Thursday, May 23, 2013

TETAMU PAGI

Ayu juga tuan rumah ini.  Asal-usulnya, Cameron Highland. Diturunkan 
kira-kira 2 tahun dulu. Jenis yang ini saja yang Pak Temuk dapat biakkan.


 Seronok juga menatapi 'putik bunganya'. Membulat, kemudian membintang-bintang.


 

Hatta memecah-mecah. Melapis-lapis. Bagaikan bola butang kebaya si dara manis.


 Pasti anggunlah dia pada kala ini. Buktinya, para semut mulalah berziarah.
 

 Tapi Pak Temuk lebih teruja dengan pengunjung yang bersayap molek ini.
Amat malu dia bila digambar. Terbang-hinggap-terbang-hinggap!


Sayangnya, bintang-bintang Hoya amat segera gugur. 

Sehingga aku kembang lagilah ya tetamu setia.
Atau mungkin dia-dia-dia, di pasu gayut yang lain.


32 comments:

kasihibu said...

subhanallah...indahmya ciptaan Allah

Temuk said...

KASIHIBU
Tidak ada dan tidak akan ada satu pun nikmat Allah yang boleh kita dustakan.

Adry@Daun said...

As Salam cikgu,
Rasanya kisah pokok bunga Hoya cikgu dah pernah nukilkan dalam blog sebelum ni kan. Kecantikan dan keindahan bunga sangat memukau mata yang memandang. Maha Suci Allah.

Bunga Hoya ni cepat gugur mungkin kerana cuaca yang tak sepadan dengan kehendakny. Ia perlukan cuaca yang sederhana.

Pak Idrus said...

Thank for sharing this gorgeous flower on this beautiful May morning.

It is not easy to get a flowering plant from the highland to bloom down here. I believe it because of your tender care and kind nurturing that end with such a majestic result.

It does made my day.

Have a nice day and take care.

suka suka said...

Assalam Pak Temuk..suka juga dengan bunga ni.. one fine day kut...

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
yang bersayap molek tu penambah seri rupanya....
Cantik berseni bunga tu, indah sungguh ciptaan-Nya!

Umm AA said...

Assalam pak temuk
cantik sungguh bunga ditaman paktemuk nie..patutlah sang kupu2 suka sangat mendekatinya...
apa namanya bunga niepak temuk..jrg tengok ataupun takpeka kot sblm nie..heheh
ceria2selalu ok..:)

Temuk said...

ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam, Adry.

Benar, memang saya pernah bercerita tentang hoya ini dahulu. Mungkin semasa ia baru diturunkan dari Cameron Highland. Sayangnya, sekarang tinggal sejenis saja, walaupun dapat saya biakkan. Paparan kali ini ingin menonjolkan kehadiran makhluk yang kepaknya berwarna-warni itu. Memang hoya tak gemari cuaca panas. Kesihan, sampai kecut-lembik daun-daunnya bila diserang cuaca panas, walaupun ia dosorokkan di bawah dahan rendang!

Temuk said...

PAK IDRUS
Thanks for droppping by and for your kind words. I am glad that you like that particular entry on the hoya and its visitors. Today, the flowers are not there anymore. But, thank God, my other hoya plants are showing signs of new blooms on the way.

Have a nice day too, Pak Idrus!

Temuk said...

SUKA-SUKA
Bila dibaca dalam internet, ada beratus jenis bunga hoya tu. Memang menakjubkan dan sangat-sangat menarik rupa masing-masing. Sayangnya, bunga hoya cepat k.o! Tapi, kalau kita tanam banyak jenis dan banyak pasunya, insyaAllah akan sentiasa ada kuntum-kuntuk hoya di taman kita. Silakan cuba.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie.

Yang bersayap molek pun mungkin terkilan sebab kembang yang diziarahi amat cepat menghilang. Tapi, mengikut bacaan Ayah, dia sendiri pun jenis yang tak panjang umur, hihi.

Dalam sesetangah jenis masakan Amie agaknya bunga apa yang selalu dimasukkan dalam kuali atau belanga?

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan.

Bila lapang, cubalah buka internet. Boleh lihat ratusan jenis bunga itu. Cantik-cantik! Namanya HOYA. Sayangnya bunga hoya tak boleh bertahan lama. Tak pula Pak Temuk pastikan, tapi rasanya dalam 4-5 hari selepas full bloom, ghaiblah dia! Kalaulah bunganya boleh bertahan seperti bunga orkid, baguslah. Tentu ada sebab mengapa Allah jadikan begitu, kan?

School Of Tots said...

Alhamdulillah lawa betul bunga ini dan begitu unik. Segala ciptaan Allah sangat hebat belaka. Untuk kita renung dan fikir. Supaya faham untuk taat mengagungkan Pencipta segala ciptaan ini. TQ Pak Temuk for sharing this nice entry.

ckLah @xiiinam said...

Sungguh cantik!

Temuk said...

SCHOOL OF TOTS
Alhamdulillah di atas sifat murah Dia, menganugerahkan kita dengan pelbagai nikmat, untuk jasad juga jiwa. Terima kasih kerana sudi mengintai-ngintai paparan Pak Temuk.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Dengan izin Allah jualah kita berpeluang melihat segala-gala yang cantik yang dianugerahkan-Nya kepada kita di dunia ini. Dengan izin-Nya jugalah kita berkemampuan mensyukuri peluang itu.

CkLah nandur kembang?

ctpayong said...


ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠّﻪُ

ibh_sue said...

Asslmkm.
Subhanallah..Cantiknya bunga tu. (^_^)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Hoi, hoya hoi,
Hoi, hoya hoi....
kita semua gembira....
Hoi hoya....
lihat kembang hoya...
anggun bergaya,
bak butang kebaya...

(Lagukannya ikit melodi lagi P. Ramlee tu...)

Ceria selalu!

ahmad humairi said...

ikit - ikut, lagi - lagu....silap taip daaa...

Al-Manar said...

Jangankan bunga gambar pun tak pernah saya lihat. Bukan gambar bunga plastic ke? Mana tahu.

Anonymous said...

Salam Cikgu Temuk,

Bestnya tengok hoya Cikgu yang dah berbunga. Cantik.

Saya ada sepasu yang kawan berikan juga berasal dari Cameron Highlan, tapi nampaknya pembesarannya amat perlahan walaupun subur dan segar.

ckLah @xiiinam said...

Baru mula nk berjinak jinak. Tapi semua jenis tak ada bunga! Selalu kalah dengan perit sinar srengenge.

Temuk said...

CTPAYONG
Benar, Maha Suci Allah! Maha Hebat Dia dengan segala ciptaan-Nya yang sememangnya hebat, dan tak mungkin kita dustakan.

Temuk said...

ibh_sue

Wa'alaikumussalam, ibh_sue. Terima kasih singgah. Segala ciptaan Dia adalah indah. Keindahan itu tak semestinya pada zahir ciptaan, tetapi juga mungkin pada apa yang di sebaliknya. Semoga dengan izin-Nya kita dapat mengetahuinya. Ketemu lagi.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi

Hihihi, jelas Cikgu ini peminat tegar Allahyarham P. Ramlee kita tu. Rasanya itu lagu dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, kan? Boleh ingat lagi melodinya. Kalau Cikgu menyanyikannya untuk hoya saya, mungkin bintang-bintangnya tak mahu gugur ke tanah. Selamat bercuti.

Temuk said...

AL-MANAR
Terima kasih di atas keraguan sdra itu. Sebab, memang sekarang ini kehebatan pengeluar barangan tiruan tidak boleh kita remehkan. Memang ada sebab sdra jadi ragu. Tapi, insyaAllah, hanya pasunya yang plastik, hihihi.

Selalu juga isteri saya memuji-muji kecantikan bunga plastik di pasar-pasaraya. Saya cuma kata, "Sorry, tak minatlah tengok bunga plastik tu!"

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK.

Cara saya membiakkan dan menjaga hoya itu pun main hentam keromo sahaja. Mengikut pengalaman saya, hoya tak suka matahari terik. Kesukaannya, keadaan redup, tapi ada cahaya. Saya sirami dia dengan air yang banyak tetapi saliran airnya baik bagi mengelakkan air bertakung. InsyaAllah hoya KK akan berbunga tak lama lagi.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Sengengenya memang usah banyak-banyak. Redupkan hoya-hoya tu, tapi mesti pastikan semuanya memperolehi cahaya. Paman juga potong batangnya dari terus memanjang dan melilit-lilit. Dari bahagian batang yang tinggal, nampaknya ada putik-putik bunga mengintai. Nak cari jenis-jenis lain lagi ni, sebab yang ada tu jenis yang biasa-biasa saja. Selamat menjinakkan hoya-hoya hebat!

sudipVSsenduk said...

Subhanallah... sempurnanya ciptaanMu wahai Allah. Dijaga pula oleh insan yg teliti, maka semuanya menjadi.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Benar, Maha Suci Allah. Sempurna dan indah segala ciptaan-Nya. Pun ada insan yang menjaganya dengan teliti hingga menjadi, ketelitiannya adalah dari-Nya juga, dan dengan kehendak serta izin-Nya juga. Ceria selalu, sVSs.

Su @ Aya said...

Subhanallah.. cantiknya. Haishh... nampaknya kena pegi cari juga sepasu, buat menghiaskan di luar tingkap.