Wednesday, November 20, 2013

YANG TINGGAL SEBATANG KARA


Geli hati pula. Selepas hati dengan geram menyebut begitu.

B*b* betullah *a*i ni!

Kihkihkih. Memang betullah tu. Bukan benda tiruan. Juga, betul bukan benda lain.

B*b* itu memang betul b*b*. Makhluk yang hidup. 
Sang sungkur. Yang memang banyak meliar di kampung!

Geram. Geram. Geram.

Ngapa pula timbul geram di hati Temuk?

Tengoklah segar bugarnya si pauh molek yang Temuk 
bawa balik bijinya dari Lombok lebih setahun dulu tu. 





Satu-satunya biji benih yang dibawa 
menumbuhkan tiga tunas. Yang membesar dengan comel.

 

 Lihatlah comelnya juga si sunti komuniti "wotu telu"  Lombok 
di bawah ini. Dia yang memberi kami beberapa biji pauh yang 
diperihalkan di sini. Kecil saiznya, amat tajam aromanya. 




Sayangnya, cuma satu saja pula bijinya yang 
Temuk kendong ke Malaysia. Dan cambahkan.

Bila sudah mantap, pauh wotu telu Lombok Tiga Serangkai itu 
Temuk usung ke kampung. Tanam di sana. Dengan doa berbakul. 
Semoga membesarlah walau hanya dengan jagaan jarak jauh!

Sesekali ditanya mengenainya. Kakak kata, dia membesar.... dia membesar.

Bila balik kampung lebih sebulan lalu, Temuk dapati si pauh sunting hati 
terbujur di atas tanah. Tergelempang. Dah jadi dua serangkai. Gering. Mengering!

Maka terpacullah dalam hati kata-kata "B*b* betullah *a*i ni!". Jengkel. Jengkel!

Memang penggelempangan itu angkara para sang sungkur. 
Yang merayap dengan gengnya saban malam. 
Membajak tanah, merungkai tanah. Mencari cacing!

Tengoklah kerja-kerja pembajakan, kerja-kerja perungkaian mereka yang tak disuruh.




Cepat-cepatlah Temuk tanam semula si pauh yang dhaif.

Semasa balik kampung lagi kelmarin, pauh Lombok nyata uzur. 
Dah terbantut! Sebatang lagi tunas kembarnya telah mengering! 
Tiga serangkai kini tinggal sebatang kara.


  Temuk tambah pancang-pancang kayu sekelilingnya. Dengan 
harapan para sang sungkur tak bernafsu mengganggu. 

Juga buang semua daunnya yang memang tak sihat. Dengan jangkaan 
yang tinggal sebatang kara akan terangsang, akan lebih bertenaga,  menggerakkan 
semua mata tunasnya mengepakkan daun-daun baru yang lebar!

 

  Doa terus melaut!

22 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Tapi Temuk tak putus asa. Temuk terus berikhtiar agar pauh impot Lombok terus bernafas. Temuk bertawakal agar Allah panjangkan usia pauh wotu telunya.

Unknown said...

moga dapat diselamatkan lagi..in shaa Allah.

Umm AA said...

Salam pak temuk
Sian yer yg muncung gitu jugak jadi mangsan..tp yg bagusnya guna nama dia jugaklah kata kat dia..hihihi..
Cuba letak dawi keliling tuh tak bolehker paktemuk moga muncung panjang tak dpt nak sondol..
harap2nya pulih lah yer kembali wotu telu pak temuk tuh..:)

suka suka said...

Cer Pak Temuk letak rambut manusia... tu petua nak halau.. ada yg guna gumpalan kain yg diletakan bauan minyak attar... sumbat kain dlm botol vitagen dan guna kayu masukkan dlm botol tu ...hujung kayu satu lagi cucuk ke tanah... yg ni amalan pak saudara di Kelantan

Nizam.Ariff said...

Ooo...ada sebab nak bersiar siar di lombok lagi tu, kang...hehe

Ibu Qistina said...

Jaring yg keras dan tinggi sahaja yg terlintas d kepala saya. semoga pauh selamat. Amin.

sudipVSsenduk said...

kadangkala Dia turunkan hujan panas supaya kita dapat melihat pelangi kemudiannya...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ate,,,mun dibiokan sebatang kare, ghope tu le...mane membuatnye. "oghang tu" memang suke buat kaco...lebih-lebih lagi xde oghang nak kaco deme...kate ohgang sughu oghang vietnam nyage nye....x beghani "oghang tu" datang...hih! kalo datang....dilauk dek oghang vietnam le jawabnye...hihi...

Temuk said...

ALENNA
Jagaan jarak jauh tak menjamin survival si pauh sunting hati. Mudah-mudahan ia sihat semula. Sama doakan, ya.

Temuk said...

MASZZ OMAR
Mudah-mudahan begitu. Insyaa Allah. Terima kasih.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Terima kasih bersama saya menaruh harapan. Cadangan memagar pokok dgn dawai itu memang baik. Memang ada 1 jenis dawai yg mcm punyai razor blades terlekat padanya yg sang sungkur pasti takuti. Kena tunggu next trip balik kg. Di Fiji ada ke haiwan tu.... juga yg liar?

Temuk said...

SUKA-SUKA
Terima kasih. Ada juga dengar psal penggunaan rambut tu. Sang sungkur agaknya takut rambut masuk lubang hidung dia yg besar+rakus tu. Boleh cari di kedai gunting rambut... Perihal guna attar tu maklumat baru. Bila bau harum waktu mlm mgkin sang sungkur sangka ada makhluk halus jaga pauh Pak Temuk, kan?

Temuk said...

NIZAM
Tak berani, nanti dikata nak culik pemberi pauh pula.... Cari pauh Pakistan pun ok di super market, kalau perlu.Tapi kalau bijinya pipih, no luck lah!

Temuk said...

IBU QISTINA
Terima kasih di atad doa. Itu satu cadangan yg baik juga tu. Atas sebab nak jadikan pauh satu kenang-kenangan memang kena keluar modal lebih. Buat sementara waktu amat diharap penjahat2 tu tak berminat ulangi kawasan yg pernah mereka jelajahi.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Ya. Paling kurang bila DIA hidangkan cabaran, kita cuba berfikir... utk atasi cabaran itu. Walau dgn kaedah yg simple.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu. Lembu pendek tu memang ramei. Anak2 kelape, kelape sawit, pisang, habeh deme selongko. Tanam balik... habih deme selongko balik! Alahei, mane nak caghi vitnam ramei2, Cikgu. Takut jugak bile oghang luwo tibe, kite pulak yg diselongkonye, hihi.

BungaTulip said...

Salam Pak Temuk,
Saya ada dengar petua nak nak jaga pokok, mungkin di kelilingnya boleh diletak kan zink supaya tiada apa yang berani kacau. biar pokok itu dapat membesar dengan subur

makchaq said...

Salam Pak Temuk

Sedihnya baca..
dok teringat lagi Pak Temuk cerita pasai benih dari lombok ni yang betunas telu..
yang Pak Temuk semai masa tengah dok berusaha memudahkan hidup dulu...

Makchaq tak dak idea nak bagi pasai Sang Sungkuq ni, pasai kat kampung makchaq kat penang depa tak dan nak besaq habih di kerjakan cina bukit..

Apapun makchaq doakan mempelam tunas telu ni tak teruih mati... biaq la dia hidup membesaq dan berbuah..

Makchaq ada tanam benih dari siam, tak tau nama apa, nanti makchaq boh gambaq kot2 Pah Temuk pernah tengok dan tau nama dia..

Al-Manar said...

Kawasan saya penuh dengan 'pembajak' yang tak berhenti henti bekerja siang malam. Sedar sedar pokok tumbang. Ada sepohon pokok bunga tanjung yang membesar selama 15 tahun tinggi dan rimbun. Sedar sedar lepas sebatang sebatang dahang yang besar besar layu - hungga berakhir hayatnya. Apa yang patut kita buat Pak Temuk? Suda bayar pakar meracun. Pun kembali pula.

Temuk said...

BUNGA TULIP
Salam Bunga Tulip. Terima kasih sudi singgah dan beri petua tu.Boleh juga dicuba sebab memang ada lebihan-lebihan zing lama. Diakui memang agak malas mahu membuat dinding zing itu, risaukan ketajamannya, juga karatnya. InsyaaAllah akan dibuat kemudian nanti.

Temuk said...

MAKCHAQ
Salam Makchaq. Maaf lambat respon. Benar, teringat selalu kat dia. Maklumlah, kot dia kering tergelempang lagi, terkuburlah harapan nak berpelam Lombok. Lama tak ziarah ke blog2 kawan. Entah-entak Makchaq dah tayangkan cerita mempelam Siam makchaq tu. Nak kena pedegheh pi tingok...

Temuk said...

AL-MANAR
Di kawasan kebun kelapa di Perak, sebagai contoh, memang ada usaha menghapuskan khinzir liar oleh kerajaan. Tembak! Tapi nampaknya kurang berkesan. Sang Sungkur sangat pantas membiak. Kalau di kawasan tepi jalan batu pun banyak bilangannya, apalah lagi di kampung-kampung pendalaman! Kurang pasti, di persekitaran al-manar haiwan yang samakah yang menjadi perosak tanam2an? Memang mati akal untuk mencari cara terbaik yang boleh diambil bagi menghapuskan khinzir liar itu.