Benih cape gooseberry yang Pak Temuk tanam baru-baru ini datangnya
dari sebuah restoran di Kuala Lumpur. Restoran? Ya. Berry itu dijadikan
penghias kek pencuci mulut. Pak Temuk nikmati keknya, dengan
sebiji berry. Sebiji berry lagi, Pak Temuk bawa balik, jadikan benih.
Dipandang pada rupanya, macam subur jugalah cape gooseberry ini.
Tumpuan kepada pokok yang dipasu. |
Nampak subur juga. |
Tapi, buah yang terhasil taklah sebesar buah yang dijadikan benih.
Yang sememangnya diimport. Rasanya juga tak sesedap
yang diimport, walaupun sejujurnya bagi Pak Temuk, cape gooseberry
ini bukanlah sedap sangat, hihi.
Tapi yang lebih nak cerita di sini, Pak Temuk tak dapat pastikan
apa sebenarnya yang mengganggu buah berry Pak Temuk. Berry yang
sudah masak, rosak. Begitu juga "kulit-pembungkus"nya.
Mungkinkah angkara serangga atau makhluk perosak
lain? Mungkin juga disebabkan amalan penanaman yang
tak betul, atau faktor cuaca dan persekitaran.
Kerosakan pada berry. |
Bekas siapa? Bekas apa? |
Di bawah ini gambar cape gooseberry yang pernah Pak Temuk beli,
tahun 2010 dulu. Cuba bandingkan rupanya dengan buah "letup-letup" kita.
Cape gooseberry vs letup-letup. |
Cape gooseberry. Gambar Pak Temuk, 2010. |
Buah letup-letup liar kita! |
Letup-letup liar tempatan. |
Selamat mengharungi tahun 1436H.
24 comments:
nmpk yummy la plak ;-)
Khai♥Rin
Lama tak berjumpa di alam maya ini. Semoga sihat.
Kalau teringinkan cape gooseberry, saya pernah membelinya jika tak silap di Cold Storage Alamanda Putrajaya dan Cold Storage di Subang Parade.
salams pak temuk
saya panggil buah letup-letup:)
saya pon ada tanam....inpirasi dari Hotel jugak...bila dekat hotel ada buah letup-letup jd hiasan dekat kek, balik kg saya pon ambikbenihnya dan bawak balik kesini:)
physallis
Saalam pak temuk..harap sehat hendaknya bersama keluarg tercinta..lama takdengr cerita paktemuk, sysendiri pun aagak sibukjgk ngananak2..tp adalah teringaatjugk akan pak temuk..heheh..
mmg betullah nampak cam buah letup2 tuhpaktemuk, kat umh nie pun ade jgk tp cam pokok liar yg menjlr2 gitu..mskecik2 jerseronok main kan..:)
Cantik buahnya oren keemasan, yang dimpot sememangnya hebat, macam juga hasil pertanian kita yang diekspot contohnya pisang dan mempelam, huhh dah gemuk sihat takada cacat bersih berkilat betul tak Pak Temuk..sori terbebel...
Yang nikah ada orang panggil `tomatilo'....
AMIIZAA
Wa'alaikumussalam.
Yang saya pernah beli di pasaraya dan makan, serta saya pernah makan dan bawa balik dari restoran, yang dipanggil cape gooseberry itu memang seakan-akan serupa dengan letup-letup liar kita. Tapi, sebenarnya ada juga perbezaan jelas dari segi warna buah yang masak, rasanya dan saiznya, serta tekstur sarung buah dan rupa daun pokoknya.
UmmuAidan-Arissa
Wa'alaikumussalam. Terima kasih, semoga kalian empat beranak juga sihat sejahtera di sana.
Mungkin yang tumbuh liar di kawasan rumah UmmuAidan-Arissa itu juga kita panggil letup-letup yang pokoknya jenis menjalar. Kulit buahnya "berkerawang-kerawang"kah? Dan buahnya (yang kecil sedikit daripada guli kaca) kuningkah bila masak, dan isinya biji-biji macam selasih direndamkah? Kalau ya, itu juga ramai yang memanggilnya letup-letup.
sud@is
Saya belum pernah lihat "tomatilo". Tapi kalau diteliti gambar-gambarnya di internet, kelihatan buah ini juga berupa seperti cape gooseberry. Perbezaan besarnya, saya perhatikan, tampuk tomatilo lebih menyerupai tampuk tomato sedangkan tampuk gooseberry tidak, dan ada buah tomatilo yang macam bersegmen-segmen, bulatnya tak serata. Berasaskan gambar, saya lihat tomatilo digunakan mungkin lebih sebagai juadah sayur-sayuran sedangkan gooseberry sebagai pencuci mulut.
assalam pak temuk
throwback ... pokok buah tin jadi tak? ingat nak tanam...nak mintak pak temuk turunkan sikit ilmu tanam pokok buah tin...
ctpayong
Wa'alaikumussalam. Pak Temuk ni kalau dikira baru +- 3 bulan terlibat dlm penanaman tin. Sebagai hobi saja. Memang miskin ilmu dan pengalaman. Ada beberapa kumpulan fb yg menumpu kpd tin yg boleh dicapai. Antaranya, Jual Beli Pokok Tin. Elok jadi ahli kumpulan jika mahu baca banyak pasal tin. Pak Temuk akan buat posting tak lama lagi mengenai kemajuan "projek tin" (hehe) Pak Temuk.
Salam kenal Pak. Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
Ania
Salam. Terima kasih atas pelawaan itu. Bagus team anda ini. Semoga sukses terusan.
:) Terima kasih
AsSalam Pak Temuk...salam Jumaat...
Saya belum pernah dengar buah gooseberry ni...rupanya ini adik beradik berry jugak ye...
Mesti ada khasiatnya yang tersendiri kan...rupanya seakan buah letup2 ye...diharap Pak Temuk dah dapat mencari punca buahnya rosak...angkara siapa itu ya!...haha...jumpa lagi...
Wassalam...
Salam pak temuk.. semoga sht hendaknya.. patutla mula2 tgk mcm pernh tgk buahnye.. rupenye sama mcm buah letup2..
salam pak temuk,
abah IM memang minat menanam tetapi tidak IM... cuma lebih suka menikmati keindahan dengan pandangan...
Bunda a.k.a KN
Wa'alaikumussalam. Terima kasih singgah. Kalau di KL/PJ boleh cuba dicari cape gooseberry di pasaraya besar. Dalam internet ada diperihalkan nilai nutrisinya, seperti juga buah-buahan lain. Ia dengan letup-letup memang bersaudara. Cuma yang satu ditanam orang, yang satu lagi tumbuh liar. Ya, antara punca gooseberry saya rosak ialah ia dimakan ulat. Tapi saya tidak tahu ulat ini menetas dari telur siapa, hihi. Ketemu lagi!
LadyBird
Wa'alaikumussalam. Ada persamaan, ada kelainan. Kalau boleh kita menanamnya dengan mempastikan buah gooseberry itu besar, mungkin hotel2 kita mahu membelinya utk mereka jadikan hiasan atas kek.
IM
Wa'alaikumussalam. Semoga sihat. Saya pun sudah sangat kurang menanam. Lebih kepada membuang pokok, terutama yang besar-besar. Nak mudahkan hidup.... usia dan tenaga tak memungkinkan saya menjaga pokok dengan aktif. Ketemu lagi, IM.
off white jordan 1
vans outlet
jordan 4
kyrie 5
hermes belts
golden gooses
kyrie 3
yeezy shoes
longchamp handbags
nike air vapormax
a bathing ape
golden goose sneakers
kyrie 5 shoes
bape clothing
kyrie irving shoes
steph curry shoes
golden goose
kyrie shoes
curry shoes
yeezy
jordan travis scott
hermes outlet
off white jordan
palm angels
nike sb dunks
off white nike
supreme outlet
kyrie shoes
supreme
ggdb
Post a Comment