Pokok mata kucing (maku) punya kisah.
|
Rendangnya menyejukkan. |
|
Buah tinggi, tapi memaniskan tekak. |
Tapi maku juga ada masalahnya
|
Akar maku kuat mengangkat longkang.... juga lantai. |
|
Amat letih mengurus daun dengan ranting keringnya, |
|
Batang sekah boleh berziarah ke rumah sebelah! |
|
Ikat dahan berisiko. Kalau sekah dek angin, mungkin tak terbang jauh. |
Sedikit-sedikit. Berbulan-bulan, projek pupuskan maku dilangsungkan.
|
Bila sempat, kurangkan dahannya. |
|
Sebelum ada gergaji rantai. |
Pemupusan peringkat akhir.
Maku biar punah.
Hatta, mata air.
Mata hati, jangan sekali-kali.
20 comments:
AsSalam Pak Temuk... Hubby saya baru 2 tahun menanam anak pokok maku ni. Di tepi longkang di dalam kawasan pagar rumah pulak tu. Rumah kami hanyalah rumah kecil di taman perumahan. Walaupun pokoknya kecil, tapi dah berbuah. Memang sangat manis. Tapi dalam menikmati manisnya buah, saya sangat risau dengan akarnya yang akan menjongketkan simen rumah. Saya rasa nak racun jer lah pokok tu...hehehehehe. Zalim tak kalau saya buat begitu?
Assalam Pak Temuk pokok mata kucing sebesar ini berapa agak umurnya?
Baru tahu nama lain maku..tq info
Salam Pak Temuk,
Sudah berapa tahun pook mata kucing tu? Besar sungguh!
Assalamualaikum cikgu..
saya tak pandai makan buah mata kucing segar... pening sebab baunya yg wangi, macam di sembur perfume.
Tape pengukur tu sungguh nostalgia :)
Aziela
Waalaikumussalam.
Pak Temuk rasa tentu Aziela sayangkan pokok itu. Sebab buahnya manis. Lagi pun hubby yg menanamnya. Pokok juga masih muda. Tapi bila akar pokok sudah nampak membahayakan, atau sudah terasa malasnya mengurus daun kering atau rantingnya, buatlah keputusan. Pasal zalim tak zalim, bagi Pak Temuk, mungkin lebih zalim jika kita biarkan rumah tempat kita tinggal dirosakkan pokok, hihihi.
sud@is
Waalaikumussalam. Lupa pula umur pokok mata kucing itu sebenarnya. Rasanya lebihkurang 12 tahun. Hihihi, nama "maku" semata-mata gabungan daripada MAta KUcing saja.
Honey
Waalaikumussalam, Honey.
Kalau kira taklah besar pokok itu. Kerana selalu dipangkas ia kelihatan agak "slim". Umurnya, lebihkurang 12 tahun.
sudipVSsenduk
Waalaikumussalam, Tak mengapalah kalau tak pandai makan buah mata kucing segar... sebab peningkan bau wanginya.
Ya, tape pengukur itu memang nostalgia. Juga amat berguna.
As salams Pak temuk, mcm bongsai
Bila dah di potong pendek...
Waalaikumussalam. Kalau dah berdaun nampaklah kebonsaiannya. Ni nampak togel saja. Tak lama lagi nak potong habis. Tunggu ada energy, hihi.
السلم عليكم ورحمة الله
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
All-In-One Pak Temuk. Merasa & Menyehatkan badan. Masa berbuah, merasalah kita. Menyelenggara daunan itu exercise alami...free.
Salaam tuan Temuk,
Saya ingin tahu apa masalah dengan pokok mata kucing kerana yang saya tanam baru berbuah sekali. Saya kurang faham apa dia yang tuan tulis itu - jira,daun daun kering, akar, diterbang angin? Maaf kerana minta penerangan.
Assalam...
Besar juga pokok buah mata kucing tu...selalunya tengok orang tanam jauh dan luar sikit dari kawasan halaman rumah...
Baru tahu nama lainnya pokok maku...hehe
ctpayong
Hihi, sudah lalui dan akan terus lalui.... tapi dalam kadar "berpada-pada". Insya Allah.
Al-Manar
Wa'alaikumussalam, Tuan. Maaf amat sangat, lama baru membalas.
Pokok mata kucing saya sebenarnya baik. Memberi payungan (shade) dan buah yang manis. Tapi masalahnya (pada saya), daun keringnya banyak, menyemakkan dan perlu disapu selalu. Dahannya jika kena angin kuat, mudah sekah dan mungkin boleh terbang ke rumah jiran serta merosakkan mana-mana bahagian rumahnya. Kerana itu ada dahan-dahannya yang saya ikat. Akarnya juga meliar, merosakkan longkang dan lantai rumah. Bagi saya, biarlah mata kucing punah (pupus), malahan juga mata air atau kekasih (bukanlah bermaksud "isteri", hihi), tetapi mata hati janganlah punah, sebab mata hati sajalah yang mampu melihat dan menilai kehidupan kita.
Bunda a.k.a.KN
Wa'alaikumussalam. Entah sudah berapa kali saya pangkas dahan-dahannya. Kalau tidak pasti ia lebih besar lagi. Akarnya agak laju meliar ke sana sini. Bimbang kerosakan yang dilakukannya. So it has to go.... gantilah dengan pokok-pokok yang lebih mudah/ringan diurus. Bunda suka pokok dan buah MaKu (mata kucing)?
kyrie irving shoes
yeezy
air max 2019
kobe shoes
yeezy sneakers
golden goose sneakers
yeezy
converse outlet
jordan retro
moncler outlet
special info r4n35b0x98 louis vuitton fake replica bags in gaffar market replica bags china replica hermes handbags n9y92i9w03 replica bags and shoes try here e9w27n2g47 replica bags buy online replica bags in china
see this website dolabuy louis vuitton have a peek at this site www.dolabuy.ru go to my site buy replica bags
replica bags gucci a fantastic read e7w98c4z59 replica bags online shopping india special info k8t70r2v80 replica louis vuitton bags replica bags new york replica bags hong kong hermes replica handbags s8v00r4q07 replica evening bags
Post a Comment