Ingatkan tempat Pak Temuk tak bakal kena. Walaupun
SS (Sang Suria) dah mula nampak sugul
SS dari tingkap, 20.6.13, pada kira-kira jam 7.30 pagi. |
Mula-mula, yakin masalahnya masalah SS muram saja. Sampailah 23.6.13.
Hidung sensitif mula dapat menghidu bau bakaran dengan asap, dengan lebih jelas.
SS pada 23.6.13, kira-kira jam 7.00 pagi. |
Rupa-rupanya benarlah Sang Jerebu (SJ) dah tiba. Tak berapa ketara
di sekeliling rumah Pak Temuk. Tapi berhampiran tol UKM/Bangi, juga di lebuhraya
ke selatan (dilalui masa nak kenduri ke Seremban), sudah mula menebal rupanya.
Hari ini, 24.6.13, SJ sudah pun berjaya menyelubungi persekitaran kawasan
Pak Temuk. Malah, sebenarnya, dia sudah pun masuk ke dalam rumah.
Semua tingkap dibuka kecil-kecil. Tapi SJ tetap curi-masuk. Yang
memasuki rumah memanglah keluarkan aroma bakaran. Hari ini, lebih
terasa kesan kehadiran SJ ni pada pada mata dengan tekak, juga hidung.
Kata internet, buka air-cond. Tak larat rasanya badan nak duduk dalam air-cond
siang malam. Pak Temuk kesian pada wargarumah termuda di bawah ni (yang sementara
renovasi rumahnya belum siap masih bersama Tok Wannya).
Terpaksalah juga kurung dia lebih dalam air-cond. Memang bimbang
macam-macam particles dengan asap bakaran menyinggahi paru-parunya.
Bila SJ mengembangkan kepaknya, Sang Rambulan (SR) pun jadi sugul juga.
Gelap di atas tu. Sukar nak menggambar. Pandai-pandai pula si lensa menduakan SR.
23.6.13, kira-kira jam 9.00 malam. |
SS + SR + kita semua, ayuhlah berdoa semoga SJ segera pergi.
SJ ini suratan. Bagaimanalah kita boleh menjelaskan ia juga "buatan"!
47 comments:
Salam pak Temuk,
cantik pulak gambar waktu jerebu ni yer, paling suka gambar no 1 dan 2
Dalam ga,bar SJ tu nampak macam kabus embun pula... hahaha
kat area sini makin tebal...bdn da bau asap je
Salam paktemuk..
Masalah SJ nie tak setel2 kan..tiap2 tahun mesti diserang..kesian mrk2 yg dah ade penyakit berkaitan..bila kena serang makinlah sesak..sampai bila agaknya mslh SJ nie akan selesai...wallahua'lam..
smRose
Wa'alaikumussalam smRose.
Hihihi. Tapi, walaupun dia kelihatan cantik seperti dalam gambarnya, perangainya tak semestinya kita sukai. Malah boleh jadi si cantik itu sangat merbahaya. Walau apa pun, dalam kes ini, nampaknya kita kenalah bersabar. Dia yang cantik gambarnya itu adalah satu ujian dari Allah.
NIZAM.ARIFF
Masa mula-mula Kang Temuk pindah ke Bangi ni (kumpulan pertama, tahun 1978), memang kabus + embunlah yang sentiasa kelihatan hampir saban hari. Sejuklah mata, hati + badan. Bahan-bahan terapung di atmosfera dalam jerebu sekarang ni beri kesan yang lain pula kepada mata, hati + badan.
KHAIRIN : ANIES
Alahai... minta-minta jerebu tu segera beredar. Semakin menebal, kawasan mana tu? Jaga-jagalah, takut kalau-kalau kulit sensitif, boleh bermasalah pula. Pak Temuk pun bimbang ni, bila badan kena asap sampai beraroma ikan salai, takut pula kalau-kalau digigit kucing. Ceria selalu!
UMMUAIDAN
Memang menggeramkan hati juga kes ni. Takkan tiap-tiap tahun "mesti berlaku". Kali ni teruk betul. Bayangkan, di Muar Johor, bacaan darjah pencemarannya sampai 700+ sedangkan bacaan 100+ pun sudah dikategorikan tak ok. Tak tahulah apa sebenarnya masalah berkaitan jerebu ini pada peringkat antarabangsanya. Nampaknya negara kita bukan saja jadi wadah/sumber pekerjaan utk orang, tapi juga wadah kesan negatif dari pembangunan orang.
Aduhai SJ... SJ... semua org nak sesak dibuatnya.
Kasihan baby tu Pak Temuk. Sebaiknya kurung aje dlm bilik dan pasang aircond. Ukt kakak sabtu/ahad di rumah 24 jam on aje aircond. Selain sebab jerebu tapi haba panasnya lain macam. Kami langsung tak buka pintu/tingkap. Bau org membakar dan debu boleh nampak atas kereta kita.
Masa kakak komen ni luar pejabat kakak sedan gerimis kasar harap-harap dpt kurangkan SJ..
Salam Pak Temuk,
Saya juga ada mengambil beberapa 'shot' gambar SS. Tetapi tak secantik gambar yang Pak Temuk ambil. SS disebalik pepohonan.
KAKZAKIE
Bahan apungan dalam atmosfera memang membimbangkan, terutama dari segi kesan kesihatannya ke atas wargatua dan kanak-kanak. Kata berita petang ini ada 8 syarikat perladangan Malaysia yang terlibat dalam pembakaran. Tapi, berapa banyak pula syarikat tempatan dan lain2 negara? Mengapa tak diambil tindakan walaupun ada syarikat2 Malaysia? Memang tak mudah bagi mereka nak jawab sebab ada implikasi ekonomi dan politiknya ke atas mereka. Tapi takkan nak buat macam tak tahu saja bila ia mengesani kehidupan negara2 jiran!
PAKMAIL
Wa'alaikumussalam, PakMail.
Sejujurnya, PakMail, semua gambar SS di kala ini jadi "tak cantik". Kejadiannya, lagilah "tak cantik". Malah boleh memarahkan. Bila dikenangkan yang SS jadi kabut kerana "buatan" manusia, kita memang boleh jadi sedih dan tak berkenan di hati. Fikirkan banyaknya kanak-kanak sekolah, pekerja, dan orang persendirian yang terganggu jadual harian mereka pun jadikan kita rasa terkilan di hati.
Tapi, tak mengapalah PakMail, nanti tayangkanlah juga foto2 PakMail tu. Ingin juga melihat wajah SS di sebalik pepohon tu, yang Pak Temuk jangka mesti muram wajahnya.
Apa-apa yang berlaku ada hikmahnya. Sudah menjadi suratan jerebu akan melanda negara kita hasil buatan manusia. Satu pengajaran dan ingatan kepada semua. ;-)
salam ziarahi pak temuk
السلم عليكم ورحمة الله
Subhanallah,
Maha Suci Allah yang mengurniakan hikmah yang tidak dapat kita singkap.
Alhamdulillah,
Syukur, kerana membenarkan kita semua melalui pengalaman dan pengajaran ini.
Allahuakbar,
Perjalanan hidup yang singkat ini kita teruskan dalam Rahmanirrahim Allah yang Maha Besar jua..
Berempat tegak di tepian,
Cukup berlima maka mandi;
Usah mengumpat di bahagian,
Suratan sudah dimenterai.
Burung lekung berbunyi malam,
Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam,
Suratan kita dah terjadi dahulu.
Peluang menggambar sang rawi bundar merah kini terhidang....tahniah... foto SS yang bergaya itu!
والله أعلم بالصواب
Salam Pak Temuk
Bila dalam a/c lagi berbau asap, sebab kat dalam opis makchaq lagi kuat bau asap dari kat luaq
Kat rumah pasang kipas siling dan kipas meja pasang kat tingkap sedutkan asap keluaq.. tak bau asap la dalam rumah..
HJH NORALENNA ABBAS
Semoga benarlah, antara hikmahnya, kita belajar dari kesilapan dan berusaha pula untuk mengatasinya. Ada kalanya cara untuk mengatasi atau membetulkan kesilapan amat sukar, kerana pelbagai kekangan dan kepentingan. Ceria selalu!
AYAH ZAIN
Wa'alaikumussalam, Ayah Zain. Terima kasih melapangkan masa singgah. Semoga sihat sejahtera selalu.
Memang teruk sangat pak temuk..kat shah alam katanya api dah 280....sentiasa beraircond lah gamaknya ni..mmg fully airconded. Plus terpaksa tambah air puriefier....
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi.
Terima kasih di atas komen Cikgu yang bermanfaat itu. Semoga Allah juga mengizinkan kita mempelajari sesuatu, malahan banyak perkara, darinya. Dan seterusnya bertindak sewajarnya.
Belum bermalam bertikaran sebaris,
Cahaya di beranda nampaknya pudar,
Fajar tidak menunjuk wajahnya;
Belum beralam suratan dah tertulis,
Percaya kepada qada dan qadar,
Belajar dan bertindak daripadanya.
Peluang menggambar sang rawi bundar merah memang terhidang kini. Syukur kepada Allah. Dengan doa agar kita terus menerima hidangan lain yang lebih baik pula dariNya, sentiasa.
MAKCHAQ
Bau asap kalau tak menyucuk rongga hidung tak mengapalah juga, makchaq. Kita bayangkan itu bau ikan salai yang uumph, hihihi. Pernah Pak Temuk merasa "tenggiri smoked fish" di UPM puluhan tahun dulu. Ada aroma asapnya... kata rakan, itulah asap kayu getah. Takut juga, kalau pun asap tak berbau tapi apungan di dalamnya menerobosi lubang hidung kita, hatta bertahta dalam paru-paru. Tak tahulah kesasihannya, ada yang cerita "particles" amat halus yang berlabuh dalam paru-paru tak mungkin boleh cari jalan keluar!
AZIAN ELIAS
Memang, dengan bacaan 100 pun kita sudah tak selesa. Inikan pula 200 lebih. Dalam satu surat khabar semalam, bacaan di Maur dilaporkan sampai 700+!! Tak boleh bayangkan keadaan di situ. Kalau kita boleh lari masuk ke bilik berhawa dingin, nak lari ke manalah orang2 yang tak punyai air-cond di rumah, terutama yang di kampung-kampung. Siang-malam mereka terpaksa menghidu asap berisi apungan. Semoga Allah mengasihani kita semua dan kita sabar menghadapi ujianNya ini.
Cikgu, nampak cantik pulak gambar2 matahari dan bulan dalam cuaca jerebu ni...harap2 jerebu cepat berakhir.
MAK WARDAH
Semoga sihat sejahtera selalu.
Sekali pandang memang cantik, Mak Wardah. Tapi dua tiga kali pandang rasa sedih pula. Juga bimbang. Juga terasa hati kat orang. Tapi yang terjadi telah tersurat. Allah yang mengkehendaki kejadian, kepada-Nya kita mohon dengan penuh keinsafan semoga kejadian serupa tak berulang, dan yang telah terjadi pula segera berakhir. Di kawasan Mak Wardah bagaimana?
Jangankan kata yang kecil, yang dewasa trang tang tang pun ramai yang tewas dengan SJ. Setakat ni, hanya Sandakan jer yang paling bersih udaranya. Eh, Langkawi pun masih ok rasanya Pak Temuk.
Jerebu ni kira bala la jugak ye dak? Tapi bagi kaki asap memang tak alahan dgn jerebu ni kot. Cumanya partikel halus bagai habuk kayu itulah yg agak mengancam jiwa dan raga. Amalkan banyak minum kosong ye.
Looking towards the sea it is all grey without the normal dividing horizon separating the sky and the ripples on the sea surface - scary.
AZIELA
Benar tu. Yang menua + ada masalah kesihatan pula, terutama yang berkaitan dengan pernafasan, memang mudah kecundang. Pembakar-pembakar gergasi di sana tu tak sihat hati mereka, tak kiralah siapa mereka tu, sehingga tak pedulikan kesejahteraan hidup orang lain.
SCHOOL OF TOTS
Pak Temuk setuju juga tu, dari satu segi ia mungkinlah bala juga. Mungkin bala dari kerakusan eksploitasi persekitaran demi pembangunan. Tindakan yang membakar mengkesani kita. Itu juga mungkin sememangnya bala yang Allah mahu sampaikan kepada kita oleh kerana kesalahan-kesilapan kita yang mungkin kita sedari atau tidak sedari. Walau apa pun, sumber jerebu adalah "deliberate human action" yang mengecewakan.
AL-MANAR
You are right. Those giant companies, whose main interest is nothing but economic gains, have turned our skies, seas and rivers, and certainly our land, its flora and fauna, and its hills and mountains, into something so scary, and so painful to look at and live with. And with a deep sense of hopelessness, year after year, apparently, many continue to look at such a happening as "perkara biasa" and associate it with "suratan".
Assalamu'alaikum Pak Temuk :)
Delima sejuk mari disorong,
Nona papaya bertanam-tanaman,
Tanaman tetap di sebelah batu,
Pecah sebelah labu Pak Tapa,
Rebah sendiri dahannya tua;
Purnama merajuk mentari murung,
Kerana cahaya pinjam pinjaman,
Pinjaman sekejap Allah Yang Satu,
Usah disalah jerebu menyapa,
Muhasabah diri ujiannya Dia.
UMMI KAMI
Wa'alaikumussalam Ummi Kami budiman,
(i)
Gaya gelama gaya si pari
Bermainan bagaikan selangat pelata
Tuba bahananya kalahkan kail
Usahkan kerapu sekalipun siakap
Mainan sekolam dihentikannya;
Cahaya purnama cahaya mentari
Pinjaman bagaikan hayat kita
Tiba masanya Allah kan ambil
Usahkan jerebu si penyapa singkat
Sekalian alam dikiamatkan-Nya.
(ii)
Berterbangan balam apalah hiraukan
Padi bonda bertimbunan hasilnya
Kita sumbukan pelitalah masak
Biarlah sajian melempah kenikmatan
Pentingkan akhir dari mulanya;
Sekalian alam Allah pinjamkan
Jadi ternoda pembangunan topengnya
Kita jerebukan kitalah perosak
Benarlah ujian, muhasabahlah buatan
Pentingkan zahir lesap batinnya.
Assalam buat Pak Temuk yang Ummi hormati... :)
Allah...Allah...indah sungguh pantun Pak temuk, apa rahsia apa petua, orang lama jangan dibuat main, sebagai rujukan bagaikan cermin...sungguh Ummi rasa terharu kerana pantun yang terlalu indah dari seorang yang tinggi pohon ilmunya.... terimakasih Pak Temuk... :D
UMMI KAMI
Wa'alaikumussalam, Ummi Kami.
Alahai.... malu tersipu-sipulah Pak Temuk jadinya, dengan ungkapan sedemikian rupa.
Apa pun yang ada pada kita adalah milik, pinjaman dan dengan keizinan Allah. Pasti Ummi ingat sangat, maksud dari pembayang "Yang kurik kundi, Yang merah saga". Itu, malah apa pun, semuanya bersumberkan Allah. Maka segala pujian tertinggi adalah milik-Nya. Pak Temuk doakan iltizam tinggi Ummi Kami dalam memertabatkan pantun akan terus memercu.
assalam Pak Temuk.. hari ini indah sungguh, sudah pergi barangkali jerubu-jerubu itu... harapan kita semua jgn datang lagi.. seronok baca pantun-pantun org lama.. kalau saya la terkial-kial gitu!!
Assalamualaikum Ayah,
memang kesian si kecil tu... walaupun udara dalam air-cond pun kurang 'segar' tapi itu pilihan 'terbaik' yang ada.
Syukurlah jerebu tidak begitu ketara di tempat kami... tgapi sesekali rasa sumpek juga bila memandang ke langit melihat warna yang kelam-kelam suram, matahari pun macam malas-malas mau memancar...
SUKA SUKA
Wa'alaikumussalam suka suka.
Di kawasan Pak Temuk pun sudah 95% seperti biasa hari ini. Panas mula terik semula. Tak mengapalah panas tu, asalkan jangan jerebu! Harap-harap jerebu malu nak datang lagi, tapi sumbernya di seberang tak tentulah malu atau tidak, hihi. Memantun sekali sekala, suka suka, untuk suka-suka.
AMIE
Wa'alaikumussalam Amie.
Bebarapa hari yang lepas ini memang persekitaran "sumpek". Dalam bilik berair-cond siang malam pun sumpek. Di luar, sumpek + pedih hidung mata + panas (termasuk panas hati sikit kepada penebang dan pembakar hutan). Syukur keadaan sudah hampir pulih sepenuhnya. Semoga tak terkesan apa-apa cucu Ayah tu. Semoga si kecil Amie di sana tu pun sihat sejahtera selalu.
Dunia ini memang akantermusnah oleh tangan-tangan manusia sendiri. Itulah firman Tuhan...
IM
Takkan mungkin dapat kita mendustakan kata-kata Allah. Malahan mata kita sendiri berterusan menyaksikan kerosakan yang terus menerus dilakukan. Lalu lebih tahulah kita sekarang akan kelemahan-kelemahan EIA (environmental impact assessment), SIA (social impact assessment), atau apa juga kaedah yang digunakan bagi kononnya menjaga kelestarian ekologi.
walaupun utara tak seteruk Selangor,Melaka,Johor..tp kesannya tetap ada..pedih2 hidung,kerongkong...Alhamdulillah...dh seminggu hujan turun..
Salam, sy follow blog En. n En. follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.
Salam Cikgu Temuk,
Cantik gambar-gambar yang Cikgu letakkan ni.
Saya pulak ada satu dua pokok orkid saya layu, sekarang sedang membaikpulih tu. Ada juga pokok bunga dalam pasu yang daunnya terus kuning macam musim luruh di eropah (itu kata orang, saya tak pernah sampai ke sana).
Sekarang pun nampak seolah2 nak jadi balik ni.
KAMSIAH
Alhamdulillah. Hujan telah turun di sana sini. Nampaknya, dengan izin Allah, masalah jerebu ini telah berakhir. Janganlah pula masa bulan puasa ini tukang tebang dan bakar hutan di sana tu lupa akan negatifnyanya kesan tindakan mereka ke atas kita beberapa hari yang lepas. Selamat menyambut Ramadhan mulia!
ROSE AZADIR
Terima kasih sudi singgah ke blog Pak Temuk. InsyaAllah akan ziarah blog Rose Azadir nanti. Selamat menyambut bulan puasa!
ROSE AZADIR
Wa'alaikumussalam and tq to you too.
KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK.
Syukur masalah jerebu ni telah terurai nampaknya. Kalau tidak, kesihan nanti para peniaga kuih bulan puasa, susah nak buka gerai. Mungkin apungan dan cuaca masa jerebu ada kesan negatif ke atas tanam-tanaman. Tapi pokok bunga siantan kuning, pokok periuk kera + pokok pakis pontianak Pak Temuk macam dapat suntikan positif pula dari jerebu. Mungkin juga kebetulan! Selamat menyambut Ramadhan mulia!
Post a Comment