Musim ini, Belalai Gajah Pak Temuk boleh dikatakan
menghasilkan lebih banyak "buah tiga rasa". Rasa kuning + hijau-kuning + cokelat!
Rasa bukan ikut kata lidah, rasa ikut pandangan mata.
Selain itu banyak juga hasil "buah delima merekah" si Belalai Gajah.
Juga "buah retak seribu", yang masing-masing dengan aksi tersendiri di bawah ini.
Bila nampak yang di bawah ini pula, sudah agak tua, terselit di celah-celah
daun dan ranting, segeralah Pak Temuk menurunkannya. Bimbang masing-masing
juga jadi tiga rasa, atau tersenyum, atau meretak, terjun ke tanah tanpa manfaat.
Ada tujuh biji semuanya. Paling besar 1039 gm.
Paling kecil 650 gm.
Berat ketujuh-tujuhnya 5732 gm (+- 5.7 kg).
Jadi, hitung panjang, berat sebiji, 818.9 gm.
Kesemuanya itu belum dirasa. Sudah ada calon-calon bakal menerimanya.
Semua perlu diberi amaran, supaya hati tidak terasa,
kalau di dalamnya ada makhluk asing, lama bertapa. Walau di luarnya, tak kelihatan apa-apa.
16 comments:
AAssalam pak temuk,
semoga sehat sehat hendaknya kat sana..:)
Dah mula masak yer mangga pak temuk..drp beratnya tuh rsnya besar mangga pak temuk tuh..rasa dia memang manis yer pak temuk? seronokkan tak payahlah beli mangga siam kat kedai lagi..:)
Sayangnya yg rosak pun banyak sungguh. Mangga ni Pak Temuk memang ada yg jenis kena petik bila dah kelihatan tua. Simpan lebih kurang seminggu masaklah... kalau nak tunggu masak atas pokok alamat jadi yg warna coklat,retak dsb..
Alhamdulillah,
Hasil buah yang besar.
Makluk asing bertapa menumpang rasa hihihihi
UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam ummuaidan. Semoga ummuaidan empat beranak di Fiji tu pun sihat selalu.
Buah yang beratnya melebihi 1 kilogram tu besar jugalah saiznya. Hasil-hasil dulu dari Belalai Gajah memang manis. Mudah-mudahan yang ada sedikit tu pun manis bila masak. Macam orang juga, mungkin musim ini Belalai Gajah kurang sihat, sehinggakan buahnya hampir kesemuanya rosak.
KAKZAKIE
Boleh dikatakan semuanya rosak kecuali yang ditayang-tayangkan tu. Mungkin ada dua tiga biji lagi atas pokok yang Pak Temuk tak nampak. Betul kata Kakzakie, elok jangan angan-angan mahukan buah masak di pokok!
MARINA MONROE @ NANIE
Alhamdulillah. Pastilah kita sepatutnya menerima apa yang Allah rezekikan kepada kita. Walau sedikit, besar juga saizn buah tu. Hihi, makhluk asing yang menumpang tu memang memeningkan kepala.... waktu bilalah dia masuk ke rumah orang tanpa meninggalkan apa-apa bekas!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
...sebab cabangnya Y, lalu kita bertanya why merekah???? Mungkin nanti dia jawab...memang aku nak merekah....macam penghabisan lagu bangau oh bangau...ntah la...
...tapi dalam banyak-banyak yang merekah tu ada yang bergred A1 - pasti superb!..alhamdulillah.
Kena sabar dulu...jangan mudahkan hidupnya.
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi,
Mujur tak ada yang menyambung nyanyian... oh sememang, oh sememang, mengapa sememang sememang..., hihi. Benar, Cikgu, kalaupun mahu dimudahkan hidupnya, jangan sampai ia luput dari pandangan. Apatah lagi bila kehadirannya menjanjikan keteduhan bilik di sebelahnya terjamin. InsyaAllah... ada yang dedak, ada yang melukut, tapi ada juga yang superpanjang A1.
Alhamdulillah ada 7 yg boleh dirasa.. Sayang tengok yg lain2 tu..
Kena bungkuih kot Pak Temuk..
Alhamdulillah. Memang bagus kalau boleh bungkus. Tapi tak ada siapa yg boleh buat kerja tu, makchaq. Bergantung kepada nasiblah.... tapi mesti doa juga. Ceria selalu!
Assalam Pak Temuk..
sayang nya kann.. tapi sure dah banyak dirasa tu.. nak sikit..
Assalamualaikum cikgu,
Manis ke masam? Kalau dapat yg muda, awal2 saya buat jeruk...
sedapni. buat colek
Wa'alaikumussalam YAN
Belum banyak kali buah si Belalai Gajah tu. Memang dah rasa dulu-dulu. Nak sikit, alahai.... wes entek. Yan yang rajin keluar negeri tentu biasa rasai mangga pelbagai jenis, kan?
Wa'alaikumussalam sudipVSsenduk
Alhamdulillah manis. Kebanyakan yang muda senyum merekah di atas pokok, dan kemudian, poop... melompat ke tanah. Dijeruk oleh bumi!
Ladybird, Hihi... kaum Hawa mesti teringat kepada colek bila lihat buah-buah begini. Tapi yang dicolek kena hebat juga ramuannya. Barulah cun!
Post a Comment