Saturday, August 17, 2013

BEBERAPA KEJADIAN SELEPAS RAYA

Kejadian-kejadian selepas raya? Ya, kalau dikira rayanya cuma 1 Syawal.

Pertama, orang mula 'balas dendam'. Kedua-dua golongan,
yang menawarkan perkhidmatan dan yang menerima perkhidmatan.
 
Jam di tangan..... kira-kira 10.30 pagi.

Kedua, buah mullberry yang berbaki sekuntum mempamerkan
tahap kamasakannya yang maksimum. Hitam! Walaupun hitam rasanya manis.

Adik beradiknya, semasa merah menyala (dan masam), sudah lama ghaib jadi bahan 'testing' rasa!
Ketiga, sebab banyaknya buah 'merantiberry' ranum yang boleh dijadikan benih
(hasil daripada walau hanya sebatang pokok), Pak Temuk menjadi lebih
bersemangat untuk menjadi pengusaha meranti (bukan balak meranti, sebab 
pasti tak akan memperolehi permit daripada gomen) dan akan segera mendapatkan 
beberapa hektar pasu tanah lagi untuk perusahaan pertanian hebat itu, kihkih.

 
Keempat, yang paling mengujakan, perucubaan pertama ber'tomat', 
dengan bijibenih daripada buah masak dari pasar, telah menghasilkan gerombolan 
beberapa pokok berkenaan dalam pasu besar. 

Gerombolan  pokok itu sudah pun mengeluarkan buah. Buah, buah, 
buah di sana sini tangkai, sekalipun pada satu-satu tangkai, tak ramai penduduknya!
 



Sekianlah laporan mengenai beberapa kejadian 
selepas raya, yang boleh juga kita kira sebagai kejadian masa raya.

32 comments:

suka suka said...

Assalam Pak Temuk... kami masih beraya weh... seronok baca entri ni... esp. Merantiberry tu... boleh makan ke? Mula2 tak faham bertomat tu apa... then the photo's explained! Seronok bila tomat ni keluar dan bela depan mata...

Temuk said...

SUKA-SUKA
Wa'alaikumussalam suka-suka.

Ooooi weh oooi, raya sakanlah tu bila melewati 1 Syawal. Tak ngapa. Di Johor, buah meranti yang hijau biasa ditumis sebagai sayur. Daunnya lagilah boleh dimasak macam2. Tomat tu istilah orang seberang. 'Save' guna "o".... Ni nak tunggu buah2 tomat tu masak pula. Selamat meneruskan raya.

Umm AA said...

assalam pak temuk..
pak temuk kedengaran mood rayanya taklah panjang sangat, betul tak? lps raya pun dah bersemangat ngan laman..cam orang kat fiji nie lah..
seronok tengok tomato pak temuk tuh..kalaulah masak semua ..mmg meriah dan berbaloi..

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam ummuaidan,

Raya, raya juga. Sebenarnya sampai harini nasih ada rombongan2 kerabat, sebelah diri sendiri, isteri, + malahan geng anak2. Beraya dengan pokok tak boleh diketepikan. Depa (ummuaidan tahu ke istilah "depa" ni?) pun nak duit raya juga - sebiji dua baja! Mudah2an depa tu semuanya tambah membesar dan berjus hebat.

Unknown said...

Assalamualaikom Abang Temuk,

Saya juga pernah asyik berkebun di kawasan sekangkang kera perumahan terrace saya.

Kalau ' MAHA ' biasanya saya membeli berbagai benih pokok kerana tergoda dengan ' sample ' pokok yang dipertontonkan. Namun, bila ditanam sendiri hasilnya jauh dari jangkaan.

Saya masih ada serumpun pokok cili api yang tidak berapa dijaga. Namun, hasilnya tidak menghampakan.

Mendapat inspirasi dari Abang Temuk, saya bercadang hendak ' berkebun ' semula. Insya Allah, jika menjadi saya akan 'post' kan dalam blog saya untuk tuntutan pembaca dan khususnya penilaian Abang Temuk.

Adry@Daun said...

As salam Pak Temuk,
Lihat saja tomato yang Pak Temuk berbuah cantik dan elok, semangat utnuk tanam tomato semakin naik. Saya tak pernah tanam tomato dalam kebun kecil.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
kejadian kedua tu tak mau sebab sebiji aje, nanti Amie termimpi-mimpi nak makan buah manggis pulak ha hahaah!
Kejadian ketiga itu... suka! Belum pernah sekali ditemui meranti sepanjang tempoh 21 tahun bermastautin di Lahad Datu! kalau balik kampung, beli seikat dua di pasar Sungai Buluh atau pasar malam... suruh Bonda buat keluban campur dengan kangkung kampung yang tumbuh menjalar (rasanya liat-liat sikit)... sebab kalau buat sendiri rasa tak sedap! Alkisahnya, inilah keluban hidangan tersedap sering Bonda sediakan masa kecik2 dulu... petik saja pucuk meranti & kangkung yang tumbuh melata di kebun!
Kejadian keempat itu.... lagi suka! Selalu berangan nak lihat buah demi buah tomat berbuah... konon-konon nak tanam depan rumah, berderet-deret sampai 12 pokok, tapi tak sepokok pun yang tumbuh!

Tangan Ayah sejuk! Tanaman semua menjadi... saya suka siram air cucian ikan & beras atas tanaman, jadinya subur merimbun!

Amie said...

Satu lagi Ayah... kalau buah tomat tu masak & banyak, cubalah buat sambal tomato... boleh cicah dengan pisang goreng, suku goreng, ubi & keladi rebus, kalau kena cara masaknya, boleh simpan lama. Biasanya kalau balik Selangor, Amie masakkan Bonda sambal tomato bujat 'bekalan' seminggu dua, tapi sebaik saja siap, datang anak cucu Bonda, habis masa tu juga walaupun tomatnya sampai 3kg!

Temuk said...

UJANG KUTIK
Wa'alaikumussalam, ujang kutik.

Pokok2 contoh di MAHA memang memikat. Tentu penjual sudah menjaganya dengan rapi berbulan2 untuk tujuan menggoda pelanggan. Abang Temuk akan menanti dgn sabar paparan2 ujang kutik itu. Bolehlah nanti dijadikan teladan akan caragaya pertanian bandar di Ampang tu. Kalau ditakdirkan ada cerita 'masalah', tak mengapalah; ia boleh dijadikan sempadan dalam kita sama2 berseronok, bermain tanah + pokok.

Kalau cili yang baik hati itu dijaga rapi, insyaAllah akan lebih banyaklah hasilnya.

Nizam.Ariff said...

Salam Kang Temuk, kalau tak silap 'rantiberi' tu banyak tumbuh sendiri di atas tanah yang telah dibakar, kan? sedap dibuat masak lemak...walau pun sedikit pahit.

Irfa said...

anak kecik saya suka tomato
pernah berangan nak tanam sendiri tp asik tertangguh smpi skrg.huhu

salam syawal pak temuk ;)

Al-Manar said...

Hebat betul, PakTemuk.

dear anies said...

menjadi betul ni!

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Raya Enam Syawal!

Seleps raya, jangan lupa raya nam disamping merayakan kejadian-kejadian selepas raya tu...

Temuk said...

Adry@Daun

Wa'alaikumussalam Adry. Baguslah jika semangat Adry utk menanam tomato itu semakin menaik. Pak Temuk pun semakin menyukai pokok tu, juga buahnya sebagai campuran salad. Carilah spesis yg unik-unik sikit. Pak Temuk pun teruja melihat macam-macamnya jenis tomato di sana sini bila buka internet. Good luck!

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam Amie.

Untunglah Ayah dapat resepi-resipi baru dari Amie. Keluban meranti belum pernah ketemu, apa lagi dicampur dengan kangkung kg. Tak lama dulu Pak Temuk kaget juga bila menantu dari Parit Jawa Johor bawa balik tumisan buah meranti hijau. Tak pernah ketemu, tapi...boleh!

Yg Amie kata sambal tomato tu banyak cili atau banyak tomato? Guna kulit tomatonya atau seluruh buah? Ditumis, ya? Belum pernah ketemu. Tapi sambal terasi (guna cabai segar besar) + kulit tomato masak, memang pernah Ayah buat dan makan. Kat mana, tau? Masa sekolah di Reading UK, diperkenalkan oleh rakan dari Melaka!

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Betul tu. Meranti boleh tumbuh sendiri di atas tanah yang dibakar. Terutama di kawasan kebun baru. Memang hebat dimasak lemak atau dimasak bening (+ udang kering!). Yg Kang Temuk tanam dalam pasu di sini telah "berevolusi" menjadi spesis yang dah hilang pahitnya.

Temuk said...

IRFA
Wa'alaikumussalam Irfa. Semoga raya Irfa sefamili tahun ini hebat & membahagiakan.

InsyaAllah, tak lama lagi nanti jadi realitilah angan-angan nak menanam tomato tu. Step 1: Jangan lupa beli benihnya, atau ambil bijibenih itu daripada tomato segar yg Irfa beli dipasar utk dimasak, macam yang Pak Temuk lakukan.

Temuk said...

AL-MANAR
Yang hebatnya bagi Temuk, Allah mengizinkan "main-main" warga emas dengan tanah ada hasilnya. Paling kurang, utk tontonan mata dan terapi hati yang sememangnya pada usia begini, sudah selalu keletihan.

Temuk said...

Khai♥Rin : anies

Mudah-mudahan akan berterusan keluar putik-putik baru yang bakal membesar, dan yang sudah membesar pula terus menua merah tanpa kerosakan. Anies pernah menanam tomato, tak?

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi,

Tentu Cikgu sudah rayakan Raya Enam Syawal awal-awal lagi. Hihi, kat sini setakat hari ini belum "full" 6/6 lagi! Hatei... nak buwat camne....oghang lelaki pun ade juge masalahnye....

Selepas raya 6 bolehlah ada rasa lebih selesa nak buat + rayakan benda-benda lain sebab "hutang" dah langsai.

makchaq said...

Salam Syawal dan maaf zahir batin Pak Temuk

Lama makchaq tak jenguk Pak Temuk.. banyak tuntutan kerja sampai tak terbuat.. balik rumah dah penat memang nak rehat ja la.. pokok2 makchaq pun semua terbiaq saja.. tinggai pokok pandan, serai kayu & limau purut jja yang masih bertahan.. hat lain walaupun depa berusaha untuk hidup tapi dek tak dak perhatian sedih dan uzur semuanya...

Pokok2 pak Temuk sangat beruntung..

Ni ada 1 kisah tomato
Ada kawan makchaq (kisah awai 80an) ambik maid indon, masa tu maid indon tak ramai lagi kerja ngan kita.
Maid dia konon nak masak masakan depa untuk jamu majikannya (entah2 masakan yg Amie katakan tu.. he he)
Setiap kali kawan ni nak ke pasar maid dia pun pesan kat kawan makchaq belikan tomat untuk buat masakkan tu...
kawan ni tak tau apa tomat tapi tak bertanya... setiap kali balik pasar maid tanya....
'ada tomatnya bu?...'
'tak de jual kat sini' jawab kawan ni..

lama la jugak.. sampai si maid ni dah malas nak pesan...
Satu hari masa maid ni mengemas barang2 yg dibawak balik dari pasar.. menjerit maid tu....

'Waduuuuh... tomat... terima kasih bu..'
belari kawan makchaq ke dapuq nak tengok mana satu tomat....

La... tomato rupanya... kalau ni selori pun boleh beli...

Sorry terpanjang pulak bercerita...

makchaq sentiasa ambik ni jadi iktibar.. kalau tak paham memang tanya... tapi makchaq tak pernah ada maid pun....

insan marhaen said...

IM tak pernah tahu apalagi tengok buah merantiberry.

hebat ya ciptaan Tuhan yang berbagai untuk hambaNya.

eh..eh.. teringat terong bulat yang IM beli minggu lepas. tersimpan dalam peti ais terlupa nak masak. cadangnya, masak tumis ikan bilis.

tak pernah try tapi selalu makan.

Temuk said...

MAKCHAQ

Salam Syawal dan maaf zahir batin, makchaq.

Pak Temuk pun begitu juga, lama tak menjenguk makchaq dan teman-teman lain. Ni, nak mula bolehlah nampaknya kita semua jenguk menjenguk. Termasuklah menjenguk para pokok yang terbiar tu. Kesian depa dok tebiaq.

Hihi, kesian juga kat si maid tu, tunggu lama baru dapat tomat yang diidami. Ya, mungkin dia nak sediakan juadah macam yang Amie ceritakan tu. Betullah kata makchaq, kita patut bertanya bila tidak tahu atau kurang pasti mengenai sesuatu. Kalau tidak, mungkin kita sendiri yang rugi, termasuk kita jadi lambat belajar, lambat tahu, dan lambat bertindak sewajarnya. Ceria selalu, makchaq!

Temuk said...

IM
Bila sampai masanya, pokok sayur meranti memang banyak mengeluarkan buah. Saja-saja Pak Temuk panggil buahnya tu merantiberry, sebab memang rupanya macam rupa sesetengah jenis berry di luar negara. Kalau rasanya manis, Pak Temuk agak, tentu lebih ramai orang kita yang membiakkan pokok meranti.

Semoga sudah dimasak terung bulat IM tu, dengan bilis kering. Pasti sedap!

ckLah @xiiinam said...

Rumah saya masih diserbu anak anak didik sampai lewat petang tadi paman. Alhamdulillah...okeh dayohe.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Alhamdulillah, bila ramai dayohe, cepat sikitlah kontangnya para bekas kuih muih tu. Perayaan pasca-raya (sebab rayanya hanya 1 Syawal) memang kena panjang di kalangan masyarakat kita. Tak mengapa, lepas Syawal ada Dzulkaedah, hihi.

MamaTim said...

hihii.. your posts never fail to entertain me. TQ for the updates.. So many things I do not know abt plants I learn here.

Temuk said...

MamaTim
Hi MamaTim, tq... but please, always recheck my facts abt plants... I went to Sekolah Sosiologi, not Sek. Pertanian, hihi. Have a nice day!

yanmaneee said...

supreme hoodie
yeezy shoes
golden goose sneakers
adidsas yeezy
golden goose
goyard
goyard
air jordan
yeezy supply
yeezy shoes

Anonymous said...

l4u30f6q65 k9q86u8q20 z6s98d6h16 k9u83v1b57 h2c31v9d73 h4z46d7w82

feashason said...

r5n60q1w06 x5v79w5a95 l1t85u2z06 e7m76f2o86 l9c66i3o47 c7i20f2s94