Saturday, July 13, 2013

Y?


I have been dreaming that one day this Ramadhan
I would have succulent mangoes for buka puasa from my very own
Belalai Gajah, my beloved mango tree. 

That dream will not come true, I think.

Y?





Those lacerations which were supposed to help improve
Belalai Gajah's fruiting performance, have apparently served little purpose.

Do you feel so hurt that you have to abort, abort and abort, non-stop?



Quite a lot of young fruits up there, but they don't look good at all. 



 




We might want to make Belalai Gajah feel less guilty. So, 
for her poor performance, we can probably blame the recent haze.


Or blame Pakcik Fernandez, who certainly enjoys making his
many daily trips directly above Belalai Gajah while polluting it.



30 comments:

insan marhaen said...

Salam,

Selamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!

~insan marhaen~

Temuk said...

IM
Wa'alaikumussalam. Semoga IM dan ibu-suri dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain-lainnya dengan lebih sempurna lagi kali ini serta memperolehi ganjaran tertinggi pula dari Allah.

Nizam.Ariff said...

Pelam pun ada perasaan...dia merajuk tu agaknya...

Salam ramadhan, kang.

Ismail aka Pak Mail said...

Salam Pak Temuk,

Mungkin betul juga kata saudara Nizam Ariff. Dia merajuk sebab banyak kena takik dek parang pada batang tubuhnya.

Hihihiiiiii....

Anonymous said...

asalam
kena letak baja buah kerap. baja yg betul.supaya buah putik lekat.

SriKota Garden said...

Salam Pak Temuk,

Mungkin cuaca jerebu hari memberi kesan kepada buah tu kot.

suka suka said...

assalam Pak Temuk...simpati gak ni ... depan rumah ni pun ada pokok mangga juga.. jiran sebelah punya tapi since dia tumbuh sampai sempadan kita... kita punya juga kut! jadi masalah lori lalu byk buah gugur... cuba apply baja organik .. mungkin fasa kedua akan berbunga dan berbuah lagi... itu yang terjadi disini.. don't give up.. kalau tak jadi juga dia nak rest tu!

suka suka said...

oh ya..lupa la.. selamat menjalani ibadah puasa di Ramadhan yg mulia ini..

@na said...

salam Pak Temuk, your "Y" standing so strongly it wil last for quite long I think...hehehe

Ibu Qistina said...

Salam singgah pek temuk,

Kalo arwah nenek saya,dia x bg tarah ke badan pokok sbb kesian katanya. Arwah selalu pesan,cakap dengan pokok banyak2,bagi kasih sayang nnti dia bg buah yang penuh kasih sayang ke tuan dia.....hehe.

mungkin sbb dia merajuk dengan tuannye tu....kene pujuk balik. :)

ahmad humairi said...

السلم عليكم ورحمة الله

Paksi Y berlawanan dengan paksi X. Hipotesisnya "semakin bertambah baja (di zon X) semakin baik buahnya (pada dahan Y)...wallahualam.

....dulu, masa takek, ugut nak mudahkan hidupnya kalau tak berbuah. Kini bila dah berbuah, kurang molek pulak.....hhhaaaaiiihhh....pujuklah pulak....belai-belai pulak...

...aje yang ye...macam belalai gajah dahannye!!!

azieazah said...

Alahaii siannya pokok tu. Tak pasal pasal Fernandez yang disalahkan. hahaha

Unknown said...

Selamat berpuasa Abang Temuk,

Tuanlah yang akan menentukan untung nasib pokok itu. Mengikut teromba N.Sembilan adalah:

Boleh menghitam dan memutihkan
Boleh memanjang dan memendekkan
boleh mengesah dan membatalkan

Namun, mengikut Cerita Melayu Lama, Si Miskin sanggup berjumpa raja meminta setangkai mangga dalam dusun baginda untuk isterinya yang mengandung (mengidam).

Kalau rajin berusaha, sesuatu itu akan ada manfaatnya.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF

Salam Ramadhan. Masa geram, banyak perkara kita lupai. Takik, takik... lupa yang ditakik rasa sengsara. Mungkinlah benar dia sudah merajuk. Keperiye nak membujuk pokok ni?

Temuk said...

PAK MAIL
Wa'alaikumussalam Pak Mail.

Setuju dengan apa yang Pak Mail dengan Nizam kata. Siapa tak sakit hati bila batang tubuhnya dikelar-kelar! Tuan pokok, sebenarnya, bukan nak menyakiti dia. Cuma nak ikut petua orang tua-tua dulu. Ada orang sains kata, cara begitu jadikan pokok "stressed"; bila tertekan dia berbuah. Betul berbuah, tapi rupanya jenis buah yang buruk sana sini + rajin melompat ke tanah masa masih putik!

Temuk said...

ANONYMOUS

Wa'alaikumussalam, anonymous. Terima kasih di atas nasihat itu. InsyaAllah akan ditambah lagi bajanya. Juga akan dicari baja yang berbeza daripada yang Pak Temuk pernah berikan. Semoga bernasib lebih baik lain kali.

Temuk said...

SriKota Garden

Wa'alaikumussalam SriKota Garden. Selamat berpuasa.

Mungkin juga jerebu ada kesannya tetapi Pak Temuk rasa, tidak ada. Semasa berbuah sebelum ini, begitu juga jadinya, walaupun masa itu tidak ada jerebu. Pokok ini memayungi bilik di tepinya. Kalau tiada fungsi itu, mungkin telah lama dia ditumbangkan.

Temuk said...

SUKA-SUKA
Wa'alaikumussalam suka-suka.

Selamat berpuasa, semoga prestasi tahun ini lebih cemerlang. Terima kasih di atas cadangan baja organik itu. Pak Temuk memang suka baja asli, terutama baja tahi ayam walaupun ada aroma sikit. Masalahnya susah nak dapat. InsyaAllah Pak Temuk akan cuba juga cari baja organik lainnya nanti.

Temuk said...

@na,
Wa'alaikumussalam @na,

You are right. The tree looks hardy and strong. It will be there for many, many more years, InsyaAllah. I like it as a shade tree as well.

Temuk said...

IBU QISTINA
Wa'alaikumussalam Ibu Qistina. Terima kasih singgah.

Rasanya memang banyak betulnya apa yang nenek Ibu Qistina kata tu. Sesuatu yang kita memang selalu alpa ialah menjalin hubungan akrab dengan pokok-pokok kita, termasuk yang kita tanam sendiri. Memang mungkinlah juga pokok mempelam Pak Temuk itu merajuk. Nanti pujuk dengan baja + cakap-cakap. Ketemu lagi!




Adry@Daun said...

Assalamu'alaikum Pak Temuk,

Saya bagi komen ni berdasarkan gambar yang dipapar di sini. Apa yg saya nampak buah/putik mempelam tu gugur setelah ia membesar. Ada dua kemungkinan yg menyebabkan putik2 mempelam jadi seperti itu iaitu, serangan drp lalat buah. Lalat buah akan menyuntik buah/putik mempelam dan apabila telur menetas, larvanya akan bekerja dari dalam buah. Cuba Pak Temuk buat post mortem pada buah yag gugur tu. Tengok ada tak ulat/larva di dalamnya. Jika larva yg ada jenis boleh melompat mcm spring, itulah larva lalat buah.

Sekiranya tiada sebarang tanda serangan lalat buat, kemungkinan kedua adalah akibat penyakit antraknok buah.

Untuk serangan lalat buah, putik buah mempelam perlu dibungkus setelah usianya 40 hari(sebesar telur ayam). Tapi agak mustahil utk membungkusnya kerana pokok yang agak tinggi. Kaedah kedua, gunakan perangkap lalat buah(yg guna prmikat lalat buah jantan). Perangkap lalat buah ada dijual di kedai berasaskan agro(baja/racun dsb). Kaedah ketiga, semburan racun perosak.

Untuk penyakit antranok buah, hanya semburan racun boleh digunakan.

Adry@Daun said...

Saya ada baca mengenai toksik yang dikeluarkan pesawat terbang terutamanya kapal terbang semasa berada di udara boleh menjejaskan hasil pertanian di kawasan yg jadi laluannya.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Cikgu Humairi

Sebenarnya, kalau semua putik di atas tu tak mogok, rasanya memang "makan tak habis". Itulah rezeki. Adry (komennya di bawah komen Cikgu) ada beri beberapa maklumat berguna yang patut diendahkan kalau nak indahkan buah. InsyaAllah.

Bagi nama Belalai Gajah dulu tu sebab tengok daunnya memang panjang-panjang sangat, macam belalai gajah. Abang Temuk ingat, buahnya nanti mesti sepanjang itu juga. Mungkin musim akan datang!

Temuk said...

AZIEAZAH
Itulah.... mendengar orang tua-tua pesan.... Banyak sangat takik, mujur pokok tak koma! Blogger ADRY dalam komennya untuk entri ini ada beri beberapa maklumat berguna untuk panduan memolekkan buah mempelam. Dia juga kata ada artikel yang nampaknya mewajarkan Pak Temuk komplen Pakcik Fernandez yang ulangalik kat atas awan tu, hihihi. Tak apalah usah saman, asalkan dia beri tambang extra special pada kita bila nak melancong nanti.

Temuk said...

UJANG KUTIK
Selamat berpuasa juga diucapkan kepada Ujang Kutik sekeluarga.

Wow, cantik bunyi teromba N.Sembilan tu! Hebat pengajaran di sebaliknya (mengikut interpretasi Bang Temuklah), agar kita rajin berusaha. Kalau tak rajin, manalah kita:
Boleh menghitam dan memutihkan
Boleh memanjang dan memendekkan
boleh mengesah dan membatalkan

Lepas rajin usaha, kita berdoalah + bertawakallah, kerana Penentu Terakhirnya Allahlah pastinya.

Temuk said...

ADRY
Wa'alaikumussalam Adry. Semoga Adry sekeluarga dapat terus menjalani puasa dalam keadaan sihat dan keredhaan Allah.

Dah baca komen Adry ni Pak Temuk mestilah akan tengok ada tak ulat/larva di dalam putik-putik yang jatuh tu. Bertambah setiap hari. Hihi, ada yang boleh melompat mcm spring pula ulatnya, ya? Kalau lapang boleh juga Pak Temuk google pasal penyakit antraknok buah tu.

Memang Pak Temuk dah tak mampu nak bungkus putik-putik tinggi tu. Berserah kepada takdir sajalah nampaknya. Nanti Pak Temuk juga akan cari perangkap lalat buah, kalau rajin. Pasal menyembur Pak Temuk memang tak rajin langsung + sangat tak suka bau racunnya. Hihi, betul juga teori tentang adanya pencemar dari kapalterbang yang boleh menjejaskan hasil pertanian di kawasan yg jadi laluannya, ya?

Hjh Noralenna Abbas said...

Hmmm 'Y' shape but why? Belum ada rezeki Pak Temuk. Nampaknya si Belalai Gajah rezeki ulat dan serangga. Mungkin tanah tak sesuai. Tetapi kalau Pak Temuk cari punca masalah (perlu bersabar), tak Pak Temuk mungkin anak cucu dapat merasa mempelam tanaman Tok Wan.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Nampaknya memang belum ada rezeki. Pak Temuk rasa batu-batu dalam tanah tu juga ada kesan kepada kualiti buah selain dari gangguan lalat buah macam yang Adry ceritakan. Sementara ni cari mempelam di pasar sajalah.

Aziela said...

Tak apalah Pak Temuk. Belum rezeki. Apa kata tanam sepokok lagi untuk back-up.

Temuk said...

AZIELA
Yalah, Aziela. Nak buat macam mana, kan? Entah-entah musim depan sekah pula dahan-dahan dek lebatnya buah yang molek-molek. Hihihi, dalam projek "Mudahkan Hidup" Pak Temuk, bilangan pokok perlu beransur-ansur dikurangkan. Dah tak berapa mampu nak melayannya. Jadi, nak adakan back-up tu payahlah. Yang ada tu pun mungkin kena korban bila dirasakan perlu.