok, walau bersaiz sederhana. Pengalaman sediakan macam-macam juadah berasaskan pisang yang makchaq cerita tu (yang Pak Temuk juga ada alami) menunjukkan betapa versatilnya buah pisang. Daunnya juga amat berguna. Jantungnya pun boleh disayur. Nenek saya dulu pernah usahakan tali pisang (tali drpd batang pisang), dijual ke kedai-kedai kampung yang masa itu menggunakan semata-mata kertas sebagai pembungkus barang. Pak Temuk belum pernah buat atau rasa gulai umbut pisang. Nampaknya boleh juga cuba nanti.....
SCHOOL OF TOTS
Hihihi, malangnya Pak Temuk tak punyai pisang yang berbuah dua kali. Yang ada ni semuanya jenis berbuah sekali. SOT pernah jumpakah pisang berbuah dua kali? Peribahasa pun kata, "takkan"! Tapi, insyaAllah sains mungkin kata, "boleh"!
sudipVSsenduk
Memang layak pisang emas dipanggil pisang masjid. Biasa orang menyedekahkannya kepada jemaah masjid pada hari Jumaat. Agak sama popularnya dengan pisang berangan. Sesekali terjumpa juga pisang rastali.
Seronok juga makan pisang masjid percuma. Sambil memberi peluang kepada penyumbangnya mendapat ganjaran pahala dari Allah. InsyaAllah.
Assalamualaikom Abang Temok,
Pisang Emas juga sangat istimewa kerana sering menjenguk masjid terutamanya pada hari Jumaat.
UJANG KUTIK
Wa'alaikumussalam, ujang kutik
Benar, pisang emaslah yang lebih sering menjenguk masjid terutamanya pada hari Jumaat. Maknanya ia lebih digemari, baik oleh "pemberi"nya atau "penerima"nya. Mungkin kerana saiznya yang lebih kecil, menjadikannya lebih sesuai. Juga mungkin kerana rasanya yang lebih manis.
Assalamualaikum cikgu pencen yang ceria :-)
Hhahaha. hilang penat saya seketika membaca bait ayat-ayat yang di tulis Pak Temuk. Berulang membaca dan saya masih ketawa. Memang bersahaja dan ikhlas!
Terima kasih menceriakan.
AZNI MAT ISA
Wa'alaikumussalam Dekni yang juga ceria dengan kameranya.
Pak Temuk nak menganalisis tentang rasa "ceria" ni. Bila baca entri-entri Dekni, nampak ada dua jenis ceria. 1, ceria untuk dunia, mungkin macam ceria sekejap masa membaca entri Pak Temuk yang pukang-lintang tu, hihihi. 2, ceria yang kudus sifatnya dan amat mendalam kesannya kerana merasakan diri (walaupun Allah yang menentukan hasilnya) telah dapat cuba menunjukkan status hambanya kepada DIA. Betul ke analaisis ni, Dekni?
Post a Comment