Dia, lebihkurang jam 7 pagi tadi.
Kalau pun dia ngomong, agaknya tentu dia tak akan ngomongkan
cerita-cerita Kuala Besut.
cerita-cerita Kuala Besut.
Itu yang kaler putih yang akan ngomong. Dengan si dacing.
Dia agaknya akan ngomong pasal 2 benda lain.
No.1, hal yang berlaku di atas-atas itu.
Hal keadaan sekeliling yang dah pekat balik. Yang entah bila
No.1, hal yang berlaku di atas-atas itu.
Hal keadaan sekeliling yang dah pekat balik. Yang entah bila
nak betul-betul berpanjangan terang benderangnya.
Agaknya tentu dia akan ngomongkan
perihal orang masih bakar tebangan + hati.
Tapi agaknya, dia kan ngomongkan juga, bersabarlah!
perihal orang masih bakar tebangan + hati.
Tapi agaknya, dia kan ngomongkan juga, bersabarlah!
Benda no.2, dia agaknya akan ngomongkan, kita sudah 15 malam
menatapi wajahnya. Walau dalam masa bumbung dunia kabur-kabur.
Jadi, dalam 2 minggu lagi, insyaAllah, wajahnya akan hilang terus.
Kemudian timbul seconet, untuk kabarkan berita gembira untuk kita.
Selamat meneruskan ibadah berpuasa. Bersabarlah dengan segala ujian.
Teringat ada orang berpesan, bersabar biarlah tanpa batasan.
Marah yang perlu ada batasannya. Usah jauh-jauhkankan. Jangan panjang-panjangkan!
39 comments:
Salam Pak Temuk. Selalu dengar orang kata dah punah benteng kesabaran. Seharusnya tak perlu ada benteng atau sekatan dalam kesabatan kan Pak Temuk.
Malam tadi bulan mengambang penuh nampak cantik dari tingkap rumah.
Zama sekarang ramai yg kurang sabarnya Pak.
cantik sgt bulan malam tadi, lama sy pandang dia dr tingkap bilik
slmt berbuka PakTemuk ;)
AZIELA
Salam, Aziela. Benarlah tu, tak perlu ada benteng kesabaran. Kalau kurang kesabaran, lalu kita bina benteng, kita cubalah berusaha utk memecahkannya pula. Hanya dengan bantuan-Nya kita manusia ini mampu melakukannya.
JunAina
Benar, malam tadi di sekitar Bangi pun cantik rupa si bulan. Maklumlah, pertengahan bulan. Andai tiadalah sang kabus-debu di atmosfera, insyaAllah lebih cantiklah wajah si bulan.
Barangkali zaman yang penuh persaingan + tekanan hidup + permasalahan sosial ini menyebabkan ramai jadi menurun darjah kesabarannya.
IRFA
Bila pandang bulan cantik, dalam fikiran apalah agaknya yang terdetik? Tentulah, antaranya, kebesaran Allah yang mencipta bulan yang hebat itu, kan? Utk Irfa, Pak temuk juga ucapkan selamat berbuka puasa, insyaAllah dengan nikmatnya, dariNya.
kata-kata akhir tu sungguh bernas...
Salam Pak Temuk,
Pagi tadi sewaktu keluar ke tempat kerja bulan purnama jingga ada lagi menampakkan wajahnya di dada langit. Subhanallah sungguh indah ciptaanNya.
selamat menjalani ibadah puasa Pak Temuk.. 'orang yang kuat ialah orang yang bisa mengawal marahnya'
I missed it! Sayangnya....
berapa lama nk tggu snap 1 persatu pic tu? ;-)
p/s nk jemput tuan blog ni utk join GA simple sy ;-)
Salam paman,
cantik nampaknya si purnama
terang benderang tak berselidung masa di rakam
Saya siap suruh murid saya observe dan lukis hari-hari perkembangan bentuknya, senang nak mengajar tajuk ni nanti.
NIZAM.ARIFF
Opo yo? Alhamdulillah, yo kalo bernas, itu dengan izin Allah. Bila Nizam yang sebut bernas, Kang Temuk teringat BERNAS yang ada kaitan dengan hasil padi Sungai Manik.
BUNGA TULIP
Mungkinkah kejinggan si purnama dek kerana atmosfera yang diganggu-gugat? Kalau ya, mungkinlah ada di kalangan kita yang melakukan ganggu-gugat itu. Maka kitalah juga pengganggu keindahan dariNya.
Pak Temuk bersetuju, orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal marahnya. Selamat meneruskan ibadah puasa.
HJH NORALENNA ABBAS
Ketinggalan? Alenna di mana? Semoga menemui yang lebih baik, malah yang terbaik - malam lailatul-qadr!
Khai♥Rin : anies
Tak lama menunggu. Sebenarnya tukar spot mengklik saja.
Terima kasih jemput masuk GA
Khai♥Rin tu. Ada masalah nak ke kotak komen. InsyaAllah akan cuba lagi.
KASIH IBU
Wa'alaikumussalam.
Paman yakin tentu dia kelihatan lagi ayu kalau awannya tak dijerebukan orang. Masa dia berselindung, kita dakaplah kamera. Bila wajah bundarnya ketara, klik usah berhenti, hihi. Semoga puasa kali ini lebih cemerlang!
SriKota Garden
Itu satu cara yang baik. Tentu mereka boleh kaitkan rupa bentuk bulan pada 2 minggu pertama dan 2 minggu kedua dengan kedekatan/ketibaan hari raya.
Saya cuba juga nak snap gambar bulan masa Super Moon tu, tapi jerebu yang menjadi penghalang besar!
AZIEAZAH
Pak Temuk pun tak ambil gambar super moon. Keletihanlah tu. Jadi dapatlah gambar bulan pagi saja, yang kebetulan murung sikit dek kekalutan pesekitarannya di atas tu. Alhamdulillah, keadaan berjerebu sudah bertambah baik, termasuk di persekitaran Bangi.
Salam Cikgu Temuk,
Ada lagu dangdut kalau bulan bisa Ngomong.
Cantik gambar2 yang Cikgu letakkan di sini.
Selamat berpuasa untuk Cikgu dan keluarga.
Semoga kita semua masih diberi peluang berpuasa Ramadhan ditahun hapan pula.
Biarlah Bulan Bicara...:)
KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK
Pak Temuk pernah dengar lagu itu. Dah tak muda, senyum-senyum sajalah dengar ekspresi anak-anak muda. Selamat meneruskan puasa, KK dan keluarga. Semoga sihat sejahtera sentiasa.
AL-MANAR
Amin, amin, ya Allah, Tuhan Sekalian Alam. Sememangnya begitulah, kita berharap dan berdoa kita semua akan menemui puasa tahun hadapan, malah yang seterusnya....sekalipun ustaz juga selalu mengingatkan supaya kita menganggap puasa yang kita lalui adalah yang terakhir buat kita, dengan tujuan kita melakukannya dengan cara yang terbaik.
❤Kamsiah❤
Biarlah Bulan Bicara.... Sendiri? Begitulah agaknya sekiranya yang Kamsiah ingatkan itu "alunan Broery". Walaupun mengenai kisah percintaan, apa pun yang dia selalu kumandangkan, acap kukuh dan mendalam liriknya, dan punyai pengajaran hidup yang bernilai.
tengok bulan 2 malam lepas...
ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠّﻪُ
cerita tentang bulan teringat pulak lagu 'kalau bulan bisa ngomong'...
about Kuala Besut ))) nothing much to interfere sebab kakCT memanglah tersangat naif tentang politik ni. semoga Takdir Allah itu Indah...
CTPAYONG
Sekarang, setiap malam kita ingin lihat bulan... Wajahnya menjadi penanda, bulan mulia bagi tahun ini semakin mahu meninggalkan kita. Dia semakin menjadi si bulan sabit. Namun, ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠّﻪُ
dia tetap dengan keindahannya yang tersendiri.
Entah-entah setiap malam bulan sebenarnya ngomong. Kita saja yang tak mendengarnya, ya tak ctpayong?
About the KB bi-election, my friend Dato' A. Aziz Deraman today wrote a lovely article in the Berita Harian, entitled "PRK Kuala Besut bukti perubahan sikap politik". You might have read it. I couldn't have agreed more with him.
Assalamuálaikum Pakcik yang dirindui,
Semoga tunduk bangkitmu dibalasi,
Semoga keroncong perut enak diisi,
Pendekata hari2 Ramadan mu diberkati Ilahi..
Yes I'm back :)
Assalam pak temuk...
Timbul cinonet tu nanti bergumbira lah sefamily di pontian..yeahhh..
Assalamualaikum cikgu :)
Moga 10 malam terakhir ini sentiasa diberkati. Bersungguh-sungguh mencari malam terindah & kurangkan juadah, tingkatkan ibadah. (pesanan utk diri sendiri)
MAMATIM
Wa'alaikumussalam wbkt.
Baiknya hati mulianya kenangan
Bersama mari kita sekalian
Merendah hati berdoa sepanjangan
KepadaNya diri minta pengampunan.
Glad that you are back. ketemu lagi!
AZIAN ELIAS
Salam bahagia Yan.
Kita, insyaAllah akan bergumbira di mana-mana pun nanti dari masa dia cenonet sampai dia membulat, mengecil, hatta mencenonet lagi!
sudipVSsenduk
Wa'alaikumussalam sVSs.
Alhamdulillah, sama-sama kita selalu mengingatkan kepada yang mungkin telah terlupa. Semoga, khususnya sepanjang 10 mlm terakhir ini, kita ketemu dengan malam lailatul qadr. Mudah-mudahan!
Assalamualaikum,
Bulan yang sentiasa berkongsi cahaya yang menyinar di kegelapan....mungkin itukah omongannya???
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi
Mungkin juga itu omongan bulan. Supaya orang tak lupa. Termasuk yang dulu mengaji Quran di kampung.... sangat suka bila cahayanya menerangi malam, sewaktu balik dari rumah Tuan Guru. Apatah lagi bila jamung daun kelapa kering sudah terbakar habis!
supreme clothing
longchamp
golden goose sneakers
longchamp handbags
off white hoodie
yeezy 380
jordan shoes
yeezy shoes
birkin bag
lebron james shoes
Discover More louis vuitton replica a fantastic read best replica bags have a peek at this site gucci dolabuy
Post a Comment