Thursday, May 16, 2013

UZBEKISTAN DALAM KENANGAN - II

Ziarah Uzbekistan, 12-18.4.13.

Tambahan kepada entri lalu, beberapa gambar untuk kenang-kenangan,
diambil di persekitaran bandar Samarkhand dan Bukhara.

Makam Imam Al-Bukhary di Samarkhand. Sayu hati mengingati pengumpul-periwayat hadis yang amat masyhur dan berjasa ini.

Makam Imam Al-Bukhary dari sudut lain.


Persekitaran Makam Imam Al-Bukhary. Kelihatan ramai juga pelancong domestik. Kata pemandu pelancong, orang Uzbek pada masa ini baru saja mula hendak menghayati keagungan Islam dan kehebatan sejarah bangsa mereka sendiri.

Registan Square di Samarkhand - Kompleks ini mengandungi Madrasah Ulughbeg (kubahnya sedang diperbaiki); Masjid dan Madrasah Tillya-Kari (tengah); dan Madrasah Sher-Dor. 

Di mana-mana pun orang Uzbek tidak menghampakan permintaan bergambar bersama.

Hotel Registan Plaza di Samarkhand tempat kami menginap. Persekitarannya yang hijau sungguh menyejukkan mata.

Bazar Lama (Old Bazar) Samarkhand. Pelbagai barangan dan makanan dijual di pasar yang bersih dan tersusun rapi ini. Biasalah, pelancong kena pandai menurunkan harga!
Di Old Bazar, memang macam-macam ada. Termasuk roti yang bersusun-susun tu. Itulah makanan harian orang Uzbek. Kata pemandu pelancong, orang Uzbek makan nasi 2 kali sahaja dalam seminggu. Teringat di kampung dulu-dulu, kalau boleh "nasi mesti 3X sehari"!
Persekitaran Gur-Emir Mausoleum (perkuburan keluarga Amir Temur) di Samarkhand. Amir Temur (1336-1405) merupakan seorang negarawan yang amat disanjung di Uzbekistan.
Persekitaran Gur-Emir Mausoleum (perkuburan keluarga Amir Temur) dari sudut lain.

"Caravan Saray" - lokasi asal para pedagang berkumpul, berehat, memberi minum binatang. Terletak di Laluan Sutera yang memang sangat terkenal suatu ketika dahulu.

Berikut gambar-gambar di sekitar Bukhara.

Persekitaran kompleks makam ahli sufi terkenal, Bakhoudin Nakshbandi, di Bukhara.

Pelancong tempatan berdoa di makam Bakhoudin Nakshbandi.
Rasanya ini di persekitaran makam Bakhoudin Nakshbandi juga. 
Yang ganteng-ganteng tu  Prof. Emeritus Dato' Dr. Amir, Ustaz agen pelancongan, Haji pemilik agensi pelancongan, dan Temuk Samar-Samar Khan dengan topi merahnya. 


Karpet Bukhara, semua orang tahu kehebatannya. Yang dibuat dari $utera, $uteralah duitnya.
Di sebatang jalan di Bukhara  - efisien juga nampaknya "Carl Die Car" ini walaupun 
berkuasa hanya 1-kaldai power!

Antara gerai-gerai menjual cenderamata di Bukhara.

Mausoleum Ismoil Sumoniy. Kata pemandu pelancong, batu-batunya disimen dengan telur. Katanya juga, kalau rajin tunggu, dalam sehari bangunan ini akan bertukar warna -  7 warna, mengikut perubahan cahaya matahari, dari pagi ke senja. Katanya lagi, Jepun hendak membeli bangunan itu untuk dibawa balik ke Jepun. Jonggol punya Jepun!
Perigi Nabi Ayub.  Orang negara lain pun kata ada perigi begitu di tempat mereka. 
Semua orang menyapa + menyapukan air ke badan. Dalam hati, tak mahu sakitlah. 
Maaf ya, gambar terbaring, memang tak sudi dia ditegakkan!

Makan malam di satu tempat terbuka di Bukhara.Udaranya segar, makanannya pun segar.

Ada sedikit pertunjukan kebudayaan di restoran berdekatan. Tapi ahli rombongan sudah keletihan + kesejukan. Pulang awal ke hotel.

Sampai ketemu lagi, Grand Bukhoro Hotel! Manalah tahu, ada sumur di ladang, 
dapat pula menumpang mandi.
Dari Bukhara sebenarnya kami gostan ke Tashkent semula. Tidur di hotel yang
sama semasa tiba, City Palace Hotel, sebelum bertolak balik ke Malaysia
(gambar-gambar Tashkent dalam entri lepas).

Sampai jumpa lagi, Uzbekistan! Banyak lagi bandar-bandar bersejarahmu yang patut diziarahi  - Fergana, Nukus, Termez, Nurata, Shahrisabz, dan lain-lainnya.  

Tapi Temuk juga amat tahu, $angat tak ada dalam laci ni  
kertas-kertas yang bernama U$D, hihihi 
(di Uzbek cuma Soum dengan U$D saja yang laku). Alahai!

MAAF JIKA TERDAPAT MAKLUMAT YANG TIDAK TEPAT DALAM ENTRI INI




22 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

$aat yang indah bila $$$ ada....

Tidak mengapa $$$ tiada dalam laci asalkan dalam beng ada.....

Selamat mengimbau kenangan.

Umm AA said...

assalamualaikum pak temuk..
semoga sehat hendaknya yer balik dr uzbek nie...

dulu dkt tpt kerja dulu kami ade ramai pekerja uzbekistan yg diimport..depa nie terer bab carving ukiran2 islam..sy pun khatam quran ngan staff uzbek pak temuk..tajwidnya mmg bagus...
depa nie sll balik sana sekali setahun..biasa wat balik ole2 cam sultanas campur ngan kacang..mmg sedap..heheh
dolo2 ms blom jd isteri orng pernah berangan gak nak ke uzbek..skrang nie takmoa bermimpilah..hehehhe

ceria2 sll pak temuk...

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Seronok saya baca cerita yang ke-2 ini. Yang dulu Pak Temuk guna warna merah. Mata tak dapat baca merah. Putih boleh. Maklumlah dalam usia begini. Banyak kekurangan. Boleh tahu agen package ini Pak Temuk. Saya tertarik. Negara yang hujungnya ....tan cuma Kelantan yang sudah dikunjungi. Maka sukalah nak ke ....tan yang lain.Semoga Allah kurnia peluang.

Kakzakie Purvit said...

Mereka makan nasi 2 kali seminggu kita 2 kali sehari bayangkan manalah org kita tak ramai yg kena diabetic.

Ada keldai lalu jalanraya lagi tu yg buat kakak senyum. Nampak santai sungguh.

Ole-olehnya belum tunjuk lagi kena buat lagi next N3:)

suka suka said...

assalam Pak Temuk.. terima kasih atas perkongsian ... senyum selalu he he .. carl die car memang power

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam.

Memang $aatnya bahagialah bila ada banyak fulu$ dalam laci, beg, lemari + kocek. Bila ka$yilek (loghat MIC ni), $edihlah pulak. U$D tak ada di laci, tapi memang banyak di beng. Tapi $emua orang yang punya, kebanyakan orang U$Alah tu! Ceria selalu, Cikgu.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan. Semoga sihat sefamili.

Kalau dilihat pada tinggalan pelbagai bangunan di Uzbek (yang sekarang banyak terus dibaikpulih) memang ketara kemahiran mengukir dan membina orang di sana hebat. Yang tahu arkitekstur dan lanskap tentulah lebih dapat menghayati tingginya kreativiti Uzbekians berabad2 dulu lagi.

Pak Temuk ada juga melihat u-tube qari2 Uzbek. Bagus juga ummuaidan dapat belajar dengan orang sana. Tak semua orang ada peluang begitu. InsyaAllah, dah jadi orang Fiji pun boleh juga ke Uzbek satu hari nanti. Antara yang menyeronokkan di sana memanglah pasar/bazar mereka termasuk bahagian yang menjual pelbagai jenis kacang dan buah-buahan kering. Take care.

Temuk said...

NGASOBAHSELIMAN
Salam, ngasobahseliman.

Maaf pasal dakwat merah itu, ya. Lupa pula, dulu pun rasanya Pak Temuk sudah diberitahu.

Saya tahu ngasobahseliman dan suami biasa makan angin ke sana sini. InsyaAllah akan sampai juga ke Uzbek. Rupa-rupanya memang ramai orang kita melancong ke sana. Setahu saya ada beberapa agen yang boleh membawa kita, juga ke negara2 Central Asia yang lain. Boleh lihat di google. Agen kami dulu, Intifada Travel & Tours di Desa Pandan KL(03-92830252;0250).

Temuk said...

KAKZAKIE

Orang2 Uzbek makan healthy food - salad segar, yogurt, buah2, minyak zaitun, buah zaitun, roti... daging kambing/lembu pun mereka bakar saja. Mereka kata kita tak pandai makan cara mereka. Daging pun kita asyik jadikan kari... santan!

Ole-ole orak eneng. Jajan wes habis. Jadi tak ada gambar atau entri mengenainya. Tapi mengenai "pokok", mungkin!

Temuk said...

SUKA-SUKA
Wa'alaikumussalam, suka-suka. Terima kasih kembali.

Hihi, kalau ada peluang memang teringin hendak memandu Carl Die car itu. Steering + brakenya entah di mana. Lampu ada 6 (tahu di mana?), dan 1 kaldai power bergantung kepada rumput + air (di rumah). Pak Temuk ambil gambar pun dari dalam bas berjalan. Tak puas betul.

insan marhaen said...

Beruntung ya dapat berjalan sana sini melihat keindahan dan kehebatan budaya serta panorama negara lain.

IM sendiri bila melihat Masjid Ubudiah di Kuala kangsar terasa hebatnya sejarah dan aura pejuang Islam dulu.

Itu baru Masjid yang dibina oleh orang kita...

Temuk said...

IM
Alhamdulillah, dengan izinNya jualah kita dapat memenuhi hajat. Jadilah dapat sampai ke sebuah negara Asia Tengah dan melihat sekejap negara Islam itu. Bangunan-bangunan yang bercirikan Islam di negara kita, khususnya masjid, tidak kurang juga hebatnya. Benar, masjid Ubudiah memang unik. Juga yang baru-baru spt masjid Kristal di Pantai Timur.

Al-Manar said...

mengimbas kembali peninggalan Islam yang agung. Dengan kemodenan dan kecanggihan kita tidak dapat bersatu pun. Apa yang kita akan tiggalkan untuk generasi hadapan - kesan 2 kehancuran?

makchaq said...

Ukiran n hiasan bangunan2 asia tengah/andalusia memang cantik kan... Tengok gambaq pun kagum, klu tengok sendiri mesti lagi hebat kan..
Seronok dpt jalan2, teringin.. Tapi masih ada anak kecik kesian pulak.. Nak bawak kesian sebab tau dia tak enjoy tempat yg kita nak pi, nak tinggai pun kesian jugak...jadinya dok rumah ja la...

Temuk said...

AL-MANAR
Salam bahagia Sdra Al-Manar

Ketara juga dalam zaman keagungan Islam di sesetengah tempat, perbalahan dan konflik tetap wujud. Termasuklah episod Imam Al-Bukhary, contohnya, yang terpaksa berhijrah ke Samarkhand kerana tidak bersetuju dengan pemimpin2 di Bukhara tempat lahirnya.

Kecanggihan kaedah dan hasil pemodenan, samada yang berbentuk material atau bukan-material/spiritual sepatutnya membawa kita ke tahap kemajuan yang lebih tinggi, termasuk di dalamnya pengwujudan ummah yang lebih tinggi darjah integrasi dan solidaritinya, sekalipun darjah kompleksiti dan diferensiasi ummah juga bertambah meningkat. Ada yang cenderung mengatakan kebobrokan (termasuk kehancuran) ummah boleh dikaitkan dengan kemajuan dalam budaya material yang tidak mampu dikejar oleh kemajuan budaya bukan-materialnya. Nampaknya aspek bukan-material/spiritual itu amat wajar diberi penekanan demi generasi akan datang. Hanya Allah jualah yang lebih mengetahui!

Temuk said...

MAKCHAQ
Pak Temuk memang berasa takjub dengan ukiran-hiasan dan bangunan mereka dahulu itu - 500 atau lebih tahun dahulu! Dalam zaman kita ini, dengan bantuan komputer, mungkinlah penghasilan barangan/bangunan sedemikan mudah dilakukan. Tetapi dulu-dulu, entah bagaimanalah mereka menghasilkan kerja begitu "intricate", cantik, dan gagah.

InsyaAllah, macam kes Pak Temuk, bila "anak-anak kecil dahulu sudah punyai anak-anak kecil", sampailah masanya kita boleh makan angin sikit-sikit.

DrSam said...

Salam Temuk,
Pengembaraan dan destinasi yang unik serta menarik. Uzbek beserta beberapa bandar yang bertaraf "UNESCO world heritage site" mampu mengimbau kembali sejarah silam terutama sejarah pembangunan kerajaan Islamiah.

Temuk said...

DrSam
Salam dari Pantai Barat. InsyaAllah, destinasi itu unik. Bila balik dan lihat lagi gambar2 yang sempat dirakamkan, lagi terasalah kehebatan tamadun Islam di situ suatu ketika dahulu. Ketemu lagi.

kasihibu said...

assalamualaikum paman samar samar khan..(",)
dapat menghayati gambar gambar yang di kongsi pun rasa gembira
sampainya ke sana tak tahulah kalau kalau ada rejeki...

Temuk said...

KASIHIBU
Wa'alaikumussalam, kasihibu. Paman harap semuanya sihat sejahtera.

Dengan izin dan kehendak-Nya, insyaAllah, satu hari kelak ke macam-macam tempat kasihibu pergi. Ada juga rakan-rakan Paman yang sekarang ni asyik ke luar negara ziarahi anak-anak yang bekerja di sana sini. Letih ziarah dan dibawa anak-anak menziarahi pelbagai tempat. Rezeki, kan? Yo opo orak? Take care.

yanmaneee said...

nike air max
air jordan shoes
adidas stan smith
off white clothing
kyrie 4
kd shoes
yeezy boost 350
christian louboutin outlet
adidas stan smith women
golden gooses outlet

seethesh said...

check it out Your Domain Name top article Full Report check out here more