Sudah 5 tahun tak pangkah calon dalam PRU.
Pasal tu, nak kena praktislah. Takut buang masa saja kita pergi memangkah.
Beratur panjang dari pagi, tapi hasil pangkahnya (walaupun kita tak tahu), pangkah rosak!
Latihan.... latihan...... X.... X....X
Cantik nampaknya cara pangkah tu. Kalau pangkah calon yang cantik,
yang partinya pun cantik, lagilah cantik. Betul tak?
Cantik biar di mulut, di hati, juga dalam perbuatan. Paras rupa, perkara sekunder.
Tapi, nak beritahu ni, sebelum hari PRU 13 tiba,
Pak Temuk memang dah tanam semangat. Berkobar-kobar.
Mesti, mesti, mesti, langsungkan BERSIH 4.
Mengapa perlu BERSIH 4 pula?
Sebab bila hendak celebrate kemenangan parti
yang Pak Temuk sokong (cewah!) nanti, yang 4 itu kenalah BERSIH.
Barulah terang garden Pak Temuk untuk ra'ikan kemenangan tu.
Sebenarnya, 4 batang-tiang yang kat bawah inilah yang
nak kena diBERSIH!
Nampaknya, bukannya 5 tahun sekali,
tapi 15 tahun sekali! Dasar mim alif lam sin.
 |
| Kusangka kaca yang berubah warna! |
 |
| Rupanya lumut 15 tahun! |
 |
| Mujur batang-tiangnya tetap gagah. |
 |
| Sebiji kacanya rapuh, retak serpih sana-sini. Zaman telah menelannya. |
Cuba BERSIHkan jugalah yang dah uzur tu. Di mana mungkin kucari ganti?
Benda dah 15 tahun. Fesyen orang dah tak mahu. Semua kedai malu nak jual.
 |
Tapi, kaca retak buktikan peri benarnya cerita
"luka di jari nampak berdarah, luka di hati lagilah parah". |
Malangnya pembersihan kaca retak tak menjadi.
Nampaknya, pada akhirnya, BERSIH 4 jadi BERSIH 3 saja.
Kaca rapuh tak mungkin berguna.
Kalau dipasang juga, hujan pasti akan membelasah mentol yang dilindunginya.
BERSIH 3 memadailah buat sementara waktu.
Lebih baik daripada garden BERGELAP pada malam keputusan PRU.
Mana tahu, malam tu, ada orang tak cantik mulut,
tak cantik hati, tak cantik kelakuan,
datang berangkara bermacam-macam, dalam suasana kelam.
 |
| Dengan mentol jimat-tenaga baru, rupa cahayanya pun baru. | | | | | | | | | | | | | |
|
|
|
|
 |
Nampaknya setiang-sebatang ni nak kena tunggu spare part
selepas PRU. Kedai antik manalah yang Pak Temuk perlu jelajahi.
|
SELAMAT MENGUNDI PARA BLOGGERS.
SEMOGA UNDI KITA DIREDHAI ALLAH.
UNDI ITU RAHSIA.
ROOM-MATE PAK TEMUK PUN TAK TAHU,
SIAPA YANG PAK TEMUK PANGKAH.