Pak Temuk panggil dia ni Terung Hijau saja. Blogger Adry@Daun pasti tahu namanya.
Memang biasa tengok buah terung ini di pasar. Juga di pasaraya
sana sini. Tapi tak pernah beli, sebab fikiran di kepala kata, "takkan sedap!"
Yang sedang untuk dihidang. |
Putik yang cantik. |
Sejak pernah memakannya sebagai ulam mentah di Kg. Daun, Bandung
(entah berapa tahun dulu), si isteri kata, "boleh
tahan".
Tapi Pak Temuk tetap dengan fikiran di kepala dulu juga, tak menyukainya.
Pasal tak suka, adalah unsur ketadpedulian yang tinggi. Termasuk
mengenai asal-usulnya. Tumbuh sendiri? Atau bawaan burung atau angin?
Walau apa pun, kalau nak dibiakkan Terung Hijau ini sekarang, insyaAllah boleh.
Pastikan pokoknya sejahtera dulu. Tolong tongkat dahannya yang
menyembah bumi.Lagi pun dah lama tak praktis membuat penyangga sepit udang tu. |
Tengoklah terbiarnya, tapi cantiknya, bakal zuriat yang berjuntaian ini.
Bakal zuriat yang berjuntaian eloklah dipetik,
kemudian disimpan. Usahlah dikuasai sangat dek fikiran di kepala tu!
33 comments:
Kalau kakak suka terung hijau ini Pak Temuk. Kalau masuk dalam dalca pun sedap sebab dia tak mudah lembik berbanding terung yg purple tu.
dimasak lemak kuning dengan ikan masin sedap tu, kakang...
Goreng celup tepung tempura pun sedap.
Saya dah cuba, tapi saya memang kurang suka terung nie juga. Tapi boleh makan, cuma kurang gemar. Oh, cantiknya penyangga sepit udang Pak Temuk. Pasti pokok tu tak sakit di sangga begitu.
Salam Pak Temuk,
kalau kat kampung saya terung ni panggil terung bulat ataupun "bokdong" dalam bahasa Bugis. Selalu buat masak bening(tumis air) campur dengan sayur bayam + kacang panjang
assalam Pak Temuk.. wah beruntung sungguh tidak perlu disemai terung ni.. dan berbuah pula ... rezeki masing-masing kan.. dah banyak cadangan kawan-kawan tu... mungkin ada antaranya yang akan menukar rasa "itu"
uiii terung msk kn dlm dalca best ni
KAKZAKIE
Memang Pak Temuk pun nak kata terung ni jenis keras. Buah mudanya pun kalau dipetik-petik terasa macam berdenting, hihi. Betullah kata kakzakie, kalau dimasak ia tak lembik. Dan masa makan di Bandung dulu tu, sebagai ulam mentah, terasa bunyi keriuk, keriuknya. Terima kasih beri idea kegunaannya.
NIZAM.ARIFF
Waduuuh, cerita pasal masak lemak (walaupun sepatutnya pantang santan), memang boleh jadi ngences! Ikan masin sepat Siam bolehkah? Mungkin boleh dicari di sebelah Sg. Manik!
SriKota Garden
Tentu SriKota Garden peminat tempura. Terima kasih di atas cadangan menempura terung hijau itu. InsyaAllah akan dicuba kemudian nanti.
AZIELA
Betul, boleh makan, tapi sikit ada kurang suka. Walau begitu, bila baca tips dari rakan-rakan di sini, nampaknya bolehlah dicub cara-cara baru menikmati terung hijau. Entah-entah dengan resipi-resipi baru, buahnya tak sempat bergayut lama pada dahan!
Penyangga sepit udang itu dibuat dari tinggalan rumpunan buluh yang sudah lama Pak Temuk pupuskan. Bila dahan disangga, buah taklah mencecah tanah.
BUNGA TULIP
Terima kasih sudi singgah.
Masak bening "bokdong" + bayam + kacang panjang tentulah merupakan satu jenis masakan sayur yang baru bagi Pak Temuk. Pernah makan sayur bening bayam, juga kacang panjang, tapi bukan yang dicampurkan dengan bokdong. Pasti menarik tu. Ketemu lagi!
July 18, 2013 at 7:48 PM
Delete
SUKA-SUKA
Wa'alaikumussalam, suka-suka.
Alahmadulillah, pokok percuma! Betul kata suka-suka... dah banyak cadangan kawan-kawan tu... mungkin ada antaranya yang akan menukar rasa "itu". Memang benar juga, kesedapan sesuatu jenis makanan, boleh bergantung kepada sama ada ia dimasak atau dimakan mentah, juga gabungan resipinya.
Khai♥Rin : anies
Komen ni selari dengan komen teratas dari kakzakie. Jadi, kira confirm lah, terung hijau tu hebat sebagai campuran dalam dalca. Tapi, bilalah nak masak juadah rumit ni... Yang paling "best", dalca kambing atau lembu?
salam ramadhan pak temuk..
hmmm..sbb mind set awal2 lagi camtuh mungkin ssh nak ubah pandangan kan...at least pak temuk sanggup jgk tanam dirumah..lama2 inshaallah makin suka lah tuh..:)
السلم عليكم ورحمة الله
Samala macam saya...dari awal xsuka petai.....sampai sekarang pun saya tak tahu nikmat makan petai tu!
Tentu "Bank Biji Benih" kat umah Abang Temuk berbagai kan? Nanti poskan pulak pasal biji-biji benih tu...kot boleh ngendeng????
UMMUAIDAN
Salam. Semoga ibu berpantang dengan puteri barunya, serta dua orang lagi ahli keluarga, sentiasa sihat wal'afiat.
InsyaAllah mind set boleh berubah. Nanti akan cuba masakan terung hijau itu. Mungkin rasanya hebat.
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi,
Petai? Dulu Bang Temuk sangat sukakannya. Kini kurang menyukainya dah, sekalipun dimasak. Cikgu boleh cuba petai disayur lemak, disambal-tumis, dibakar, dan di lain-lainnya. Mana tahu, boleh jadi suka. Petei di Bido mughah ghegenye!
"Seed Bank" yang ada tu pukang lintang keadaannya. Sepatutnya berlabel dan berbungkus elok-elok. Tapi, selama ni simpan ikut dan saja. Kalau ada hajat apa-apa benih, berilah tahu. Kalau ada bendanya insyaAllah dengan sukacitanya akan diposkan.
Salam Pak Temuk,
Apa jua terung saya makan. Terung panjang, terung bulat. Terung pipit lagi saya suka dimasak sambal tumis campur udang ke atau ikan bilis pun boleh.
Sedap Pak Temuk...
As salam Pak Temuk,
Nampaknya kita sama dalam hal ni iaitu tak berapa suka terung hijau bulat ni. Saya tak penah beli buah terung jenis ni apatah lagi nak menanamnya tapi biasa juga makan. Terung hijau bulat ni lbh rapuh berbanding terung lain. Sedap kalau makan segar sbg ulaman.
PAK MAIL
Wa'alaikumussalam, Pak Mail.
Terung pipit itu yang bulat-bulat macam guli, bukan? Yang itu, Pak Temuk suka pula. Boleh jadi ramuan utama gulai Siam (masakan Kedah, kalau tak silap). Tumis dengan bilis atau udang kering memang sesuai. Sudah lama tak ada terung pipit tumbuh sendiri di kawasan rumah Pak Temuk!
Adry@Daun
Wa'alaikumussalam Adry. Memang rapuh terung hijau segar tu. Macam biskut cream crackers pula. Bagi yang suka memang seronok mengunyahnya.... Pak Temuk nak cuba rasanya kalau dimasak lemak. Lepas itu buat cara orang Bugis pula (komen Bunga Tulip di atas), masak bening.
Abang Temok,
Citarasa saya kepada sayuran ini biasa sahaja.
Bagaimanapun, saya mempunyai naluri keasyikkan (bukan dibuat-buat) kepada buah terung yang baharu berbuah. Struktur pokok, daun, buahnya, warnanya membuat saya berperasaan sedemikian.
Maha Suci Allah yang memiliki kebesaran.
ikan sepat siam kalau lombong punya kurang enak, kang. yang sedap sepat yang dari sawah atau parit tapi sekarang sudah tak ada, kang. Gunakan ikan duri pun sedap juga, kang.
UJANG KUTIK
Maha Suci Allah, Pemilik segala-galanya. Kehebatan ciptaan-Nya wajar kita endahkan, apa lagi zat Pencipta itu sendiri. Memang, kita sepatutnya asyik dengan apa juga ciptaan Allah, kerana pada ciptaan itu semestinya terselindung satu pengajaran yang besar, jika kita mahu merenunginya. Selamat meneruskan ibadah puasa.
NIZAM.ARIFF
Malangnya, ya. Tapi utk produktiviti padi yang lebih baik, kenalah guna racun dan baja. Maka sepat Siam pun ghaib olehnya. Tak mengapalah, guna ikan masin yang lain, yang bagi Kang Temuk semuanya ok saja, termasuk tongkol, duri (dukang?), dan kurau. Yg tak ok mengenai iwak asin adalah sodium chloridenya, yang suka naikkan tekanan darah kita!
Assalamualaikum Ayah,
terung jenis ini memang senang tumbuh. Bonda suka tanam tepi rumah di bahagian belakang dapur (senang disiram dengan air basuhan beras atau ikan). Buahnya banyak... kalau selalu dipetik, makin rajinlah berputik lagi. Biasanya Bonda masak tumis dengan ikan bilis campur cili padi hijau hiris yang masih muda. Enak eh orak karuan digaweh lawoh madang, meneh angger eneng gereh!
Melung-melung ngolek kacang tolo,
Direndem sedino nang njero gentong,
Terong ijo enak digawe lawo,
Angger dimangan wes orak wero uwong!
Rebus cicah sambal belacan memang terbaik, manis2 tetapi kemanisan sayurlah.
kalau ayah sy dikg suka dibuat asam rebus (kunyit garam cili) dgn ikan bilis..sedap makan bila tak sihat
masam2 pedas gitu
AMIE
Wa'alaikumussalam Amie
Waduuh. Rupanya boleh jadi hebat terung hijau ini, ya? Ayah yakinlah sekarang, andai tak enak dijadikan lalap, apa pun, patut cuba dimasak.
Arek lungo oralah payah,
Kaine suwek rak duwe katok,
Jangan terong koyone nggayah,
Gajah nang ngarep rak biso ketok!
JunAina
Pastinya satu kaedah tersendiri dalam menikmati terung hijau. Terima kasih.
IRFA
Tentunya satu lagi kaedah tersendiri dalam menyediakan juadah terung hijau. Boleh cuba "bila tak ada orang di dapur"! Terima kasih.
Assalamualaikum..tumpang tanya..ada jual biji benih terung hijau ni tak? saya sangat memerlukan biji benih terung tersebut..
Post a Comment