Monday, July 8, 2013

SATU PERTEMUAN



Tarikh:  28 Syaaban 1434 (7.7.13).

Inisiatif abang. Alhamdulillah, dengan usahanya, kami adik beradik berkesempatan
menjemput orang-orang yang asalnya sekampung + orang-orang
Kg. Parit Serong (KPS) untuk berjumpa sebelum Ramadhan tiba.  
 KPS =  'kampung jiran'. Ia juga macam 'kampung kami sendiri' dari dahulu lagi. 
 
Rumah arwah ibu-ayah di Kg. Estet Sg. Haji Mohamad, sesekali digunakan juga. Abang (Hj. Sanusi) dgn adik (Ahmad) bersembang pasal perjumpaan esoknya di situ!

Abang dengan adik ipar kami, sedang mengatur sedikit ole-ole utk orang kampung semasa perjumpaan.

Perjumpaannya,  di surau KPS. Syukur, yang dah pindah ke
kampung-kampung lain pun sudi datang. Memang bertahun-tahun dah, nak sangat buat perjumpaan. Sebab bukan mudah nak bersua muka  (malahan walaupun 
sama-sama di kampung) +  nak kukuhkan, nak panjangkan tali silaturrahim.  

Alhamdulillah, Imam masjid +  bilalnya dari  satu lagi kampung jiran, 
Kg. Sg. Hj. Mohamad (KSHM), juga sudi bersama. Mereka bantu 
bimbing bacaan Yasiin + tahlil. Alhamdulillah dapat sama-sama berdoa memohon
kepada Allah keselamatan + kebaikan khususnya sepanjang Ramadhan yang dah nak tiba.

Saja untuk rekod sendiri, Pak Temuk nak
lekatkan sikit, gambar- gambar perjumpaan tu dalam entry ni.
Sebuah rumah kayu setentang dengan surau, di seberang parit. So cute!
 
Jam 11 pagi. Orang mula datang.
 
 
Abang (berdiri) menyampaikan kata-kata aluan. Kaum wanita berada di aras bawah.
Imam dari KSHM berbaju cokelat. Lulusan al-Azhar, mengajar di Sekolah Keb. SHM. Rupa-rupanya dia anak arwah Cikgu Nordin yang sama-sama belajar dengan abang di Sekolah Keb. SHM juga, dalam tahun 50-an dulu.
Abang (baju pelekat hitam-merah) dengan yang hadir.
Adik menyampaikan sedikit oleh-ole.
Rani, Pengerusi Surau KPS. Terima kasih sudi terima ole-ole cilik!
Sambil itu, caterer terus dengan tugas menyediakan hidangan bertalam.

Dipersilakan, Imam muda! Gelas airnya tak sampai lagi ya?

Kaum wanita menikmati hidangan dan sembang-sembang di aras bawah surau.


Tambah nasi, Kak, jangan tak tambah!
Ikan dah lari, menyorok di bawah meja tu!
Kak Salasiah (kakak saudara sepupu Pak Temuk) dengan cucunya.

Pak Temuk (baju merah), Hj. Mohamad, Hj. Yahya (rakan sekelas Pak Temuk di sekolah rendah), Hj. Asmawi, dan Hj. Sanusi (abang).
Dalam kumpulan ni ada orang Melayu, Jawa, Banjar, Kampar. Bagus tak komposisi etnik komuniti kampung Pak Temuk?
Anak sdra, adik ipar, kakak dan abang Pak Temuk.
Walau bergout, susah menyetat motor, Hj Yahya (baju kuning) tetap sudi datang.
Hj. Bakhtiar, tanpa bantuannya tak mungkin perjumpaan boleh berlangsung. Terima kasih, Haji!

 Kalau dah ada perjumpaan awal begini, walau masa hari raya nanti tak jumpa, 
sebab tak sempat atau lambat balik kampung, taklah terkilan sangat rasanya. Masing-masing pun sebenarnya memang sibuk dengan anak cucu masa raya. Sempit masa, sempit tenaga.

KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA BUDIMAN, 
PAK TEMUK UCAPKAN 

SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN MULIA. 
SEMOGA KITA SEMUA SIHAT DAN DAPAT MENJALANI
IBADAH PUASA DAN LAIN-LAINNYA, KHUSUSNYA SEPANJANG 
RAMADHAN INI, DENGAN SEMPURNA. SEMOGA PENGABDIAN KITA 
KEPADA ALLAH SENTIASA DITERIMA OLEH-NYA.


Nota:
1. Ketiga-tiga KSHM, KPS + kampung asal Pak Temuk ditadbir oleh JKKKK yang 
sama di  bawah Ketua KSHM. 
2. Kampung asal sebenar Pak Temuk dah puluhan tahun tak berorang. Ceritanya nanti jadi  
final entry untuk blog Pak Temuk ... soon, insyaAllah.

3. Terima kasih tak terhingga kepada Hj. Bakhtiar , rakan lama yang amat baik hati,
yang dengan rela hati telah menguruskan perjumpaan.

46 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

Salam Pak Temuk,

Untuk Tuan Hj Bakhtiar itulah tanda persahabatan. Dapat menolong dikala bantuan diperlukan.

Masih ada lagi surau yang keseluruhannya diperbuat daripada kayu ya, PakTemuk. Kalau di sekitar KL atau bandar-bandar besar lain dah tak jumpa lagi.

Apa pun Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak juga kepada Pak Temuk....

Ayah Zain said...

seronoknya dalam pertemuan yang diraikan

Kakzakie Purvit said...

Barokallah... suka kakak melihat keadaan kampung yg masih mengekalkan identiti betul-betul kampung. Seronoknya surau kayu begitu yg kakak rasa susah nak dapat lagi.

Pasti terharu org kampung dgn adik-beradik Pak Temuk yg gigih utk membuat pertemuan ini.

Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan ramadhan kakak ucapkan juga buat Pak Temuk.

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Temuk.

Selamat menyambut Ramadhan. Semoga diberikan Allah kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadaNYA.

Seronok dan meriah majlis perjumpaan dengan saudara mara yer Cikgu.

Nizam.Ariff said...

Assalamualaikum Kang Temuk,

Selamat menyambut Ramadhan.

Bila aku tengok foto-foto sebegini (rumah tradisional / kayu, surau papan dsb), aku terasa suka kerana terimbau kenangan semasa kanak-kanak... yang sentiasa seronok tanpa ada rasa duka atau risau.

tapi dalam masa yang sama, apabila realitinya pada hari ini menjelma, tiba-tiba aku dirundung sedih...

ngasobahseliman said...

Assalamualaikum Pak Temuk.Seronok dapat berkampung. Saja ingin tahu...peringkat anak-anak ada sama ke? Bukan apa Pak Temuk, saya dapati dalam keluarga saya susah hendak mendapatkan generasi peringkat anak dan cucu yang dewasa untuk bersekali dalam satu pertemuan.Seperti hampir luput budaya bergurau senda dalam keluarga besar. Ada kalanya tidak kenal dengan cucu-cucu saudara. Anak-anak saudara pun amat kurang bersua muka. Kasih sayang extended family makin kurang. Mungkin keluarga Pak temuk tidak begitu. Apa rahsia agaknya.

Umm AA said...

Salam Pak temuk..
alhamdulillah pertemuan begitu mmg bagus sangat untuk menjalin kembali silaturrahiim..bagus inisiatif tu..
selamat berpuasa tuk pak temuk sefamili, semoga bertambah amal & keberkatan..

Adry@Daun said...

As salam Pak Temuk,

Budak2 muda sekarang kata pertemuan seperti ini adalah 'reunion'. sesuatu yang sangat baik bagi kita yang dah lama tak bersua muka dan bertanya khabar. Alhamdulillah..., apa yang dirancang berjalan dengan baik dan selesai dengan sempurna. siap ada hidangan bertalam lagi. Kenduri sekarang dah banyak guna 'buffet'. Semuanya nak cepat, ringkas dan mudah.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Keluarga saya pun baru je lepas 'reunion' - 01 Julai 2013 yang lalu - detik terakhir kami bersama bonda - al fatihah!

Selamat menjalani ibadah puasa. Maaf zahir dan batin.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Berhimpun satu keluarga juga bersama jiran sekampung mengeratkan lagi silaturahim, apa lagi dalam tempoh yang lama tidak bersua. Tentu banyak cerita. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Semoga Temuk serta keluarga diberi kesihatan yang baik, hati yang tabah untuk menjalani ibadah ini. Semoga mendapat keredhaan Allah SWT hendaknya, Ameen, Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya.
BTW, please don't stop blogging..
Hi hi.TQ

@na said...

salam Pak Temuk, pertemuan begini boleh mengekal ikatan silahturahim berpanjangan...Alhamdulillah dan selamat berpuasa

Temuk said...

PAKMAIL
Wa'alaikumussalam, PakMail.

Hj Bakhtiar itu anak kepada pemilik kebun besar zamannya, dan arwah bapa saya juga pernah bekerja di kebun itu. Alhamdulillah, kami keturunan mereka dapat meneruskan hubungan akrab sekalipun terpisah lokasi kediaman. Generasi di bawah kami rasanya memang tak mungkinlah!

Di kampung itu hampir semua rumah merupakan rumah asal, warisan generasi ibu-bapa kami. Banyak rumah telah dibuka dan dipindahkan. Pak Temuk harap surau kayu akan kekal. Yang penting ada kemudahan moden di dalamnya dan kampung terus berpenghuni bagi mempastikan surau itu terus hidup! Selamat menjalani ibadah puasa, Pak Mail!

Temuk said...

AYAH ZAIN
Semoga Ayah Zain sekeluarga sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan tabah dan sempurna. Dapat berkumpul dengan orang-orang yang kita sayangi sememangnya satu keseronokan, dan peluang itu amatlah disyukuri.

Temuk said...

KAKZAKIE
Pak Temuk pun harap surau kayu itu akan terus tegak gagah. Minta-minta kampung pun terus berpenghuni untuk pastikan surau itu terus hidup!

Harap-harap orang kampung gembiralah dengan pertemuan itu dan lain kali ada pula geng lain yang sudah keluar kampung berkesempatan menganjurkannya.
Untuk kakzakie dan famili Pak temuk ucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah lainnya dengan lebih jayanya, khususnya sepanjang Ramadhan mulia ini.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK.

Untuk KK sefamili Pak Temuk doakan semuanya sihat wal'afiat. Juga diucapkan selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah lainnya, sepanjang bulan penuh barakah ini.
Alhamdulillah, memang majlis perjumpaan dengan saudara mara dan penduduk kampung itu kami rasa menggembirakan. Semoga Allah memberkati dan meredhainya.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

NGASOBAHSELIMAN
Wa'alaikumussalam ngasobahseliman. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah.

Memang seronok sangat dapat berkampung dengan orang kampung di kampung! Dalam perkumpulan itu bilangan orang muda memang sangat-sangat kecil. Bukan kerana mereka tak melibatkan diri, tetapi sebab memang sudah tidak ada anak muda di kampung. Mereka telah berpindah ke bandar. Dan yang ada, menunggu masa untuk keluar kampung. Pak Temuk tak nampak kemungkinan populasi kampung boleh bertambah! Seperti kg asal sebenar Pak Temuk, tida penghuninya sekarang!

Apabila masyarakat kita mengalami modenisasi, seperti kita mahu menjadi negara maju, mungkin sukar untuk kita pastikan sistem famili luas dapat dipertahankan kekukuhannya, baik dari segi struktur dan/atau fungsinya. Nilai-nilai dan pelbagai tuntutan modenisasi akan mengekang usaha (atau impian?) untuk mengukuhkan famili luas itu. Rasanya, walaupun sampai zamannya kita yang di bandar balik tinggal di pinggir bandar atau desa, nilai-nilai dan tuntutan-tuntutan hidup yang bersifat individualistik (walaupun kita tak di bandar) akan terus mengukuh, dan itu akan melemahkan nilai-nilai dan tuntutan-tuntutan famili luas. Sejujurnya, yang angasobahseliman rasa dan alami itu samalah dengan yang Pak Temuk rasa dan alami.... juga yang umum rasa dan alami.

Temuk said...

Adry@Daun
Wa'alaikumussalam Adry.

Malangnya yang kami sempat buat itu sebenarnya bukanlah satu "reunion". Sebab "orang dalam yang keluar" yang datang untuk perjumpaan itu cuma kami dua tiga kerat saja. Apa yang Adry sebut memberi Pak Temuk satu idea baru, iaitu kemungkinan diadakan satu "reunion" selepas sembahyang raya di kampung. Masa raya ada keluarga-keluarga yang balik beraya di rumah adikberadik atau saudara-mara di kampung, sekalipun ayah-ibu sudah tiada. Jika dibuat masa lain, mungkin sukar untuk orang balik kampung khusus untuk tujuan itu. Pastinya pengurusan "reunion" itu lebih kompleks, tapi bolehlah juga dicuba akan datang.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi.

Takziah dari Pak Temuk di atas kembalinya ke rahmatullah bonda Cikgu itu. Semoga rohnya di dalam peliharaan Allah jualah hendaknya!
Semoga perjumpaan akan selalu diadakan bagi mengukuhkan hubungan di kalangan ahli keluarga yang masih ada.

Selamat berpuasa. Semoga akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah sentiasa. Maaf zahir batin.

Temuk said...

@na
Wa'alaikumussalam @na.

Memang banyak kebaikan dari pertemuan begitu, walaupun dibuat hanya sekali sekala. Pak Temuk ucapkan selamat berpuasa, semoga diredhai Allah segala amalan khususnya sepanjang Ramadhan yang penuh keberkatan itu.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Wa'alaikumussalam, Nizam.Ariff.
Selamat menyambut Ramadhan.

Kg asal sebenar Pak Temuk dah tak berpenghuni. Kg no.2 dgn no.3lah yang sekarang boleh diziarahi dan dirapati, sebab di situ juga tempat kita jatuh + bermain dulu. Pada peringkat umur sekarang ni, bila lihat apa yang ada di sekeliling kg tentu akan terkenanglah kita ke zaman indah yg sudah berlalu. Memang amat sukarlah bagi kita untuk tidak jadi bersedih, sayu dan hiba......

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan.

Semoga orang baru Arissa Zahra, abangnya, papanya, juga mamanya, semuanya sihat sejahtera. Untuk ummuaidan sefamili Pak Temuk ucapkan selamat menyambut Ramadhan mulia. Mudah-mudahan Ramadhan dapat dilalui dengan cemerlang, insya-Allah. Jaga kesihatan, ya.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Wa'alaikumussalam Alenna.

Orang kg macam Pak Temuk, pulang ke kg, temui orang kg, walau sejenak, amat terasalah baginya kegembiraan. Ingat, kan, peribahasa "sirih pulang ke gagang"? Kata orang-orang Jawa di Pulau Jawa (bukan di Malaysia, hihi), tak makan tak mengapa, asalkan berkumpul... Orang Minang kata apa, ya?

Semoga Alenna dan ahli keluarga di BC dan BS sihat wal'afiat. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lainnya, dengan doa semoga mendapat keredhaan Allah jua hendaknya. Mohon, dengan takzim, ampun-maaf di atas segala salah silap Pak Temuk.

Tabir NUKILAN Pak Temuk memang dah mula melabuh. Namun, insya-Allah, laman "Around Us" akan cuba diterus-hidupkan, walaupun kadarnya mungkin slow and low.

Bunda_nora said...

Assalamualaikum,

pertemuan yang akan menambah erat silaturrahim dan ukhuwah..

selamat menyambut ramadhan almubarak..

Bunda_nora said...

Assalamualaikum,

pertemuan yang akan menambah erat silaturrahim dan ukhuwah..

selamat menyambut ramadhan almubarak..

dear anies said...

meriah nyerrrrr


salam ramadan 1434H utk pak temuk sekeluarga

kasih ibu jua said...

Assalamualaikum tahniah diatas kejayaan mengatur pertemuaan sekampung dan sekitar kampung paman
Memang bukan mudah nak jumpa sekali semua

Selamat menyambut ibadat puasa buat paman dan keluarga ampun maaf segala silap salah

Salam ramadhan al-mubarak..

Unknown said...

Assalamu'alaikum Pak Temuk yang Ummi hormati ^^,

Bertanam pandan di jalan merah,
Lebat kuini sibuah markisa,
Buah delima tiada berbela;
Salam Ramadhan bulan maghfirah,
Selamat menjalani ‘ibadah puasa,
Ibadah maksima ganda pahala….^^,

Alhamdulillah semoga Pak Temuk dan keluarga sentiasa dilimpahi cahaya kasih sayang Allah....amin, Ummi pun teringin nak reunite dengan semua famili.. ^^,

Al-Manar said...

Nampaknya ramai warga mas. Mana hilangnya anaak buah. Selamat berpuasa

Temuk said...

BUNDA aka KN
Wa'alaikumussalam BUNDA

Semoga pertemuan itu benar-benar menjadi satu kaedah yang berkesan bagi kami mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah. Lain kali, mudah-mudahan, ada orang lain pula yang berkesempatan mengadakannya.

Untuk BUNDA dan keluarga, Pak Temuk juga ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga puasa kita, dan apa juga ibadah kita sepanjang Ramadhan, akan diterima Allah.

Temuk said...

KhaiRin : anies

Salam Ramadhan untuk Khairin. Selamat berpuasa dan bertarawih. Mudah-mudahan segala amalan kita, khususnya sepanjang Ramadhan ini, diredhai Allah jualah hendaknya.

Temuk said...

KASIH IBU
Wa'alaikumussalam, kasih ibu. Paman ucapkan kepada kasih ibu sekeluarga, selamat menjalani ibadah puasa, tarawih dan lain-lainnya sepanjang Ramadhan mulia ini.

Semasa perjumpaan itu memang ada orang kampung yang tinggal jauh seperti di negeri-negeri lain dan tak boleh datang. Yang sempat datang hampir 100 orang, merupakan mereka yang masih tinggal di kampung Parit Serong atau kampung berdekatan.. Maaf di atas salah silap Paman.

Temuk said...

UMMI KAMI
Wa'alaikumussalam Ummi Kami,

Berangan zaitun kuini bersabut,
Setalam pandan si bumi laman,
Dengan santun di sini menyambut;
Salam Ramadhan Ummi budiman.

Berperisa cengkih penyudah minumnya,
Berkantunglah gulanya masa dihimpun,
Berpuasa bertarawih beribadah lainnya;
Beruntunglah andainya dosa terampun.

Semoga hasrat murni Ummi untuk berkumpul dengan semua famili itu terkabul suatu hari nanti. Insya-Allah.

Temuk said...

AL-MANAR
Semoga sihat sejahtera. Selamat menjalani ibadah puasa dan lain-lainnya, dengan doa mudah-mudahan akan diredhai Allah jualah hendaknya.

Warga emasnya pun tinggal beberapa kerat sahaja lagi. Kebanyakannya sudah menjadi "pengantin lama-baru", tinggal berdua dengan pasangan. Para anak buah kebanyakannya sudah berhijrah ke merata bandar ...... atau luar bandar seperti Felda! Salam bahagia.

Irfa said...

salam ziarah dan salam ramadhan dr saya buat pak temuk..dtg dr blog mak wardah.

sukanya sy lihat pak temuk menyambung silaturrahim.org yg suka menyambung silaturrahim ni selalunya panjang umur dan murah rezki.hihi

ctpayong said...

ini baru betul...

semoga dirahmati dan diberkati Allah SWT selalu.

آمِـــــــــينْ

Aziela said...

Seronoknyaaaa majlis beitu dapat sambutan ramai. Alhamdulillah.

Temuk said...

IRFA
Wa'alaikumussalam Irfa.

Terima kasih sudi singgah ke blog Pak Temuk yang ala kadar ni. Ameen.... mudah-mudahan Allah mengurniakan panjang umur + sihat + murah rezeki tu. Juga untuk Irfa.

Selamat meneruskan ibadah puasa. Semoga mendapat keredhaan Allah jualah hendaknya.

Temuk said...

CTPAYONG
Untuk ctpayong dan keluarga Pak Temuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lainnya sepanjang Ramadhan mulia ini. Semoga diterima dan diredhai Allah.

Temuk said...

AZIELA
Alhamdulillah kehadiran memuaskan. Yang ada di kampung sekarang pun tinggal orang-orang tua dan tak ramai bilangannya. Memang sudah tidak ada golongan anak muda dan kanak-kanak. 10 tahun lagi macam manalah agaknya keadaan kampung....

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
oooo... rupaney Ayah seko kono... yoh nggayah mbanget ketemu karo wong kampongey yoh, macem-mace ceritonye, meneh angger wes suwi orah ketemu. Kayaney kok angger nang sekolah yo digawe persatuan alumni, kok apik temen program yang Ayah buat ni. Memang rasa terharu sangat bila dapat berkumpul semula sambil mengenang (menghening cipta... suka guna istilah ini), marem rasaney iso kumpul bareng-banteng karo batir seng seangkatan. Moga semuanya dalam keadaan sihat sentiasa ye Ayah.
Belum terlambat rasanya untuk diucapkan Selamat Berpuasa buat ayah sekeluarga.

Maling melebu endasey meleng,
Nyolong segoh karo lawoney,
Marem rasanye iso kumpul meneng,
Merembes mili banyu motoney.

insan marhaen said...

Salam,

Selamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!

~insan marhaen~

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie. Selamat berpuasa. Waduuuh, masih pandai lagi Amie berngomongan Jowo. Anak-anak mewarisi tak?

Memang seronok ketemu rakan seangkatan di kampung. Kami mampu lakukan sebab bilangan orang kampung pun tak ramai. Sebenarnya yang kami kumpulkan, jadinya, adalah rakan2 abang Ayah, Ayah sendiri, dan adik Ayah. Cun lah tu!

Kelebes kudanen kain kelambiney,
Angger dhi nggo rasaney resah,
Merebes mili banyu motoney,
Ngenangke mbien uripe susah!

Temuk said...

IM
Untuk IM dan ibusuri didoakan semoga sihat sejahtera selalu. Juga diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain-lainnya. Semoga segala amalan kita semua diredhai Allah.

yanmaneee said...

yeezy boost
golden goose
steph curry shoes
jordans shoes
hermes belt
jordan shoes
supreme new york
kyrie irving shoes
curry 6 shoes
air jordan

mctese said...

directory discover here my sources right here see post visit this website